Ulangtahun Ke-53 Guardian Malaysia Meraikan Pembukaan Semula Guardian Suria KLCC Sebagai Destinasi Top Farmasi, Kesihatan Dan Kecantikan Lengkap Dengan Integrasi Teknologi


Ulang Tahun Ke-53 Guardian Malaysia Meraikan Pembukaan Semula Guardian Suria KLCC Sebagai Destinasi Top Farmasi, Kesihatan Dan Kecantikan Lengkap Dengan Integrasi Teknologi | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini, Ruby berkesempatan ke pembukaan semula Guardian Suria KLCC pada 2 Oktober 2020. Cawangan di Suria KLCC sentiasa menjadi kegemaran Ruby sebab lokasi di hadapan bank, akses terus ke parking dan laluan bawah tanah perjalanan diantara KL Convention Center atau Hotel ke Suria KLCC yang pasti membuat Ruby berhenti di Guardian untuk beli sesuatu. Guardian adalah penyelamat ketika sakit kepala untuk Ruby membeli Panadol, ketika sedang datang bulan haid untuk membeli Libresse, ketika majlis terlalu lama yang memerlukan manisan seperti gula-gula Mentos dan ketika membeli keperluan keluarga yang ada 1001 permintaan. Semuanya Ruby akan cari di Guardian Suria KLCC. 

Ulang Tahun Ke-53 Guardian Malaysia Meraikan Pembukaan Semula Guardian Suria KLCC Sebagai Destinasi Top Farmasi, Kesihatan Dan Kecantikan Lengkap Dengan Integrasi Teknologi.


Jika korang rasa dekorasi Guardian Suria KLCC sebelum ini lebih cun, mudah akses mekap dan setiap gondola korang dah hafal. Kali ini, ia lebih teratur dan mudah. Luas untuk anda ke sana ke sini dan mempunyai integrasi teknologi. Kedai Guardian Suria KLCC sangat istimewa kerana merupakan kedai utama Guardian Malaysia yang melayani berjuta-juta pembeli di pusat membeli-belah Suria KLCC sejak tahun 1998. Ia telah berkembang menjadi kedai nombor satu Guardian dalam penjualan dan merupakan kedai perdagangan terbesar dalam rangkaian Guardian dan menetapkan standard untuk semua kedai Guardian di seluruh negara. 

Encik Soren Lauridsen, Chief Executive Officer of Guardian Health and Beauty, South East Asia.

Konsep baru ini mencerminkan tujuan Guardian untuk terus berkembang melebihi jangkaan pelanggan. Sebagai peneraju peruncitan farmasi, kesihatan dan kecantikan, Guardian Malaysia telah bertindak balas dengan cepat terhadap perubahan-perubahan permintaan pelanggan dengan memberikan setiap hari ‘Best Value’ untuk barang keperluan harian pelanggan dan membawa Trend Kecantikan & Jenama terkini dari seluruh dunia.

Objektif utama Guardian adalah mencipta amalan yang terbaik dalam industri peruncitan; menghubungkan pelanggan dengan produk dan membantu mereka memilih produk yang sesuai dengan nilai terbaik, sama ada barangan farmasi, kesihatan atau kecantikan. Bersemangat dan menarik, pelanggan Guardian akan merasa senang apabila mengetahui bahawa sebahagian besar renovasi kedai dibuat berdasarkan maklum balas mereka. Sama pentingnya, penawaran produk telah disusun dengan teliti untuk memenuhi keperluan belanja pelanggan. Usaha renovasi telah membentuk kembali pengalaman berbelanja yang hebat agar Guardian Suria KLCC tetap menjadi destinasi membeli-belah terbaik untuk produk farmasi, kesihatan dan kecantikan. Walaupun kita berada dalam amalan norma baharu disebabkan penularan wabak pandemik COVID-19. SOP dan saranan MKN dan KKM sentiasa menjadi keutamaan Guardian Malaysia.

Bermula dengan logo oren khas, persekitaran kedai adalah cerminan tenaga yang berasal dari kecantikan yang sihat. Semua kemasan susun atur telah direka semula untuk meningkatkan keterlihatan produk dan menjadikan saat berbelanja pelanggan lebih selesa. Sama ada di bahagian kecantikan Korea atau Jepun. Pasti ada sesuatu di setiap sudut yang akan menggembirakan pelanggan.

Sudut-Sudut Istimewa Di Guardian Suria KLCC


🥳 Eucerin DermaAnalyser
Teknologi imbasan usia kulit Eucerin iaitu DermaAnalyser akan membantu pelanggan memahami kulit mereka sendiri dengan lebih baik.

🥳 Maybelline Virtual Try On Makeup Tools
Kedai Maybelline dipasang dengan Augmented Reality Filter yang menampilkan gaya solekan maya dan alat solek dalam talian untuk membantu pelanggan memilih produk solekan yang bersesuaian dengan tona wajah.

🥳 Bahagian khusus untuk penjagaan kulit, kosmetik dan rambut Korea dan Jepun.

🥳 Kundal Wall yang memaparkan jenama penjagaan rambut teratas Korea yang hanya terdapat di Guardian


🥳 Perkhidmatan farmasi tersedia 7 hari seminggu untuk memberi perhatian khusus kepada pelanggan terutamanya mereka yang mempunyai preskripsi doktor, memerlukan pemeriksaan kesihatan dan perundingan.


🥳 Bahagian Penjagaan Kesihatan yang diperluas untuk merangkumi ruang khas untuk produk diabetes, mendidik pelanggan mengenai rancangan diet dan juga petua pencegahan.

🥳 Pelbagai produk jenama sendiri dari Guardian Health and Beauty yang menawarkan kualiti dan nilai wang akan  dipaparkan di ruangan khas.

Peraduan & Promosi Luar Biasa Kepada Pelanggan Setia Guardian Malaysia


Untuk meraikan kejayaan perjalanan 53 tahun Guardian Malaysia, Guardian melancarkan Fit & Fab Anniversary Celebration di seluruh negara. Hadiah luar biasa bagi pelanggan yang mengambil bahagian dalam #GuardianFlTnFAB Challenge di aplikasi TikTok yang akan berlangsung dari 16 Oktober hingga 15 November 2020. Hadiah terdiri daripada iPhone 11 Pro Max untuk Top Winner, Pengering Rambut Supersonik Dyson untuk video Paling Kreatif, SONY PlayStation 4 untuk Cutest video dan 8 hadiah saguhati masing-masing dengan baucar tunai Guardian RM500.


Di samping itu, di kedai dan tempoh terpilih, setiap pelanggan pertama yang membelanjakan minimum RM53, akan menerima 1 Guardian Anniversary Gift Box bernilai lebih dari RM 153. Kotak berisi kejutan yang menggembirakan adalah dari penaja yang mengambil bahagian iaitu BioEssence, L’oreal, Maybelline, Pantene, Sunsilk, Canmake dan Catrice. 

Selamat Ulang Tahun Ke-53 Guardian Malaysia. Setiap kali bulan Oktober adalah ulangtahun Guardian dan Ruby. Kami berkongsi bulan yang sama. Apa yang membezakan Ruby dan Guardian adalah, tahun ni usia Ruby 33 tahun. Hehehe. 

Mengenai Guardian Malaysia


Guardian Malaysia bermula sebagai kedai runcit farmasi seluas 200 kaki persegi yang melayani komuniti ekspatriat sejak 53 tahun yang lalu. Hari ini, Guardian adalah rangkaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka di negara ini, dengan lebih daripada 450 kedai di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk farmasi, kesihatan dan kecantikan yang tiada tandingannya. Rangkaian kedai Guardian telah melayani lebih daripada 3 juta pelanggan di seluruh negara.

15 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. wah! tak sangka dah 53 tahun rupanya Guardian. suka beli kat sini sebab banyak gila choice dan pilihan. Yang paling penting harga pun murah. happy anniversary guardian!

    BalasPadam
  2. Waaah, sekarang sudah seperti destinasi wisata ya. Tapi yang ini destinasi farmasi :D. Pastinya sih sangat lengkap apalagi untuk masalah produk kecantikan sama kesehatan. Cewek bilang , ini adalah wisataku :D

    BalasPadam
  3. Saya memang 'hantu' farmasi. Guardian best sebab every week ada promotion sampai 40% untuk barangan tertentu.

    BalasPadam
  4. LH ni kalau ke mana-mana pantang nampak guardian. Mesti nak masuk. Tak masuk tu mood rasa tak tenang terus. Nak tengok-tengok aje last-last terbeli 🤣

    BalasPadam
  5. Wah... Tahniah Guardian! Tak sangka dah 53 thn. Kak nina memang suka shopping di Guardian, selesa, kemas dan staf friendly. Harga pun menarik!

    BalasPadam
  6. Tahniah Guardian. Dah 53 tahun dah rupanya. Ana kalau pergi mana2, mmg pantang kalau nampak Guardian. Wajib masuk. Ada je benda nak beli walau tak plan.

    BalasPadam
  7. Selamat ulangtahun yg ke 53 Guardian! Wahh dah lama rupanya Guardian ni ye. Eh dah lama tak gi klcc sejak pkp aritu. Nnt leh la gi sbb dr dulu mmg suka gi Guardian kat klcc ni sebab besar haha

    BalasPadam
  8. Dulu keliru Sis Guardian dan Watson ni, sebab lebih kurang sama je kan...tapi kalau memang pelanggan betul, Guardian lebih murah harganya tau.. selalu memang Sis masuk Guardian aje.. nasib ada kedai terdekat dengan rumah Sis..

    BalasPadam
  9. Semoga terus maju jaya Guardian Malaysia.. Tak sabarnya nak try #GuardianFITnFAB tiktok challenge pada 16th October nanti.. Haha... First time ni menari2 kat Tiktok...

    BalasPadam
  10. Happy anniversary Guardian yang ke 53 tahun. Lama dah. Memng suka pergi Guardian.. Macam2 ada.. Nad pun kadang beli keperluan dekat sini.

    BalasPadam
  11. Sekarang ni banyak kedai yang ah buka balik tetapi sedihnya kes Covid-19 lak menngkat. Jd bila shopping kat Guardian tu hati2 ya..

    BalasPadam
  12. Cantek sangat guardian klcc suka tgk.plg best dekat Maybelline kaunter. Canggih

    BalasPadam
  13. wah huda suka dengan vitual try on make up maybelline tu, pernah tengok kat cerita korea jer. kat malaysia pun ada rupanya

    BalasPadam
  14. Wahhhh tahniah Guardian. Flagship store lah nampaknya nie. Bukan calang2 brand boleh masuk KLCC. Okay, nanti nak pay a visit lah sementara tengah ada sales nie kan.

    BalasPadam
  15. Happy anniversary Guardian yang ke 53 yea.. tak sangka lama juga Guardian ni bertapak kan.. TB memang selalu shopping kat Guardian ni.. puas hati

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال