Mengenali Permainan Esports Mobile Legends Bang Bang

Mengenali Permainan Esports Mobile Legends Bang Bang | Assalammualaikum semua! Ruby sudah mula berkecimpung dalam Esports. Hahaha. Okay sebenarnya bermain game di PC, telefon pintar atau di arcade memang kegemaran Ruby. Cuma, bila tanggungjawab mula meningkat, Ruby hanya main bila ada masa. Masalahnya memang tiada masa dari sekolah menengah, zaman kerja pejabat dan menjadi suri rumah tangga. Memang tak sempat nak main game. Sehinggalah anak Ruby, si Adam. Ibu tolong Adam, Adam kena belasah teruk ni. Ruby pun cakap la "Adam kena belasah dengan siapa dalam telefon tu?". Adam jawab "Adam main game ayah ni, Adam jadi Zilong, Miya ni dia sekali je panah Adam. Adam terus mati. Ni dah 4 kali mati, macam mana ni Ibu?". Ruby pun tengok la apa dia buat. Ohhh Mobile Legends. "Meh ibu tengok. Tapi kalau kalah jangan marah Ibu eh". Adam pun cakap ok. Tetiba dah lawan-lawan terus Victory. Ehhh apa Victory ni. Belum habis main. Hahahaha. Apabila sudah menjadi tanda tanya, maka mari Ruby kongsikan apa yang Ruby faham tentang Mobile Legends Bang Bang.

Mengenali Permainan Esports Mobile Legends Bang Bang


Ruby masih ingat pada 29 September 2020, Ruby muat turun aplikasi Esports Mobile Legends Bang Bang. Ruby guna nama akaun sebagai rubydotmy. Lepas tu, log in menggunakan facebook akaun. Proses mendaftar mudah aje, cuma Ruby suka isi lengkap semua info tentang Ruby. Suami Ruby pula bising, jangan letak gambar, jangan itu ini. Hahaha. Kenapa nak takut? Husband Ruby cakap "Gamer tak reveal identiti". Ruby reply balik "zaman bila gamer tak reveal identiti tu? Ni dah tahun 2020. Semua orang bina nama dengan pelbagai cara. Embrace yourself dengan your expertise". Oopppsss membebel dah. Hahahaha. Kami pun ketawa. Jadi, setelah bertahun tidak bermain game. Ruby bagi la peluang untuk diri ini main game demi memahami apa anak dan suami sedang buat apabila berganding melawan musuh. Hahaha.


Ini adalah perlawanan pertama Ruby berpasukan bersama Adam dan Saiful. Husband Ruby, Saiful Naim ni level dah tinggi rupanya. Jadi, boleh la jadi mentor Ruby. Adam dengan nama Duke Amable&31 dan Saiful dengan nama ComiRex. Amende la nama korang ni. Adam sekarang dah tukar nama ke nama adamiracles. Bila ibu join, nama pun kena tukar. Kahkahkah. Nak mengajar anak erti tanggungjawab walau di alam permainan esports, realiti dan dimana-mana aje. Nama kita, reputasi kita, maruah kita. Gitewwww!

Heroes Kegemaran Ruby Adalah Freya


Permulaan bermain Mobile Legends Bang Bang, Ruby menggunakan Heroes Eudora. Tetapi tidak kena jiwa. Sebab rasa macam dia terbang tu agak slow. Tapi kuasa magik dia bagus. Hahaha. Kemudian cuba pula Heroes Zilong. Baru la kena jiwa. Layla pula menggunakan senjata machine gun. Jika tidak faham, pasti senang mati. Kepuasan menggunakan pelbagai heroes ni akan korang rasa apabila dapat belasah Heroes lain macam tiada hari esok. Lepas tu Ruby beli guna koin si Bruno dan X.Borg. Semua Heroes ni ada kelebihan masing-masing dan kita perlu memahami kekuatan mereka. 

Ini adalah Heroes yang Ruby pernah dan sedang guna. Cuma paling Ruby suka adalah Freya. Sampai boleh jadi pakar dengan kekuatan Freya walaupun permulaan permainan Ruby kena farming dulu. Alhamdulillah ada Heroes lain yang faham, mereka akan bagi Ruby farming dulu dan mereka pergi lawan. Ada kala, mereka bantu Ruby farming dulu supaya semua skills Ruby terbuka. 5 lawan 5, memang kena ada semangat berpasukan. 

Jadi, Heroes kegemaran korang apa ya?

Projek NEXT


Semasa Ruby mula bermain Mobile Legends Bang Bang, Ruby menyahut cabaran menggunakan 3 daripada 6 Heroes untuk mendapatkan Avatar Border. Hahaha. Simple aje kan? Melalui Projek NEXT, Ruby dapat mencuba setiap karakter ini dengan lebih baik. Daripada tidak menyukai karakter Layla, Ruby sudah pakar menggunakannya. Zilong adalah karakter Heroes pertama Ruby cuba, kemudian Layla dan kini sedang menggunakan Alucard.

Diumumkan pada 5 Jun 2020, Project NEXT adalah projek seterusnya untuk Mobile Legends Moonton termasuk penambahbaikan kepada model 3D, set kemahiran, cerita, dan garis suara pahlawan yang lebih tua. Mereka juga mengumumkan kaedah penargetan yang lebih baik yang disebut "Smart Targeting" yang meningkatkan ketepatan. 

Mobile Legends Dan Paparan Antara Muka Yang Menarik


Mobile Legends telah dimuat turun 100 juta kali di Google Play. Angka ini tidak termasuk AppStore dan saluran pengedaran digital yang lain. Perkara yang menjadikan Mobile Legends dapat terus bertahan, masih berkembang dan terus diminati adalah langkah-langkah yang diambil oleh Moonton dengan menyampaikan kemas kini secara berkala. 

Antara muka permainan esport Mobile Legends Bang Bang ni Ruby suka sebab animasi dan karakter heroes tidak menggambarkan manusia sebenar. Seperti permainan game esports yang lain yang menggunakan karakter manusia seperti berpakaian askar dan pembunuh. Jadi, Ruby tidak menyukai antara muka sebegitu. Kebanyakan permainan game yang Ruby suka main semasa zaman sekolah adalah Street Fighter. Kini, Ruby di Mobile Legends Bang Bang. Baru sebelas hari main dan hampir mahir memahami tentang permaianan esports ni. Alhamdulillah.


Manfaat Bermain Mobile Legends


Apabila bermain game Esports, kita perlu tahu ketersediaan diri kita. Sebagai ibu dan isteri, Ruby sentiasa sibuk. Jika terleka dengan bermain game, boleh bayangkan bagaimana huru hara rumahtangga. Dapur tidak berasap, pakaian tidak berbasuh dan di lipat. Rumah tidak kemas, tidak vakum dan bilik air tidak di cuci. Sibuk bermain game, fokus untuk melayan anak dan suami juga terganggu. Mereka perlukan perhatian dari Ruby 100%. Kemudian, kerjaya hakiki sebagai seorang freelancer juga terganggu. Jadi, kita yang banyak jawatan ni perlu wajib membahagikan masa. 

Manfaat yang Ruby boleh nampak apabila sudah bermain Esports Mobile Legends ni, Ruby dapat melepas geram apabila sesuatu yang tidak best berlaku secara tiba-tiba. Kadang-kadang salah faham berlaku dan dah minta maaf. Tetapi hati sakit. Takkan Ruby nak marah orang atau lakukan perkara tidak baik. Maka, main game buat Ruby release stress. Ya, ini cara terbaik untuk meneruskan kehidupan realiti. Jangan sesekali membiarkan kehidupan fantasi Mobile Legends Bang Bang pula menguasai kehidupan realiti korang ya. Bahaya! 

Mengenai Mobile Legends Bang Bang



Moonton adalah pencipta telefon pintar mudah alih dan pembangun permainan MOBA yang kini dimainkan paling banyak di Indonesia. Mooton adalah nama tengah Shanghai Moonton Technology Co. Ltd yang ditubuhkan pada tahun 2014 di bawah kepimpinan Justin Yuan dan Watson Xu Zhenhua yang berpusat di Shanghai, China. Sebelum ini, tajuk permainan Esports ini adalah Magic Rush: Heroes (2015), 5v5 MOBA bermaksud Multiplayer Online Battle Arena (14 Julai 2016) dan pada 9 November 2016 ia bertajuk Mobile Legends Bang Bang. Korang boleh baca info menarik di sebalik pembinaan Mobile Legends di https://en.m.wikipedia.org/wiki/Mobile_Legends:_Bang_Bang. Terlalu panjang kisah menarik Mobile Legends sehingga kena saman dan ada pemain yang menggunakan taktik menggodam semasa perlawanan. oleh kerana pihak Moonton terdiri daripada mereka yang pakar bab teknologi maklumat, pengaturcaraan dan esports. Mereka telah meningkatkan sekuriti permaianan Mobile Legends dengan lebih efektif lagi. 


Diharap, perkongsian ini bermanfaat! Jom main! Nanti cari profile rubydotmy dan follow! Terima kasih sudi membaca!

24 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Wah. Ruby pun layan eh. Kawan Rawlins layan sampai tak tidur kalau weekend hahaha. Rawlins buat masa nie masih lagi kebal dan ada pendinding hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ruby layan, tapi takda sampai tak tidur. Ramai juga cakap yang permainan ni addicted. Tapi kena pandai bahagikan masa. Maybe kawan Rawlins dah ke peringkat ada team dan task kot?

      Padam
  2. Ini sudah wow!!! Tak sangka Ruby ada skill gaming selain aktif blogging. Baca tajuk dah rasa hebatnya kaum Hawa cuba terjun ke dunia game. Madam pernah dapat tahu memang ada juga yang aktif 'buat duit dengan main game' online. Mantap tapi kena minat! Ps. Madam dengar lagu je buat masa ni. Hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha. Main untuk suka-suka. At least bila anak tanya. Mak ni tak blur sangat. Hahaha. Yang buat duit tu sebab mereka main sambil buat LIVE. Rasa macam tak kena jiwa lg untuk LIVE. Seganlah. Hahaha

      Padam
  3. Hahaha. Jarang mak-mak main game macam ni. LH suka main street fighter dulu dekat PS2. Tapi sekarang tak main dah. Tak sempat nak main game

    BalasPadam
    Balasan
    1. Straight fighter tu kat arked best tau. Hahaha. Lamanya tak main game. Tak reti la pakai controller tu. Hahaha

      Padam
  4. Bahaya juga baca post ko ni Ruby, takut Sis ko pun tersampuk gak pi main ni kang hahahaha... anak bujang Sis yaa main ni...adeii deiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahhahaa. Akak lagi kena main sebab tengah berpantang kan. Hahaha

      Padam
  5. Wah terer la Ruby sebab leh layan game mobile legend haha..akak memang bukan jiwa so memang tak leh nak layan game2 org2 muda sekarang haha

    BalasPadam
  6. Ini game yang sekrang lagi saya mainin terus. Soalnya mau ngejar rank mythic. Kapan kapan ayo kak, kita mabar sambil push rank :D

    BalasPadam
  7. Wah Kak Ruby pon layan main game mobile legends ni juga yea, comel je bila main game yang sama dengan satu family hehe.

    BalasPadam
  8. I am not a fan of esports. But this game do sound cool. Thank you for sharing your review and enjoy your game.

    BalasPadam
  9. Haha seriuslah terjebak main ML ni. Mesti melekat 24 jam nanti lepas join ni kan. Kawan2 ramai yg serius ML ni siap masuk competition lagi

    BalasPadam
  10. Ini yang buat Kitkat kena download balik Mobile Legends ni.. Hahaha... Lama tak main dah... My favorite hero was Bruno tapi in reality, Kitkat tak minat pun bola sepak hehehe, kaki bangku kan! Bila train speed Bruno to the max, memang senang tibai enemy.. Sepak2 mati.. Lagi2 bila couple ngan Zilong! Perfect squadmate I would say!

    BalasPadam
  11. Woww layan Mobile legend. Marina belum terjebak lagi main esport ni.

    BalasPadam
  12. Wahh..mesti anak akak kagum tgk ibu dia pun terer main game ni.

    BalasPadam
  13. ya. saya pun dah lama juga ikut esports ni. cuma dah tak macam dulu. dulu main red alert, the sims, & war craft. sekarang fokus pubg mobile shj. Mungkin lepas ni boleh try ML pulak

    BalasPadam
  14. Wow! Saya game game ni yang jenis perang memang out. Haha. Kalau yang simple simple memang layan lagi. Hehe.

    BalasPadam
  15. Zaman sekarang tak terkejut pon mak2 pon main game. Haha. Tengok jela yana samsudin siap jana pendapatan. Suami pon sama. Siap dpt income. Ehh kita ni bukan paham. So layankn je. Hehe.

    BalasPadam
  16. memang menarik game mobile lagend ni sis. tp tula masih dpt bertahan tak main bnda ni. kalau dh start nnti takut terabai banyak masa kt game ni hahahhaa.

    BalasPadam
  17. Wow best juga, now masuk CMCO memang tepat masa lah kalau sis nak exlpore game baru.

    BalasPadam
  18. perghhhh ibukkk layan ML lah... kita dah delete dh account sbb takde masa nak main tapi Freya mmg antara yang best...

    BalasPadam
  19. Wah. Dasyat.. Syok laa anak2 n suami bila ibu depa join main game.. TB tak pernah try lagi mana2 game kat mobile tu.. Ps4 punnn.. Just suka tengok hubby main.. Huhuhu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال