Wangian Mewah Beyond Scentz Menawarkan Harga Berpatutan Sesuai Dijadikan Hadiah Buat Insan Tersayang | Assalammualaikum semua! Apa khabar? Ruby nak kongsikan dengan anda, bagaimana kita boleh beri hadiah istimewa kepada insan tersayang dengan hanya memilih wangian yang bersesuaian. Kebiasaannya kita tidak berani memilih wangian untuk seseorang apabila di kiosk wangian berjenama. Macam-macam soalan jurujual akan tanya. Sebagai contoh, pengalaman Ruby membeli ketika ingin menghadiahkan wangian pada hari lahir suami. Sampai rambang bau. Lepas tu wangian tersebut terus botol besar yang ditawarkan. Bila beri kepada suami, dan dia pakai sekali dua sahaja. Sebab wangian tersebut terlalu kuat untuk orang yang hanya bekerja di pejabat. Kepelbagaian wangian sememangnya perlu ada. Ia memberi kita satu aura untuk sentiasa bersikap positif dan menjaga emosi ketika melalui hari yang sukar. Kadangkala bau wangian kita, akan menenangkan orang sekeliling kita. Betul tak? InsyaAllah.
Wangian Mewah Beyond Scentz Menawarkan Harga Berpatutan Sesuai Dijadikan Hadiah Buat Insan Tersayang
Jenama Beyond Scentz telah dilancarkan sekitar Ogos 2020. Semua koleksi wangian dicipta dan dicampur di Eropah - Perancis, Switzerland, UK. Kemudian ia disediakan di Malaysia. Pengasas Beyond Scentz pernah bekerja dengan Pengilang Wangian Terbesar di dunia. Maka, pemilihan wangian sangat teliti agar dapat memberi kepuasan kepada pelanggan walaupun hanya dengan botol bersaiz 10ML. Wangian-wangian yang disediakan sangat mewah dengan menawarkan harga berpatutan. Apabila bertanya bab kualiti, ia sememangnya berkualiti tinggi setanding dengan jenama terkemuka. Beyond Scentz sentiasa mematuhi piawaian peraturan asas IFRA dalam menyediakan wangian. Selain itu, rangkaian wangian ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan mesra wudhu.
Beyond Scentz sangat mementingkan kualiti produk. Menggunakan bahan wangian berkualiti tinggi setaraf dengan jenama yang dijual di New York, London, Paris dan lain-lain. Eau de Parfume pekat akan bertahan lebih lama. Beyond Scentz menekankan piawaian kepada International Fragrance Association (IFRA) Standard dan peraturan tempatan. Piawaian IFRA adalah piawai untuk setiap bahan wangian yang digabungkan dalam campuran Fragrance, untuk memastikan penggunaan wangian yang selamat sehingga produk akhir. Piawaian IFRA juga merupakan sebahagian dari ASEAN Cosmetic Directive yang mewajibkan semua pengeluar kosmetik negara ASEAN mematuhi Piawaian IFRA.
Koleksi Wangian Beyond Scentz Untuk Wanita
Terdapat 4 koleksi wangian khas untuk wanita. Setiap wangian tersedia dalam bentuk botol kecil 10ML, Twist & Spray 15ML dan 30ML.
1. Sweet Roses
Pertama kali menyembur Sweet Rose, wangian ini menghasilkan bau yang segar seperti bunga ros mekar di taman bunga. Lama kelamaan ia menjadi bau manis kelopak bunga ros. Hehehe. Wah puitisnya Ruby!
1 Botol 30ML RM 100
Twist & Spray 15ML RM 70.00
3 Botol kecil 10ML RM 110.00
2. Sweet Fruity
Wangian berasaskan buah-buahan seperti grapefruit/strawberry sentiasa menjadi pilihan Ruby. Sebab ia memberi mood muda belia. Wahhhhhh rasa bertenaga dan manis. Hehe.
1 Botol 30ML RM 100
Twist & Spray 15ML RM 70.00
3 Botol kecil 10ML RM 110.00
3. Midnight Rose
Wangian ini memang bersesuaian dengan namanya iaitu Midnight Rose. Gunakan pada waktu malam sama ada untuk ke acara formal, makan malam bersama insan tersayang atau semasa berada di rumah sepanjang PKPB ni. Ia membuatkan personaliti anda elegan. Hehe.
1 Botol 30ML RM 100
Twist & Spray 15ML RM 70.00
3 Botol kecil 10ML RM 110.00
4. Floral Bouquet
Wangian berasaskan bunga-bunga yang memberi anda emosi indah sebegini harus di pakai pada waktu pagi. Rasa nyaman apabila seseorang memakai wangian ini lalu di sebelah. Jadi, apa kata, kita pula beri emosi orang sekeliling tenang dan damai. Jom!
1 Botol 30ML RM 100
Twist & Spray 15ML RM 70.00
3 Botol kecil 10ML RM 110.00
Koleksi Wangian Beyond Scentz Untuk Lelaki
Manakala untuk wangian lelaki, terdapat 3 koleksi wangian berbeza. Kesemuanya memberi bau yang berbeza dan sesuai untuk pelbagai keadaan seharian anda. Wangian VIP adalah rangkaian terkini dari Beyond Scentz.
1. Citrus Wood
Wangian lelaki sememangnya berbeza. Ia ada sesuatu yang membuatkan wanita selesa. Hahaha. Serius bila suami pakai, Ruby rasa tenang dan selesa. Sepanjang Work From Home ni, sila pakai wangian. Ia membantu kita memberi perasaan kasih sayang.
1 Botol 30ML RM 100
Twist & Spray 15ML RM 70.00
2 Botol kecil 10ML RM 70.00
2. Aromatic Wood
Ini adalah wangian pertama Ruby suka bila suami pakai semasa di dalam kereta sebelum memulakan perjalanan ke pasaraya. Ketika itu di waktu pagi. Membangkitkan mood harian kita semua. Best!
Twist & Spray 15ML RM 70.00
2 Botol kecil 10ML RM 70.00
3. VIP
Wangian VIP adalah benar-benar bau seperti VIP. Mewah dan berkeyakinan. Ini adalah salah satu wangian kegemaran Ruby apabila kami suami isteri ke lokasi yang ada penghawa dingin. Bau sesuai! Ngam.
1 Botol 30ML RM 100
Twist & Spray 15ML RM 70.00
2 Botol kecil 10ML RM 70.00
Wangian Beyond Scentz Unisex
Memandangkan sambutan hebat dari pelanggan Beyond Scentz, mereka telah menyediakan satu wangian unisex yang boleh digunakan oleh lelaki dan wanita atau sesiapa sahaja.
Eternite
Wangian ini menggabungkan haruman manis dan mewah. Ruby dan suami ada pakai bersama wangian Eternite ini. Bau yang terhasil adalah berlainan. Memang best. Macam magik. Apabila Ruby pakai, ia bau manis. Manakala bila suami pakai ia terus bau mewah dan bau jantan. Hahhh gituh.
1 Botol 30ML RM 130
Twist & Spray 15ML RM 80.00
3 Botol kecil 10ML RM 100
Jom Belajar Tentang Piramid Wangian
Notes minyak wangi terdiri daripada tiga kategori asas: Top Notes, Heart Notes dan Base Notes. Notes di bahagian atas piramid mempunyai turun naik yang lebih tinggi ini kerana ia menyejat lebih cepat, sementara notes di bahagian bawah lebih tahan lama.
30ML, Twist & Spray 15ML atau 10ML
Beyond Scentz menyediakan wangian dalam pelbagai jenis saiz dan pembungkusan mengikut cita rasa pelanggan.
1. Saiz 30ML bernilai RM 100 adalah sangat sesuai untuk kegunaan di rumah. Kebiasaannya ia adalah semburan pertama sebelum memulakan aktiviti harian.
2. Twist & Spray 15ML bernilai RM 70 sesuai untuk anda bawa kemana-mana, sama ada mengembara ke luar negara, ke pasaraya membeli barang dapur atau bertemu dengan rakan-rakan. Saiz kecil membuatkan ia rapi di dalam beg tangan. Saiz ini adalah pilihan Ruby. Tidak perlu risau minyak wangi tumpah. Anak-anak pun tidak tahu ia adalah minyak wangi sehinggalah Ruby memberitahu mereka. Hehehe.
3. 10ml bersaiz comel. Sesuai untuk anda yang perlu menukar wangian sepanjang hari mengikut mood atau tema. Kebiasaannya keperluan saiz ini ketika Ruby perlu ke acara berlainan waktu. Seperti di waktu pagi, wangian yang lembut amat bersesuaian. Kemudian waktu petang, wangian seperti buah-buahan manis amat membantu bangkitkan mood anda untuk terus berkeyakinan. Manakala pada waktu malam, wangian yang lebih kuat atau sensual sering digunakan.
Pembelian RM 100 Ke Atas, PERCUMA 1 Botol Fragranced Sanitizer 60ML
Fragranced Sanitizer memiliki 75% Alkohol Denaturasi sebagai sebahagian daripada pencegahan COVID-19. Sambil memastikan peratusan bahan yang diperlukan, Beyond Scentz mahu pengguna Tetap Selamat, Bau Hebat!
GIVEAWAY Instagram 10 Unit Wangian Beyond Scentz 10 ML
Jom sertai GIVEAWAY anjuran Beyond Scentz X Ruby. Hadiah adalah sebotol wangian Beyond Scentz bersaiz 10ML bernilai RM 35 untuk setiap pemenang. Ini bermakna, ada 10 botol untuk 10 orang pemenang! Best kan? Wangian terdiri daripada Sweet Roses, Sweet Fruity, Midnight Rose, Floral Bouquet, Aromatic Wood, Citrus Wood, Eternite atau VIP. Jangan bimbang! Semua wangian memang best dan mewah belaka. Cara untuk memenangi wangian Beyond Scentz sangat mudah! Hanya dengan melakukan langkah-langkah berikut:
1. Follow instagram @beyondscentz dan @rubydotmy
2. Share Poster GIVEAWAY Beyond Scentz di IG Story anda dan tag @beyondscentz @rubydotmy #BeyondScentz
3. Jawab soalan berikut di ruang komen di bawah sekurang-kurangnya 20 patah perkataan. Namakan kesemua 8 koleksi wangian Beyond Scentz (hint di blog ruby.my) dan kenapa anda ingin memenangi wangian dari Beyond Scentz? Jawab di ruang komen dan tag 3 orang kenalan anda.
4. Pemenang yang menerima hadiah wangian dari Beyond Scentz wajib memuat naik video feedback di Instagram Story dan tag @BeyondScentz dan @rubydotmy
4. Keputusan pemenang akan dimaklumkan pada 20 Disember 2020.
5. Pemilihan pemenang adalah muktamad dari panel juri. Terima kasih.
Mengenai Pengasas Wangian Beyond Scentz
Lelaki di belakang jenama Beyond Scentz adalah Encik Afiq Zulkarnaen Idris. Afiq sentiasa meletakkan pandangan untuk menjadi juruterbang. Ketika peluang diketepikan, dia melompat pada kesempatan itu. Dia meninggalkan pekerjaannya dalam Penyelenggaraan Kejuruteraan di sebuah syarikat penerbangan dan mengikuti Program Kadet Pilot oleh syarikat penerbangan lain. Akhirnya, impiannya akan dapat direalisasikan, atau begitulah yang difikirkannya. Covid-19 melanda kita semua dan malangnya, program latihan juruterbangnya dihentikan. Dengan rancangannya untuk terbang ke langit terpotong, Afiq kemudian menetapkan pandangannya untuk menaklukkan 'udara' dengan cara yang berbeza - meletakkan wangian hebat di udara.
Afiq bekerja keras untuk mengenal pasti rangkaian, sumber dan kemudahan Amalan Pembuatan yang Baik (GMP) yang tepat dalam industri wangian. Tidak lama kemudian, dengan kepakaran dan sokongan yang tepat, dia berhasil meletakkan rancangannya dengan cepat. Hanya dalam beberapa bulan, Afiq melancarkan Beyond Scentz - pelbagai wangian mewah berkualiti yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Memahami jiwa pengguna, Afiq mahukan alternatif yang baik untuk pengguna, terutamanya dengan masa yang mencabar dan belum pernah terjadi sebelumnya dengan Covid-19.
"Produk kami dibuat dengan bahan berkualiti yang sama dengan jenama high street. Namun, kami menjadikannya berpatutan agar lebih ramai pengguna dapat menikmatinya dan menaikkan semangat mereka dengan aroma hebat kami; sesuatu yang kita semua perlukan dalam gaya hidup norma baru yang mencabar hari ini. Ini adalah perjalanan yang menarik dan saya sudah bersedia untuk menaikkan jenama ke tempat yang lebih tinggi. Kita mungkin baru berusia beberapa bulan tetapi kita sudah mempunyai 8 wangian secara keseluruhan, untuk wanita dan lelaki. Mereka hadir dalam pelbagai saiz bungkusan untuk memastikan pelanggan kami dapat menyimpannya di rumah atau membawanya bersama. Kami juga mempunyai format Twist & Spray untuk kemudahan penggunaan kapan saja. Sesuai dengan Covid-19 yang mencabar hari ini, kami juga mempunyai pembersih wangi untuk menjadikan pembersihan tangan menjadi lebih menyenangkan."
"Apa yang hebat ialah kami mendapat maklum balas yang luar biasa dan sangat termotivasi untuk melangkah lebih jauh dalam pengembangan produk kami. Dan anda pasti rangkaian kami akan berkembang dengan cepat. Kami sudah merancang untuk memperkenalkan aroma baru dalam masa terdekat. Jadi, kami tidak hanya menawarkan wangian kepada anda ... kami berkongsi wangian baru untuk hidup di tengah-tengah cabaran semasa dan ia juga mudah di poket anda!" kata Afiq.
Tags
Kecantikan
dah lama tak beli perfume ni. wah nampak mewah la botol die. serius ida suka kumpul botol2 perfume..hehehe..nanti nak try la beli.harga pun ok
BalasPadamComel la saiz 10ml tu. Senang sangat nak bawa pergi mana-mana. Bila nak topup boleh calit je sana sini, dah rasa fresh & confident balik.
BalasPadamBila bole bawak solat tu yang jadi seronok nak pakai 🤗 kita pon yakin nak spray wangi2. Kalau perfume ni fafa suka macam bau floral n fresh haaaaa mesti best .. Nak cuba jugak beli nanti
BalasPadamComel betul size botol dia, senang nak letak dalam beg ni 😃
BalasPadamMacam teruja pulak nak try wangian dari Beyond Scentz ni sebab K.Sal memang sejenis yang suka try wangian yang baru. Tambah kalini keluaran local so kita support !!
BalasPadamWangian untuk lelaki boleh jugakann best kita tengok set tu memang banyak giler mesti wangi lah hehehehehe.... Boleh beli dan jadi hadiah kepada orang special good idea tu heheheh...
BalasPadamcomel je botol perfume ni, kecik. senang nak bawak la kan. masuk dalam poket je. beli buat hadiah pun okay ni
BalasPadamEhemmm.. Dah tau dah nak mintak apa sebagai hadiah. Boleh la bagi hints nanti. Btw mcm best je yg sweet fruity tu sebab sy suka bau buah dari baru bunga ☺️
BalasPadamMenarik la yang unisex tu, bau dia jadi lain2 ya bergantung pada pemakai. Jimat je, boleh share dgn pasangan.
BalasPadamBau Floral tu mesti sedap tu, Sis suka jenis bauan bunga.. dan lagi satu memang lagi suka botolnya kecik, mudah nak bawa ke mana aje.. nak try jugalah sebotol..
BalasPadamthis looks like such a good perfume brand. the packaging also makes this a cute christmas gift idea for friends! thanks for sharing :)
BalasPadamOh I like the sleek packaging of Beyond Scentz. It can be a nice gifts to friends and family this festive season. Price dia pun OK, thanks for sharing Ruby
BalasPadamIza suka perfume! Yang ni belum cuba lagi tapi macam menarik je bau-bauan dia tu. Plus dia EDP, so tahan lama. Nak usha la jap lagi, boleh join contest sekali.
BalasPadamTerawang-awang Yaya baca deskripsi setiap perfume dari kak ruby hee. Rasa macam nak masukkan Sweet Fruity dalam koleksi la lepas ni yaya memang suka bau manis2 gitu
BalasPadamNi mesti pure punya sbb 10ml pun bau dia power. Kak liez klau dpat ni mmg nak citrus wood. Nnt nak kena cari jugak la
BalasPadamWah tak sangka ada produk yg dr dulu suka tgok jee botol wangian yg ada.. Xsangka pula owner beyond scentz ni orang melayu sendiri m
BalasPadamAkk plg suka sweet fruity. Wangian semulajadi buahan yg baunya sangat memikat. Worth for value and money ❤️
BalasPadam