Norwex Norwex Norwex.. | Assalammualaikum semua! Apa khabar? Hari ini Ruby nak bercerita tentang Norwex. Ramai dah tahu Ruby adalah Norwex Consultant. Hari ini baru Ruby berkesempatan berkongsi cerita tentang perjalanan karier Norwex di dalam blog ni. Hehehe. Yay! Harap-harap perkongsian artikel ini dapat memberi manfaat kepada semua... Ruby memang suka berniaga sejak kecil. Pelbagai perniagaan juga Ruby telah ceburi. Ia adalah proses pembelajaran. Cuma, untuk menjadi pengasas produk masih belum lagi. Tungguuuuuu.... 🤗 Buat masa ini, Ruby fokus kepada syarikat Ruby yang memberi perkhidmatan penasihat digital. Alhamdulillah. Kita kena sentiasa beringat, setiap perniagaan berbeza cara dan cabarannya. Semoga korang terus istiqomah dan yakin rezeki dari Allah s.w.t. Sesiapa yang berusaha, pasti akan mendapat hasilnya. Amin!
Norwex Norwex Norwex..
Musim pandemik COVID-19 membuatkan banyak peluang muncul untuk kita melakukan sesuatu. Sebelum menceburi Norwex sebagai Consultant, Ruby telah berfikir beberapa kali. Bincang dengan suami dan anak-anak. Tanya pendapat mereka. Sebab pada mulanya, Ruby sudah serik untuk membuat perniagaan jualan langsung, ejen, dropship, stokis dan sewaktu dengannya. Ruby terlalu sibuk menguruskan keluarga dan karier sedia ada. Jadi, kebanyakan bisnes yang Ruby join akan ditinggalkan. Punca tak dapat meneruskan perniagaan adalah sebab sibuk dengan urusan peribadi, modal bulanan, perlu berjumpa pelanggan, mesej pelanggan untuk follow up. Mana ada bisnes yang kita join tidak memerlukan modal dan masa? Betul tak?
Peringatan untuk semua, jangan melabur modal dalam perniagaan yang korang tak minat. Nanti buat separuh jalan je. Kita nak berniaga, fikir apa yang kita minat, mahir dan menguntungkan. Lagi pula, berniaga bukan untuk ikut trend sahaja. Ia perlu berterusan. Walau ada pasang surutnya.
Kita pasti perlu membeli produk untuk kegunaan sendiri atau untuk melengkapkan jumlah target jualan bulanan. Pasti perlu ada pembelian dari pelanggan. Perkara itu hanya boleh Ruby lakukan apabila yakin dengan manfaat produk, seronok berkongsi dengan semua orang tanpa rasa rugi dan menerima dengan hati terbuka apabila menerima penolakan dari sesiapa sahaja. Hati kau kena kental Ruby!
Ruby Norwex Consultant Ampang
Sebenarnya, Ruby mula menyertai Norwex pada 5 November 2020. Pada 17 November 2020 baru Ruby terima parcel dari Norwex melalui City Link. Walaupun lambat terima parcel, Ruby dah mula belajar dan cari info berkenaan Norwex. Join kelas Zoom Meeting anjuran pasukan #TeamONL, #TeamSS dan join FB Live Norwex Malaysia juga.
Manfaat sebagai Consultant Norwex yang Ruby terima adalah:
❤️ 20% diskaun untuk pembelian peribadi.
❤️ Bahan bantuan perniagaan online dan offline.
❤️ Penghantaran percuma untuk pembelian RM 80 keatas.
❤️ Insentif jualan dan gaji pada awal bulan.
❤️ Dapat hadiah dari Norwex.
❤️ Berkenalan dengan ramai orang-orang hebat.
❤️ Bina kepimpinan dalam pasukan.
❤️ Ruby order di website dan Norwex pos guna City Link.
❤️ Tidak perlu keluar untuk hantar produk kepada customer.
❤️ Norwex sediakan Photofy untuk Ruby edit gambar.
❤️ Ruby ada personal website Norwex di www.rubydotmy.norwex.my. 🥰
Basic Starter Kit RM 95
Ini adalah Consultant Starter Kit yang Ruby dapat. Ruby belek-belek Microfiber Variety Pack (MVP) tu dan lihat jahitan serta perbezaan setiap kain. Memang berkualiti! 👍👍👍
RM 95 Starter Kit dapat bahan bantuan perniagaan dan kain Norwex saiz kecil. 3 helai berlainan fungsi. Mudah je guna. Tak sedar dah siap lap banyak bahagian dalam rumah. Bila dah cuba, baru lah Ruby confident nak melabur lagi modal dengan membeli produk Norwex yang lain.
1 set Microfiber Variety Pack (MVP):
🎉 1 x EnviroCloth (16cm x 16cm) - Warna Kelabu Grafit
🎉 1 x Window Cloth (16cm x 16cm) - Warna Plum dengan kemasan Kelabu Grafit bahagian tepi.
🎉 1 x Body Cloth (16cm x 16cm) - Warna Biru Teal
Upgraded Starter Kit RM 368 Lebih Berbaloi-Baloi.
Norwex ada set sangat berbaloi-baloi kepada Consultant baru iaitu Upgraded Starter Kit RM368. Hakikatnya semua barang tu bernilai RM 452 tau.
💗 1 set Microfiber Variety Pack (MVP)
🎉 1 x EnviroCloth (16cm x 16cm) - Warna Kelabu Grafit
🎉 1 x Window Cloth (16cm x 16cm) - Warna Plum dengan kemasan Kelabu Grafit bahagian tepi.
🎉 1 x Body Cloth (16cm x 16cm) - Warna Biru Teal
💗 1 x Makeup Removal Cloth (20cm x 20cm) - Warna biru
💗 1 x Kitchen Cloth (35cm x 26cm) - Warna Kelabu
💗 1 x Kitchen Towel (65cm x 35cm) - Warna Kelabu
💗 1 x Body Cloth (32cm x 32cm) - Warna Biru Teal
💗 1 x Window Cloth (45cm x 45cm) - Warna Purple
💗 1 x Enviro Cloth (35cm x 35cm) - Warna Biru
Ruby skeptikal masa awal-awal ngan Norwex, so join RM 95 aje. Kalau tau Norwex best, beli yang Upgraded Starter Kit. Haha.
Host Party Pertama
Ini adalah host party pertama Ruby. Dengan kain MVP, ruby belajar buat demo dengan bff. Mereka ni dah register Elite Customer Norwex dengan Consultant lain. Cuma belum guna kain. Jadi, apa lagi. Ayuhhh sesama belajar. Haha. Basahkan EnviroCloth, lap-lap cermin dan kemudian guna Window Cloth untuk membersih secara total. Berkilat! Kemudian Body & Face Cloth tu Ruby guna untuk lap muka. Terasa kulit kurang berminyak dan segar. Tak perlu guna pembersih muka, basahkan kain dan terus lap muka.
Norwex Bagi Banyak Hadiah Untuk Beri Ganjaran Kepada Consultant!
Selain dari gaji Norwex setiap awal bulan yang Ruby dapat. Ruby dapat hadiah dari Norwex juga. Konsep Ruby, Ruby hanya akan beli barang yang tiada dalam fresh start programme dan host gift. Katalog Norwex adalah rujukan untuk produk yang Ruby akan beli seperti Norwex Cutting Board, Dusting Mitt, Lint Mitt, Chenille, Face Mask dan lain-lain. Selebihnya Ruby akan berusah untuk dapatkan PERCUMA sebagai hadiah dari HQ Norwex Malaysia. Ruby cipta cabaran sendiri untuk menolak diri Ruby untuk terus positif.
Fresh Start Programme
Ini adalah program 60 hari untuk Consultant. Selama 60 hari, ada beberapa step untuk korang selesaikan. Mudah aje. Bila dah selesai, Norwex bagi hadiah. Hehehe. Bestnya dapat Mop tu. Guna pun senang!
Hadiah seterusnya adalah Host Gift. Setiap jualan, korang boleh masukkan dalam satu group host gift dalam website Norwex. Syaratnya korang kumpul order sebanyak RM 1200. Set target untuk buat jualan dalam 8 orang. Budget tiap mereka RM 150. Dah cukup RM 1200. Mudah kan? Hehehe. Host gift ni lain dari yang lain hadiahnya. Jika dah berkenan, terus redeem. Jangan tunggu hujung bulan. Sebab berpotensi untuk habis. Sebagai contoh, apabila Norwex maklum host gift ada Silicone Food Storage Containers. Mesti habis pada pertengahan bulan. Laku keras! Berikut Ruby kongsikan apa host gift yang Ruby sudah redeem. Hehe. Di Host Gift juga Ruby menerapkan konsep satu host gift, satu bulan. Nak merasa semua gift. Gitewww.
Disember 2020
Januari 2021
Semangat Berpasukan!
Ruby berada di pasukan yang sangat besar. Apabila kita buat Norwex atau apa sahaja perniagaan, set kan dalam diri. Apakah BIG WHY kita. Lain orang, lain big why. Jadi, dengan ada pasukan bantuan. Korang boleh ada circle yang positif. Korang boleh tanya apa sahaja. Kalau malu bertanya, pasti sesat jalan. Apabila sudah bertanya, tahu tentang produk dan harga. Masa itu, pasti korang seronok berkongsi dengan sesiapa sahaja. Jalan-jalan pun happy. U dah cuba Norwex? Hehehe. Ruby berada di Team Puan Elvina, Puan Wei Zhi, Puan Rachael, Puan Sayedda Saad dan Puan Yasmin Hani. Mak, nenek, moyang semua ada. Hehehe.
Pasukan yang baik, akan terus membantu memberi anjakan paradigma. Lagi mereka push, lagi kita akan terinspirasi. Norwex ni adalah bisnes MLM yang Ruby lakukan mengikut keselesaan Ruby. Sambil-sambil mengurus rumah tangga, menulis blog, buat digital content untuk client dan macam-macam lagi. Asalkan rezeki halal. Semua Ruby buat. Walaupun korang nampak Ruby macam ramai kenalan dan mudah untuk buat Norwex. Sangkaan korang meleset. Ruby amat menjaga privasi. Tanya santai-santai sahaja. Slowly But Surely!
Anda Tidak Perlu Menjadi Consultant Jika Ingin Produk Norwex. Elite Customer Sudah Memadai.
Ramai salah sangka dengan Norwex. Mereka menyamakan Norwex seperti sistem MLM yang lain. Jika ingin membeli, kena jadi Consultant. NO! NO! NO!. Norwex mempunya sistem Elite Customer yang memberi pembeli membeli dengan aman tanpa perlua menjual. Malah korang akan terima 15% diskaun. Jika membeli RM 80 keatas FREE SHIPPING. Jika bawah RM 80, caj pos hanya RM 6 sahaja! Murah! Penghantaran melalui City Link pula tu. Eksklusif tau.
Promosi Produk Norwex Mengikut Sambutan Perayaan Atau Hari Istimewa.
Selain dari produk yang tersedia di katalog Norwex. Norwex juga menyediakan promosi berupa pakej pada harga berpatutan. Sama ada anda Consultant atau Elite Customer. Kita layak membeli semua promosi yang Norwex sediakan.
Hari Kekasih 2021
CNY 2021
Produk Best Seller Norwex.
Di Norwex, terdapat banyak produk laku keras. Diantaranya adalah EnviroCloth, Norwex Cleaning Paste, Norwex Ultra Power Plus, Norwex Bath Towel, Norwex Mops System dan banyak lagi. Nanti Ruby share dalam artikel seterusnya okay? Dah panjang sangat artikel intro berkenaan Norwex. Hahahaha. Nampak tak betapa Ruby suka sangat dengan Norwex. 🤭
Dalam Masa 10 Hari, Ruby Sudah Bergelar Team Achiever
Alhamdulillah Illy Ariffin sering beri tunjuk ajar kepada Ruby dan dia lah yang melamar Ruby untuk join Norwex. Alhamdulillah kami dah sama-sama rank up dalam Norwex sebagai Team Achiever. Ruby TA pada awal Disember 2020. Alhamdulillah.
Tugasan Dan Cabaran Untuk Bergelar Norwex Brand Advocate
Setakat ini, Ruby telah memahami produk Norwex dan harga di pasaran Malaysia. Cabaran untuk rank up dari Team Achiever ke Brand Advocate adalah menaikkan Consultant sedia ada menjadi Team Achiever (TA). Minimum 3 orang sudah memadai untuk naik pangkat. Tetapi, jika rekruit lebih ramai lagi bagus. Ini kerana, ia dapat beri korang semangat untuk terus memantapkan kepimpinan. InsyaAllah.
Contact: www.norwxruby.wasap.my | Norwex Consultant Website
Instagram: www.instagram.com/norwxruby |
Facebook: www.facebook.com/norwxruby
Kalau korang nak membeli sebagai Elite Customer atau menjadi Norwex Consultant seperti Ruby. Hubungi Ruby okay! Next artikel kita sembang berkenaan produk dan siapa dalam pasukan Ruby okay? Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat beri perspektif baru supaya anda tidak takut apabila Ruby tanya "Dah ada Norwex?". 🤗
Tags
Entrepreneurship
Tu dia aihhhh , ni namanya consultant berjaya , semua produk ada , nak buat demo pun senang kan. Akak baru ada sehelai kain Norwex . Tapi itulah sayang pulak nak guna. Kalau ada banyak baru tak heran kot. Apapun All the best untuk team Ruby.
BalasPadamBetul tu. Nak bisnes kena ada rasa suka - jangan kerana terpaksa atau mengejar wang sangat. Takut nanti cepat bosan dan stop. Team tu juga penting agar kekal cergas
BalasPadambae baru beli dusting mit tu. okayy next time nak try norwex boleh contact kak ruby je
BalasPadamMantap hakak consultant norwex. Moga kak ruby & team terus maju jaya hendaknya ya :)
BalasPadambiasa dengan pasal norwex ni. saya teringin nak guna norwex cuma belum ada rezeki buat masa ni. saya doakan sis berjaya dengan bisnes ni sampai bila2. amin
BalasPadamTahniah Ruby dalam masa singkat nampak membuahkan hasil. Sis belum sampai seru, nanti nak kita roger. Semoga terus maju jaya. Cantik baju uols pakai tu. Sis suka!
BalasPadamSaya Elite Customer hahahaha..
BalasPadamTahnoah Ruby, tahniah sebab berjaya meracun Sis ko beli Norwex ni hahahaha..
Berbaloi beli sesuai dengan penggunaan dan kualitinya.. tak payah dah cuci kain buruk hari-hari..
Bila nak berniaga kena sesuatu yg kita seronok nak share. Dan sharing adalah antara teknik yg sgt berkesan. Semoga terus maju!
BalasPadamRamai jugak jadi distributor norwex skarang. Testimoni pun semua cakap best. Tapi sebenarnya pengalaman berniaga tu yg lg best especially dapat team yg support each other.
BalasPadamKak nina pun ada beberapa helai kain norvex. So far suka dengan hasilnya. Memang berkesan. Seronok baca pencapaian memasing. Good luck team Ruby!
BalasPadamCongratulations Ruby! I also using Norwex clothes at home. Now I hope to buy the mop la haha tapi still saving money. Love effective products like Norwex it helps us clean the house easier and faster
BalasPadamteringinnya nak pakai norwex ni. one day one day inshaAllah hehe.
BalasPadamomg ruby, entah kenapa i feel so tempted to sign up for the program after reading your post. i think it is very attractive and affordable since the products are super efficient and the brand is popular right now. anyway, congratulations on your journey and i wish you plenty of success! :)
BalasPadamTahniah Ruby! nampak semakin rancak dengan Norwex. Product ni memang bagus dan sangat membantu my everyday cleaning. I have a box too and now planning to get the mop.
BalasPadamCongratulation kak Ruby for the achievement.. Menarik la program Norwex ni kan.. sebelum ni my auntie kat kampung ada introduce me these products.. tak sangka dalam masa yang sangat singkat tertiba product ni mendapat perhatian ramai users skrg...
BalasPadamPernah nampak sebelum ni.. singgah kesini baru tahu apa itu Norwex hehe
BalasPadamsemoga terus sukses :)