Che Ta Duta Kecantikan Mylea Skincare


Che Ta Duta Kecantikan Mylea Skincare | Assalammualaikum semua! Hari ini Ruby ingin kongsikan artikel berkenaan kejayaan dan kisah inspirasi. Tahniah diucapkan kepada pelakon terkenal Rozita Che Wan atau lebih mesra dikenali sebagai Che Ta di atas perlantikan sebagai duta kecantikan jenama Mylea Skincare. Personaliti Che Ta sentiasa di perhatikan. Beliau adalah ikon kecantikan dan sering menjadi contoh kepada tiap wanita. Sopan santun, cantik, memiliki bentuk badan menawan, pandai berhias, rutin penjagaan wajah yang konsisten, perwatakan menarik dan paling penting, Che Ta fokus dalam apa sahaja perkara yang dilakukan. Jelas kelihatan ketegasan beliau. Dialek Kedah? Itu trademarks Che Ta yang kita semua suka! Setuju?

Che Ta Duta Kecantikan Mylea Skincare


Tahun 2021 dimulakan dengan satu anjakan paradigma yang besar bagi Syarikat Amylea Group Sdn. Bhd. di mana secara rasminya pelakon terkenal, Rozita Che Wan dilantik sebagai duta rasmi Mylea Skincare. Sidang media khas upacara menandatangani kontrak sebagai duta diadakan khas di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada 8 Januari 2021 baru-baru ini.

“Sejak tahun 2012 lagi Mylea telah wujud dan selama lapan tahun berada dalam industri kecantikan ini ramai pelanggan kami yang telah mendapat kulit idaman mereka. Masalah kulit ada pelbagai jenis tetapi masalah yang paling sukar untuk dirawat adalah masalah jeragat. Inilah kelebihan utama produk Mylea Skincare yang mana mampu untuk merawat masalah jeragat terutamanya,” tegas Puan Amylia yang merupakan Pengasas Mylea.

Perlantikan Puan Rozita Che Wan sebagai duta jenama Mylea Skincare akan memperkasakan lagi jenama MYLEA di pasaran semasa. Ini merupakan permulaan yang baik bagi jenama Mylea Skincare dalam usaha untuk memasarkan jenama Mylea ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Pelbagai strategi pemasaran bakal dilaksanakan sepanjang tempoh rasmi perlantikan Puan Rozita Che Wan sebagai duta rasmi jenama Mylea.

Mengenai Rozita Che Wan @ Che Ta


Rozita Che Wan, figura terkenal dan tidak asing lagi dalam industri seni Malaysia. Beliau memulakan karier sebagai pramugari, model, pelakon, pengacara rancangan, pemilik syarikat produksi Padusi Pictures dan kini duta kepada jenama Mylea Skincare. Semua itu bermula seawal dari tahun 1992 sehingga kini. Puan Rozita Che Wan atau lebih mesra dikenali sebagai Che Ta berasal dari Kedah, lahir pada 9 March 1973 dan pada tahun 2021 berusia 48 tahun adalah selebriti yang mempunyai karisma serta personaliti hebat. Tiap penampilannya dijaga rapi. Che Ta telah menerima anugerah 100 Top Young CEO 2019 bagi kategori Wanita Dalam Perniagaan dan The 100 Most Influential Young Entrepreneurs pada 2017. Walaupun sibuk menguruskan perniagaannya, isteri kepada pelakon sitkom Oh My English! iaitu Encik Zain Saidin tetap unggul menjaga keluarga dan 3 orang cahaya matanya iaitu Ammar Effendy, Aniq Ezra dan Aaisyah Dhia Rania Zain. 

Persetujuan Che Ta sebagai Duta Kecantikan Mylea Skincare melalui beberapa peringkat memandangkan Che Ta amat teliti. Che Ta mula ingin mencuba produk Mylea Skincare apabila dihubungi melalui Direct Message Social Media beliau. Setelah beberapa kali pihak Mylea Skincare menghubungi, Che Ta nampak kesungguhan mereka. Setelah menerima produk, testimoni produk dilakukan ke atas ibu Che Ta sendiri. Melihat perubahan kepada wajah ibu, Che Ta yakin produk ini berkualiti dan selamat. 

Pesan Che Ta, amalkan penjagaan kecantikan seawal usia 25 tahun. Pada usia 30 hingga 40 tahun, kita akan dapat lihat perubahan pada wajah dengan hasil rutin kecantikan yang kita amalkan. Selain itu, amalkan minum air suam yang mencukupi. 


Mengenai Mylea Skincare


Mylea Skincare ditubuhkan pada tahun 2012 dengan slogan "Your Beauty Our Responsibility", Mylea adalah jenama yang dipercayai untuk menghilangkan cela terutamanya JERAGAT. Pengasas Mylea Skincare adalah Puan Amylia Farhana binti Saiful Bahri bersama Tuan Mohd Fakhrul Razi bin Jamaludin selaku Pengarah Uusan Syarikat. Produk Mylea Skincare adalah produk keluaran bumiputera yang telah menerima pelbagai penghargaan antaranya Asia Pacific Super Health Brand sejak tahun 2018 hingga sekarang dan baru-baru ini syarikat ini berjaya mendapatkan SME100 AWARDS 2020. 

Mylea Skincare juga telah mendapat kelulusan Sirim, dan melepasi standard piawaian yang dikehendaki. Setiap produk melalui proses penyelidikan dan pembangunan yang ketat. Malah produk Mylea Skincare berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Mylea Skincare setanding dengan jenama antarabangsa dan telah berjaya menembusi pasaran Singapura, Brunei, Indonesia dan Arab Saudi. 

Semuanya bermula dari impian peniaga kecil di pasar malam dan pekerja pemasaran di hotel tempatan untuk mempunyai sebuah jenama sendiri. Tuan Mohd Fakrul dan Puan Amylia Farhana sanggup berhempas pulas dan berhujan panas menguruskan perniagaan demi masa depan keluarga yang lebih selesa. Pelbagai cabaran telah mereka lalui untuk menghasilkan jenama sendiri. Namun, mereka mempunyai impian yang besar dan matlamat yang jelas. 

Maka tercetuslah idea untuk menubuhkan jenama Mylea Skincare di bawah syarikat Amylea Group Sdn Bhd. Syarikat yang menghasilkan produk penjagaan wajah yang mampu membantu wanita menyelesaikan masalah jeragat, jerawat dan kulit kusam. Mylea Skincare juga telah berjaya melahirkan lebih ramai usahawan untuk menjana pendapatan.

Produk-Produk Mylea Skincare


Produk Mylea Skincare hanya dijual di farmasi terpilih di seluruh Malaysia dan melalui ejen sah. Terdapat beberapa produk di bawah jenama Mylea Skincare iaitu Mylea Freckles Serum New Formulation with Moist24 Essence & Centella Asiatica Extract, Mylea Honey Soap, Mylea Treatment Foundation, Mylea Moisturizing Lipmatte, Mylea Pore Invisible Primer, Mylea Lip Scrub dan macam-macam lagi! Ruby ada membuat carian di laman web NRPA dan mendapati Mylea Skincare mempunyai 11 jenis produk keluaran mereka! Ternyata produk-produk Mylea sentiasa ingin memberi yang terbaik kepada semua pengguna. Lesen ini penting dan ia adalah tanggungjawab besar syarikat kecantikan. Tahniah Mylea Skincare.

Ruby bersama produk best seller Mylea Skincare iaitu HOT Set: Mylea Freckles Serum & Freckles Bar yang bernilai RM 140. Nanti Ruby nak cuba dan share dengan sahabat semua. Tahniah Mylea Skincare dan Puan Rozita Che Wan.

20 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. cheta ni sesuai jadi duta skincare sebab dia pun cantik hehe. tak nampak tua pun. nak beli produk pun yakin

    ردحذف
  2. betul la cakap Che Ta tu sebab dulu pun masa dia 3 series pernah nampak dia bagi tips jaga muka. Sampai sekarang muka dia cantik. Tak makeup pun cantik. Btw packaging Mylea Skincare tu cantik lah :D

    ردحذف
  3. Oh Che Ta ni dulu pramugari & model ya? Patutla sentiasa stylish. Sampai skrg pun tak nampak mcm usia 40an. Memang sesuai la dia jadi duta produk ni.

    ردحذف
  4. cantik nya packaging Mylea !! hee~ sebenarnya banyak je produk keluaran tempatan, usahawan tempatan yang menggunakan pelbagai bahan berkualiti, macam Mylea - akak baca kandungan yang digunakan sangat dapat membantu memulihkan masalah kulit dan sekaligus memelihara kesihatan kulit. suka lah !! kena try nanti..

    ردحذف
  5. Cantiknya Che Ta. Dah 48tahun ye dia. Tahniah Mylea. Semoga terus maju dan meningkat naik dalam pasaran Malaysia

    ردحذف
  6. Alhamdulillah rezeki Che Ta dapat jadi duta lroduk Mylea Skincare ni. Dulu saya pakai juga serum Mylea Skincare ni. Memang best. Nanti kena try pakai semula

    ردحذف
    الردود
    1. Hai semua..sy farhana agent sah Mylea batu pahat,johor✌️

      Anda ada masalah jeragat..Jom fana bantu selesaikan masalah jeragat anda..

      Jom join kami utk jana pendapatan anda😍👍

      Cod dikawasan batu pahat dan sekitarnya atau pos ke seluruh malaysia

      watsap sy www.wasap.my/60163133200/myleabp

      حذف
  7. congratulations to mylea skincare for this beautiful milestone! also to their newly appointed and beautiful ambassador, wishing them lots of success :)

    ردحذف
  8. Cantiknya! congratulations to Mylea! May you continue to success and rise up higher in this market!

    ردحذف
  9. Makin cantik la Che Ta nie. Dah macam Barbie dah beliau kan.

    Congrats Mylea di atas pelantikan figure terkenal sebagai Duta.

    ردحذف
  10. mylea , fira ingat event dari pagi sampai malam... kalau tak teringin juga nak tahu lebih lanjut pasal mylea ni thanks kak rubi dah updated blog. nak usha gak produk mylea ni mana tahu berbaloi nak guna... che ta lak memang sesuailah jadi duta, cantik manjang...

    ردحذف
    الردود
    1. Hai semua..sy farhana agent sah Mylea batu pahat,johor✌️

      Anda ada masalah jeragat..Jom fana bantu selesaikan masalah jeragat anda..

      Jom join kami utk jana pendapatan anda😍👍

      Cod dikawasan batu pahat dan sekitarnya atau pos ke seluruh malaysia

      watsap sy www.wasap.my/60163133200/myleabp

      حذف
  11. baguslah.. semua produk dah daftar.. pengguna pun yakin nak guna.. duta memang mantap..

    ردحذف
  12. wahhh tahniah Che Ta jadi duta Mylea.bukan calang2 org tu, Che Ta mmg very particular utk jadi duta sesuatu produk. Bertuahlah Mylea. Semoga terus sukses !

    ردحذف
  13. Hai saya Tiha😊

    WAKIL SAH MYLEA
    #MYLEAbyFatihah

    Nak cantikk dgn MYLEA, nak join team MYLEA boleh terus wasap Tiha🥰

    www.wasap.my/60129611535 📱📱

    Fb : Fatihah Fauzi
    IG : MYLEAbyFatihah

    "Relax, Release, Rebalance"

    ردحذف
  14. Hai, ina one of Jemaah Mylea🥰

    Nak risik risik produk Mylea ataupun nak jana kewangan bersama Mylea buleh wasap ina okey

    wasap.my/60145418443/7harihilangjeragatbuleh

    #codtemerlohmentakab #postageeveryday

    ردحذف
  15. Cantik betul Che Ta ni.. congratulation to MyLea juga... walaupun baru tapi sangat berjaya kan brand skincare ni..

    ردحذف
  16. Alhamdulillah. Tahniah CheTa dan Mylea.
    Warga KL/selangor yg ingin mencuba rangkaian produk Mylea bole contact terus sy di talian 0192005910 (zue). Bg yg dah mencuba dan ingin menjana pendapatan bersama mylea pun sgt dialu2 kan..😊

    ردحذف
  17. Bila cheta yang jadi duta ni berminat juga nak tahu produk apa sebab first time dengar produk ni. Nanti kita checkitout nak tahu lebih lanjut

    ردحذف
  18. Produk skincare yang berkualiti dan selamat, terjamin untuk pengguna. Nnt mouse mommy check it out ya.

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال