Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 Formula Zero Kos Marketing Oleh RichWorks International Sdn Bhd. PERCUMA Untuk 3,000 Penyertaan Terpantas. | Assalammualaikum semua! Apa khabar! Ruby doakan kita semua sihat, dimurahkan rezeki dan diberkati kehidupan di dunia serta akhirat. Hari ini Ruby ingin kongsikan satu program istimewa yang korang patut daftar cepat-cepat. Kebiasaannya pengikut ruby.my akan mempercayai apa yang Ruby suka. Ibarat seperti rancangan Ruby Approved! Hahaha. Ruby nak ambil perhatian korang tentang program dari Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
Walaupun Ruby tidak mampu menyertai program menThor secara dekat dengan beliau, tetapi Ruby bersyukur dapat grab peluang join kelas-kelas online, acara-acara anjuran RichWorks dan perkongsian di media sosial beliau secara PERCUMA. Ilmu perniagaan, inspirasi motivasi, mentor dan kemaskini trend terkini marketing sangat penting. Kita tidak boleh berhenti belajar atau berasa selesa. Sebab bisnes ni seperti 4x4 maraton. Kita pas baton kepada legasi seterusnya pun ada tekniknya. Setiap masa perubahan gaya berlaku. Jadi, jangan jemu belajar sesuatu yang baru. Sentiasa bersedia menerima perubahan teknologi dengan kadar segera. Setuju?
Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 Formula Zero Kos Marketing Oleh RichWorks International Sdn Bhd. PERCUMA Untuk 3,000 Penyertaan Terpantas!
RichWorks akan menganjurkan Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing yang berlangsung selama 3 hari untuk membantu usahawan atau bakal usahawan step-up diri dengan strategi pemasaran dalam bisnes mereka untuk pembuka tahun 2021 yang luar biasa. Selama 12 tahun RichWorks beroperasi, mereka juga telah membantu lebih 1,100,000 (1.1 juta) usahawan untuk ubah hidup dan menguruskan bisnes dengan lebih baik. Perjuangan selama 12 tahun dalam melatih dan membimbing PKS terbukti dalam membina usahawan daripada Zero to Million! RichWorks meneruskan perjuangan ini dengan Program Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing yang bakal berlangsung lagi beberapa hari.
RichWorks percaya peluang sentiasa ada untuk usahawan atau bakal usahawan di Malaysia untuk bangkit berniaga dan step-up untuk tahun 2021 dengan menggunakan teknik pemasaran yang betul dan seterusnya dapat melonjak lagi hasil jualan dan bisnes mereka berlipat kali ganda. RichWorks International bersama Pengasas Datuk Wira Dr. Azizan Osman ingin membantu mereka yang bergelar usahawan atau bakal usahawan yang komited untuk Formula Gandakan Sales serta pendapatan mereka bermula dari ZERO. Misi RichWorks adalah untuk melahirkan lebih ramai Usahawan Jutawan bermula dari Zero ke Million untuk tahun 2021.
Nak Kuasai Marketing 2021?
Berapa banyak Zero ‘0’ yang nak di-GANDAKAN?
Ingat lagi sales pernah RM0?
Ingat lagi sales bila capai RM100 yang pertama?
Ingat lagi perasaan capai sales RM1,000 yang pertama?
Dah lupa perasaan capai RM10,000 yang pertama?
Dah pernah capai RM100,000 pertama dan pernah jatuh?
Dah capai RM 1 juta yang pertama?
What's Next?
Ilmu pemasaran berubah, pasaran berubah, dan di RichWorks, mereka sentiasa percaya dengan RESULTS. Ini kerana Result Matters. RichWorks ingin membantu usahawan dan bakal usahawan yang KOMITED dan SERIUS, nak kan Formula GANDAKAN ZERO ‘0’ dalam Sales. Peluang terakhir sebelum tahun 2021. RichWorks nak taja 3,000 pendaftaran terawal 100% adalah PERCUMA!. Haaaa tunggu apa lagi? Isi borang sekarang di www.zerokosmarketing.com.
Maklumat Program Kuasai Marketing 2021 Formula Zero Kos Marketing
Tarikh : 25 - 27 Disember 2020 (Jumaat - Ahad)
Masa : 9:00 pagi – 6:00 petang
Tempat : Aplikasi Zoom Webinar. Sila muat turun aplikasi ZOOM sekarang!
Cara-Cara Mendaftar Secara Percuma Program Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing.
Layari website www.zerokosmarketing.com,
Setelah selesai mendaftar, korang perlu mengesahkan nombor kad pengenalan dan klik Participant Registration Link. Seterusnya, lakukan 4 langkah mudah.
Selesai! Mudah kan? 4 langkah itu bukan susah pun, malah berbaloi-baloi! Sebab korang dapat register lagi 2 orang kawan atau team bisnes. Kemudian dapat e-book Datuk Wira Dr Azizan Osman sebanyak 2 unit untuk di muat turun! Best tu!
RichWorks Bimbing 777 Usahawan Jana Jualan Lebih RM2 bilion Tahun 2020
Seramai 777 usahawan terdiri daripada perusahaan kecil & sederhana (PKS) dalam dan luar negara yang mengikuti Program Mentoring RichWorks telah menjana jualan lebih RM2 bilion pada tahun ini. Meskipun dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku, usahawan PKS tersebut yang terdiri daripada Program Mentoring Spire dengan 466 usahawan dan Titanium dengan 311 usahawan menyaksikan peningkatan keseluruhan nilai jualan sekitar 10 peratus berbanding tahun lalu.
Daripada RM2 bilion nilai jualan keseluruhan itu, Spire mencatatkan jualan sebanyak RM211 juta iaitu kenaikan 17.5 peratus pada tahun 2020 berbanding RM155 juta pada tahun 2019. Bagi Titanium pula mencatatkan kenaikan 9 peratus iaitu RM1.8 bilion jualan tahun ini berbanding RM1.5 bilion pada tahun 2019. Kenaikan ini menunjukkan bahawa hasil latihan dan bimbingan disediakan RichWorks terbukti dapat membantu usahawan-usahawan agar bisnes terus berkembang dan menyaksikan peningkatan jualan walaupun dalam apa jua keadaan.
Mentoring Spire selama 12 bulan ini merupakan program bimbingan usahawan untuk membantu mencapai jualan perniagaan sehingga RM1 juta dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun. Apatah lagi, setakat hari ini saja seramai 207 usahawan yang menyertai Spire telah pun mencapai RM1 juta pertama mereka. Bagi Program Mentoring Titanium, ia juga selama 12 bulan yang mana mereka bukan saja mendapat ilmu dan bimbingan daripada MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman malah mendapatkan kepastian dalam membuat keputusan.
Sejak COVID-19 melanda, RichWorks sebagai syarikat peneraju dalam syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di Malaysia telah membantu lebih 400,000 ribu usahawan dengan penganjuran program keusahawanan secara virtual online dan percuma. Inisiatif ini untuk bantu mereka yang terkesan dengan krisis pandemik seperti COVID-19 serta sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia tahun ini. Kami telah bantu ramai usahawan untuk mula berniaga dan usahawan-usahawan yang terkesan untuk selamatkan perniagaan mereka.
Mengenai Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author Datuk Wira Dr Azizan Osman, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.
Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri. Beliau memiliki keupayaan luar biasa yang dapat mempengaruhi perubahan positif seseorang individu untuk menghasilkan kerja terbaik serta menjadi team yang efektif dan luar biasa.
Sejak 2008, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah membantu lebih daripada 700 ribu peserta menerusi program yang dianjurkan secara langsung melalui Richworks International, syarikat yang diterajui beliau sebagai Pengasas & Pengerusi Eksekutif. Beliau telah membantu ribuan usahawan dan jutawan untuk berjaya melalui strategi dan formulanya yang praktikal, mudah dan terbukti berkesan.
Beliau juga telah menulis lebih daripada 10 buku mengenai perniagaan, pemasaran dan penguasaan potensi diri. Buku ‘Beat the Curve’ yang dikarang bersama Brian Tracy antara buku yang berjaya tersenarai sebagai buku terlaris di Amazon.
Perkongsian di media sosial beliau juga turut menjangkau puluhan ribu orang setiap minggu, menjadikan beliau influencer selebriti yang dapat membantu ramai orang untuk merealisasikan potensi diri pada tahap tertinggi.
Sejak 2015, menerusi Program High Net Worth Coaching bersama kumpulan Titanium, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah memberikan bimbingan kepada lebih 300 usahawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa dan jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan usahawan ini mencecah lebih RM500 juta setiap tahun.
Ikuti Datuk Wira Dr Azizan Osman di laman media sosial berikut:
www.instagram.com/azizanosman_official | www.twitter.com/azizanofficial | www.tiktok.com/@azizanosmanofficial_ | www.youtube.com/c/AzizanOsman
Mengenai RichWorks International
RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Sepanjang 12 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Datuk Wira Dr. Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 1.1 juta peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar. Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, mereka membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6 - 24 bulan.
Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.
Hubungi RichWorks International:
Richworks International Sdn Bhd
No. 77, Jalan Badminton
13/29 Seksyen 13, 40100
Shah Alam Selangor,
Malaysia
Laman web : www.richworks.com
Website : www.zerokosmarketing.com
Mobile : +6019 244 2244
Emel : [email protected]
Diharap perkongsian tentang Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 Formula Zero Kos Marketing Oleh RichWorks International Sdn Bhd memberi manfaat! Jumpa korang di dalam Zoom Webinar pada 25, 26 dan 27 Disember 2020. InsyaAllah kita akan lebih bersedia pada tahun 2021!
Tags
Entrepreneurship
Wow....... This looks like a good program to participate. Thank you for sharing the information with me. All the best for you in 2021.
ردحذفWah bestnya dapat belajar dengan nama besar dalam dunia keusahawanan. Tentu banyak ilmu yang akan diperturunkan.
ردحذفLama betul takmjoin kelas DAO ni, kalau dulu pantang ada kat JB je mesti Sis pergi.. tapi agak lama gak kot takde roadtour free ke negeri macam dulu.. best ni kalau dapat join..
ردحذفHaha alaaa rindu laaa nak gi seminar bukan virtual cam January dulu tu kan Ruby? Tp apa kan daya dah musim covid ni timba ilmu secara virtual pun boleh..
ردحذفWahh menarik nya ada event virtual. Pernah join thn sebelum ni.. biarpun kejap jer tapi agak menarik
ردحذفGreat to hear that they are going to organize yet another event albeit a virtual one. I am sure this will be equally as informative as the previous ones. Thanks for sharing.
ردحذفNell teringin nak join event virtual ni tapi masa tak mengizinkan... Sob3..Boleh gain knowledge since memang berminat untuk start-up business sendiri kan.. terlepas peluang keemasan ni..
ردحذفwow, this seems like such a great program. the line-up is just so great, tempted to sign up for this myself to learn the skills for myself
ردحذفNampak menarik program ini... Mesti ramai yg join kan utk sedut ilmu byk2 lagi... Bgus juga ada program cmni lg2 utk yg berbisnes
ردحذفEnjoy the Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing online programe ya Ruby. I can't join coz might holiday with family that time
ردحذفBagus ada program event virtual mcm ni bg yv nak join tu baguslah
ردحذفOnline marketing memang sangat penting buat sekarang ni. Ramai dapat manfaat ilmu pengetahuan ni.
ردحذف