Korean Drama Review: Stranger 2, Membongkar Kes Atasan Dan Bagaimana Rasuah Berlaku Di Dalam Sesebuah Organisasi Kerajaan | Assalammualaikum semua! Sejak Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan oleh penularan wabak Pandemik COVID-19, boleh dikatakan menonton Netflix adalah diantara aktiviti kami sekeluarga lakukan. Kami suka genre misteri penyiasatan. Kes forensik, kes rasuah dan kes mahkamah memang pilihan kami. Permulaan mengetahui KDrama Stranger 2 adalah apabila Netflix memaparkan kemaskini bahawa ada siri terkini di Stranger yang pertama. Jadi, kami tertanya-tanya cerita apa ni? Kenapa tak nampak sebelum ni? Kami bagi peluang untuk mengikuti Stranger pertama yang mempunyai 16 episod keseluruhannya dan terus suka! Ya sangat mendebarkan dan kami suka watak Pendakwa Raya Si Mok dan Detektif Yeo Jin. Di Korea, kedua-dua organisasi ini melalui peranan berbeza tetapi dua-dua turun padang melakukan siasatan. Pelik? Tak pelik di Korea ya. Hehe.
Korean Drama Review: Stranger 2, Membongkar Kes Atasan Dan Bagaimana Rasuah Berlaku Di Dalam Sesebuah Organisasi Kerajaan
Terlalu banyak pengajaran di dalam KDrama Stranger pertama sehinggakan Ruby ternanti-nanti sambungannya. Sebenarnya drama Stranger pertama sudah ditayangkan pada Jun 2017. Manakala Stranger 2 mula ditayangkan pada Ogos 2020, tamat pada 4 Oktober 2020 baru-baru ini. Keseluruhan episod sinopsis dan proses KDrama, korang boleh baca di https://www.dramabeans.com/tag/forest-of-secrets/ sebab ada lebih informasi dan gambar menarik setiap babak dalam drama Stranger. Tajuk drama ini ada dua, Stranger dan Forest of Secrets.
Permulaan drama Stranger memaparkan Pendakwa Raya Hwang Si-mok ketika kecil yang hilang kemampuan untuk merasa empati selepas melakukan pembedahan otak. Maka, sepanjang kehidupan dia, dia sangat straight to the point. Perkara ini yang membuatkan manisnya drama Stranger. Sebab keadaan dia yang tidak faham perasaan orang lain membawa kepada penyelesaian kepada kes-kes atasan. Kemudian, disebabkan cara dia, dia sering diperlukan di pejabat tertinggi Pendakwa Raya. Sampai satu tahap, dia bekerjasama dengan orang atasan.
Nak dijadikan lebih menarik, secara tidak langsung Pendakwa Raya Hwang Si-mok (lakonan Cho Seung-woo) bergabung dengan Leftenan Polis Korea iaitu Han Yeo-jin (lakonan Bae Donna) untuk mencungkil identiti sebenar pembunuh berantai. Sambil meneliti kes itu, dia harus memerangi rasuah yang berleluasa di dalam jabatan polis yang terus-menerus melemahkan siasatan. Si-mok berjanji akan mencari pelakunya dalam masa dua bulan, tetapi khabar angin mengenai sifatnya yang ganas muncul dan menimbulkan persoalan mengenai kemampuannya memimpin kes tersebut.
Kesemua kes yang berlaku adalah membawa kepada kes dalaman. Siapa sangka orang yang berdekatan kita adalah seorang pembunuh. Menjadi kambing hitam untuk menutup kesilapan pihak atasan. Rasuah berleluasa demi kepentingan syarikat besar di luar sana. Syarikat besar pula adalah keluarga mentua. Konflik banyak berlaku yang merosakkan reputasi seseorang yang jujur di dalam organisasi kerajaan. Kesian sangat.
Stranger 2 hadir dengan lebih misteri dan jenayah tidak masuk akal. 16 episod yang lebih banyak plot twist. Kesian Si-mok nak merungkai semua kes salah laku pihak atasan. Permulaannya, Pendakwa Raya Si-mok di pindahkan ke Seoul untuk membantu krisis diantara Polis dan Pendakwa Raya. Mereka ada konflik tentang perlaksanaan tanggungjawab. Kedua-dua organisai ni bersaing untuk tampil siapa lebih hebat dalam menyelesaikan kes. Sedangkan jawatan mereka sangat mudah diasingkan. Pendakwa Raya mengeluarkan waran tangkap untuk membantu pihak Polis mudah melakukan siasatan. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Waran dilengahkan, Polis tak dapat nak selesaikan kes segera. Manakala kes lain Polis pula tidak mohon waran dari Pendakwa Raya sebab nak selesaikan kes dengan cara tersendiri. Apabila media dapat kesan. Lagi lah macam-macam spekulasi timbul apabila kes yang mereka sedang siasat adalah kes berprofil tinggi. Malah, pihak yang berkepentingan sanggup membunuh rakan sekerja untuk mendapatkan pangkat kekal di dalam organisasi.
Pengajaran Korean Drama Stranger
Kedua-dua siri ini membuatkan Ruby rasa teruja dengan sikap jujur dan amanah. Apabila kita jujur, tiada apa yang perlu ditakutkan. Ramai yang ingin menjatuhkan Pendakwa Raya Hwang Si-mok (lakonan Cho Seung-woo) dan Leftenan Polis Korea iaitu Han Yeo-jin (lakonan Bae Donna). Tetapi mereka tiada apa-apa kesalahan sepanjang perkhidmatan. Maka, mereka hanya perlu kuat untuk tahan diri dari di buli oleh rakan sekerja. Cara ini, kita boleh amalkan. Betul tak?
Korean Drama Stranger 2 Mendapat Rating Tertinggi Sepanjang Siaran Di TVN Dan Netflix
Kisah jenayah, misteri dan rasuah adalah drama yang mudah difahami oleh masyarakat sedunia. Ia berlaku di tiap negara. Cuma, cara drama Korea ni sampaikan adalah lebih terperinci dan setiap scene amat jelas. Dari penggunaan efek teringat crime scene atau bahan bacaan kes sebelum ini buat kita pun faham. Ohhhh boss dia jahat! Ohhhhh mesti pembunuh dia perempuan! Ohhhh entah-entah isteri dia bunuh suami dia? Hahaha. Kita sebagai penonton lagi banyak spekulasi bermain di minda selain Pendakwa Raya Hwang Si-mok (lakonan Cho Seung-woo) dan Leftenan Polis Korea iaitu Han Yeo-jin (lakonan Bae Donna). Kita boleh lah jadi penulis skrip dan pengarah. Hahaha. Itulah manisnya menonton drama yang kita faham. Penggunaan lokasi filem pun jelas, di pejabat Pendakwa Raya, Balai Polis, Korean Police Academy dan pejabat Hanjo.
Kadang-kadang ada la lokasi di rumah, pop up store makanan dan taman. Lokasi jenayah juga menarik, ia berlaku di rumah, di pantai dan lorong. Penggunaan kawasan sekitar Korea tu buat kita lebih dekat dengan keadaan jenayah ni ada di mana-mana. Kita harus berhati-hati. Bab buli juga kita faham tentang siksanya perasaan nak melarikan diri dari si pembuli. Nampak karakter si pembuli sangat baik, tetapi perasaan kita takut tiada siapa tahu. Ruby dan suami sentiasa menunggu drama begini.
Rating tinggi di TVN dan Netflix. Jadi, Ruby nak Stranger 3 pula boleh? Hahaha.
Ruby suka drama ni, jadi Ruby bagi 10 bintang. 10/10.
Selamat menonton!
Tags
Hiburan
Takutkan, bila sebenarnya orang yg dekat dgn kita ni la pembunuh/penjahat yang sebenar. walau dia tak nak cederakan kita, tapi mampu ka kita subahat bila tau dia cedeka kan org lain ? hmmmm
BalasPadamBetul. Kalau kita ni yang ada empati mesti jalan terbaik adalah undur diri dari terlibat sama. Tapi Prosecutor Hwang Si-mok memang jalan terus. Dia balas dengan fakta dan keadaan semasa. Rasa macam wowwwwwww.
PadamWahh yang siri pertama pun saya belum tengok lagi. Lama dah rasanya tak menonton drama Korea. Tapi saya pun lebih suka tonton drama konsep thriller dan jenayah ni sebab memang mencabar minda dan penuh pengajaran selalunya. Ok, bolehlah masuk ni dalam watch list! Woohoo!
BalasPadamKena layan ni drama stranger. Sekarang tengah layan hospital playlist. Habis je kita alih tengok stranger pulak. Terbaik!
BalasPadamKena tengok ni kat Netflix jap g. Akak memang suka cerita thriller and jenayah gini and cerita Korea selalu tak menghampakan.
BalasPadamHaa cte ni memang best giler! Kak min pun dok layan cte ni hehe..kebetulan mmg umah ni langgan channel2 korea haha..lgpun genre cte camni memang kena dgn jiwa
BalasPadamkena tengok yang stranger 1 ni baru best layan yang 2 punya. cite korea yang genre camni memang minat sangat
BalasPadamwallaweh.. tgok pada jalan cerita yang akak tulis nampak menarik giler.. nanti nak tengok jugak la. adeh.. hope ada masa la nanti nak tonton.
BalasPadamKeseronokan berganda ada Netflix. Ingat plak zaman Uni sukalah layan drama dan movi misteri, seram dan penyiasatan selain lovey dovey. Yang pasti jalan cerita macam ni seronok sebab kita nak tahu apa ending. Best lagi bila watak utama segak dan berwibawa gitu. Hihi.
BalasPadamDah nampak dah drama ni, cuma belum lagi nak duduk tengok..lagipun takde geng, tunggu anak balik nanti tengok sesama..kalau tak, TV tengok Sis hahahaha
BalasPadamsecara jujur, xminat kdrama, sebab ada mindset streotyoe kdrama ni ala2 drama cintan cintun je. But suka sangat siri penyiasatan..Thanks for sharing this! Saya tukar mindset & nak sangat tengok siri ni!
BalasPadamAhhhh saya suka genre cerita macam nie. Bila tgok movie macam nie, rasa terfikir, betul ke ia benar2 berlaku dlm pemerintahan negara. Kalau betullah, sangat sedih. Amanah yg menjdi permainan manusia yg tamak. Okay nanti sy nak tengok sendiri lah cerita nie
BalasPadamIza tak pernah lagi tgk stranger yg first tapi tempting nak tgk stranger. berkait ke 2-2 ni? patut ke iza tgk stranger yang first dulu?
BalasPadamSisyat bukan peminat KDrama tp sebab ruby dah bg hint cerita ni best, kena la tengok sendiri ni 😅
BalasPadamDrama Korea semakin up quality and also the storyline dia orang. Kalau ada masa sis nak layan ni juga.
BalasPadamKak pun suka layan KDrama ni tp yg drama ni lps pandang kot? Sbb dah ada siri 2 nti kena tgk ni
BalasPadamargggghhhh !! lamanya tak layan drama korea.. rasa cam nak menanti 16 / 20 episod tu terlampau lama.. hee~ tapi nanti boleh lah curi curi masa layan sekejap.. terima kasih ruby..
BalasPadamBerani kerana benar, jujur tiada apa yang perlu kita takutkan.. Menarik juga drama ni.. adakah saya akan mula balik routine menonton k-drama macam zaman uni dulu lepas baca review ni? :) jeng jeng jeng.. aduiii...
BalasPadamwah nmpk ruby review mcm menarikkk..mmg drama strangers 2 ni dlm list nk tgok jgk..hehe
BalasPadam