Jenama Ashraffi Melancarkan Produk Terkini Iaitu Beras Putih Dan Beras Basmathi Pusa 1401

Jenama Ashraffi Melancarkan Produk Terkini Iaitu Beras Putih Dan Beras Basmathi Pusa 1401 | Assalammualaikum semua! Bila kali terakhir kita menderma? Berapa ramai orang susah kita dah bantu? Begitulah seterusnya persoalan yang bermain dalam minda kita, jika kita menginginkan keberkatan dalam kehidupan di dunia dan seterusnya membawa bekalan di akhirat nanti. Kebiasaannya, kita menderma paling mudah adalah dengan melakukan Sedekah, Infaq dan Wakaf. Tapi, Ruby nak bagi anda lagi mudah mengumpul pahala iaitu dengan membeli sambil menderma. Harga tetap sama dengan harga pasaran, tetapi dari jumlah kalian membeli itu akan di ambil sedikit bahagian untuk didermakan kepada mereka yang memerlukan. Bagus kan inisiatif begini? Menderma tidak tertumpu kepada kelompok masyarakat atau agama. Jika ingin membantu orang susah tetapi mereka bukan beragama Islam, tiada masalah. Begitu juga jika non-muslim ingin mendapatkan beras sambil menderma juga amat dialu-alukan. Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap baik hati dan saling membantu. Semoga usaha murni kita diberkati. Amin.

Jenama Ashraffi Melancarkan Produk Terkini Iaitu Beras Putih Dan Beras Basmathi Pusa 1401

Suci, berkualiti dan sedap dinikmati. Bertepatan dengan slogan tersebut, pemilik jenama Ashraffi iaitu Ustaz Dr Mohd Ashraf bin Suarin, berusia 38 dan dilahirkan di Mesir ini nekad untuk mengeluarkan makanan ruji sebagai satu ibadah fardu kifayah bagi membolehkan masyarakat mendapatkan makanan yang halalan toiyiban, bersih dan tanpa diragui. Ustaz Dr Mohd Ashraff Suarin, adalah seorang pendakwah bebas dan  pengasas sekolah tahfiz, Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatul Qur’an (PMTHQ), Tanjong Karang. Beliau sentiasa bekerja dengan niat kerana Allah SWT dan berhasrat untuk membantu golongan yang memerlukan sama ada dari kalangan asnaf, anak yatim dan  anak-anak tahfiz. Bertepatan itu, beliau merealisasikan impiannya dengan menaja rancangan Yadul Ulya, iaitu sebuah rancangan berbentuk CSR yang sudah pun menjalani  rakaman mendekati golongan Orang Asli di Genting Peras dan membantu asnaf fakir miskin di Sungai Besar.

Di antara asbab lain beliau mengeluarkan produk Beras Ashraffi ini adalah sebagai salah satu punca pendapatan untuk menampung pelajar tahfiz di PMTHQ yang kebanyakannya merupakan golongan anak yatim dan asnaf. Beliau juga menjadi pengedar untuk maahad-maahad tahfiz lain untuk mendapatkan makanan ruji ini.

Dari kiri YM Tengku Daud Shah Bin Tengku Adnan, wakil dari Enigma Food Technology; Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Ustaz Dr Mohd Ashraff Suarin dan Selebriti Eby Yus, Penyelaras Program ketika Pelancaran Beras Ashraffi.

Dari kiri YM Tengku Daud Shah Bin Tengku Adnan, wakil dari Enigma Food Technology; Ustaz Dr Mohd Ashraff Suarin dan Selebriti Eby Yus, Penyelaras Program ketika Pelancaran Beras Ashraffi.

Gimik Perlancaran Beras Ashraffi


Kumpulan Hijjaz semasa di Majlis Perlancaran Beras Ashraffi. 

Projek Beras Ashraffi adalah kerjasama di antara pihak Pondok Motivasi Sdn Bhd dan Enigma Food Technology. Pondok Motivasi Sdn Bhd telah melantik Enigma Food Technology untuk mengurus, memproses, membungkus, mengedar dan mengiklankan produk Beras Ashraffi. Selebriti Eby Yus, adalah salah seorang daripada penyelaras projek untuk menjayakan projek beras Ashraffi.

Mengenai Ustaz Dr Mohd Ashraf Bin Suarin

Taraf Pendidikan

•Ijazah Syariah Hukum (UIN Riau Indonesia)I

•IjazahSarjana Muda Bahasa Arab (UPM)

•Ijazah Sarjana Dakwah dan Pembangunan Insan (UM)

•Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Dakwah dan Pembangunan Insan (UM) 

Pengalaman

•Mudir Pondok Motivasi (Tahfiz) PMTHQ,Tanjung Karang, Selangor

•Pembimbing Utama Pondok Motivasi Training & Consultancy (PMTC)

•Pengasas Pondok Souq Bukit Kapar, Selangor

•Pengasas Pondok Care

•Selebriti Dakwah TV & Care

•Penceramah Bertauliah JAIS & JAWI

•Penceramah Radio IKIM, Selangor FM & Manis FM

•Bekas Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Dakwah (PAID), Daerah Kuala Selangor

•Aktivis Kemanusiaan, Penerima Penghargaan Kerajaan Kemboja

•Penceramah & Jurulatih Pembangunan Modal Insan

•Pembimbing Haji & Umrah

Membeli Sambil Menderma

Setiap pembelian beras, 1 ringgit anda akan di infakkan ke Pondok Motivasi Hamlatul Quran - Lilbanin Wa Lilbanat. Beras ini berkualiti tinggi kerana beras putih dari Vietnam dan beras Basmathi Pusa 1401 dari Pakistan dan India. Kualiti beras hancur hanya 5% sahaja. 


Harga Beras Putih

1KG: RM 4.00

5KG: RM 20.00

10KG: RM 40.00

Harga Beras Basmathi Pusa 1401

1KG: RM 14.00

5KG: RM 70.00

Mengenai Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatul Quran (PMTHQ)

Pondok Motivasi (Tahfiz) Hamlatul Qur’an telah ditubuhkan pada tanggal 3 Mac 2013 bertempat di sebuah rumah pusaka milik Dato’ Jahaya Ibrahim di Kelip-kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor.


PMTHQ memulakan operasi dengan khidmat tiga orang guru dan mempunyai 10 orang pelajar pada awalnya. Berkat kesabaran dan kesungguhan mudir dan para guru pada tahun 2016 PMTHQ telah berpindah ke bangunan surau lama yang diwaqafkan oleh penduduk kampung di Surau Blok J, Kampung Sawah Sempadan, Tanjong Karang, Selangor, untuk menampung bilangan pelajar yang semakin ramai. 

PMTHQ adalah  sebuah institusi pondok tahfiz swasta yang menumpukan pembelajaran dalam bidang hafazan al-Quran dan menjadikan pembelajaran al-Quran sebagai motivasi bagi membentuk sahsiah dan jati diri pelajar. Selain itu, objektif utama PMTHQ adalah untuk membangunkan generasi al-Quran dan pendakwah yang bermotivasi.

PMTHQ juga telah berkolaborasi dengan Politeknik Sabak Bernam dan Kolej Komuniti Sabak Bernam bagi mendidik pelajar untuk turut mempunyai ilmu dalam pelbagai bidang kemahiran. Kini PMTHQ mempunyai dua bangunan yang dijadikan sebagai kelas pengajian manakala dua bangunan lagi sebagai asrama pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Mengenai Pondok Souq

Pondok Souq adalah syarikat milik 100 peratus Bumiputera Islam yang mengedar makanan sejuk beku yang segar dan halal.

Selain itu, Pondok Souq juga menyediakan keperluan harian lain dan ubat-ubatan malah di sini pelanggan juga pasti teruja dengan koleksi minyak wangi dan koleksi jubah yang dijual di Pondok Souq.

Lokasi : Sebelah Mawarda Tom Yam Bukit Kapar Klang.

Jadual Operasi : 9.30 Pagi - 10.30 Malam

Senarai Produk Jenama Ashraffi

1. Koko Ashraffi
2. Jus Lancar
3. Minyak Serai Wangi
4. Madu Stick
5. Balsam Serai
6. Jubah Ashraffi
7. Beras Ashraffi

Dapatkan Produk Ashraffi di pasaraya berdekatan anda atau secara dalam talian di Shopee www.shopee.com.my/pmthq. Sebarang pertanyaan boleh hubungi di +60136328852 / +60197354255 / +601118514489.

22 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Pertama kali dengar jenama ni. Bagus inisiatif macam ni. Dapat membeli dan menerima manfaat sambil menderma untuk manfaat orang lain juga! Produk pun berkualiti pula tu!

    ردحذف
  2. 1st rime dengar jenama ni tapi apa yang sisyat suka ialah inisitif membeli sambil menderma tu. Smoga boleh menjadi saham akhirat untuk kita smeua.

    ردحذف
  3. Tahniah di atas pelancaran beras nie. InsyaAllah ada rezki nak beli la - sesambil menderma kan. Dalam setiap rezki kita terselit rezki insan lain kan.

    ردحذف
  4. first time dengar brand ni. harga beras basmathi boleh tahan juga ye. tapi okay la sambil menderma kan

    ردحذف
  5. Bagusnya dah ada beras yang halal toyyiban. Kalau mahal sikit dari harga beras biasa pun tak kisah sebab boleh derma dekat tahfiz

    ردحذف
  6. brand baru ke ni. first time dengar nanti boleh try beli beras ni untuk support produk tempatan :)

    ردحذف
  7. Tak pernah lagi dengar brand ni tapi boleh la try sebab membeli sambil menderma. Harga dia pun berpatutan.

    ردحذف
  8. Harganya sudah cukup terjangkau sih. Apalagi produk lokal kan memang harus di berdayakan agar perekonomian stabil.

    ردحذف
  9. Golongan ustaz2 ramai dah tahu berniaga dan pada masa yang sama membantu masyarakat. Terutama sekali ustaz dan pendakwah yang ada maahad sendiri, jelas sekali nak padamkan persepsi masyarakat yg salah yang dulu fikir anak2 maahad diguna untuk kutip derma dan sebagainya.

    Syabas. Saya yakin usaha spt ini akan dapat sambutan dan perniagaan bertambah maju kelak.

    ردحذف
  10. first time dengar brand ni.. nanti boleh cari dan support.. sambil membeli sambil menderma kan.. in shaa Allah ada keberkatan dalam setiap sen yang dikeluarkan..

    ردحذف
  11. Tahniah Ashraffi! Bagusnya konsep dia. Mudahnya kita menambah amal jariah bersedekah. Sambil membeli sambil menderma, semoga ianya sedikit sebanyak membantu pada yang memerlukan. Nanti nak cari dan beli...

    ردحذف
  12. tahniah atas pelancaran beras ashraffi ni! pertama kali dengar & lepas ni bolehlah cari. semoga lebih maju dan selepas ini mungkin jenama ini akan setanding dengan jenama beras yang lain. :)

    ردحذف
  13. alhamdulillah.. bertambah lagi produk muslim di pasaran.

    ردحذف
  14. Beras yang Pusa King tu sama ke dengan Pusa Ashraffi ni ek? Sebab Sis makan beras tu
    Tahniah buat mereka yang terlibat.. pahala besar buat amal dengan beras ni, ye laa kita buat makan jadi darah daging kann.. nanti ada rezeki nak juga mencubanya..

    ردحذف
  15. Alhamdulillah baca entri ni sejuk rasa sebab kita berpeluang buat baik dan jana pahala. Madam percaya dah menjadi lifestyle muslim zaman sekarang suka membeli sambil menderma demi keberkatan hidup. Manusia suka, Allah SWT lagi suka. Syukran jazilan ini entri memberi yang berinspirasi. Tahniah Ustaz Ashraff dan tim! Ps. InsyaAllah kita akan beli menerusi Shopee.

    ردحذف
  16. ala.. terlepas pula event ni. Bagus sangat program membeli sambil menderma ni. Beras pula makanan sugi harian kita. Memang wajib beli

    ردحذف
  17. Bagus, nampak nyer beras ni memang berkualiti dan dijamin. Now consumers have more choices when come to choosing rice.

    ردحذف
  18. Wahh, semoga lebih ramai yang tahu tentang beras Ashraffi ni dan beramal sambil membeli belah. Ada produk lain selain beras ni... Moga terus dimurahkan rezeki buat pengasas dan semuanya yang bakal menerima. Good initiative...

    ردحذف
  19. Fist time seeing this brand in the market. The price looks pretty reasonable for the Basmathi variant. Then again when you can donate money to the charity at the same time, it is not that bad.

    ردحذف
  20. wow Beras Basmathi Pusa 1401 is new brand in the market? I like it's packaging, so cool. Will give it a try in the future ok

    ردحذف
  21. Bagus ada program mcm ni sambil membeli dan menderma, b as ru tau ada beras jenama beras Ashraff

    ردحذف
  22. Wahh brand beras baru ye. Boleh la beli nnt boleh support lokal kan

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال