Jangan Takut Untuk Melakukan Pengesanan Awal Kanser Payudara, Ia Meningkatkan Peluang Untuk Rawatan Yang Berjaya


Jangan Takut Untuk Melakukan Pengesanan Awal Kanser Payudara, Ia Meningkatkan Peluang Untuk Rawatan Yang Berjaya | Assalammualaikum semua! Bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara, Ruby terpanggil untuk melakukan sesi temubual bersama pesakit Kanser Payudara yang sedang menjalani Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares. Ia adalah sesi sembang santai dan Ruby berbesar hati untuk menemubual Puan Masrani. Jom ikuti sesi temubual ini dan diharap ia dapat memberi kesedaran kepada pembaca semua untuk lakukan pemeriksaan sendiri payudara dan bertemu doktor jika ada perubahan kepada diri kita. 

Jangan Takut Untuk Melakukan Pengesanan Awal Kanser Payudara, Ia Meningkatkan Peluang Untuk Rawatan Yang Berjaya

Puan Masrani, berusia 60 tahun dan adalah penerima Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares. Beliau telah didiagnosis kanser payudara pada Ogos 2019 dan menerima sesi Radioterapi dan Kemoterapi yang telah dilengkapkan pada 9 Jun 2020 di Nilai Medical Centre. 

Kongsikan kepada kami latar belakang ringkas mengenai diri anda - apakah pekerjaan anda (sebelumnya dan setelah anda didiagnosis menghidap kanser?)

Saya bekerja dengan sebuah syarikat penerbangan sejak saya berumur 19 tahun. Saya berumur 60 tahun, pada tahun ini. Tahun lepas sekitar bulan Mei 2019, saya mengalami demam yang berterusan. Tidak ada yang membimbangkan pada mulanya tetapi demam itu terus berulang. Saya tertanya-tanya jika ada sesuatu yang tidak kena pada diri saya, ia agak membimbangkan walaupun saya sentiasa menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun. Oleh itu, saya berjumpa dengan doktor dan melakukan beberapa ujian darah. Apabila keputusannya keluar, saya diberitahu oleh doktor bahawa semuanya baik-baik sahaja. Tetapi ketika saya kembali bekerja, saya masih mengalami demam berterusan, dan ketika itulah saya memutuskan untuk melakukan pemeriksaan perubatan sepenuhnya di Nilai Medical Center.


Dari hasil pemerikasaan mamogram di Pusat Perubatan Nilai, doktor mengesahkan terdapat benjolan di dalam payudara saya. Selepas imbasan CT dilakukan, saya disahkan oleh doktor bahawa saya menghidap kanser. Saya sangat sedih kerana saya tidak menyangka diagnosis itu adalah Kanser Payudara, ini kerana saya berasa diri saya sihat. Pada mulanya saya tidak sanggup untuk berkongsi berita ini dengan keluarga saya. Saya beritahu doktor untuk melakukan prosedur yang diperlukan dan meminta untuk tidak berkongsi berita ini dengan keluarga saya. Saya tidak mahu menyedihkan suami saya dan tiga anak perempuan di rumah.

Namun, setelah mendapat nasihat dan sokongan daripada doktor, dengan keberanian yang tinggi, saya akhirnya berkongsi berita dengan ahli keluarga saya. Ia sangat memilukan, tetapi semuanya menerima dan menyokong saya sepenuhnya. Jadi saya memulakan rawatan di Nilai Medical Centre.

Adakah Keluarga Puan Mempunyai Sejarah Pesakit Kanser?

Saya kurang pasti pada awalnya, tetapi bila saya fikir semula pada mulanya, beberapa orang sepupu sebelah ayah saya ada sejarah kanser di dalam keluarga mereka.

Bagaimana Gaya Hidup Puan Sebelum Didiagnosis Menghidap Kanser?

Saya adalah seorang yang happy-go-lucky dengan pandangan positif dalam hidup dan aktif semasa bekerja. Oleh itu, ketika saya mula-mula didiagnosis menghidap kanser, saya merasa benar-benar terkejut dan sedih.

Sekiranya  Puan Selesa, Boleh Kongsikan Perjalanan Puan Melakukan Rawatan? Ada Berapa Jenis Rawatan Puan Telah Lakukan Seperti Radioterapi, Kemoterapi, Imunoterapi Dan Lain-Lain. Apakah Perbezaan Kesemua Rawatan Tersebut Dan Bagaimana Perasaan Puan? 

Saya menghidap barah payudara Tahap 2A. Pelan rawatan saya adalah menjalani kemoterapi selama enam (6) sesi dan 20 sesi radioterapi. Payudara kiri saya dikeluarkan kerana beberapa kelenjar terjejas. Semasa sesi kemoterapi, saya agak lemah. Ada kalanya sel darah putih saya terlalu rendah dan saya tidak dapat meneruskan rawatan. Tetapi doktor cepat mengatasinya dan mereka sentiasa memastikan bahawa saya cukup kuat untuk menerima rawatan. Mereka semua sangat membantu.


Sebagai Pesakit Nilai Medical, Bagaimanakah Layanan Doktor Dan Jururawat Terhadap Puan Dan Keluarga? 

Saya sangat gembira kerana saya tinggal berdekatan (lebih kurang 10 minit) supaya saya dapat yang penjagaan terbaik di Nilai Medical. Doktor dan kakitangan jururawat semuanya sangat positif dan ramah. Saya selalu berbual dengan jururawat di sana. Mereka interaktif dan mempunyai keperibadian yang ceria. Tidak hanya lokasi yang sesuai untuk saya, suasana di hospital juga mempunyai suasana sangat menenangkan. Saya amat menyukai perkhidmatan yang saya terima di Nilai Medical Centre.

Puan Boleh Kongsikan Tips Atau Nasihat Untuk Pesakit Kanser Lain?

Saya pernah berfikir adakah saya tidak mempunyai masa depan apabila menerima diagnosis kanser,  tetapi dengan sokongan yang saya terima semasa menjalani rawatan daripada ahli keluarga dan semua petugas kesihatan di Nilai Medical Centre, ia memberi kekuatan dan semangat.

Pemikiran positif adalah penting untuk kesejahteraan pesakit kanser. Mereka juga perlu mengamalkan pemakanan seimbang supaya pesakit mempunyai tenaga yang mencukupi semasa rawatan.

Apakah Tip Atau Nasihat Puan Untuk Penjaga Pesakit Kanser?

Saya berharap agar penjaga dan ahli keluarga pesakit terus tabah dan positif. Keluarga saya merupakan pemberi semangat utama saya sebagai pesakit kanser. Jadi, saya harap mereka terus positif. 


Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares

Ruby harap, sesi temubual ini bermanfaat untuk para pembaca semua. Pengalaman pesakit kanser tidak mudah untuk kita gambarkan. Tetapi, Ruby berterima kasih kepada Puan Masrani kerana sudi menerima kunjungan Ruby. Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares sentiasa ingin membantu pesakit kanser. Semoga berita ini dapat dikongsikan kepada mereka yang memerlukan. Ia adalah inisiatif di antara Nilai Medical dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia. Nilai Medical telah melancarkan Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares dengan peruntukan RM8 juta yang akan disalurkan sepanjang tempoh lima tahun untuk mengurangkan kos rawatan pesakit kanser di Malaysia dan dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana. 


Nilai Medical menyedari keperluan yang semakin meningkat untuk memastikan pengurusan rawatan sebaik mungkin bagi pesakit kanser dan penjaga mereka sepanjang menempuh perjalanan rawatan kanser. Justeru, Nilai Medical telah menubuhkan pasukan Duta WeCare yang berperanan sebagai kaunselor program untuk membimbing pesakit yang memenuhi syarat ke dalam Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares. Mereka juga merupakan individu utama untuk dihubungi oleh pesakit kanser sepanjang mengikuti program rawatan. 

Perjalanan dalam menempuhi kanser tidak pernah mudah. Di Nilai Medical Centre, selain memacu kecemerlangan onkologi, institut tersebut terus melengkapkan lagi proses rawatan kanser dengan penuh empati dan solidariti. Sedikit sebanyak, ini dapat memberi sokongan kepada pesakit yang sedang melalui rawatan kanser.

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares, sila hubungi Duta WeCare di [email protected] / 010–219 9838

www.nilaimc.com | www.facebook.com/nilaimedcentre | www.instagram.com/nilaimedcentre

16 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Early detection sangat penting kan..Itu yang awareness untuk selalu buat self-checkup lepas mandi itu sangat penting... Yuran untuk treatment pun bukannya murah.. Bagus ada peruntukkan sebanyak RM8 juta yang sedikit dapat meringankan beban pesakit..

    BalasPadam
  2. kita sendiri kena tahu cara membuat pemeriksaan sendiri di rumah supaya kita boleh kesan kanser ni dari awal.Bukan mudah nak kuatkan diri bila dapat tahu kita terkena kanser payudara ni.Semoga mereka yang menghidapinya diberikan kekuatan untuk terus berjuang

    BalasPadam
  3. ramai yang tak tahu mereka ada cancer sebab tak pernah buah check up. medical checkup biasa pun tak buat. mungkin takut untuk pergi atau takut untuk terima kenyataan. kalau lebih banyak awareness mungkin kita semua ada kesedaran

    BalasPadam
  4. Penting sangat-sangat pemeriksaan payudara regularly untuk wanita. Tak kira la buat sendiri kat rumah or check up hospital. Both kena buat. Kan?

    BalasPadam
  5. Walaupun berdebar dan pelbagai rasa timbul bila bercakap isu kanser payudara ni, tapi tetap kena buat pemeriksaan. Boleh buat sendiri di rumah. Dan jika ada sebarang keraguan, boleh terus ke klinik terpilih.

    BalasPadam
  6. nice sharing! betul lagi bagus mencegah daripada merawat sebab tu better buat checkup awal-awal

    BalasPadam
  7. Tak pernah buat checkup tapi chek sendiri yang basic je. At least kena pastikan takde benjolan kan. Kena mastitis masa susukan anak pon da sakit apa lagi cancer. Tak boleh bayangkan azabnya menanggung. Semoga beliau kuat.

    BalasPadam
  8. Bulan ni ramai share awereness tentang breast cancer ni. Kena selalu self check kan. Early detection can save life.

    BalasPadam
  9. Dalam sejarah keluarga saya, memang ada beberapa orang yang menghidap kanser, sebelah mak dan sebelah ayah. Jadi saya kena sentiasa berjaga-jaga.

    BalasPadam
  10. Wah! baru tahu juga pasal pengesanan ni. Thank you for useful info.. Perkara ni perlu jaga-jaga..

    BalasPadam
  11. Pentingnya awareness tentang ni. Perkara paling ditakuti ialah kanser. Apa saja jenis kanser. Sebab tu penting utk buat pemeriksaan sendiri atau medical checkup.

    BalasPadam
  12. Silalah buat pemeriksaan wahai wanita semua, Sis dah ada pengalaman hal ni, sebab Mak Sis meninggals ebab kanser payudara tahap 4.. so kami adik beradik mmg alert bab ni.. check sendiri boleh, tapi kena medical check-up juga untul lebih details..

    BalasPadam
  13. Thank you for sharing! My aunt is also a survivor of breast cancer. They are all heroin. Women, don't be afraid to have a check up. They have cures!

    BalasPadam
  14. Seeloknya kena buat dua-dua.. Check dirumah sendiri atau ke klinik/hospital.. Ada juga wanita yang takut nak terima kenyataan kalau-kalau dia disahkan ada kanser, sebab itu dia tidak ambil kisah walaupun ada tanda-tanda bahaya pada tubuh badan dia

    BalasPadam
  15. Apa jenis penyakit atau masalah, sekiranya ada sistem sokongan yang kuat dan individu sentiasa berfikiran positif, insyaAllah akan membantu dalam proses penyembuhan. Thanks sharing perkongsian ini. Cancer is not the end kan.

    BalasPadam
  16. Ramai yang ambil remah dengan benda ni... tak kiralah penyakit apa pun kan kak. Kadang2 sebab rasa takut tu. tapi sampai bila kan. paling tidak kalau dapat kesan awal lagi bagus.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال