Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup


Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup | Assalammualaikum semua! Program tahunan Nak Ubah Hidup kembali lagi dengan lebih istimewa iaitu edisi khas dengan program Bina Bisnes Berjaya secara dalam talian. Mengikut norma baharu! Tiada apa akan menghalang anda untuk menimba ilmu melainkan sikap malas anda sendiri. Betul tak? Jadi, jom sertai edisi khas Nak Ubah Hidup yang bakal berlangsung pada Jumaat, Sabtu & Ahad ini. Selama 3 hari, anda akan menimba ilmu di lokasi yang cukup selesa iaitu di rumah kalian sendiri. Hehehe. Selesa kan? Sejak Pandemik COVID-19, Ruby percaya ramai dikalangan pembaca semua sudah mempunyai lokasi khas untuk join online class, webinar dan mesyuarat di Zoom. Maka, jomlah... Kita sama-sama belajar sebanyak mungkin ilmu dan perkongsian dari program ini. Nak buat apa-apa mesti kena ada mentor. Agar kita boleh terus konsisten melakukannya. Memulakan bisnes memang best. Nak mengekalkannya bukan mudah. Setuju?

Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup

Saksikan perubahan dalam diri ketika Pandemik ini. Pasti banyak kelainan. Cuma bab penambahan berat badan kita, kita diam-diam ok? Shhhhh... Tapi bab untuk berjaya dalam perniagaan, jom kita gegar Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup. 1 hari sahaja lagi!

Apa yang anda akan dapat setelah mendaftar?

✅ Tiket 1+2 & Akses ke Seminar Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup 3 Hari (26-28 Mac 2021)

✅ 1 e-Book Bina Bisnes Berjaya



Kesan Pandemik COVID-19 Kepada Usahawan

Masa berlalu dengan pantas, pejam celik saja sudah setahun lebih kita menjalani kehidupan norma baharu selepas Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP) yang dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu. Pelbagai impak dirasai rakyat Malaysia dengan ratusan ribu telah diberhentikan kerja seterusnya hilang punca pendapatan, ada juga dipotong elaun atau gaji, diarahkan untuk bercuti dan pelbagai situasi lain.

Kesusahan dihadapi sebahagian daripada rakyat ini memang benar contohnya kes yang tular di mana seorang suri rumah ditahan selepas gagal membayar barang makanan dan ubat bernilai RM58 di sebuah pasar raya pada 20 Januari lalu. Ini hanyalah salah satu daripada kes yang di ketengahkan dan pastinya ada lagi yang berdepan dengan tekanan hidup ekoran pandemik ini.

Mereka ini juga berkemungkinan berdepan dengan masalah lain terutama soal kesihatan mental yang boleh menjadikan kemurungan atau kegelisahan jika tidak dapat diuruskan dengan baik. Bahkan, satu kajian diterbitkan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati golongan berpendapatan rendah mempunyai kadar masalah kesihatan mental dan penyakit kronik yang lebih tinggi berbanding yang lain.

Trend serupa juga didapati dalam data kesihatan mental dalam kajian Ketidaksamaan Sosial dan Kesihatan Malaysia. Golongan berpendapatan paling rendah mempunyai kadar masalah kesihatan mental tertinggi dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Isu kesihatan mental ini sebenarnya sangat penting yang mana ia memberi kesan kepada prestasi ekonomi negara. Jika dilihat pada 2018, isu kesihatan mental di tempat kerja dianggarkan menelan belanja RM14.46 bilion.


Malah dilaporkan dalam akhbar Kosmo! baru-baru ini, dianggarkan lebih 237,500 bisnes usahawan PKS 'lingkup' atau terpaksa gulung tikar semenjak pandemik Covid-19 melanda negara bermula Mac 2020 tahun lalu.

RichWorks Dan Datuk Wira Dr Azizan Osman Ingin Bantu Ramai Usahawan

Sehubungan itu, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) mahu membantu orang ramai di seluruh negara terutamanya mereka terkesan dengan pandemik ini untuk bangkit kembali dan melakukan perubahan yang lebih baik dalam situasi mencabar yang mereka hadapi pada waktu ini.

RichWorks percaya menerusi program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman pada 26 - 28 Mac 2021 yang ditaja sepenuhnya ini, tanpa sebarang pembayaran dapat membantu ramai orang terutama bangsa usahawan yang terjejas di luar sana.

Buat pengetahuan anda, program Nak Ubah Hidup merupakan penambahbaikan daripada program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) adalah program berbayar sekitar RM900 dan ke atas. Program ini telah membantu lebih puluhan ribu orang terutama bangsa usahawan sejak dimulakan pada 2008 lagi.

Ramai orang khususnya bangsa usahawan berjaya menyaksikan perubahan hidup dan bisnes mereka menjadi lebih baik lagi. Ada yang dulu hidup dalam kesusahan, mula bisnes dari rumah, ada jualan yang beberapa ratus sahaja sebulan, tapi kini berjaya saksikan perubahan hidup dengan bisnes semakin berkembang hingga mencatatkan jualan ratusan ribu sampai jutaan ringgit.

Kebanyakan mereka bermula dengan program ini contohnya pengasas jenama Sabella, Faith Fleur, Mamasab dan banyak lagi yang mana menyaksikan perubahan hidup sampai ke tahap usahawan jutawan.

RichWorks sekali lagi menjemput orang ramai terutamanya mereka terkesan dengan pandemik, baru merancang nak berniaga atau sudah pun berniaga, tidak kira di tepi jalan, jualan bonet kereta, bisnes online mahupun sudah ada kedai dan serius nak saksikan perubahan hidup berdasarkan ilmu & pengalaman serta langkah-langkah yang terbukti ada 'proven results' untuk hadir ke program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini.

Kenangan Di Nak Ubah Hidup 2020

Pada tahun 2020, Ruby berkesempatan ke Nak Ubah Hidup. Acara selama 3 hari ini sangat membantu Ruby untuk membentuk keyakinan diri dan terus bersemangat menempuh cabaran perniagaan. Semua tekesan dengan Pandemik COVID-19. Ruby bersyukur walaupun perniagaan perkhidmatan yang ditubuhkan masih utuh sehingga ke hari ini. Apa yang kami lalui biarlah menjadi rahsia. Kita sesama berdoa agar COVID-19 terus hilang dari dunia.

Jom Daftar Program Sekarang! Mentor Kita Menanti Kehadiran Kita.

Guru atau lebih mesra dengan panggilan mentor sangat penting peranan mereka. Ilmu yang dicurahkan tidak berbelah bahagi. Apa yang mereka tahu, pasti mereka akan kongsikan. Pengalaman mereka dan kita sangat berbeza, tetapi kita boleh bersedia dengan kisah mereka. Agar menjadi panduan pada cabaran masa kini. Cara tradisional atau cara digital dalam perniagaan, kita perlu seimbang. Sebab pelanggan tidak tertumpu kepada satu-satu golongan. Kita kena berfikir luar kotak. Cari mentor yang baik untuk mencapai kejayaan korang. InsyaAllah perjalanan dan cabaran korang akan hadapi dengan lebih bersedia. 

Langkah pertama, korang kena Daftar Program. Layari ke laman web www.BinaBisnesBerjaya.com untuk mendaftar sekarang. Jangan lepaskan peluang untuk anda ubah hidup ketika pandemik ini.

15 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Datuk Wira Azizan Osman ni dah bantu banyak usahawan untuk berjaya dalam perniagaan masing2. Diantaranya Sabella baju tanpa gosok. Sale pun berjuta-juta tu.

    ردحذف
  2. new normal buat kita jadi kreatif, program besar macam ni pun boleh buta virtual janji beri manfaat pada yang memerlukan

    ردحذف
  3. Wow........looks like a good seminar to participate. Good for those who wants to do online business. Thank you for sharing this information here.

    ردحذف
  4. admire dengan die..anyway best kan kalau dapat join seminar mcm ni. dah lama tak join..

    ردحذف
  5. Seronok kan datang join sesi sharing ilmu percuma. Memang membantu sangat orang yang tak mampu.

    ردحذف
  6. Akak ada kawan yang suka join program macam ni. Bagus untuk improved skill bisnes masing-masing. Sapa yang dah join kelas NUH ni memang akan nampak berbeza sangat cara dia berfikir dan bertindak. Yang pasti semuanya ke arah yang lebih positif.

    ردحذف
  7. Lama betul tak follow DAO ni, dulu pantang kalau dai ada di Johor, mesti Sis join tau.. ingat nak join laa virtual ni, senang gak hanya online aje kann.. nanti nak belek web tu..

    ردحذف
  8. Bagus inisiatif dari dr azizan ni. Membantu memberi semangat untuk pengusaha tidak give up

    ردحذف
  9. So good ada initiatif mcm ni untuk membantu ramai yang ingin ubah hidup mereka tapi tak taw how to start.. This can help at least kan.. Nell register dah.. Will masuk later...

    ردحذف
  10. So good ada initiatif mcm ni untuk membantu ramai yang ingin ubah hidup mereka tapi tak taw how to start.. This can help at least kan.. Nell register dah.. Will masuk later...

    ردحذف
  11. i have been seeing a lot of sifu2 kt malaysia lately, and this program seems really beneficial to make us better businessperson. cant wait to check it out!

    ردحذف
  12. Thank you for sharing this! Hope this will help to those who are looking for businesses opportunity! God bless~

    ردحذف
  13. Thank you for sharing this! Hope this will help to those who are looking for businesses opportunity! God bless~

    ردحذف
  14. walaupun tengah pandemic, idola orang ramai ni masih mampu kongsi ilmu dalam bisnes

    ردحذف
  15. Wow kagumlah mereka yang dah berjaya dengan Nak Ubah hidup ini sebab tengok makin ramai dan makin meriah lah setiap tahun hehehe kita juga nak cuba joint kalau ada peluang lah hehehehe best juga berjaya jadi business men...

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال