Filem Animasi Disney Raya And The Last Dragon Kreatif Memaparkan Budaya Dan Masyarakat Asia Tenggara.
Filem ini diilhamkan oleh budaya Asia Tenggara di Malaysia, Brunei, Singapura, Laos, Thailand, Timor-Leste, Kemboja, Vietnam, Myanmar, Indonesia, dan Filipina. Untuk membuat kajian latar belakang, pembuat filem dan pasukan produksi pergi ke semua negara dan artis Thailand Fawn Veerasunthorn berperanan sebagai ketua cerita untuk filem ini. Mereka membentuk pasukan Southeast Asia Story Trust, gabungan pakar dari pelbagai bidang, termasuk antropologi visual, linguistik, botani, koreografi, seni bina dan seni mempertahankan diri. Pasukan perunding budaya untuk filem ini juga merangkumi Dr. Steve Arounsack, seorang profesor bersekutu Lao Anthropology di California State University, Stanislaus.
Pembikinan Raya and The Last Dragon mengambil inspirasi dari budaya dan wilayah Asia Tenggara. Naga, Sisudati @ Sisu dimodelkan dari Nāga, yang terdapat dalam agama Hinduism, Buddhism dan Jainism. Ia adalah semi-devine yang mempunyai kebolehan bertukar kepada manusia dan naga. Raya and the Last Dragon adalah filem animasi Amerika yang dihasilkan di Walt Disney Animation Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures. Ia dilancarkan pada 5 Mac 2021 dan merupakan filem animasi ke-59 dalam Disney Animated Canon. Tahniah Disney!
Raya And The Last Dragon
Raya and The Last Dragon adalah kisah yang penuh pengajaran dan iktibar. Perebutan kuasa dan salah faham membuatkan kepercayaan di antara sesama manusia semakin berkurang. Manusia sudah mula mementingkan diri sendiri. Sehingga semua manusia berpecah belah dan terjadilah pergaduhan. Gangguan Druun adalah klimaks kepada kecelakaan itu. Maka, struktur tanah meretak terbahagi kepada beberapa bahagian yang menjadikan ia kawasan untuk 5 suku kaum. Kumandra adalah tanah makmur yang dilanda oleh Druun, roh jahat yang menukar manusia kepada batu. Naga-naga Kumandra iaitu Pengu, Jagan, Pranee, Amba, and Sisu menggunakan sihir yang terakhir untuk membuat Dragon Gem agar dapat menangkis Druun dan menghidupkan manusia, tetapi akhirnya naga juga berubah menjadi batu. Tidak habis di situ, perebutan kuasa untuk Dragon Gem pula berlaku. Kumandra sukar untuk bersatu. Penempatan mereka terbahagi dan ia seperti sungai raksasa yang menyerupai naga: Fang, Heart, Tail, Spine dan Talon.
Enam tahun kemudian, Raya masih berusaha mencari Sisu, satu-satunya spesies naga yang masih hidup. Ketika berada di wilayah Tail, Raya akhirnya berhasil memanggil Sisu (Awkwafina). Maka, cabaran seterusnya bermula. Ini korang kena tengok! Best sangat. Hehehe.
Setelah melalui pelbagai cabaran dan halangan. Secara tidak langsung lima wakil dari suku kaum masing-masing berjuang untuk kembalikan keamanan Kumandra. Raya dari Heart, Captain Boun dari Tale, Baby Noi dari Talon, Tong dari Spine dan Namaari dari Fang.
Semua orang kini dapat bersatu kembali dengan orang tersayang yang bertukar menjadi batu, dan Raya bersatu kembali dengan ayahnya. Naga dan semua suku kaum kemudian berkumpul dengan tenang di Heart untuk meraikannya. Welcome to Kumandra. ☺️
Tuk Tuk Si Tenggiling Peneman Raya
Karakter-karakter di dalam filem animasi ini sangat comel. Terutamanya si Tuk Tuk. Dari kecil Tuk Tuk sentiasa bersama Raya. Ruby terkejut Tuk Tuk boleh membesar! Sehinggakan Raya boleh menunggangnya. Kreatif betul!
Cabaran Raya Mendapatkan Dragon Gem
Ketika perjalanan Raya dan Sisu mencari Dragon Gem, pelbagai cabaran mereka perlu tempuhi. Mereka dikejar oleh Assassin dari suku kaum Fang ketika menemui Dragon Gem kedua. Nasib baik Sisu boleh bertukar jadi manusia. Jadi, Namaari tidak perasan Sisu adalah naga.
Babak Dragon Gem di curi di perkampungan Talon. Baby Noi dan Ongis ni nakal betul. Comel. Apabila ada karakter bayi. Ruby teringat bayi bayi di negara jiran yang sudah boleh berdikari. Jangan terkejut! Baby Noi is real! Hehe
Suku kaum Spine tinggal seorang sahaja iaitu Chief Tong. Dari gaya lokasi wilayah ini, seakan-akan di Sapa, Vietnam sebab berkabus, ada pokok bamboo dan bersalji. Kemudian Raya di serang oleh Namaari lagi. Tetapi tiada kecederaan berlaku sebab Sisu bertukar menjadi naga. Tergamam Namaari apabila buat pertama kalinya dia melihat Sisu! 🤗
Makanan-Makanan Asia Tenggara.
Buah Mata Kucing, Durian, Tom Yam, Satay, Udang, Nasi, Bubur, Sambal dan buah-buahan tempatan yang lain. Korang boleh lihat bagaimana filem animasi ini mengangkat menu-menu makanan tradisional kita. Telan air liur. Sedap pula tengok.
Pedang Chief Benja
Ruby terkesima melihat bagaimana pedang itu berfungsi. Hebat betul!
Inspirasi Wilayah Fang, Heart, Tail, Spine dan Talon.
Apabila menonton filem Raya and The Last Dragon, kita seperti terbuai dengan budaya yang dipaparkan mengikut suku kaum dan wilayah Fang, Heart, Tail, Spine dan Talon.
Suku Kaum Heart
Ruby perhatikan pakaian dan warna yang sering Raya dan ayah dia pakai. Seperti songket dan gaya pakaian seperti pakaian tradisional Thailand. Kawasan di wilayah Heart dipenuhi flora dan fauna. Hijau dan ada aliran air. Tenang sangat. Seperti di kawasan Raja Ampat di Indonesia.
Suku Kaum Fang
Fang adalah dari kalangan Assassin's. Mereka dilatih dari awal usia untuk sentiasa bersiap sedia. Jika anda lihat struktur insipirasikan dari Candi di Asia.
Suku Kaum Talon
Melihat perkampungan atas air dan pasar atas air. Pastinya kita akan teringat floating market di negara Thailand, Laos, Myanmar, Indonesia dan Vietnam. Di sini boleh lihat pakaian mereka, bahan jualan, songket, makanan, dan macam-macam lg.
Suku Kaum Tail
Di Tail, keadaan seperti padang pasir. Ramai yang telah bertukar menjadi batu. Suatu masa dahulu di sini ramai pahlawan menggunakan sabit. Manakala masyarakat Tail seperti dari Timor-Leste atau Filipina yang sangat berdikari walau apa keadaan sekali pun.
Suku Kaum Spine
Di Spine, Raya berada di kawasan pergunungan yang dipenuhi buluh dan bersalji. Seakan-akan kawasan tanah tinggi di Asia Tenggara. Mereka juga pahlawan, berpakaian baju tebal dan berbadan besar. Seperti masyarakat Mongolia. Tetapi Mongolia adalah di East Asia. Takpelah sama-sama Asia. Hehehe.
Para Pelakon Filem Animasi Raya and The Last Dragon
1. Kelly Marie Tran sebagai Raya
2. Awkwafina sebagai Sisu
3. Izaac Wang sebagai Boun
4. Gemma Chan sebagai Namaari
5. Jona Xiao sebagai Young Namaari
6. Daniel Dae Kim sebagai Chief Benja
7. Benedict Wong sebagai Tong
8. Sandra Oh sebagai Virana
9. Thalia Tran sebagai Little Noi
10.Lucille Soong sebagai Dang Hu
11. Alan Tudyk sebagai Tuk Tuk
12. Gordon Ip sebagai Merchant #2
13. Dichen Lachman sebagai General Atitãya / Spine Warrior
14. Patti Harrison sebagai Chief of Tail
15. Jon "Dumbfoundead" Park sebagai Chai
16. Sung Kang sebagai Dang Hai
17. Sierra Katow sebagai Merchant / Fang Officer
18. Ross Butler sebagai Chief of Spine
19. François Chau sebagai Wayn
20. Paul Yen sebagai Merchant #1
Disebalik Kehebatan Filem Animasi Raya and The Last Dragon
DIRECTED BY
Don Hall
Carlos López Estrada
Paul Briggs (co-director)
John Ripa (co-director)
PRODUCED BY
Osnat Shurer
Peter Del Vecho
WRITTEN BY
Paul Briggs (Story)
Don Hall (Story)
Adele Lim (Story and Screenplay) 🇲🇾
Carlos López Estrada (Story)
Kiel Murray (Story)
Qui Nguyen (Story and Screenplay)
John Ripa (Story)
Dean Wellins (Story)
MUSIC BY
James Newton Howard (Original Score)
CINEMATOGRAPHY BY
Rob Dressel (Layout)
Adolph Lusinsky (Lighting)
EDITOR(S)
Fabienne Rawley
Shannon Stein
STUDIO(S)
Walt Disney Pictures
Walt Disney Animation Studios
DISTRIBUTOR
Walt Disney Studios Motion Pictures
RELEASED
March 5, 2021
RUNNING TIME
107 minutes
LANGUAGE
English
BUDGET
$100 million
GROSS REVENUE
$26.2 million
Ruby rekemen sangat filem animasi Raya and The Last Dragon. Sangat best! Ruby bagi 10/10 bintang. Hehe. Selamat menonton!
P/S: Semua gambar di atas adalah dari Disney dan Google.
Tags
Hiburan
Bila baca mula2 akak ingat nak kuar masa Raya. Hehehe rupanya Raya and the last dragon tu nama movie ni. Pasti nak tonton ni sebab akak peminat filem Disney. Filem Disney ni terkenal dengan fantasy, magic, animasi yang cantik dan soundtrack yang best!.
BalasPadamdah tengok iklan filem ni. menarik la citer die..comel je tengok tuk tuk tu kan
BalasPadamRamai yg cakap filem ni best. Kita pun nak tgk this weekend. Nampak cantik animasinya. Tak sabarrrr!
BalasPadamMesti nak tengok ni... tapi tu ler, anak-anak kata takde feel tengok wayang sekarangs ebab duduk jejauh tu kann.. ermmm..
BalasPadamNak tau tak, ini pertamanya Sis baca review filem animasi yang di tulis lengkap dan faham dalam bahasa Melayu hehehehe.. makaseh Ruby..
Rawlins pun dah layan Raya nie - bahagia betul perasan bila menonton sampai habis. Memang terhibur melayan dan sesuai untuk seisi keluarga.
BalasPadamWah menariknya tak sabar nak tonton. Animasi dia kalerful dan cantik. Mesti anak2 pun excited
BalasPadamNi bukan anak2 yg excited nk tgk kartun.. Mak nya yg teruja.. Thanks ibukkk share cite kartun baru best... Tak sabar nak tgk
BalasPadamdisney punya karakter tak bagitahu dari disney pun dah boleh teka hahaha
BalasPadamDisney ni sejak dulu lagi kartun yang dia buat memang tak pernah mengecewakan....memang paduuuu
BalasPadamohh woow....thanks for sharing this interesting new disney animation, gonna check it out with my little niece to enjoy it soon :D cheers, siennylovesdrawing
BalasPadamFamily Nina dari dulu lagi layan cerita-caerita dari disney ni. Animasi-anaimasi dia pun memang menarik. Cerita Raya and the last dragon ni pun kawan Nina ada kata cerita dia best. If ada kesempatan minggu ni boleh lah ajak family tengok nanti. Tak sabar wehyyy...
BalasPadamcantiknya gambar animasi dia. jalan cerita pun best tak sabar nak tengok
BalasPadamTgk teaser kat tv aritu pun cam menarik.. leh la bawa anak2 ke panggung nanti.. bonding time with kids..
BalasPadamsaya dah tengok..Best.👍👍👍watak2 comel.suka tgk Raya dan tuk2🌹🌹🌹
BalasPadam