Memahami Level, Rank Dan Musim Permainan Esports Mobile Legends Bang Bang | Assalamualaikum semua! Pasti ramao tertanya-tanya, Ruby bermain serius ke MLBB ni? Hehehe. Sebenarnya Ruby cuba memahami permaianan Esports MLBB ni, dalam masa yang sama Ruby kongsikan dengan korang. Ruby sejenis suka membaca dan baru la mula berlawan dalam gelanggang. Jadi, ini salah satu informasi yang Ruby sedang cari. MLBB ni ada berapa level, Rank dia macam mana pula? Kemudian sekarang ni dah musim ke berapa?
Memahami Level, Rank Dan Musim Permainan Esports Mobile Legends Bang Bang
Ruby tertarik dengan keseluruhan permainan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) ni kerana ia mempunyai cara tersendiri untuk menarik perhatian pemain. Ia bukan permainan yang mudah untuk dihabiskan. Ia permainan Esports yang sentiasa kemas kini pelbagai fungsi baru. Mempunyai Level, Rank dan Musim tersendiri membuatkan pemain berterusan daftar masuk. Sejak awal kemunculan MLBB, pelbagai inisiatif Moonton untuk menjadikan permainan Esports lebih sihat dengan mengadakan pertandingan. Pertandingan menampilkan sekumpulan 5 pemain terhandal dari kumpulan nama-nama unik. Pemain Esports ini juga menjadi popular dan mempunyai pengikut tersendiri.
Perlawanan di antara negara, negeri, universiti dan di bawah syarikat terkemuka juga turut diadakan. Pemain berkumpulan ini juga memiliki penganjur tersendiri. Korang boleh lihat dari pakaian jersey dan nama kumpulan mereka. Pasti ada tertera nama penaja. Di Malaysia sebagai contohnya, kita boleh lihat para pemain Esports membawa nama-nama jenama itu di dalam media sosial. Pemain Esports muncul dalam iklan jenama tersebut. Ini kerana pasukan mereka konsisten memenangi perlawanan dan prestasi bagus membuatkan statistik i isni lebih dipercayai. Maka, pasti korang tertanya-tanya bagaimana mereka bermula? Mereka memahami sistem MLBB. Dari level, rank dan musim, apa yang perlu mereka capai selain semangat berpasukan.
Level Unik Di Dalam Mobile Legengs Bang Bang
Level Di Dalam Mobile Legends Bang Bang bermula dari Level 1 hingga Level 30 dan seterusnya korang akan masuk ke Level 1 dalam Sistem Celestial yang akan berakhir di Level 99. Nampak panjang perjalanan nak ke 99 tu kan? Tetapi ia akan nampak mudah apabila pemain konsisten fokus dan mengikut arahan permainan yang ditetapkan. Sekarang, Ruby berada di Level 19. Hehehe.
Senarai Rank Di Dalam Mobile Legends Bang Bang
Terdapat 7 Rank di dalam Mobile Legends Bang Bang. Rank dan Magic Chess memegang pembahagian peringkay yang sama. Cuma ia bergantung kepada penilaian prestasi pemain. Setiap Rank melalui peringkat perlawanan yang berlainan cabarannya. Bermula V, IX, III, II dan I. Di sini kita akan nampak kekuatan Heroes yang kita pilih. Semangat berpasukan amat penting apabila korang menggunakan Heroes yang lambat buka skill ke dua atau perlu farming bersama-sama. Jadi, korang perlu cepat dan tangkas apabila berada di gelanggang.
Di dalam Rank ini juga ada gelanggang Magic Chess. Selesai semua tugasan, korang akan menerima ganjaran lagi. Ruby belum mula main Magic Chess. Nanti nak cuba. Sebab tengok semua karakter Komander comel-comel. Hehe.
Rank WARRIOR adalah tahap permulaan ketika hendak mula bermain Mobile Legends Bang Bang, akan diakhiri dengan Rank MYTHIC. Pemain akan bermula dari Warrior untuk melangkah lebih jauh ke tiga peringkat dan tiga bintang untuk masuk ke peringkat seterusnya. Setiap peringkat akan menerima ganjaran seperti berikut:
WARRIOR
1 Premium Skin Fragment
1000 Battle Points
100 M Tiket
Magic Chess:
2500 Magic Coin
1 Little Commander Double EXP Card (1-day)
ELITE
3 Premium Skin Fragment
2000 Battle Points
200 M Tiket
Magic Chess:
5000 Magic Coin
1 Little Commander Double EXP Card (1-day)
MASTER
Premium Skin Fragment
4000 Battle Points
300 M Tiket
Magic Chess:
7500 Magic Coin
1 Little Commander Double EXP Card (1-day)
GRANDMASTER
Premium Skin Fragment
7000 Battle Points
600 M Tiket
Magic Chess:
15000 Magic Coin
1 Little Commander Double EXP Card (1-day)
EPIC
Premium Skin Fragment
12000 Battle Points
1000 M Tiket
Magic Chess:
25000 Magic Coin
1 Little Commander Double EXP Card (1-day)
LEGEND
Premium Skin Fragment
20000 Battle Points
1500 M Tiket
Magic Chess:
37500 Magic Coin
1 Little Commander Double EXP Card (1-day)
MYTHIC
Premium Skin Fragment
20000 Battle Points
1500 M Tiket
Magic Chess:
37500 Magic Coin
2 Little Commander Double EXP Card (1-day)
Season Mobile Legends Bang Bang Sudah Masuk Musim Ke-18
Terdapat sistem musim di Mobile Legends Bang Bang. Sekarang sedang berlangsung untuk musim ke 18. Apa keistimewaan musim-musim di Mobile Legends ni? Kebiasaannya ia berlangsung 3 bulan sekali. Setiap musim anda akan menerima hadiah istimewa seperti Skin baru, Battle Point, Magic Dust dan M Tiket. Jadi, dengan kekerapan kemas kini mengikut musim. Para pemain akan lebih enjoy setiap kali daftar masuk ke MLBB.
Diharap, perkongsian ini bermanfaat! Jom main! Nanti cari profile rubydotmy dan follow! Terima kasih sudi membaca!
Tags
ESport