Aplikasi Flexi Parking Memudahkan Pemandu Membayar Parkir Kenderaan Walau Berbeza Majlis Perbandaran.
Aplikasi Flexi Parking sangat mudah untuk dikendalikan. Muat turun di Google Play Store dan mula mendaftar. Ikut langkah-langkah seperti berikut:
Buat masa ini, aplikasi Flexi Parking hanya boleh digunakan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Terengganu dan Kelantan. Ruby harap negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Penang juga turut serta, sebab ia adalah diantara negeri yang sering dikunjungi apabila kami dari Kuala Lumpur ingin bercuti melawat tempat bersejarah dan lokasi instagramble. Hahaha.
Di negeri Selangor anda akan lihat senarai Majlis Perbandaran. Jika anda tidak pasti anda berada di mana, aplikasi ini boleh bantu untuk mengesan lokasi terkini anda. Anda hanya perlu Turn ON lokasi untuk aplikasi Flexi Parking.
Selangor
Wilayah Persekutuan
Terengganu
Kelantan
Tambah Nilai Melalui Touch 'n Go eWallet
Tambah Nilai amat mudah menggunakan aplikasi Flexi Parking dan Ruby menggunakan Touch 'n Go eWallet sebab di sana sudah auto reload. Jadi, apabila ingin tambah nilai. Terus sedut wang di sana. Hehehe. Serendah RM 10 kita boleh tambah nilai. Kadar penggunaan untuk bayar parkir juga tidak mahal di setiap Majlis Perbandaran. RM 0.50, RM 0.80 atau RM 1.00 untuk satu jam sahaja.
Tiada Masalah Apabila On-Street Parking
On-Street Parking ni bukan bermakna anda boleh parking suka hati di tepi bahu jalan dan meninggalkan kenderaan tanpa berasa bersalah dan mengganggu pengguna japan raya yang lain ya. okay baca senafas. hahaha. Keadaan On-Street Parking ni apabila anda berada di kawasan yang perlu buku Kupon Letak Kereta. Tetapi anda tidak memilikinya! Hahaha. Kebiasaanya Majlis Perbandaran Negeri mesti mewajibkan anda untuk beli buku ni. Kadang-kadang, parking dah dapat, tempat beli buku tu pula tiada berdekatan. Jadi, Ruby guna aplikasi Flexi Parking untuk bayar parkir di situ. Mudah dan jimat masa!
Scan QR Code Apabila Anda Off-Street Parking
Apa itu Off-Street Parking ni? Ia adalah salah satu fungsi untuk anda membayar parkir di kawasan parkir yang menggunakan perkhidmatan sistem parkir dari LPR Technology. Anda hanya perlu scan QR code semasa masuk dan keluar.
Manfaat Menggunakan Flexi Parking
Selain memudahkan pengguna seperti Ruby. Ruby amat menyarankan pambaca semua menggunakan aplikasi ini memandangkan kita berada di dalam situasi penularan wabak pandemik COVID-19. Kita harus menjaga diri kita, keluarga, jiran, masyarakat dan semua. Demi kebaikan bersama. Semua perlu ikut SOP yang telah disarankan oleh MKN dan KKM. Maka, segala urusan harian atau urusan peribadi harus dilakukan dengan pantas dan selamat. Aplikasi ini mempercepatkan urusan parkir korang. Tiada sentuhan mesin. Tiada pembaziran kertas dengan resit. Tiada buku kupon. Tangan kita bebas.
Mengenai Flexi Parking
Syarikat Leading Innovative Technologies and Systems (LiTS) terkemuka mencipta aplikasi dengan mempertimbangkan persekitaran, kecekapan dan kesederhanaan yang mesra pengguna. Sama ada anda berada di barisan bank, di teater menonton filem, mengadakan pertemuan dengan pelanggan anda, tidak dapat menentukan berapa lama anda akan meletakkan kereta anda, atau senario lain yang tidak dapat difikirkan, LiTS mempunyai penyelesaian ini agar anda dapat membayar tempat letak kenderaan anda di mana sahaja dengan sambungan internet atau sambungan mudah alih. Anda tidak perlu lagi bergegas kembali ke kenderaan untuk membayar tempat letak kenderaan anda dan senario pertikaian tempat letak kereta dengan pihak penguatkuasaan akan menjadi sejarah. Dan fungsi terakhir, kami menyertakan GPS yang dipandu untuk membantu menentukan lokasi pengguna untuk tidak salah membayar majlis perbandaran serta membantu pengguna menjimatkan masa daripada kembali ke pejabat dewan perbandaran untuk membayar kompaun.
Idea aplikasi tempat letak kereta ini berasal dari inovasi sistem pembayaran semasa (Kupon dan kios pembayaran tempat letak kereta) untuk membolehkan pilihan pembayaran baru yang memudahkan pengguna. Aplikasi Flexi Parking bukan sahaja dapat membantu mengurangkan masa dan kecekapan pengguna untuk membayar tempat letak kenderaan dan kompaun tetapi juga kadar pematuhan undang-undang majlis perbandaran. Dengan mempertimbangkan persekitaran hijau, LiTS memutuskan untuk mengurangkan pembaziran kertas dan menjadi sebahagian untuk menyelamatkan alam sekitar. Untuk menyampaikan mesej ini kepada pengguna, LiTS menggunakan jumlah tempat letak kereta yang dibayar menggunakan Flexi Parking dan mengubahnya menjadi berat kertas resit untuk memberi kesedaran terhadap alam sekitar. Sejak 1 Ogos 2016, negeri Selangor telah berjaya menyelamatkan alam sekitar dengan mengurangkan sebanyak 505,332Kg penggunaan kertas.
LiTS terus meningkatkan aplikasinya untuk membolehkan lebih banyak ciri dari semasa ke semasa. Selain pembayaran tempat letak kenderaan setiap jam atau blok, LiTS telah membolehkan pembelian pas bulanan, pembayaran kompaun tempat letak kereta serta kemudahan tempat letak kereta berpagar menggunakan teknologi canggih, termasuk antara lain, Licence Plat Recognition (LPR). Dengan teknologi LPR, pengguna tidak lagi perlu untuk menggunakan kad akses sentuh atau tiket tempat letak kereta. Mereka hanya perlu menggunakan teknologi LPR, dengan syarat nombor kenderaan pengguna telah didaftarkan dengan Flexi Parking, MPAJ Parking, Smart Selangor Parking dan Wilayah Parking. Perkhidmatan ini boleh diaktifkan melalui satu log masuk tunggal dan satu dompet kredit. Mudah kan?
Diharap perkongsian ini bermanfaat! Muat turun Flexi Parking sekarang!
Tags
Berita
Ooo baguslah aplikasi Flexi Parking ni. Kalau tak ya rabbi susahnya. Tak yah la susah2 menggagau nak beli parking tiket lagi ek bila ada aplikasi ni. Thanks for sharing Ruby!
BalasPadamHahaha menggagau mencari mesin parking satu hal. Cari kedai buku kupon satu hal. Isssh geram bila teringat pengalaman masa dulu. Syukur dah mudah sekarang. Hahaha.
Padambaru tahu ada aplikasi mcm ni..wah..senang la nanti kalau nk parking kereta.xnyah pening2 dh
BalasPadamBetul. Sekarang apps ni Ruby ada dalam henfon, suami siap suruh nanti awak bayar parking ehhhhh. Dia pi bank terus. Cepat urusan. Haha.
PadamWahh senanglah nnti nk p selangor or kl. Dlu xtahu smpai kena saman. Hahaha cepat btol hai baru nk check in. Klu melaka ada smartparking melaka
BalasPadamSelangor, KL, Terengganu dan Kelantan guna apps ni. Ala nape Melaka apps lain. Nak kena install apps lain ke ni? Huwaaa. Hahaha.
PadamAkhirnya ada applikasi untuk pembayaran parking, ini yang kita perlukan.. lebih environmental friendly daripada kena beli coupon, etc. mudah2an lebih banyak kawasan akan dimasukkan dalam apps ni nanti.. Thanks for sharing this ya sis Ruby.
BalasPadamLepas ni senang lah kita nak membayar parking. Hehehe. Apps ni bagus auto detect lokasi kalau kita tak sure. Mudah benar. ON GPS je. Hehehe
PadamAlhamdulillah akhirnya ada jugak 1 platform yang memudahkan nak bayar parking. boleh bayar guna tng e wallet memang double like lahhh
BalasPadamYezzaaaaa akak paling suka bila boleh top up guna tng tu. Hehehe
PadamRawlins pun memang pakai FP nie sejak lama dah. Senang pakai kat mana pun hehehe
BalasPadamRuby baru tau dari Carol. Kalau tak, takmo parking kalau tempat takda mesin syiling tu. Menapak jauh la kan.
PadamAlaaa kenapalah takde di Johor ni. Mudah sangat ni nak guna. Kalau tak manjang kena saman, siapo le tu ek hahahahaha
BalasPadamHahhhhh akak doa bebanyak supaya ada di Johor. Saya pun nak apps ni bleh guna kat Muar. Hahahaha
PadamKalaulah sy tahu awal pasal aplikasi nie, dah lama saya install. Haritu kelam kelibut nak buat kelas, lupa nak bayar parking. Dah kena saman. Aiyooo. Okay, bolehlah install aplikasi nie.
BalasPadamAnyway, yg nie out of topic. Kak Ruby pakai apps apa erk utk cover data2 tu. nampak cantik lah dia jadi cellotape gitu.
Saman kompaun dr majlis pernandaran tu kalau bayar cepat, murah la kan. Kalau lupa? Adehhhh mau beratus ringgit. Yang apps tu akak pakai fungsi sticker di aplikasi Lumii. Sebelum download Lumii, cuba cek apps yang Zharif dah download sebelum ni. Ada tak fungsi sticker. Kalau ada takyah dah download baru. Jimat memori. Hehehe.
PadamMemang bagus macam ni tak ada alasan lagi untuk orang tak bayar paking sebab semua kat dalam mobile tak perlu keluar cari mesin atau bayar guna kad. Sepatutnya semua PBT dah guna system macam ni buat centrelize senang pergi mana2 tak ada masalah nak bayar paking... Kita dah lama guna apps ni heheheh..
BalasPadamTerima kasih sistur Ruby, that day I went to KL so confuse nak bayar macam mana, so many new sistem.
BalasPadammemang memudahkan ada aplikasi macam ni. xperlu buang masa dan masalah kalau masih guna kupon yg gores2 tu. stress. some place nak cari lokasi jual pon dh x tau kt mana.
BalasPadam