3.5mm Stereo Audio Y Splitter Cable | Assalammualaikum semua! Hari ini Ruby berkesempatan ingin berkongsi tentang di antara peralatan bantuan sepanjang Ruby mengendalikan kelas dalam talian bersama anak. Pada mulanya kami menggunakan pembesar suara. Kemudian kami bertukar menggunakan 3.5mm Stereo Audio Y Splitter Cable yang boleh menyambungkan kepada dua earphone. Satu adam, satu ibu. Kami mendengar suara guru mengajar sama-sama. Tetapi berlainan earphone. Cara begini dapat memberi ketenangan kepada penghuni rumah yang lain. Hahaha. Sebab suami Ruby juga bekerja dari rumah dan ada conference call. Jadi, kami menghormati kesibukan semua orang termasuk jiran tetangga. Hehehe.
3.5mm Stereo Audio Y Splitter Cable
Ruby beli Y Splitter ni di kedai Mr DIY AU2 Setiawangsa. Sebenarnya, Ruby mencuba nasib je untuk mencari peranti ini. Dah lama mencari, sejak sebelum bernikah dengan suami. Konon nak beli untuk share dengar video presentation semasa buat assignment universiti. Masa dulu, agak susah juga nak mencari. Mana ada online shop macam sekarang kan. Sekarang, anak sudah masuk tahun 1 dan kelas online PdPR. Ruby kena pantau setiap sesi pembelajaran Adam Solihin. Risau jika dia tak faham, dia lambat bertanya. Dia akan tercicir informasi berguna. Walau ia nampak mudah, untuk kanak-kanak. Ia susah ye. Buku skrap PdPR yang Ruby print khas untuk Adam pun banyak subjek telah dikombinasikan. Memang ambil masa untuk selak melalui muka surat atau baca dari tajuk subjek. Memang perlu dibantu. Hehe.
RM 2.10 Sahaja!
Ruby masuk MR DIY AU2 Setiawangsa, terus ke bahagian earphone dan headphone. Bahagian telefon pintar punya casing. Tapi tak jumpa Y Splitter. Ruby jalan-jalan ke bahagian elektronik. Baca satu persatu segala peranti. Sebab ia nampak seakan-akan sama! Tapi, ia berbeza kerana ada yang sambungannya untuk iPhone dan type C. 3.5mm Stereo Audio Y Splitter Cable akhirnya Ruby jumpa! RM 2.10 sahaja!
Memandangkan peranti ini agak mencabar untuk Ruby cari, Ruby beli dua terus. Alaaa RM 2.10 je pon. Jadi, untuk korang yang mencari peranti 3.5mm Stereo Audio Y Splitter Cable. Boleh la cari di MR DIY. Ternyata di MR DIY ada semua keperluan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Cuma belum lagi jual laptop atau tab di sini. Hahaha. Setakat ni, keperluan study station Adam Solihin dah lengkap. Pembesar suara, headphone, tetikus bluetooth, buku latihan, peralatan tulis dan kertas lukisan semua dari MR DIY. Berbaloi-baloi!
Apa Itu 3.5mm Stereo Audio Y Splitter Cable
Ia adalah pembahagi earphone yang menyambung ke telefon pintar, tablet atau komputer riba anda. Dengan tambahan "female connector" di hujung aksesori yang bertentangan, kita boleh memasang beberapa pasang earphone supaya anda dan rakan anda dapat mendengar audio yang sama secara serentak dari satu peranti. Sekarang, dah ada macam-macam jenis Y splitter. Tanpa wayar panjang pun ada. Terpulang pada korang nak beli stail yang macam mana. Fungsinya tetap sama. Hehehe.
Diharap perkongsian ini bermanfaat untuk semua pembaca ruby.my. Terima kasih!
Tags
Teknologi
Baru pertama kali akak tahu pasal splitter cable ni. Kalau akak idak la dengar sebab anak pun dah remaja. She can manage kan. Tapi....mana tahu kat shopping complex tengah menunggu tu boleh juga dengar bersama-sama dengan adanya splitter cable ni. Harga pun murah.
ردحذفBagus Ruby share benda ni. Mudah utk ibu bapa zaman sekarang bantu anak belajar online. Kalo sis mayb pakai speaker jugak tak terpikir nak pakai Y splitter.
ردحذفtak tau pun ada splitter ni haha. murah gak eh. tapi diy ni pun antara kedai berhantu gak haha
ردحذفThis is such a brilliant item kan.. tak tahu ada benda ni until baca blog Kak Ruby.. so convenient boleh study dengan tenang macam ni.. tak perlu share sorang sebelah and suara jadi tak clear..
ردحذفboleh recommend ni kat parents out there ni..
Nampak kat mr DIY ritu bende ni. Ni fungsi dia rupenye
ردحذفoo nama dia splitter cable. dah lama cari benda ni. senanng kalau nak layan movie dua orang, tapi taknak guna speaker. boleh cari nanti.
ردحذفIni anak bujang Sis guna Ruby, macam-macam gaya dan bentuk ada dalam bilik dia tu.. Sis tengok gambar tau, tapi tak tau nama dan fungsinya, baca sini baru tau.. sebab selalu kemas biliknya jumpa benda ni..
ردحذفbaru tahu kewujudan alat canggih ni yang sangat diperlukan sekarang . sangat menarik! nanti nak cari lah
ردحذفbaru tahu ada splitter mcm nie.wujud jugak rupanya. bolehlah beli kalau xde function microphone dlm headphone kan
ردحذف