URIAGE Produk Air Pergunungan Alps Perancis


URIAGE Produk Air Pergunungan Alps Perancis | Assalammualaikum semua! Apa khabar? Hari ini Ruby nak berkongsi tentang produk penjagaan wajah yang Ruby dah guna sejak 1 Januari 2021. Ruby beli produk ni dekat Guardian Suria KLCC yang pada ketika itu sedang mengadakan promosi Orange Party selamat tiga hari. Ketika itu ada 40% diskaun untuk semua produk penjagaan wajah. Ruby dan suami sedang mencari produk penjagaan wajah yang bersesuaian dengan keadaan kulit wajah kami. Sejak pandemik COVID-19, keperluan memakai pelitup muka adalah wajib. Maka, tanpa disedari, wajah kami mula naik jerawat kecil. Kemudian kulit berminyak dan whitehead pun meriah. Solusi pertama kami cuba adalah menggunakan produk anti Akne. Jadi, kami fokus mencari produk dermatologi.

URIAGE Produk Air Pergunungan Alps Perancis

Alps Glacier Water adalah air yang kaya dengan mineral. Tercipta secara semula jadi pada ketinggian 6,000 kaki di atas permukaan laut di wilayah Switzerland yang hanya dapat dicapai dengan berjalan kaki, ia terkenal dengan sifat organik dan telah mendapat sijil Eco-cert.


Sejak tahun 1992, Makmal Dermatologi Uriage telah mencipta produk dermokosmetik yang inovatif. Penjagaan kulit berteknologi tinggi ini direka untuk menjaga kesihatan kulit. Ia mendapat manfaat daripada sifat air pergunungan, yang digabungkan dengan bahan aktif yang terkenal dengan keberkesanan dan toleransi mereka. Kerana kepakaran ini, produk Uriage diresepkan oleh pakar dermatologi dan disyorkan oleh ahli farmasi di seluruh dunia.

Produk URIAGE dirancang mengikut kriteria ketat industri kosmetik (kawalan kualiti udara, bahan mentah dan produk siap, kebolehkesanan, pemantauan statistik dan biologi berterusan). Produk dermatologi lebih bagus kerana ia membantu semua permasalahan kulit. Kini, kepakarannya dikenali di lebih 70 negara. 

Step-by-step Penggunaan Produk URIAGE

Sudah hampir 3 bulan Ruby menggunakan URIAGE. Ruby dan suami menggunakan produk yang sama. Sebab kami memiliki kulit jenis oily dan pori terbuka. Kalau tak dibersihkan dengan produk bersesuaian, kami mudah dapat acne dan skin tag. Pada usia 34 ini, rasa makin sukar mencari produk penjagaan kulit wajah. Kami dah cuba pelbagai jenama. Mungkin jenama yang kami kenali itu untuk kulit yang remaja. Kulit matang macam kami ni dah degil. Hahaha. 

Kami tidak sangka dengan bermula dari Cleansing Gel, Serum, Blackheads Spot dan Sunblock. Kami terus menggunakan produk URIAGE yang lain. Terus ada 7 produk dan lengkap lah skincare step-by-step kami. Hehehe. Guna URIAGE ni, perkara utama yang Ruby nampak adalah whiteheads mudah keluar. Tidak perlu keluar ke spa. Rumah ni dah macam spa. Hahaha. Kemudian jerawat kecil, cepat "masak" dan mudah keluar. Picit sikit, dah keluar. Satisfying giler! Hahaha. Pastikan waktu picit tu, korang standby URIAGE Thermal Water. Lega!

Langkah Pertama: Uriage Thermal Micellar Water (250ML)

Ini adalah proses pertama, gunakan untuk membersih mekap, lebihan minyak selepas bangun tidur dan sebelum mencuci muka. Bersihkan kawasan wajah dan leher tau. Leher sering dilupakan. Kesian leher kita. Nanti ada skin tag, dah susah. So, mulakan sekarang, mencuci wajah sampai leher. Leher tu sampai belakang tau. Hahaha. 

Korang akan nampak kesan fabrik, minyak, sisa maskara dan lip matte. Adehh ingatkan dah cukup bersih. Tidak sama sekali. Guna Thermal Micellar Water dijamin bersih!


Langkah Kedua: URIAGE Hyseác Cleansing Gel (150ML)

Ini adalah main power, Cleansing Gel. Ruby gunakan dengan dua cara. Menggunakan berus sonic atau secara terus melalui tapak tangan sahaja. Buih yang terhasil sangat sedikit. Kemudian hilang. Hehehe. Selepas mencuci, korang akan rasa kulit lebih bersih dan segar. 


Langakah Ketiga: URIAGE Thermal Water (150ML)

Setelah mencuci, gunakan URIAGE Thermal Water sebagai toner. Sebab selepas mencuci, kulit akan berasa tegang. Jadi, gunakan URIAGE Thermal Water untuk memberi keselesaan kepada wajah. Selain digunakan sebagai toner, Ruby gunakan untuk makeup setting spray dan setiap kali rasa cuaca panas. Ruby akan spray kat wajah. Hari tu terseliuh kaki, Ruby spray juga di kawasan sakit. Multipurpose tau spray ni. Hehehe. 


Ini adalah produk laku keras dari URIAGE. Sejak tahun 2018, setiap 10 saat akan terjual satu botol di dunia. Ruby di antara salah seorang yang membelinya. Haha. URIAGE Thermal Water, Air yang unik. Dilahirkan di jantung Pegunungan Alpen Perancis, Air Panas Uriage telah mengalir selama 75 tahun melalui batu-batu. Seiring musim berlalu, ia diperkaya dengan mineral.


Uriage Thermal Water, kekuatan pelindung Alps Perancis dalam botol semburan. Dikemas secara langsung dari sumber untuk mengekalkan pelbagai faedahnya, Uriage Thermal Water Spray sangat penting untuk setiap rutin kecantikan, setiap hari, untuk semua orang. 100% suci dan semula jadi. Air rawatan pelembap, pelindung dan menenangkan secara semula jadi. Untuk semua jenis kulit, untuk seisi keluarga.

✅ Dermatologi.

✅ Kulit yang merengsa.

✅ Dermatosis.

✅ Ekzema, kemerahan.

✅ Dermatosis kelopak mata.

✅ Eritema matahari.

✅ Prosedur pasca dermo-kosmetik

Manfaat Harian

✅ Penghidratan.

✅ Memperbaiki solekan.

✅ Digunakan selepas bercukur.

✅ Wajah berseri.

✅ Selepas bersukan, selepas epilasi.

Langkah Keempat: URIAGE Glow Up Water Essence

Ruby selalu keliru ingin menggunakan essence pada waktu bila. Kakak URIAGE di Guardian KLCC ajar Ruby step-by-step penggunaan. Selesaikan penggunaan berasaskan air terlebih dahulu sebelum bermula dengan serum. Cara pakai, juga mudah. Letak di tapak tangan, kemudian twist sekali dan terus pop pop kat wajah. 


Langkah Kelima: URIAGE Dépiderm Brightening Corrective Serum (30ML)

Langkah seterusnya adalah serum! Picit sedikit sahaja dan terus sapukan di wajah. Pastikan kesemua produk meresap, baru ke langkah seterusnya. Ruby akan pakai skincare URIAGE di depan kipas angin. Best!


Langkah Keenam: URIAGE Hyseác Global Skincare (40ML) 

Ini adalah produk yang paling best. Sebab dia tak menyumbatkan pori Non  Comédogène. Malah ia melembutkan permukaan pori untuk mudah kita keluarkan whitehead secara lembut. Tidak perlu guna Vietnam Mask, Charcoal Mask dan sewaktu dengannya. Sebab penggunaan mask gam macam tu membuatkan urat di wajah kita jadi pecah dan di panggil sebagai spider veins. Huwaa Ruby dah ada Spider Veins. Harap lepas ni urat-urat itu akan sembuh. InsyaAllah.

Langkah Ketujuh: Uriage Bariésun Matifying Fluid SPF50+ (50ml) 

Apa gunanya skincare maha hebat tapi tidak menggunakan sunblock. Ini adalah paling wajib ye. Ruby mencari sunblock untuk kulit yang oily dan mudah berpeluh. Akak URIAGE di Guardian KLCC mengesyorkan jenis seperti gambar di bawah. Sebab ia boleh re-apply bila-bila masa tanpa meninggalkan iritasi kepada kulit. Bagus kan? Pastikan tangan bersih untuk reapply. 


Keistimewaan URIAGE

✅ Keistimewaan Air tulen yang ditapis oleh batuan Alps ditemui 2,000 tahun yang lalu.

✅ Keaslian pusat termal yang telah diakui pengetahuannya selama 200 tahun.

✅ Keselamatan produk inovatif yang mematuhi piagam kualiti yang ketat.

✅ Kesesuaian produk untuk golongan muda dan tua, menyelesaikan semua masalah kulit dan merancang formula yang lebih selesa.

✅ Air Pergunungan yang semula jadi dan unik.

✅ Selama lebih dari 2,000 tahun, air ini telah melalui sepanjang pergunungan Alps Perancis, mengambil masa 75 tahun untuk melalui batu-batu. Seiring dengan perubahan musim dan iklim, ia diperkaya dengan mineral.

Sifat Unik Air Pergununungan Alps

✅ Air aktif dengan kandungan mineral kaya unik 11 g / liter.

✅ Air pelindung, menenangkan dan menghidratkan, Air mengembalikan kesihatan fizikal, mengurangkan lekatan bakteria dan virulensi, dan mengatur penghalang imun.

✅ Sebagai Air isotonik seperti serum fisiologi, ia bertindak selaras dengan sel-sel kulit.

✅ Ditapis oleh alam semula jadi dan semua manfaatnya terpelihara.

URIAGE Thermal Center

Selama hampir 200 tahun, Uriage Thermal Center telah menemui khasiat luar biasa air pergunungan Apls untuk rawatan pemulihan dermatologi, THT, reumatologi dan pasca-barah.

Rawatan yang disesuaikan dengan sempurna mengembalikan kesejahteraan umum pelanggan. Dikenali secara universal kerana rawatan pelindung dan kebaikannya, seiring dengan berjalannya waktu, Uriage Thermal Center telah menjadi institusi yang tulen. 

Setiap tahun, lebih dari 4,500 pelanggan datang ke Uriage-les-Bains untuk rawatan unik dalam suasana santai. Menurut tinjauan, di mana 83% pesakit melaporkan tidak mempunyai atau sedikit gejala setelah rawatan, ini kerana air pergunungan Alps meningkatkan kualiti hidup dengan ketara.

Ruby harap perkongsian ini bermanfaat. Nak dapat produk bersesuaian memang susah. Kena cuba dan alami sendiri. Harga memang agak terkejut. Tapi lagi terkejut dengan keadaan wajah makin sihat. URIAGE sesuai untuk semua jenis kulit. Sebab mereka menghasilkan produk mengikut masalah kulit. Kalau nak beli, pergi Guardian KLCC. Akak URIAGE, Kak Zura akan explain dari A-Z. Interesting tau. Kadang-kadang beli, dapat sample untuk cuba. Barulah syok!

www.guardian.com.mywww.uriage.com/MY/en | www.facebook.com/UriageMalaysia

27 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Air dari pergunungan Alps lagi haa...menarik juga tu. Ingatkan bila dengar nama Uriage ni ala buatan Jepun. Ternyata tekaan sis meleset. Nampak packaging pun kemas je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe air gunung memang best. Rasa mcm tak percaya produk ni sesuai. Dalam list nak cuba produk E sebab dermatologi test juga. Tapi promoter Guardian tu explain jelas keperluan kulit ruby dan suami. Terus ngam. Hehehe.

      Padam
  2. Banyaknya nak kena pakai ni Ruby.. tapi jujurnya saya tertarik dengan URIAGE Thermal Water tu sebab rasanya kalau saya yang lelaki ni tak berapa nak jaga sangat muka pun okay sgt pakai ni utk beri kesegaran wajah.. gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang banyak kena pakai tanpa sedar. Tapi ni semua keperluan. Bila dah jd rutin. Memang tak sedar 7 produk. Kahkahkah. Husband ruby pun ikut pakai. Sebab kita kulit jenis oily ni kena extra care. Bleh berjerawat banyak kalau tak jaga. 😭

      Padam
  3. Wahhh ni sangat menarik Ruby. Kak min memang bab2 skincare agak obses sikit tapi yang paling kak min tertarik dengan sunblock dia sebab spf50. Kak min memang tegar pakai sunblock dan try byk gak. Tp kak min suka yg jenis teksturnya ringan dan tak melekit. Nanti nak cari la kat Guardian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahh kita geng. Sunscreen ni memang ringan dan boleh reapply. Barulah syok nak pi travel kan kak Min. Tak risau kulit terbakar. Haha. 🥰

      Padam
  4. Warghhh makin lawa la dia lepas ni. Part muka ni memang kena belai. Dulu K.Sal pun malas atas alasan banyak nau nak kena pakai. Tapi bila dah timbul kesedaran , akan jadi kebiasaan. Best tau sembur thermal water kat muka. Kat opis ade gak satu botol kecik.. tapi brand lain. Nanti nak try la brand Uriage

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak. Org tengok kulit kita ok. Inilah regimen kecantikan yang kita amalkan. Nak cantik takleh malas. Manfaat tetap kita yang dapat. Kulit berseri, takyah mekap tebal dah kan kak. Best betul!

      Padam
  5. Rawlins lagi la kena try produk nie semua. Dah lengkap dah regime penjagaan yang Ruby share - nampak gaya Rawlins kena try gak nie kelak. Ada sample size tak nak try keserasian dulu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rawlins datang Guardian. Akak tu ada sample utk cuba. Bleh minta. Ruby takmo beli essence lg. Akak tu bg sample mcm gambar kat atas. Memang best bila sebelum serum, kita pakai essence. Kulit tak terkejut. Hehe.

      Padam
  6. Ruby nye skin okla tk byk problem kan..dpt cari yg sesuai dan maintain kesihatan kulit muka. Biasa yg bagus harga dia mmg Yahudi sket. Hehe. Tkpe demi utk diri sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kulit nampak ok. Cuma dia dah develop skin tag dan spider veins tu. Dulu masa muda mudi suka pakai Vietnam mask. Sedap tarik Whitehead sekali ngan bulu roma. Pastu bila dah meningkat usia acne dah mula banyak pula. Jadi stress tengok muka sendiri. Tu yang cuba memacam brand anti ageing tak jalan juga. Skincare masa remaja dulu pun tak sesuai dah. Alhamdulillah jumpa dah yang sesuai. Sejuk pakai Uriage ni. Air gunung kan. Hehehe.

      Padam
  7. Macam tertarik pulak laaa dengan skincare ni, sebab dia complete semua siap.. so rutin tu takde laa tertinggal.. nak cari laa...lagipun Guardian tengah sale ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ruby pun beli masa Guardian buat sale. Cuma selected Guardian je ada ni kak. Saya selalu restock mesti pi Guardian KLCC. Sebab pernah cari di Guardian AU2 dan Guardian AEON Big takda. Haha.

      Padam
  8. I tried URIAGE products before, love it especially the face mist! So nice to use on the skin for moisturize and great formula even for sensitive skin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Rane! Serius best. I was surprise hasil dia relax sangat. Kulit moist dan mudah Whitehead keluar so i can clean my face mcm kat spa tu. Hahaha. Less effort nak picit picit segala. Takda dah parut or kulit merah-merah.

      Padam
  9. Macam pernah nampak jenama ni dekat drugstore. Macam best je produk ni. Air dari pergunungan Alps tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha'ah akak. Best produk ni. Spray tu paling best seller. Nanti akak cuba k.

      Padam
  10. Sebenarnya akk baru dengar ttg brand ni. Agak menarik bila tgk dari segi khasiat mineral yg ditawarkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gunung Alps tu berkongsi dengan beberapa negara. Kalau dr jauh tengok macam lukisan tau kak. Selain Uriage, Evian Water pun dr French Alps. Hehe

      Padam
  11. wahhh satu produk yang sangat bagus ni...tak rugi kalau cubi produk ni

    BalasPadam
  12. thanks for sharing this, I wanna try this to help with my dry skin & dehydration, sure gonna help. cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Hopefully bermanfaat. Nanti cubalah. The best part is, kita kena tau jenis kulit kita. Sebab Uriage ada produk mengikut kondisi kulit.

      Padam
  13. wah first time dengar beauty produk brand uriage ni lepas ni boleh pegi drugstore try yang ni pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Start early supaya kulit lembab selalu. Hehee.

      Padam
  14. Menarik ye kak Ruby product2 ni..boleh nak try juga la, sangat tertarik dengan fakta2 sumber product ni.. btw, mana kak beli the sonic brush eh? Macam nak beli juga yang tue..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال