Brownies Monstr Berwajah Baru Dan Lebih Ceria!


Brownies Monstr Berwajah Baru Dan Lebih Ceria! | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby berkesempatan menyertai IG Live Monstr.my. Mereka memperkenalkan bungkusan paket baru bagi produk utama mereka iaitu Brownies. Pek Senior dan Junior sudah berwajah baru! Ruby suka konsep Monstr.my yang ceria dan bersesuaian dengan makanan yang mereka hasilkan. Kali ini, bungkusan paket itu bertukar 360° kerana dari bungkusan kedap udara biasa bersama sticker produk kepada kedap udara yang mereka print terus rekaan Brownies Monstr terkini. Jadi lebih kemas dan praktikal. Ruby rasa beruntung sebab dapat melihat peningkatkan usahawan Monstr.my iaitu Puan Nurul Fatin. Jika pembaca masih ingat lagi, Ruby pernah membuat liputan penjenamaan semula nama jenama ini di sini
https://www.ruby.my/2020/01/brownies-monster-kini-dengan-nama-baru-monstr.html?m=1. Tahniah pasukan Monstr.my kerana terus memberi yang terbaik kepada pelanggan. Salute!

Brownies Monstr Berwajah Baru Dan Lebih Ceria!

Brownies Monstr disediakan dengan menggunakan bahan-bahan premium. Semasa menonton IG Live, Ruby lihat di antara ramuan yang dimasukkan adalah German Chocolate. Jenama dirahsiakan! Hahaha! Teknik menggaul bahan-bahan juga menarik untuk menghasilkan Brownies yang lembut. Malah kedutan yang terhasi selepas dibakar dalam oven membuatkan Brownies itu rangup. Apabila kedutan terhasil, maka itu adalah Brownies yang diidamkan. Nyummmy! Brownies adalah gabungan kek dan biskut. Maka, ia tidak selembut kek, tidak serangup biskut secara keseluruhannya. Namun, Brownies memberi tekstur di bahagian dalam lembut dan di bahagian luar rangup. Anda mesti cuba! Baru faham apa Ruby cerita ni. Haha.

Gambar di atas adalah gambar bungkusan lama Brownies Monstr. Pertukaran bungkusan sudah memasuki kali ke tiga. Tiap pertukaran bungkusan menampilkan sejarah perniagaan yang menakjubkan oleh Monstr.my. Dulu, mereka menggunakan nama Brownies Monster, selepas itu tukar kepada Brownies Monstr. Kedua-dua paket lama ini hanya menggunakan seal pack yang memerlukan pasukan Monstr.my untuk tampal pelekat produk. Ia adalah proses yang mengambil masa yang lama. Tetapi, itu adalah memori indah bagi pasukan Monstr.my. 

Sekarang, ini adalah bungkusan terikini Brownies Monstr. Mesti Pengasas dan seluruh pasukan Monstr.my gembira dengan milestone yang telah mereka lakukan. Pencapaian hebat bagi usahawan adalah apabila mereka mampu berubah seiring dengan perubahan zaman dan pelanggan yang semakin ramai. Alhamdulillah. 

Walaupun telah bertukar bungkusan, harga Brownies Monstr masih sama.

Brownies Monstr Senior (200g / 20 pcs): RM 18
Brownies Monstr Junior (100g / 10 pcs): RM 10

Maklumat hidangan untuk tiap 100g adalah seperti berikut:

Tenaga: 467cal
Protein: 6.4g
Lemak: 22g
Karbohidrat: 60.8g


Seminar Letupan Kuasa Usahawan Muda Mentaliti Si Penjual Makanan

Brownies dalam bentuk bungkusan paket Pertama di Malaysia keluaran Monstr.my yang diasaskan oleh Puan Nurul Fatin bersedia untuk memukau anda dengan wajah baru! Sambil menggabungkan Seminar pendidikan dengan pelancaran paket baru, Puan Fatin berkongsi pengalaman hidupnya, bermula sebagai penjual makanan kecil. Kini, beliau usahawan dan pengasas Monstr. Acara berkongsi minda perniagaan dengan penceramah jemputan iaitu Pu Riz dan Sifu Jamal, dilancarkan oleh MC Nazs. Monstr.my mengadakan program secara maya melalui aplikasi zoom di mana penonton boleh menonton dari rumah! Dihadiri oleh 1000 peserta dan program sarat dengan perkongsian menarik dari pakar strategi pemasaran Sifu Jamal dan sembang inspirasi oleh Pu Riz dengan topik "Keberkatan Dalam Berniaga".


Brownies Monstr, yang telah bertapak selama lebih kurang 5 tahun tampil dengan penampilan barunya! Juga dikenali sebagai "Your Chocolate Dessert Expert", Brownies Monstr masih mengekalkan kualiti Fudgy Brownies untuk kedua saiz Senior dan Junior! Paket baru dibuat untuk memberikan pembungkusan lebih cerah dan menyeronokkan penampilan. 

Untukk meraikannya, Monstr.my menawarkan peluang kepada semua pencinta coklat untuk merebut tawaran hebat! Promosi istimewa bermula dari 22 Feb 2021 hingga 1 Mar 2021.

Mengenai Monstr.my

Bermula pada tahun 2012, ketika Pengasas Kakak Monstr (Nurul Fatin) mula menghasilkan kek buah dan menjual pada bulan Ramadhan. Kemudian, pada tahun 2017, Kakak Monstr akhirnya mendapat idea untuk buat BROWNIES! Bukan sekadar Brownies biasa tetapi Brownies Pouched yang pertama Malaysia! Dimudahkan untuk makan, di mana sahaja anda berada, di mana sahaja, bila-bila masa. Kini, Monstr.my dengan senang hati mempersembahkan 4 produk utamanya! The Kookcrunch Choco Jar Monstr, The Kookies Monstr (Maxi & Mini), The Brownies Monstr (Senior & Junior) dan Pour dan Dip Kookies Jar. 

Monstr.my adalah jenama anak Malaysia yang terus bergerak maju bertujuan untuk menjadi Syarikat Makanan Halal terkemuka berdiri teguh bersama-sama jenama antarabangsa di yang lain. Monstr.my progresif melahirkan pasukan yang hebat serta percaya bahawa apabila bersama-sama, pasti akan dapat mencipta kelainan! Monstr.my akan terus menghasilkan produk halal, berkualiti tinggi dan inovatif dengan bungkusan makanan yang sedia untuk di makan. 

Ikuti Instagram Monstr.my untuk kemas kini mengenai promo dan acara! Untuk meneroka dan beli produk Monstr, lawati www.monstr.my atau hubungi ejen yang terdekat di sekitar anda melalui Instagram @monstragentlist.my

10 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Mmmmmm.......lame dah nak snacking Brownies Monstr. Yelah, cantik packaging baru dia. Lebih kids friendly.

    BalasPadam
  2. tahniaj monstr moga terus sukses. both packaging menarik je pada saya. janji sedappp

    BalasPadam
  3. Dah lama nak cuba monstr ni tapi xjumpa-jumpa pun.. wowo memang cerianya packaging baru ni. Anak-anak mesti tertqrik dan confirm akan suka sebab brownies kan... boleh la cuba nanti

    BalasPadam
  4. Bagus bila buat rebranding sebegini agar kekal relevan dan sentiasa young. Rawlins pun suka makan brownies dia

    BalasPadam
  5. packing baru lebih menarik dari yang lama.. tak pernah merasa lagi produk monstr ni..

    BalasPadam
  6. Packaging baru ni nampak lebih ceria.. Selalu dgr psl produk ni.nak carila dan cuba sendiri

    BalasPadam
  7. Tengok pakaging je dah ceria, menarik perhatian sangat kan.. mesti sedap ni, baca feedback semua kata sedap.. nak cari dan cuba gak laaa

    BalasPadam
  8. Ohh dah lama rupanya founder Brownies Monster ni dalam industri F&B. Start jual kek lepastu dapat idea buat brownies pouch. Memang eksklusif idea dia sebab takde lagi yang jual brownies dalam pek macam ni. Comel la packaging yang baru ni, nampak lebih fun!

    BalasPadam
  9. Comelnya dan cantik la packaging Brownies Monstr ni.. Sure sedap kan, nak try la nanti...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال