Buffet Ramadan Hotel Maya Kuala Lumpur Menyajikan Hidangan Nostalgia Terus Ke Rumah


Buffet Ramadan Hotel Maya Kuala Lumpur Menyajikan Hidangan Nostalgia Terus Ke Rumah
. | Assalammualaikum semua! Waaahh lagi beberapa hari Ramadan akan tiba! Teruja sangat! Ramadan kali ini InsyaAllah lebih baik dari tahun lepas. Kenangan tahun lepas iaitu tahun 2020 pasti kita akan ingat sampai bila-bila. Walaupun tidak dapat ke sana ke sini. Tak dapat pergi Buffet Ramadan di hotel. Kita berjaya mengawal penularan wabak pandemik COVID-19 kan? Ramadan tahun 2021 kali ini tidak banyak beza dengan tahun sebelum ini. Cuma, pilihan di tangan kita untuk memilih menghayati bulan Ramadan ini bagaimana. Buffet Ramadan tersedia banyak di restoran dan hotel. Apa yang lagi best, Hotel Maya menyediakan penghantaran Buffet Ramadan terus ke rumah. Pilihan yang ini sangat bagus. Sebab Ruby masih ada anak kecil dan lebih suka berbuka puasa di rumah. Kemudian boleh makan dengan selesa berulang kali. Hahahaha. Lagi best, sempat untuk kami menunaikan solat berjemaah bersama-sama di rumah. Alhamdulillah. 

Buffet Ramadan Hotel Maya Kuala Lumpur Menyajikan Hidangan Nostalgia Terus Ke Rumah.


Pada 5 April 2021 baru-baru ini Ruby mula ganti puasa dan berpuasa sunat Isnin. Masa tu Ruby fikir, ada ke hotel buat menu berbuka puasa untuk sebelum bulan Ramadan? Hahaha. Tanya suami, jom kita cuba makanan hotel untuk berbuka. Dah setahun lebih tak makan masakan dari Chef hotel. Rindu sangat. Tambahan yang masa Buffet Ramadan. Kalau boleh, cari yang berdekatan KL. Sebab waktu berbuka puasa ni keadaan lalu lintas agak sesak. Kesian pula kalau Lalamove yang memandu kereta tu kena menempuh perjalanan berliku campur rakyat Malaysia sedang pulang dari pejabat dan ambil anak balik dari sekolah. Pening Pening Pening.

Ruby tengok Hotel Maya Kuala Lumpur ada sediakan menu harian yang sesuai untuk berbuka puasa. Penghantaran bermula seawal jam 11pagi hingga 8malam. Anda boleh membuat pesanan 1 hari awal dan minimum pesanan adalah untuk 4 Pax. Mudah kan?

Pelanggan dapat berbuka puasa dengan Menu Set Simfoni Santapan Maya yang terdiri daripada tiga set berbeza iaitu Dedaun, Laman Bayu dan Aman Sari. Set berharga RM60nett seorang dengan 12 hidangan (Dedaun), RM80nett seorang dengan 13 hidangan (Laman Bayu) dan RM100nett seorang dengan 14 hidangan (Aman Sari). Semua set dilengkapi dengan pembuka selera, makanan utama dan pencuci mulut. 

Pesanan minimum 4 pax untuk setiap set yang dipesan dan pelanggan berhak mendapat potongan 20% jika mereka membeli sebelum 12 April. Menu Set Simfoni Santapan Maya boleh didapati dari 5 April hingga 12 Mei dari 11 pagi hingga 9 malam (pesanan terakhir pada 8 malam). Semua menu yang ditetapkan diminta untuk memesan sehari lebih awal dan penghantaran percuma disediakan sehingga 10km. Selain itu, setiap set menu dilengkapi dengan pilihan 4 minuman istimewa. Pelanggan boleh memilih dari Maya Asam Boi Cooler, Mahsuri Berry, Rimba Kiwi, Awan Biru dan Sinaran Mentari. Semua minuman ini di dalam botol 500ml.Ia adalah penghilang dahaga yang sempurna dan menyegarkan dengan buah-buahan asli di dalamnya. 



Laman Bayu Set 4 Pax


Semasa berbuka puasa hari tu, Ruby telah mencuba Laman Bayu Set. Di dalam set ini terdiri dari 13 menu dan ia dihantar dengan Lalamove dalam keadaan baik. Hotel Maya juga menyediakan box tampak eksklusif berwarna keemasan. Setiap hidangan tersedia dalam bekas aluminium yang mudah untuk kita panaskan atau kukus kembali. 

Menu-menu Laman Bayu Set (4 x RM 80/pax) adalah seperti berikut: 

Pembuka Selera 


Bubur Lambuk Ulik Mayang (2 mangkuk)

Sup Ekor Kepala Batas (2 mangkuk)

Kerabu Cendawan Tiram bersama Ayam Bakar

Ulam-ulaman bersama Sambal Belacan 

Hidangan Utama 


Nasi Minyak Sapi 

Ayam Briani Seri Tanjung 

Gulai Kurma Daging Rusuk 

Kari Kepala Ikan Salmon 

Kupang Sira Cili Berlado 

Kobis Goreng Kunyit Bertelur 

Acar Buah 

Pemanis Mulut


Aneka Kuih Muih (3 Jenis) 
- Kuih Lapis
- Kuih Apam Gula Hangus
- Kuih Custard Jagung

Bubur Kacang Hijau 

Kurma 

Semua hidangan ini enak dan menyelerakan. Ruby dapat rasakan ia di masak dengan penuh kasih sayang. Tidak kedekut rempah ratus dan santan. 4 pax ni sesuai untuk 6 orang dewasa makan. Serius berbaloi-baloi. 

Simfoni Hari Raya Aidlitifitri Set Menus


Juga, untuk penghantaran dan pengambilan menu set Simfoni Hari Raya Aidlitifitri terdiri daripada tiga set yang berbeza: Hijauan Desa, Jendela di Taman dan Ditepi Pantai. Set berharga RM60nett setiap orang dengan 12 hidangan (Hijauan Desa), RM80nett seorang dengan 13 hidangan (Jendela di Taman) dan RM100nett dengan 14 hidangan (Ditepi Pantai). Semua set dilengkapi dengan pembuka selera, makanan utama dan pencuci mulut. Terdapat pesanan minimum 4 orang untuk setiap set yang dipesan dan pelanggan berhak mendapat potongan 20% jika mereka membeli sebelum 12 Mei. Menu set Simfoni Hari Raya Aidlitifitri tersedia dari 13 Mei hingga 11 Jun dari 11 pagi hingga 9 malam (pesanan terakhir pada 8 malam).


Raya Aidilfitri kali ini Ruby ingin membuat pesanan dengan Hotel Maya. Sebab ia lebih menjimatkan masa dan Ruby dapat berehat dari memasak pada tahun ini. Kebiasaannya pada malam Raya akan sibuk menyediakan hidangan, tidak cukup tidur dan kelam kabut pada keesokan hari. Tahun ini, Ruby nak perbanyakkan amal ibadat. Nak ke masjid untuk menunaikan Solat Hari Raya. Memandangkan berkemungkinan kita tidak dapat beraya di kampung. Ruby perlu sesuaikan diri dengan persekitaran Norma baharu. Positif! Jadi, nak Nasi Minyak, Nasi Tomato atau Nasi Briani Buluh? Nak bincang dengan suami dan anak-anak jap. 🤗


Hotel Maya Citarasa Simfoni Malaysia


Korang mesti ingat Hotel Maya tiada Buffet Ramadan di hotel kan. Jangan risau! Buffet Ramadan ON! Hotel Maya Kuala Lumpur telah menambah hidangan tradisional kampung pada Ramadan dan Aidilfitri ini sebagai penghormatan kepada makanan istimewa dari pelbagai negeri dan meraikan pelbagai budaya dari pelbagai adat di Malaysia.


“Kami menyediakan masakan tradisional Melayu yang terbaik ke Hotel Maya agar pelanggan dapat menikmati makanan Malaysia yang terbaik di tengah-tengah kota Kuala Lumpur di mana hotel kami berada. Hidangan unik ini hanya terdapat pada Hari Raya, dan kami berhasrat untuk mewujudkan pengalaman yang memuaskan dan memuaskan bagi semua pelanggan kami, ”kata Pengurus Besar, Sharmini Moganasundram.

Mengetuai menu musim perayaan khusus adalah Chef Taib dan Chef Hasbullah. Makan malam Citarasa Simfoni Malaysia Buffet akan bermula dari 19 April hingga 9 Mei dari jam 6.30 hingga 10.30 malam di Maya Brasserie. Dengan harga RM90 nett setiap orang, pelanggan akan mempunyai menu kegemaran kampung tanpa had dengan 13 gerai khas dan lebih dari 100 hidangan. Hidangan istimewa termasuk Roast Lamb, Sup Gear-Box dengan sumsum tulang yang lazat; Kari Kepala Ikan; Satay dan Yong Tau Foo.

Berbuka puasa akan diserikan dengan pilihan ketika mereka mengunjungi Warungs di restoran yang mempamerkan makanan istimewa dari pelbagai lokasi di Kuala Lumpur. Sebagai permulaan, para pengunjung akan menikmati Ulam tradisional Melayu, Kerabu, acar dan bumbu. Warung Aneka Sup yang menyediakan sup tempatan yang menghangatkan hati seperti Gear-box Soup dan Bubur Lambuk. Sekiranya anda suka barang bakar, Warung Bakar Bakar Lorong Binjai membuat sotong panggang segar, kepak ayam dan pilihan ikan dengan bumbu khas untuk melengkapkan setiap hidangan.

Kegemaran waktu minum teh Malaysia adalah di Warung Lorong Cendana dan Warung Goreng-Goreng Kampung Baru. Ingatlah makanan ringan kanak-kanak seperti Pisang Goreng, Cekodok, Rojak dan banyak lagi. Teruskan memori gula-gula tempatan, nikmati Ais Kacang, Cendol, Len Chi Kang, Ais Krim Potong, Sago Gula Melaka, Buah Rojak dan pelbagai buah-buahan tempatan. Warga emas dan kanak-kanak mendapat potongan harga 50% dan jika anda membeli awal sebelum 12 April, anda akan mendapat potongan 20%.

Menu Ala-Carte Pun Ada!


Menu a-la carte tersedia untuk penghantaran dan dibawa semasa perayaan perayaan dari 5 April hingga 11 Jun. Diantaranya adalah Lemang dengan Rendang Ayam; Satay; Kambing Bakar; Rendang Tok; Kari Kepala Ikan Salmon; Penggat Pisang Bersama Sago. Harga menu ala carte bermula dari RM10 dan seterusnya.

Untuk menempah atau sebarang pertanyaan sila hubungi F&B hotline: https://wa.me/60122828187

15 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Bila tengok post Ruby ni erkkkk terus tertelan airliur. Kupang tu sangat rare. Payah ada dalam buffet Ramadan. Best juga bila Buffet Ramadan ni boleh dinikmati dari rumah. Ye lah kot ada anak kecil payah juga nak ke hotel kan...

    ردحذف
  2. bagus juga marketing dia boleh buat delivery terus ke rumah. kalau saya memang tak habis nak makan sampai 12 hidangan tu..haha

    ردحذف
  3. Best la. Berbuffet kat rumah sendiri. Takde la takut-takut nak dekat2 ngan org nak ambik buffet tu hehe

    ردحذف
  4. wah meriahnya menu! ni kalau dapat dekat rumah ni confirm kenyang gilos. tapi tu la maya hotel jauh naw dari rumah hahaha

    ردحذف
  5. Rindunya hotel maya. Tak dpt berbuka dkt hotel dpt delivery dekat rumah pun mcm best. Tengok packaging je dh nmpk exclusive gila. Rasa sudah tentulah kan. Nk try book la mcm ni.. mengiurkan sungguh

    ردحذف
  6. Rindunya nak berbuka kat Maya Hotel nie. Nak delivery jauh pula kan. Makanya, kena ajak my sis datang sini la jawabnya kan.

    ردحذف
  7. dia punya minuman asam boi tu wow betol sedap nya rasa macam nak cuba je !!! heeee...
    enak banget... ni makan kat rumah jimat minyak kereta dan parking lah cenggini heee selamat berbuka puasa !

    ردحذف
  8. Amboi lawanya susunan menu2 dia. Kalo malas nak masak, boleh order je kan. Yg penting 4pax boleh diskaun 20%. Kita belom pernah try sini.

    ردحذف
  9. Kalau ana, ana akan opt for home delivery. Lagi mudah dan selesa lebih2 bila ada anak kecik Ni kan. Boleh lah Cuba menu2 hotel maya ni. Harga berpatutan Dan menu2 pun nampak sedap.

    ردحذف
  10. air dia tu mengancam betul hahahah terliur iena tengok..
    Banyak betul menu dia tu kak..penuh meja hehe..Boleh lah cuba nanti :)

    ردحذف
  11. Pelbagai menu.menarik yang memang memikat jiwa. Yang best tu boleh order utk takeaway

    ردحذف
  12. Wowww banyak ekk dalam satu hidangan.. ada gak dapat undangan, tapi di Johor telan air liur je laa hahaha.. sabo mana tau kan next year boleh cuba hehehe

    ردحذف
  13. Good job to Hotel Maya Kuala Lumpur. The food look so delicious and the portion is big enough for the whole family. Will try it later

    ردحذف
  14. Wahhh!! Nell tengok air yang disediakan tue, pergh sedap2 semuanya!! Menu2 pun sangat menarik ye.. good ni, boleh berbuka di rumah saja if tak nak bersesak ngan orang ramai kat hotel during the buffet kan.. (Y)

    ردحذف
  15. Meriah betul menu2 hotel Maya ni. Rasa lama x pi makan berbuka puasa Ramadan Kat Sana. Sedap2 gak Makanan Dia

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال