GINTELL S7 SuperChAiR Kerusi Urut Pertama Di Malaysia Yang Menerima Arahan Suara Dan Menyimpan Sehingga 10 Memori Pengguna
Kesihatan Selasa, Mac 30, 2021GINTELL S7 SuperChAiR Kerusi Urut Pertama Di Malaysia Yang Menerima Arahan Suara Dan Menyimpan Sehingga 10 Memori Pengguna. | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby berkesempatan ke pameran roadshow kerusi urut GINTELL di IOI City Mall LG Centre Court. Kebiasaannya kalau ke pameran kerusi urut. Kita boleh cuba dan alami sendiri kehebatan kerusi urut tersebut. Oleh kerana, ia adalah peranti elektronik yang sangat hebat. Jangan segan silu apabila staff GINTELL membantu anda. Menerangkan fungsi dan membantu anda adalah keutamaan GINTELL. Ruby percaya, apabila anda experience sendiri menggunakan kerusi urut GINTELL. Pasti anda akan simpan niat untuk memilikinya. InsyaAllah.
GINTELL S7 SuperChAiR Kerusi Urut Pertama Di Malaysia Yang Menerima Arahan Suara Dan Menyimpan Sehingga 10 Memori Pengguna.
GINTELL dengan bangganya mengumumkan pelancaran kerusi urut versi baru, ‘S7’, kerusi urut yang terbaru dapat menampilkan prestasi yang setarat dengan kereta ‘SUPER CAR’. Dengan itu, GINTELL telah memperkenalkan slogan ‘Brilliance of Wellness’, iaitu ‘Kecemerlangan dalam Kesejahteraan’ bersama teknologi AI yang berinovasi untuk mencipta pengalaman urut yang selesa dan luar biasa.
Produk ini dilancarkan di IOI City Mall Center Court, Lower Ground Floor oleh pengasasnya, Datuk Goh Cheh Yak dan duta jenama GINTELL, Amber Chia. Bersempena dengan pelancaran GINTELL S7 SuperChAiR, GINTELL turut mempamerkan "SUPER CAR" - Mclaren 720s, dengan keistimewaan teknologi terkini dan hebat dapat meletakkan GINTELL S7 SuperChAiR dalam kategori yang lebih baik.
Sumber Gambar: Facebook Amber Chia
Kita selalu berada di fasa yang agak sukar dari luar jangkaan kita. Urutan boleh mengurangkan tekanan dan menjadikan sebuah terapi kepada seseorang. Maka itu, jangan lepaskan peluang anda dengan menemui 'Penjaga Kesihatan Anda’ di GINTELL! Kerusi urut GINTELL S7 SuperChAiR adalah kerusi urut pertama yang mempunyai AI SuperChAiR dan 875 kombinasi urutan yang memberi lebih keselesaan kepada pengguna.
Di Samping itu, kerusi urut ini juga dilengkapi oleh AI Senses bersama ViTec (Voice Intelligence Technology) yang pertama di Malaysia, iaitu, mengunakan teknologi kawalan suara pintar untuk beroperasi. Dengan adanya teknologi ini, kerusi ini boleh mendengar, menganalisi dan memahami keperluan badan individu, menghasilkan program urut yang sesuai untuk anda.
Ruby: Hi Hi Gintell
S7: I am Here
Ruby: Begin Massage
S7: Massage Begin
Setelah mendengar arahan, GINTELL S7 SuperChAiR akan memulakan mapping struktur tubuh badan kita dan ketinggian kita bermula dari pinggul. Anda boleh rasa bola-bola kerusi urut sedang melakukan tugasannya. Relax dan enjoy!
AI ViTec Massage Hand menggunakan kaedah urutan yang sama seperti tangan manusia, memberi penekaan roller sehingga 13cm, dan memberi urutan yang lebih berkesan.
Signifikasi GINTELL S7 SuperChAiR & Mclaren 720s.
Mclaren 720s adalah kereta lumba kegemaran ramai. Ia adalah kehebatan teknologi buatan keluaran British. Maka, kita sedia maklum keselesaan kereta sport terletak kepada ergonomik tempat duduk. Tahukah anda, kereta sport memiliki memori tempat duduk untuk berlainan pemandu? Jika tiada pemandu lain, ia akan menyimpan memori tempat duduk anda. Hebat kan? Jadi, GINTELL S7 SuperChAiR juga seperti kereta lumba Mclaren 720s yang mempunyai teknologi “memory seat”, kerusi urut GINTELL S7 SuperChAiR mampu menyimpan memori sebanyak 10 slot Vi-memory. Ini membolehkan kita seisi keluarga menggunakannya tanpa perlu risau untuk melaraskan berkali-kali kedudukan kerusi. Hebat kan? Seronok apabila Mclaren 720s boleh meyimpan urutan kesukaan untuk nenek, atuk, ibu, ayah, dan anak-anak. Hehehe.
SIFU Dato Seri Master Chris Leong
Kerusi urut GINTELL S7 SuperChAiR juga mempunyai urutan yang dicipta oleh SIFU Dato Seri Master Chris Leong (Pengamal Rawatan Tradisional Cina “Tit-Tar”). Beliau telah berkongsi bahawa peregangan seluruh badan sebanyak 230° dapat membantu mengurangkan sakit leher, bahu dan belakang, dan juga dapat meningkatkan peredaran darah dengan memperbaiki otot.
Harga Di Roadshow GINTELL IOI City Mall Lebih Berbaloi-Baloi
Bersempena dengan pre-pelancaran, GINTELL menawarkan promosi dan potongan harga istimewa untuk pelanggannya. Dapatkan GINTELL S7 SuperChAiR pada nilai hebat
Harga asal: RM 27,988.00
Tolak Rebate: RM 10,000.00
Maka, harga Promosi: RM 17,988.00
Tolak Lagi Rebate Roadshow: RM4,000
Jumlah anda perlu bayar: RM13,988 sahaja!
Dapat lagi Free Gift bernilai RM 1488 dan jika anda bertuah. Ada sesuatu menanti anda apabila membeli GINTELL S7 SuperChAiR. Jeng jeng jeng..
Oleh itu, rebut peluang keemasan ini di roadshow GINTELL IOI City Mall ini sebelum 5 April 2021! Tertakluk pada terma dan syarat.