Berbuka Puasa Feisty Arabic Ikan Bakar Di The Manhattan FISH MARKET
Khamis, April 29, 2021Berbuka Puasa Feisty Arabic Ikan Bakar Di The Manhattan FISH MARKET. Assalammualaikum semua. Salam Ramadan. Berbuka puasa apa hari ini? Mesti anda semua sedang memikirkan juadah apa kita boleh cuba pada hari ini. Hehe. Ruby teringin makan ikan bakar di restoran yang bersih, kurang asap dan anak-anak selesa. Jadi Ruby melihat-lihat promosi buffet Ramadan, restoran dan Bazaar Ramadan. Jika beli di Bazaar Ramadan, boleh makan di rumah. Tapi leceh lah makan di rumah, Ruby seorang je akan menguruskan hidangan, masak nasi dan sediakan minuman. Hahaha. Nak juga merasa berbuka puasa di luar. Jadi, kami cari restoran lah, sebab Buffet Ramadan di hotel mengenakan cas yang mahal untuk kanak-kanak walaupun mereka hanya makan ais krim dan minum air. Restoran pilihan kami adalah The Manhattan FISH MARKET. Yayyy! Tapi dalam hati ada berkata, apa lah rasa ikan bakar restoran ni kan. Pelik ke sedap? Hahaha. Tapi, Ruby, suami dan anak-anak sejenis suka mencuba masakan dengan hati terbuka. Hehehe.
Berbuka Puasa Feisty Arabic Ikan Bakar Di The Manhattan FISH MARKET
Bermula dari 13 April 2021 dan seterusnya di semua kedai The Manhattan FISH MARKET, anda semua dapat menikmati set makanan eksklusif yang menghadirkan rasa Timur Tengah - sos tomato pedas yang menyaluti di seluruh Ikan Bakar kegemaran rakyat Malaysia. Ini adalah hidangan masam pedas yang akan menggembirakan selera semua orang yang menginginkan berbuka puasa yang indah atau bahkan majlis makan Raya Aidilfitri.
Feisty Arabic Ikan Bakar
Set makanan dalam Feisty Arabic Ikan Bakar sangat sesuai untuk dikongsi! Terdapat 4 menu yang disajikan iaitu:
🔥 Feisty Arabic Ikan Bakar Duo.

Anda akan dihidangkan sebanyak 600 gram Ikan Seabass disaluti dengan sos tomato pedas, disajikan dengan 2 bahagian Garlic Herb Rice. Set ini sesuai untuk 2 orang dengan harga RM59.90 sahaja. Ini bermaksud hanya RM 29.95 seorang. Berbaloi kan berbuka puasa bersama pasangan. Hehehe.
🔥 Feisty Arabic Ikan Bakar Gembira.

🔥 Feisty Arabic Ikan Bakar Bersama-sama.

🔥 Feisty Arabic Ikan Bakar + Flaming Lobster.

Set istimewa dan menjadi signifikasi kepada The Manhattan FISH MARKET yang merangkumi tawaran makanan laut premium iaitu Grilled Flaming Lobster. Didatangkan dengan hidangan 600 gram Ikan Seabass disaluti dengan sos tomato pedas, disajikan dengan 2 bahagian Garlic Herb Rice. Dihidngkan bersama 4 minuman Strawberry Gembira dan 4 Chowder of the Day dan diakhiri dengan nota manis dengan 2 Ais Krim Vanilla bersama Fistikli Baklava. Hidangan ini banyak dan sesuai untuk 4-5 orang pada harga RM288.90 sahaja.
ADD-ONS, ADD-ONS
Apabila ada hidangan sedap, pastinya perlu hidangan tambahan. Minuman, sup atau ais krim? Yang mana satu pilihan anda? Setiap pembelian hidangan Feisty Arabic Ikan Bakar, anda boleh ADD-ONS Comforting Bubur Ayam pada harga RM 5.90, Sweet and cooling Strawberry Gembira RM 9.90 atau Vanilla Ice Cream with Fistikli Baklava RM 9.90.
14 comments
sedapnya nampak! rasanya dulu pun ada event dkt fish manhattan dgn akak kan lama dah tu. rasanya adik tu pun belum lahir lagi adam pn takde lagi. menu-menu dia memang sedap walaupun khai tak makan ikan. hahaha sup tu rasa apa akak? buat nak pegi je ni
BalasPadamuishhh menduga betul tengok semua gambar makanan ni. Masa Ramadan saya memang tak makan kat luar. Memang berbuka kat rumah je. Teringin juga nak rasa ni
BalasPadamAduhhh sedapnya dapat pekena ikan bakar. Lama betul sis tak makan ikan bakar, selalu puasa memang dok beli tapi tahun ni tak keluar pun mencari
BalasPadamManhattan ada ikan bakar. wow menarik gak ni. dah lama tak makan kat sini. boleh repeat
BalasPadamTerliurnya, nampak sedap belaka. Sis ni pula memang hantu ikan. Kalau dekat, terjah dah ni. Apakan daya, jauh huhu
BalasPadamWahhh menarik jugak eh set ikan bakar dia. Tapi tak pernah pon makan kat sini
BalasPadamSeronok jugak kalau bawak anak-anak buka di Manhattan. Memang anak-anak pun tertunggu nak buka diluar tapi kadang tu risau bising. Nanti nak suh Mr Hubby singgah Wangsa Walk. Kena grab jugak sebab harga berbaloi sangat dah tu untuk Ramadan ni
BalasPadamDapnya ikan bakar time berbuka. Rawlins belum lagi rasa ikan bakar sepanjang Ramadan nie. Maybe it is time for me to visit Manhattan's Fish Market la kan
BalasPadamLama X makan kat sini. Tgk hidangan nya semua menarik.. nanti boleh ajak suami berbuka kat similar.. nak try hidangan ikan istimewa tu
BalasPadamAgak lama gak tapi pi makan Manhattan ni.. tengok ko update ni, terus terasa-rasa pulak nak makan.. cuma tu lerr, kalau di JB ni paling dekat, nak masuk AEION tu malasnyaa oii.. orang sesak ramai.. huhuhu
BalasPadamWahhh, yang minat seafood especially ikan bakar ni sure suka berbuka kat sini.. nak suggest kat my friends la.. sempat lagi iftar kat Manhattan ni..
BalasPadamAduhai terliur tengok semua menu yang Ruby dan keluarga makan berbuka puasa. Sepanjang ramadan ni masih belum berpeluang nak makan berbuka di luar bersama keluarga...
BalasPadamPerghhh... Kejamnya terbaca siang hari gini. Terliur nengok gambar Ruby. Dah lama nau tak makan sini, nanti one day akan ku bawa family ke sini lagi.
BalasPadamwow nampak sedap semuanya. terliur pulak. nanti dh boleh makan di kedai nak makan la. hee terimakasih atas perkongsian :)
BalasPadamPERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.