Promosi Kita Prihatin Bersama Menara Kuala Lumpur Dan Menara Alor Setar

Promosi Kita Prihatin Bersama Menara Kuala Lumpur Dan Menara Alor Setar | Assalammualaikum semua! Sepanjang tahun ini, pandemik COVID-19 telah memberi banyak kesedaran kepada seluruh masyarakat untuk mengamalkan penjarakan sosial dan fizikal. Malah mengamalkan SOP walau dimana kita berada. Sebagai contoh, walau ke kedai runcit, pasaraya, pusat membeli-belah atau taman rekreasi, kita pasti akan pakai pelitup muka, mengimbas kod QR MySejahtera untuk seisi keluarga, mengimbas suhu terkini dan menggunakan cecair pembasmi kuman. Ini adalah perkara yang Ruby bersyukur dan gembira dengan perubahan dari kita semua. Cuma, Ruby sekarang ni sedang plan untuk membawa anak-anak keluar ke KL Tower setelah lama mereka akur duduk di rumah. Alhamdulillah mendengar kata, walaupun setiap kali Ruby pakai tudung, mereka dah siap pakai selipar. Namun, terpapar wajah hampa tidak boleh keluar. Jadi,  Ruby nak plan ke KL Tower hujung bulan ni. Hehehe

Promosi Kita Prihatin Bersama Menara Kuala Lumpur Dan Menara Alor Setar


Sempena dengan pembukaan semula Menara Kuala Lumpur kepada para pengunjung pada 30 November 2020, Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar kembali beroperasi untuk membantu merancakkan semula industri pelancongan domestik dengan satu promosi istimewa sepanjang bulan Disember ini, iaitu 'Promosi Kita Prihatin Bersama (PKPB)'. 

Promosi ini menawarkan tiket PERCUMA kepada 100 pengunjung pertama setiap hari untuk ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck) di Menara Kuala Lumpur. Manakala tiket PERCUMA kepada 25 pengunjung pertama setiap hari untuk ke Pelantar Pemandangan di Menara Alor Setar. Bukan itu sahaja, para pengunjung juga boleh menikmati diskaun tiket sebanyak 50% iaitu RM36 dewasa dan RM18 kanak-kanak untuk ke Sky Deck di Menara Kuala Lumpur manakala RM24 dewasa dan RM14 kanak-kanak ke Star View Menara Alor Setar. Promosi ini adalah khas buat seluruh warganegara Malaysia sehingga 31 Disember 2020. 


Promosi ini merangkumi:

🌟 PERCUMA bagi 100 pengunjung pertama ke Observation Deck setiap hari! 💯
🌟 HARGA DISKAUN 50% ke Observation Deck dan Sky Deck.
✅ Lawatan adalah tertakluk kepada kapasiti yang dibenarkan serta kekosongan slot yang masih ada.
✅ Semua pelawat diwajibkan untuk mematuhi garis panduan SOP yang telah ditetapkan ketika berada di Menara Kuala Lumpur.

*Tertakluk pada terma & syarat.

Promosi Untukmu, Wiraku dan Untukmu, Delivery Heroes


Selain itu, promosi-promosi istimewa khas buat para barisan hadapan seperti ‘Untukmu, Wiraku’ dan ‘Untukmu, Delivery Heroes’ juga turut dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. 

Seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk berkunjung ke Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar bersama-sama keluarga tercinta serta rakan-rakan dan para pengunjung tidak perlu risau kerana kami amat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah penularan COVID-19. Sanitasi penuh juga telah dilakukan bagi memastikan kebersihan terjamin di seluruh kawasan premis, sementara pembersihan secara berkala turut dilakukan setiap 45 minit setiap hari. 

Mengenai Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd


Menara Kuala Lumpur yang terletak di puncak Bukit Nanas, merupakan Menara telekomunikasi tertinggi di Asia Tenggara dan ke-tujuh tertinggi di dunia. Berdiri megah peda pares 421 meter di tengah ibukota Kuala Lumpur, ia dilengkapi dengan peibagai kemudahan menarik antaranya Sky Deck, Pelantar Pemandangan, restoran berputar, kafe, gerai cenderamata, perkhidmatan shuttle serta kemudahan bagi meletak kenderaan. 

Menara Kuala Lumpur telah beroperasi dengan waktu baharu seperti berikut:

Isnin Jumaat: 11.00 pagi 7.00 malam 7 Dibuka setiap hari 
Sabtu & Ahad: 10.00 pagi 10.00 malam (Termasuk Cuti Umum) 
Cuti Umum: 10.00 pagi 10.00 malam “sebarang perubahan, akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. 

la merupakan ahli ‘The World Federation of Great Towers’, iaitu sebuah persekutuan yang dianggotai 50 menara terkenal di dunia. Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd juga turut menguruskan Muzium Telekom, Menara Alor Setar, Kedah dan Muzium Telegraf, Taiping. 

Menara Alor Setar dengan ketinggian 165.5 meter adalah pusat pelancongan utama dan mercutanda kebanggaan Bandar Alor Setar dan Negeri Kedah Darul Aman. 

Muzium Telekom merupakan muzium interaktif pertama di Malaysia dan menawarkan Program Outreach dimana program ini mengutamakan pelajar dan remaja yang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti luar. Di samping itu ianya juga menawarkan pengalaman kepada semua untuk merasai pengalaman perkhidmatan jalur lebar UniFi TM. 

Sementara itu, Muzium Telegraf, Taiping dibina bertujuan untuk mempamerkan sejarah dan perkembangan telekomunikasi yang berlaku sejak dari awal kewujudan komunikasi sehingga kini. Dahulunya muzium ini dikenali sebagai Pejabat Pos dan Telegraf yang pertama di Malaysia. Muzium ini bukan sahaja merupakan Muzium Telegraf yang pertama di Malaysia malahan di Asia Tenggara. 

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi-promosi tersebut, sila hubungi Menara Kuala Lumpur ditalian 03-2020 5499 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال