PRIMERA Beras Merah Premium Tempatan Kaya Antioksidan, Tinggi Serat Dan Nilai Indeks Glisemik Rendah | Assalammualaikum semua! Kali ini Ruby ingin berkongsi tentang bab makanan iaitu Nasi. Nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia dan sering menjadi hidangan utama. Kebiasaannya kita sudah terbiasa menggunakan beras putih untuk setiap masakan. Tetapi, kali ini Ruby ingin mengajak korang semua memulakan rutin baharu dengan memasak nasi menggunakan beras merah dari Primera™. Beras seperti ini kebiasaannya akan tertera untuk pesakit diabetes. Jika diikuti keadaan pesakit diabetes mereka memang tidak boleh makan nasi dari beras putih sebab tinggi kanji. Kanji adalah berasal dari gabungan karbohidrat dan gula. Maka, pesakit diabetes akan mudah tinggi bacaan dalam darah. Solusi lain adalah, makan nasi menggunakan beras merah. Cuma, takkanlah nak tunggu sakit baru nak mula memakan nasi dari beras merah kan? Jadi, jom kita mulakan sekarang, untuk generasi yang lebih sihat.
PRIMERA Beras Merah Premium Tempatan Kaya Antioksidan, Tinggi Serat Dan Nilai Indeks Glisemik Rendah.
𝐏𝐫𝐢𝐦𝐞𝐫𝐚™ 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐤𝐬𝐮𝐝 𝐏𝐫𝐢𝐦𝐞 𝐌𝐞𝐫𝐚𝐡. Beras Primera™ tinggi serat dan kaya dengan antioksidan. Nilai indeks glisemik (GI) rendah, iaitu 46. Beras Primera™ sesuai untuk dimakan oleh semua lapisan masyarakat termasuk pesakit diabetes.
Prof Dr. Wickneswari Ratnam, pakar Genetik Tumbuhan clan Bioteknologi dari Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia mengulas kajian tentang kebaikan Beras Primera™ dan manfaat kepada kita semua. Ia amat menakjubkan apabila dapat mendengarnya.
Nasi merupakan makanan ruji yang sudah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Malaysia. Nasi yang sering menjadi hidangan di Malaysia dan di seluruh dunia adalah dari beras putih. Menurut laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) pada tahun 2016, purata penggunaan beras bagi seorang rakyat Malaysia adalah 80kg setahun. Walaupun karbohidrat dalam beras penting untuk tubuh badan bagi membekalkan tenaga, namun pengambilan nasi putih yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan kerana ia mempunyai nilai indeks glisemik (GI) yang tinggi. Selain itu, bahagian yang berkhasiat dalam beras seperti dedak (bran) dan embrio (germ) yang menyimpan nutrien yang tinggi juga turut dikeluarkan semasa proses penghasilan beras putih.
Pandangan skeptikal terhadap khasiat beras kini bukan lagi suatu masalah kerana Nomatech Sdn. Bhd., sebuah syarikat tempatan telah menghasilkan beras merah unggul dengan nama komersialnya Primera™. Beras Primera™ mempunyai nilai indeks glisemik (Gl) yang rendah, tinggi dengan serat dan kaya dengan kandungan antioksidan. Ia dihasilkan melalui biakbaka konvensional yang melibatkan pendebungaan terkawal antara kultivar padi Malaysia, MR219 dan varieti padi liar Oryza rufipogon.
Nilai GI menunjukkan keupayaan relatif kandungan karbohidrat dalam makanan meningkatkan kadar glukosa dalam darah. Dengan kata lain, GI adalah sistem pengukuran yang diberikan kepada makanan untuk menggambarkan seberapa cepat karbohidrat dicerna dan diserap ke dalam saluran darah. Makanan dengan nilai Gl yang rendah akan dicerna secara perlahan menyebabkan kenaikan kadar gula dalam darah menjadi perlahan dan stabil seterusnya mengurangkan risiko menghidapi diabetes.
Skala nilai GI adalah berjulat di antara 0 hingga 100, dengan nilai yang lebih rendah mewakili makanan rendah GI manakala nilai yang lebih tinggi mewakili makanan yang tinggi Gl. Nilai Gl pada makanan dapat diklasifikasikan kepada rendah (Gl 5 55), sederhana (Gl 56-69), dan tinggi (GI a 70). Dengan nilai GI 46, beras Primera™, yang juga dikenali sebagai UKMRC-9 diklasifikasikan sebagai makanan rendah GI. Oleh kerana makanan yang rendah nilai GI lambat dicerna oleh tubuh, mengambilnya pada sukatan yang sihat boleh menjadikan anda berasa kenyang dan mengelakkan rasa cepat lapar. Beras Primera™ yang mempunyai sedikit rasa kekacang dan enak dimakan ini juga membekalkan antosianin, sejenis antioksida yang melindungi seI-sel tubuh daripada radikal bebas dan boleh membantu menurunkan risiko penyakit kardiovaskular.
Pelancaran Beras Primera™. Dari kiri Puan Sharifah Nur Rahimah Syed Alias, Pengarah dan Ketua Pembangunan Perniagaan Nomatech Sdn. Bhd. ; Prof Dr. Wickneswari Ratnam, pakar Genetik Tumbuhan clan Bioteknologi dari Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia ; Datuk (DR) Redzuawan Ismail, Chef Selebriti Malaysia, Hos Rancangan Televisyen, Pelakon, Pengusaha & Pemilik De.Wan 1958 by Chef Wan.
Cara Penyediaan Beras Primera™
Secawan beras Primera™ yang dimasak dalam dua setengah cawan air akan menghasilkan nasi merah yang mempunyai rasa kekacang dan sesuai dimakan dengan pelbagai lauk seperti rendang, sup, kari, sayur campur dan makan bersama lauk-pauk masakan Nusantara. Tekstur nasi dari beras Primera™ yang sedikit kenyal menambah kenikmatan pada makanan. Nasi ini bukan hanya enak dinikmati sebagai nasi biasa, tetapi juga amat sesuai di masak sebagai nasi lemak, nasi pilaf, nasi goreng dan juga salad.
Demonstrasi Masakan Menggunakan Beras Primera™ Oleh Datuk Dr Chef Wan.
Majlis pelancaran yang berlansung di De.Wan 1958 By Chef Wan, The LINC KL telah dihadiri oleh cef terkemuka yang memenangi pelbagai anugerah dan duta masakan untuk Tourism Malaysia iaitu Datuk (DR) Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan yang menunjukkan kehebatan kulinarinya dengan persembahan menarik dari 2 hidangan mewah menggunakan Beras Merah Primera™. Hidangan yang disajikan adalah Nasi Berlauk, Bubur Aneka dan Nasi Ulam.
Cubalah! 𝗧𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗹, 𝗠𝗮𝗸𝗮 𝗧𝗮𝗸 𝗖𝗶𝗻𝘁𝗮! - Datuk Dr Chef Wan
Beras Primera™ Boleh Didapati Di Semua Pasaraya Dan Secara Dalam Talian
Harga beras Primera™ sekitar RM 10-12 untuk 1kg, manakala 5kg & 20kg boleh dibeli dalam bilangan besar. Dapatkan beras Primera™ di pasaraya 𝗧𝗲𝘀𝗰𝗼, 𝗔𝗘𝗢𝗡 𝗕𝗶𝗚, 𝗠𝘆𝗱𝗶𝗻, 𝗧𝗵𝗲 𝗦𝘁𝗼𝗿𝗲, 𝗩𝗶𝗹𝗹𝗮𝗴𝗲 𝗚𝗿𝗼𝗰𝗲𝗿, 𝗚𝗶𝗮𝗻𝘁 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗱𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘁𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗦𝗵𝗼𝗽𝗲𝗲, 𝗟𝗮𝘇𝗮𝗱𝗮, 𝗣𝗿𝗲𝘀𝘁𝗼 𝗠𝗮𝗹𝗹. Primera™ tersedia di seluruh Malaysia. Jom jaga kesihatan sama-sama!
Mengenai Nomatech Sdn Bhd
Nomatech Sdn Bhd adalah syarikat berasaskan R&D pertanian dan inovasi yang mengkomersialkan penyelidikan pertanian dan produk akhirnya, yang kini berkualiti tinggi dan menghasilkan Beras Merah dan Putih. Ini menyediakan perkembangan produk dan perkhidmatan teknikal yang berkaitan, perbankan benih serta menjalankan pembibitan berskala perintis untuk pengeluaran dan pengembangan benih. Nomatech bertujuan untuk menjadi syarikat pertanian bertaraf dunia dalam masa terdekat.
Tags
Foodie
Bagus beras merah ni. Dulu kak min consume beras merah time diet dulu. Haha..time tu seminggu sekali atau 2 kali je amik nasi tp nasi beras merah. Memang time tu badan cam zaman anak dara haha..now npaknya kena start semula
ردحذفBiasa dan pernah makan beras Faiza je selama ni. First time baca dgn gigihnya info pasal beras merah. Kita sentiasa ada opsyen nak kekal sihat kan. Celik mata jap bila baca 'takkan nak tunggu sakit baru nak makan beras merah'.Betul tu Madam setuju part ni! InsyaAllah kita semua kena cuba beralih ke beras merah at least sekali seumur hidup mana tau selamanya jatuh cinta nak makan beras merah je kan. PS: Sedap nampak bubur aneka tu.
ردحذفWah, ternyata beras merah tuh bagus ya. Banyak juga manfaatnya. Dulu pernah coba, ternyata lebih ringan ya dari beras putih biasa :D. Cocoknya untuk diet sepertinya beras merah ini tuh ya.
ردحذفWah......red rice local. Bagus nie! I love red rice. It’s good for health.
ردحذفSebagai orang Asia, kita memang tak boleh hidup tanpa nasi. Tapi kena la pandai pilih yang sihat.
ردحذفokay boleh la nak cuba.. kita dah nak start balik diet so kena jaga pemakanan sekarang... thanks introduce beras ni ibukkk !
ردحذفFirst time baca n tengok beras warna merah. Kira baguslah beras nie untuk org diet erk. Bila nampak je perkataan primera tu, teringat batch pertama psikologi saya, nama batch dorg Primera. Lebih kurang maksud kemunculan gituhh. Hahaha. Nanti saya nak jenguk2 jugaklah kat pasaraya yg Kak Ruby senaraikan tu, jadi teringin nak cuba rasa.
ردحذفWow chef one yang perkenalkan sudah tentuk beras merah ni baik untuk kesihatan dan juga berkhasiat di samping enak kan. Nak cuba juga walaupun harganya sedikit permium. :D
ردحذفsedap beras ni, memang mengenyangkan. Nak try ambil konsisten. Tengok berapa pula berat akk boleh turun dalam sebulan ni
ردحذفhaa ni first time dengar pasal beras merah. tak tau la rasanya macam mana ek. hehe teringin jugak nak cuba. nanti boleh cuba. mana tau kena dengan selera :)
ردحذف