Felda D'Saji Bufet Ramadan 2021 Merentasi Destinasi 7 Warisan Salai. Assalammualaikum semua! Ramadan semakin tiba! Sudah tiba masanya untuk Ruby berkongsi dengan korang tentang pakej berbuka puasa yang paling digemari ramai. Pastinya dari Felda D'Saji. Makanan dari Felda D'Saji sentiasa menjadi pilihan. Sebab mereka konsisten menyajikan menu Nusantara. Kegemaran kita semua. Masakan chef-chef Felda D'Saji bukan sahaja sedap ketika bulan Ramadan. Malah di majlis perkahwinan, pakej-pakej penghantaran makanan ke rumah dan ready to eat juga sedap. Sering menjadi perbualan kepada semua tetamu yang hadir. Jadi, untuk Buffet Ramadan tahun ini, jangan ketinggalan makan di Felda D'Saji ya!
Felda D'Saji Bufet Ramadan 2021 Merentasi Destinasi 7 Warisan Salai.
Felda D'Saji kembali dengan menawar dan menyajikan sehingga 88 menu 'Bufet Ramadan 1442H/2021' mulai 13 April hingga 10 Mei depan sempena menyambut bulan Ramadan tahun ini.
Sajian pilihan hasil “air tangan' chef-chef berpengalaman disediakan di empat lokasi utama iaitu di Dewan Perdana Felda, D'Salai KL Anjung Felda dan di D'Saji Di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor termasuk Tempahan Korporat di Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur. Pelbagai hidangan Bufet Ramadan disediakan di Dewan Perdana Felda bertemakan 'Merentasi Destinasi' bakal menyingkap kembali nostalgia berbuka puasa di kampung seperti Asam Pedas Daging Tetel, Opor Daging, 'Ayam Masak Hitam, Ayam Masak Merah, Rendang Daging Minang, Ikan Keli Sambal Hijau, Sayur Goreng Jawa, Sambal Tempoyak Daun Kayu, Pajeri Nenas, Set Ikan Belanak dan banyak lagi.
Di 'Kaunter D'Saji Specialty' pula dihidangkan Nasi Beriani Ayam dan Kambing Istimewa, Daging Dendeng, Rendang Tok, Ayam Masak Madu Bombay, Ayam Percik, Isi Ikan Harum Wangi Bunga Kantan dan Ikan Sri Banding.
Italian Corner Kegemaran Anak-Anak
Tidak terhad dengan itu, menu antarabangsa turut dihidangkan di ruangan masakan Itali (Italian Corner') seperti Pasta Bolognaise, Cabonara & Aglio dan juga meatball beserta home made sauce yang diminati golongan kanak-kanak. Di samping itu, aneka bebola seafood juga disediakan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Rosted Lamb Kegemaran Ramai
Bagi memenuhi pelbagai citarasa pelanggan, Felda D'Saji juga menyediakan Roasted Lamb (Kambing Panggang) bersama Blackpepper Brown Sauce, Mint Sauce, Chilly Sauce, Wedges & Coleslaw.
Ulam Kampung Dan Kerabu Jangan Dilupakan
Aneka Jenis Sambal, Aneka Jenis Ulam, Aneka Jenis Kerabu dan Pecal juga disediakan di stall yang disediakan.
Kuih-Muih Tradisional Dan Pencuci Mulut
Bufet Ramadan Felda D'Saji tidak lengkap tanpa aneka pencuci mulut seperti Onde Onde, Popia Basah dan Kuih Denderam yang pastinya dinanti-nanti peminat setia Felda D'Saji saban tahun. Lain-lain juadah tradisional yang disajikan di Dewan Perdana Felda termasuk Lempeng Kelapa & Sambal Bilis, Aneka Jenis Gorengan (Cucur, Pisang, Keledek,Sukun & Keropok Lekor), Dim Sum, Aneka Kuih Melayu (Manis & Pedas), Aneka Jenis Kek, Pastry, Rojak Buah, Aneka Jenis Potongan Buah Buahan dan Aneka Jenis Jeruk Buah.
Persembahan Kumpulan Nasyid Rabbani
Ramadan Bufet Felda D'Saji di Dewan Perdana Felda turut menjanjikan kelainan dengan kolaborasi bersama Kumpulan Nasyid Rabbani yang bakal mengiringi persembahan nasyid secara 'live' dan solat terawih berjemaah pada Ramadan tahun ini. Peminat-peminat juga dapat berinteraksi bersama kumpulan nasyid nombor 1 di Malaysia ini.
Kemudahan tempat letak kenderaan yang luas dan percuma, surau yang selesa di samping kapasiti besar dewan yang besar semestinya menjanjikan satu pengalaman permakna di bulan Ramadan ini.
Sahur Bersama 'Ready to Eat (RTE)'
Bagi memudahkan warga Lembah Klang, Felda D'Saji juga menyediakan sajian untuk bersahur. 11 produk terbaru 'Ready to Eat (RTE)' yang dipek secara sejuk beku seperti Daging Salai Masak Lemak, Daging Salai Masak Lemak Belimbing Buluh, Daging Salai Masak Lemak Pegaga, Daging Salai Masak Lemak Mangga Muda, Daging Salai Masak Lemak Mangga Muda, Itik Salai, Daging Dendeng, Rendang Daging, Rendang Ayam, Ayam Masak Hitam dan Daging Masak Hitam. Pek-pek ini boleh dihidang hanya di dalam masa 3 minit sahaja setelah dipanaskan. Produk boleh didapati di semua lokasi dan kafe Felda D'Saji.
Felda D'Saji Ais Krim Tapai
Felda D'Saji pada Ramadan juga memperkenalkan 4 pilihan ais krim dengan pelbagai variasi rasa seperti vanilla, mangga, yem dan strawberry yang didatangkan bersama tapai di setiap hidangan ais krim tersebut. Bagi penggemar durian, ais Krim perisa durian juga disediakan bagi juadah berbuka puasa. Ais Krim merupakan produk terbaru keluaran Felda D'Saji yang mana bakal menembusi pasaran tidak lama lagi.
7 Warisan Salai
Sementara itu, tema “7 Warisan Salai”? menjadi tarikan utama di D'Salai Anjung Felda Kuala Lumpur dan D'Saji Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Sebanyak 7 pilihan menu utama yang diketengahkan kepada warga kota terdiri daripada Daging Salai, Itik Salai, Ayam Salai, Kambing Salai, Ikan Keli Salai, Arnab Salai dan Puyuh Salai. Seleksi menu salai ini merupakan pilihan masakan masak lemak cili api yang merupakan menu kegemaran ramai kebanyakan rakyat Malaysia. Selain daripada itu, menu daging salai masak lemak cili api ini juga boleh dinikmati bersama 4 pilihan 'topping' iaitu belimbing buluh, pucuk'ubi, mangga muda dan pegaga yang pastinya menjanjikan kelainan citarasa masakan melayu.
Harga Pakej Bufet Ramadan Felda D'Saji 2021
Pakej Bufet Ramadan di Dewan Perdana Felda pada tahun ini adalah RM78.00 bagi dewasa manakala kanak-kanak pula adalah RM38.00. Pelanggan di luar sana juga ditawar Harga Promosi dengan potongan 30 bagi 1 sehingga 3 Ramadan 1442H. Manakala di D'Salai Anjung Felda dan D'Saji Seksyen 13 Shah Alam pula ditawarkan pilihan Menu Set 2 orang pada kadar harga RM38.00 nett dan pilhan Menu Set 4 orang sebanyak RM75.00 nett di samping pelbagai pilihan menu walk-in dan take away pada kadar harga berpatutan bermula dari RM8.00 setiap menu.
👉 Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.
RM 78 (Dewasa) / RM 38 (Kanak-Kanak 7-12)
👉 D'Salai KL Anjung Felda (Menu Set / Ala Carte)
RM 38 nett (2 pax) / RM 75 nett (4pax)
👉 D'Saji Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.
👉 Dewan Merak Kayangan (Korporat), Kuala Lumpur.
RM 78 (Heated Dome) / RM 48 (Buffet)
.
Tempahan, sila hubungi:
Tel: 03-2693 0008 / 03-26988302
Hotline: 0196622525
Azahari: 0193273011
Amsyar: 0176093007
Email: [email protected]
Tags
Foodie
Pejam celik ni dah ari terakhir bulan Ramadan tahun ni kan! Kejap jer masa berlalu! Hopefully next year berkesempatan untuk merasa buffet kat Felda D'Saji ni lagi 🤤🤤
BalasPadam