Jom Sarapan Pagi Dengan Aik Cheong Coffee

Jom Sarapan Pagi Dengan Aik Cheong Coffee | Assalammualaikum semua! Wahhhh apa khabar semua! Dah lama kita skip sarapan pagi sejak Perintah Kawalan Pergerakan pandemik COVID-19 kan? Tanpa sedar, sudah hampir setahun Ruby work from home. Bangun je dari tidur, mandi, solat, terus sediakan sarapan untuk family dan kemudian terus masuk ofis di dalam bilik. Set meja belajar anak untuk kelas online PdPR. Lupa terus untuk sarapan. Sedar-sedar sudah jam 11am. Okay masa untuk sediakan makanan tengahari. Terus makan tengahari dan selepas itu sambung PdPR anak dan siapkan homework anak. Itulah rutin yang berlanjutan sehingga hari ini. Jadi, Ruby fikir sampai bila nak skip sarapan pagi. Jom Ruby kongsikan cara mudah untuk amalkan sarapan pagi secara konsisten setiap hari. Lebih praktikal untuk ibu bapa yang super busy!

Jom Sarapan Pagi Dengan Aik Cheong Coffee

Sarapan pagi amat penting untuk permulaan hari yang baik. Namun, ia sering diabaikan kerana kesuntukan masa untuk menyediakan makanan yang seimbang atau disebabkan oleh kekurangan selera. Walau bagaimanapun, ia masih belum terlambat untuk menjadikan sarapan pagi sebagai satu keutamaan.

"Sarapan pagi merupakan sajian terpenting kerana peranan utamanya ialah untuk mengembalikan tenaga setelah berpuasa semalaman. Kajian menunjukkan bahawa jumlah tenaga yang banyak digunakan untuk pertumbuhan tisu dan pembaikan sel sepanjang malam. Oleh itu, pengambilan makanan yang seimbang pada waktu pagi akan membantu memberi tenaga yang diperlukan oleh badan untuk memulakan hari. Hidangan pertama ini tidak semestinya mengambil masa yang lama untuk disediakan atau memerlukan makanan yang berat atau mewah. Apa yang penting ialah ia berkhasiat dan mengandungi protein, vitamin, mineral serta serat,” kata Mohamed Zaim bin Mohd Halini, eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan,  Aik Cheong Coffee Roaster Sdn Bhd.

Aik Cheong, IT'S Granola Cup

Produk terbaru Aik Cheong, IT'S Granola Cup mengandungi bahan semula jadi seperti gandum gulung, serbuk oat, biji chia, gula kelapa, minyak canola, kacang dan beri yang membekalkan serat, vitamin dan protein untuk permulaan hari yang penuh dengan nutrisi. Terdapat beri campuran, dan buah-buahan serta kacang campuran yang boleh dinikmati sebagai topping, dicampur dengan susu atau yogurt, atau dimakan begitu sahaja. Semua kebaikan ini terkandung dalam sebuah cawan untuk memberi kemudahan dan direka khas untuk mereka yang sentiasa sibuk.

AIK CHEONG IT'S Granola Berries Granola Mixed Berries 50g atau Mixed Fruits & Nuts 50g dijual pada harga RM 7.80.

Aik Cheong, Instant Oatmeal Cereal

Satu lagi pilihan produk Aik Cheong yang lain ialah bijirin oat segera. Mengandungi sumber serat daripada biji oat dan biji chia; kalsium, zat besi dan vitamin daripada kismis dan kacang, bijirin oat segera ini merupakan pilihan sarapan pagi yang sihat dan berkhasiat. Sepaket bijirin oat segera dengan pilihan kacang atau buah-buahan akan memberi tenaga kepada rakyat Malaysia sehingga tengah hari dan mengurangkan pengambilan makanan yang kurang sihat. Paket bijirin oat segera ini senang dibawa ke mana sahaja dan amat mudah disediakan.

AIK CHEONG Instant Oatmeal 400g (40g x 10 sachets) NUTS / FRUITS (BOX) dijual pada harga pasaran RM 16.80. Sekarang! korang boleh sambar dengan harga promosi di Shopee dengan hanya bernilai RM 13.50 sahaja!

Aik Cheong Black Series 

Bagi mereka yang memerlukan secawan kopi untuk mendapatkan bekalan kafein setiap pagi, Aik Cheong Black Series dihasilkan dengan biji kopi Arabica aromatik yang berasal dari Ethiopia, Colombia, Nicaragua dan Guatemala yang mempunyai perisa yang berbeza. Ia dibungkus secara berasingan dalam paket individu untuk mengekalkan kesegaran dan memudahkan proses pembancuhan kopi. Hanya tuangkan air panas melalui beg titisan dan nikmati aromanya.  Aik Cheong Black Series sesuai diminum bersama roti bakar, penkek, telur  hancur atau Aik Cheong IT’s Granola semasa anda  menyusun jadual pada waktu pagi untuk hari tersebut.

Harga pasaran Black Drip Series bernilai RM 18.90 untuk 10g x 5's atau RM 33.90 untuk 10g x 10's. Sekarang di Shopee harga promosi adalah RM 17.01 untuk 5 sachet, manakala RM 30.51 sahaja untuk 10 sachet! Anda boleh pilih 4 jenis kopi sama ada :

❤️ Aik Cheong Black Drip Series Guatemala Huehuetenago Mild + Pleasant
❤️ Aik Cheong Black Drip Series Ethiopia Yirgacheffe Spicy + Fragrant
❤️ Aik Cheong Black Drip Series Nicaragua Jinotega Sweet + Deep
❤️ Aik Cheong Black Drip Series Colombia Medellin Bright + Rich

Promosi Aik Cheong Coffee Di Shopee

Untuk mendorong dan membantu rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, Aik Cheong menawarkan diskaun hingga 50% untuk keseluruhan rangkaian produknya serta potongan harga tambahan RM5 dengan perbelanjaan minimum RM60 dan potongan RM8 dengan perbelanjaan minimum RM88 dengan baucar kedai rasmi Aik Cheong di Shopee. Gunakan baucar tersebut untuk nikmati lebih penjimatan dan buat bayaran melalui ShopeePay untuk transaksi yang lebih lancar.

Selain itu, dengan perbelanjaan minimum RM60, pengguna Shopee akan mendapat sebuah kotak hadiah Tahun Baru Cina yang hanya boleh didapati secara eksklusif di Shopee. Kotak hadiah tersebut mengandungi CD lagu Tahun Baru Cina terbaru mereka yang dinyanyikan oleh duta Aik Cheong dan bekas pemain badminton profesional No.1 Dunia Malaysia, Tan Boon Heong bersama artis Malaysia, Danny Ahboy, sampul angpao, beg kantung dan empat paket Black Series.

Peminat Aik Cheong yang mengunjungi Shopee dari sekarang hingga 13 Februari juga berpeluang untuk menikmati baucar diskaun 88% setiap hari, penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM10 serta tawaran harga menakjubkan hanya pada 8 sen semasa Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina. Acara membeli-belah Tahun Baru Cina ini juga membawakan pelbagai hiburan kepada para pengguna termasuk Kotak Bertuah Shopee RM8,888 setiap hari dengan hadiah wang tunai untuk dimenangi.

Mulakan hari anda dengan sarapan yang sihat dan seimbang dengan Aik Cheong di https://shopee.com.my/aikcheong

12 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Kopi aik cheong ni kopi wajib ada di rumah ni. Tapi yang 3 in 1 tu ajelah. Sebab kopi dia memang sedap

    ردحذف
  2. Wah, Aik Cheong dah ada granola cup. Biasanya granola2 ni mahal kan. Yang ni quite reasonable la harga dia.

    ردحذف
  3. Wah... Aik Cheong dah ada kopi premium! Sesekali suka granola. Asyikkk gitu nikmati panas². Nak
    try laaa Aik Cheong punya nanti

    ردحذف
  4. love this coffee brand. not only great taste but we are also supporting local heritage product by drinking this! :)

    ردحذف
  5. Rawlins teringin nak try yang granola tu! Yang BLACK tu memang best - drip dia memang lazat! The right one every one!

    ردحذف
  6. Kopi ni mmg fav. Suka aromanya. Sekarang ni ada promosi di shopee dan tgk harga mmg sgt berbaloi

    ردحذف
  7. Suka Kopi Aik Cheong yang warna hijau tu, rasa kaw kopi drip dengan sedikit manis. Sedap.

    ردحذف
  8. Pernah dua kali beli Aik cheong coffee. Tak sangka dah ada granola sekarang. Kena cari ni! Thanks sharing.

    ردحذف
  9. Huhuu tertelan air liur bila nengoknyaa.. Akak dari awal tahun cut sugar ni, tak minum manis dan makan manisan.. kalau tidak, memang dah ku order kopi ni oiii...

    ردحذف
  10. Bestnya.. Akak pun nak beli jugak la spare utk rumah ni. Kdg2 mmg nk cepat ja prepare apa yg patut kan 😅

    ردحذف
  11. saya dah cuba yang warna biru guatemala tu, so far itu plaing best sebab a bit strong than the rest. syioklah kalau beli sbb siap dpt free mug.mug dia cantik kot

    ردحذف
  12. Mouse mommy suka yang IT'S punya fusion drinks dengan granola, memang sedap dan rekomen. Memang ada stok kat rumah selalu. #MouseMommyTreats

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال