Bateriku.com Datang Ke Rumah


Bateriku.com Datang Ke Rumah | Assalammualaikum semua! Hari ini nak share dengan korang something happens sehari sebelum Ramadan. Dah lama tak alami perkara macam ni selepas Hyundai Atos dan Proton Saga adik ipar bateri kong beberapa tahun lepas. Tapi, jangan risau sebab Ruby dah ada penyelamat. Bateriku.com lerrrr. Hahahaha. Kebiasaannya, keadaan ini mesti terjadi apabila Ruby sedang sibuk kelam kabut nak hantar anak pergi sekolah pada awal pagi. Kereta pula tidak mahu beri kerjasama untuk start enjin. Stress ketika bateri kereta kong dan enjin overheat paling Ruby takleh kawal panik. Boleh termenung terkedu tengok kereta. Rasa dunia terhenti. Huwaaa. 

Bateriku.com Datang Ke Rumah 


Melalui pengalaman sebelum ini, Ruby tidak mahu ambil risiko untuk meneruskan perjalanan tanpa cek kondisi bateri kereta. Sebab, pernah dulu enjin tak boleh start kena meraih simpati masyarakat sekeliling untuk jump start. Apabila dah boleh jump start, tidak sampai beberapa kilometer sudah terhenti enjin semasa berhenti di lampu isyarat. 

Kemudian ada satu situasi, bateri sel basah tak berhubung dengan wayar. Dia jadi longgar dan kena tambah plat besi untuk bagi ketat. Fuhhh berpeluh ketiak ye masa tu. Dengan ada anak kecil lagi. Cuaca panas dan ketika itu di tapak parkir Giant Taman Permata. Ruby dibantu oleh pakcik tua yang mencari di atas jalan raya plat besi nipis seperti tie clips. Memang kenangan lah buat Ruby.

Berbalik kepada cerita Bateriku.com datang ke rumah. Kali ini Ruby yakin terus buka aplikasi Bateriku.Com dan isi maklumat. Kemudian selepas Booking Successful, Ruby tunggu BaterikuHero sampai. Sempat Ruby pergi sarapan pagi sambil tengok peta Delivery Tracking dari aplikasi Bateriku.Com. Rileksssss. 



Jenis Bateri Kenderaan


Tahukah anda, terdapat empat jenis bateri kenderaan?

1. Bateri Basah
2. Bateri Kering
3. Bateri EFB (Enhanced Flooded Batteries)
4. Bateri AGM (Absorbent Glass Mat)

Bateri Perodua Aruz menggunakan teknologi idle start-stop. Jika ke pusat servis Perodua, harga dalam lingkungan RM 400 lebih. Tetapi di aplikasi Bateriku.com telah maklum RM 373 untuk bateri M42R (60B20R) EFB Varta Silver. 


Ketahanan setiap bateri adalah berbeza-beza. Bagi bateri basah, kering dan EFB, bateri jenis ini kebiasaannya mampu bertahan antara 1 hingga 1 tahun setengah bergantung kepada penggunaan dan penyelenggaraan anda. Manakala untuk bateri AGM, bateri jenis ini boleh bertahan sehingga 5 hingga 6 tahun. Harga juga bermula dari RM980 dari aplikasi Bateriku.com.  

BaterikuHero Sampai Dalam 30 Minit Sahaja!


Laman web Bateriku.com mudah je guna. Melalui aplikasi pun semudah ABC. Masukkan lokasi, model kereta dan pilih bateri pilihan anda. Kalau tak tahu mana satu pilihan. Nanti boleh tanya pendapat BaterikuHero. Sebab lepas je hantar pesanan, ada wakil BaterikuHero berdekatan kawasan akan hubungi. Dia akan maklumkan kehadiran dan kita dimana. Sama ada di tepi jalan atau kawasan rumah. 30 minit je dah sampai. Cept giler!

Anda juga boleh trade in bateri kereta lama bila tukar bateri kereta dengan bateriku.com. Nanti dapat ‘Discount RM20’ lepas tolak trade in. BaterikuHero sangat peramah dan mahir serta mempunyai ilmu yang tinggi mengenai kereta. Sambil BaterikuHero buat kerja penyelenggaraan, Ruby dan suami boleh dengar penerangan tentang kereta kami. Memang jelas dan amanah. 


Keadaan Bateri masih okay lah! Hehe. Lega terus. Sebab dekat Pusat Servis Perodua kata nanti kena tukar bateri untuk temujanji seterusnya. Risau juga jika dah tiba masa Bateri Kong. Oleh kerana bateri tiada masalah, tiada dikenakan. Terima kasih BaterikuHero.

Bateriku.com telah membantu lebih 500 000 pemandu kereta yang mengalami masalah bateri kereta kong di seluruh Malaysia! Dengan lebih 60 outlet & 300 rider di seluruh Malaysia, Bateriku.com sentiasa menjadi pilihan utama rakyat Malaysia apabila bateri kereta kong! Apa yang lagi best, Penghantaran, Pemeriksaan & Pemasangan PERCUMA Di Seluruh Malaysia!! Jaminan Warranty yang boleh ditebus di seluruh Malaysia!! Dimana sahaja anda berada, Bateriku.com pasti sampai. Oh ya, anda juga boleh trade in bateri terpakai dengan RM 20. Bagus kan? So, tak perlulah anda simpan bateri lama tu. Nak buat apa pula kan. Hahaha.

Jom Sertai BaterikuPreneur


Ramai di antara kita terkesan dengan pandemik COVID-19. Kehilangan pekerjaan bukan bererti kita tidak boleh melakukan apa-apa. Ketika inilah kita perlu berfikir untuk menjadi lebih konsisten dan memahami kelebihan kita. Ruby ada kawan-kawan dan adik-adik saudara yang berminat tentang bengkel dan industri membaiki kenderaan. Apabila PKP pertama dan kedua berkuatkuasa. Mereka paling terkesan. Ruby tunjuk kepada mereka tentang Bateriku.com. Terus mereka menjadi BaterikuHero dan seterusnya mengumpul duit untuk jadi BaterikuPreneur. 


Ini adalah peluang perniagaan yang baik. Berniaga mengikut kemahiran yang telah dipelajari di universiti membuahkan hasil apabila menyertai BaterikuPreneur. Bateriku telah melahirkan 60 usahawan Bateriku menerusi Program 'BaterikuPreneur'. Bateriku.com merupakan jenama yang dipercayai dan dikenali oleh rakyat Malaysia sejak tahun 2014 lagi.

Encik Bateriku yang datang ke rumah juga ada berkongsi kisah beliau, dulu dia adalah BaterikuHero dan kini beliau telah upgrade menjadi BaterikuPreneur. Melalui BaterikuPreneur, kita tidak perlu khuatir bagaimana ingin menguruskan perniagaan Bateriku.com. Sebab semua program bantuan perniagaan BaterikuPreneur akan di bimbing sampai berjaya. Bertepatan dengan hasrat Bateriku.com ingin bantu rakyat Malaysia untuk jadi usahawan bateri kereta. Sekiranya anda berminat untuk menjadi BaterikuPreneur di kawasan anda. Hubungi Bateriku sekarang!

No Telefon: 60163233534

Ruby gembira sangat apabila mengetahui keadaan kesihatan Bateri Perodua Aruz tiada masalah serius. Malah dapat tahu lagi harga bateri untuk EFB yang start & stop.  Boleh la masuk dalam senarai belanja untuk kenderaan. Servis Bateriku.com jujur dan telus. Oh ya, anda boleh hubungi Bateriku.com untuk tukar bateri apabila sudah cukup masa. Tidak perlu tunggu sampai kereta tidak boleh start enjin. Jom kita tukar rutin penjagaan kenderaan dengan lebih efisen. 

Booking Bateri Kereta Anda Sekarang Melalui :
Website Booking: https://cutt.ly/fxqdOTB

17 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Kereta akak pernah bateri kereta kong. Adeh...nasib baik tak jauh dari rumah. Dah la kong lepas tu kereta turut kunci semua tayar untuk keselamatan. Oleh itu kalau tak nak kong boleh la suruh bateriku ni datang periksa.

    ردحذف
  2. susah jugak kan kalau tetiba takde bateri ni. lagi lagi perempuan, kalau saya mesti nervous. yelah, bukan semua tahu bab ni. bagus servis macam bateriku ni.

    ردحذف
  3. Walauapun akak belum pernah sampai kena panggil diorang tapi memang dah ramai kawan akak guna perkhidmatan Bateriku ni dan diorang semua sangat puasa hati dengan servis yang diberi. . Paling penting servis bagus dan cepat jer sampai bila dipanggil.

    ردحذف
  4. dah berapa tahun ni memang guna bateriku. senang sebab dia datang kat kita. kalau kat tepi jalan ke pun tak risau

    ردحذف
  5. Bagus bila Ada service MCM ni. Takdelah Kita risau kalau kereta tiba2 kehabisan praktikal. Mmg sangat mudah

    ردحذف
  6. Senangkan Ruby, Sis dah ada dua kali pengalaman bateriku.com ni datang rumah.. tu pun nasib baiklah mati keretanya di rumah.. tp kalau di tepi jalan memana pun servis mereka tiptop gakkk..

    ردحذف
  7. saya pun pernah guna khidmat Bateriku.com ni. memang mudah kan. Harga bateri pun reasonable sebab masa tu ada survey jugak tempat lain tapi ada yg caj lebih mahal. So, pilih bateriku.com je la.

    ردحذف
  8. Pernah juga bateri kong masa nak keluar rumah, nasib baik la rumah dekat dengan bengkel masa tuh. Bagus ada perkhidmatan macam nih sebab kadangkala memang lupa nak cek keadaan bateri kereta tau2 je tak boleh start.

    ردحذف
  9. Seriously senang ada platform Bateriku.Com ni.. takyah risau dah macam ada pengalaman jalan jauh giler just to cari kedai yang ada jual bateri kereta, then angkat dari kedai ke kawasan parkir kereta tue satu hal lagi.. thanks for sharing this.. sangat berguna for future reference (Y)

    ردحذف
  10. memang susah bila bteri kong . lagi parah mati dekat jalan..aduh..memang siap2 download app baterikong ni. Harga pun ok, datang cepat

    ردحذف
  11. terbaiklah BateriKu.com ni. Memang memudahkan. Tak perlu risau kalau ada something terjadi, terus pnaggil je diorang. :)

    ردحذف
  12. Saya tak pernah ada kereta, jadi tak pernah tau pin pasal benda2 ni sebenarnya. Tapi mmg sepatutnya ambil tahu, untuk masa2 akan datang, kan?

    ردحذف
  13. Bateriku ini memang terbaik servis dia. Dah dua kali dia bantu Rawlins ketika kereta takleh start disebabkan bateri. Laju, mesra dan tepat perkhidmatan diorang. Diorang tak tukar sebarangan kalau bukan masalah bateri kan.

    ردحذف
  14. this is such an amazing service. have not heard of this shop but now i know exactly who to call for all my car battery concerns!

    ردحذف
  15. iena pernah guna bateriku ni masa dekat kampung 3 tahun sudah kot..balik kampung tetiba bateri kong..nasib ade bateriku..tp tahun lepas kereta bateri kong masa firt PKP tu order bateriku xde yg sudi ambik tempahan iena haha..awal2 pkp xde rider kot

    ردحذف
  16. senang kan pakai brand ni!service pun tiptop aritu dorang pun ada datang rumah siap free check lagi .highly recommend

    ردحذف
  17. So kalau lepas ni ada masalah battery kereta problem tepi jalan ke, dah tahu nak cari siapa.

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال