Peraduan Makan Dan Menang LengQuas. | Assalammualaikum semua! Ruby nak kongsikan satu berita gembira buat kaki contest. Pasti ini juga adalah peluang yang menggembirakan buat anda yang sering membeli produk-produk LengQuas. Anda boleh memenangi hadiah istimewa iaitu Thermomix yang bernilai RM 10,000. Wow! Rasanya mesin Thermomix adalah idaman kalbu buat semua. Jadi, adakah anda bersedia? Jom sertai sekarang.
Peraduan Makan Dan Menang LengQuas
Makan LengQuas Dan Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai RM100,000
Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) hari ini telah melancarkan peraduan Makan & Menang bagi produk makanan sejuk beku jenama LengQuas. Peraduan ini bermula pada 1 April sehingga 30 Jun 2021 dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia.
Menurut Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KOPETRO, En. Ahmad Hazil bin Abd Lateff, peraduan ini adalah salah satu langkah KOPETRO untuk memperkasakan lagi jenama LengQuas dalam industri makanan tempatan.
“Sejak mendapat liputan media pada Disember 2020, permintaan terhadap produk LengQuas semakin memberangsangkan. Jadi kami menganjurkan pertandingan ini untuk memeriahkan lagi penjualan produk LengQuas, lebih-lebih lagi apabila Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi.”
Tambahnya lagi, penyertaan untuk peraduan ini sangat mudah, pelanggan hanya perlu membeli mana-mana produk jenama LengQuas minimum RM20, imbas kod QR yang disediakan, jawab soalan mudah dan sertakan resit pembelian sebagai bukti penyertaan.
Ejen-Ejen Dan Pengedar LengQuas Juga Boleh Menyertai Peraduan Makan Dan Menang
Selain dari penyertaan umum, KOPETRO juga menganjurkan peraduan buat pengedar-pengedar dan ejen-ejen sah LengQuas bagi menggalakkan persaingan mendapat jualan.
Bagi penyertaan umum, pemenang akan diumumkan selepas cabutan bertuah bulanan dijalankan, manakala bagi penyertaan ejen dan juga pengedar, pemenang akan diumumkan berdasarkan hasil jualan tertinggi setiap bulan.
21 Menu Ready-To-Eat LengQuas
LengQuas menyediakan 21 menu dan di antara produk menjadi jualan tertinggi adalah Paru Goreng Berlado, Daging Masak Hitam dan Daging Dendeng. Dijual pada harga serendah RM 6 sehingga RM 10. Harga bergantung kepada pilihan sama ada ayam atau daging. Bagi Ruby, harga ini sangat berbaloi-baloi. Sebab kita dapat nikmati makanan kegemaran kita pada bila-bila masa bersama seisi keluarga. Cara penyediaan juga mudah dengan hanya menggunakan ketuhar gelombang microwave sahaja. Mudah!
1) Beef Stew
2) Chiken Glaze
3) Daging Lemak Kuning
4) Kari Daging
5) Daging Asam Pedas
6) Daging Dendeng
7) Kuah Kacang
8) Daging Masak Hitam
9) Ayam Masak Hitam
10) Rendang Ayam
11) Ayam Percik
12) Paru Goreng Berlada
13) Sambal Ikan Bilis
14) Ayam Masak Merah
15) Nasi Briyani Ayam Rendang
16) Nasi Putih Daging Masak Hitam
17) Nasi Minyak Ayam Percik
18) Nasi Hujan Panas Ayam Kurma
19) Nasi Briyani Ayam Masak Merah
20) Nasi Ayam Kukus
21) Nasi Lemak Ikan Bilis
Cara-Cara Menyertai Peraduan Makan Dan Menang LengQuas.
✅ Berbelanja minima RM20 untuk mana-mana produk LengQuas.
✅ Imbas kod QR yang tertera.
✅ Jawab solan mudah yang diberikan.
Selain itu, anda perlu menyimpan resit, ambil gambar resit untuk di muat naik di dalam borang dan kreatif menyediakan slogan. InsyaAllah jika lengkap semuanya, Ruby doakan anda berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM100,000. Amin!
Mengenai Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO)
Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah ditubuhkan pada 30 Oktober 1980 dianggotai 17,000 kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya. KOPETRO terlibat dalam empat bidang perniagaan utama iaitu Servis Kewangan, Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman dan juga Perdagangan.
Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, kini KOPETRO berada di kedudukan 5 Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. KOPETRO juga telah menerima dua anugerah berprestij pada tahun 2020, anugerah oleh The BrandLaureate e-Branding Awards 2020 bagi kategori SMEs Bestbrands E-Branding Award dan juga Lang International Corporate Titan Awards.
Mengenai LengQuas
LengQuas, produk makanan sejuk beku keluaran KOPETRO Food Sdn. Bhd. yang menyediakan hidangan segera lauk-pauk tradisional. Kesemua produk LengQuas berjaya mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia selain pensijilan HALAL, MESTI dan Buatan Malaysia.
Kini LengQuas mempunyai 245 orang ejen dan pengedar jualan yang telah dilantik di setiap negeri di antaranya, Selangor, Melaka, Terengganu, Johor dan akan melantik lebih ramai lagi ejen di negeri-negeri lain bagi meluaskan pasaran produk LengQuas.
Untuk membuat pembelian produk LengQuas, pelanggan boleh berhubung terus ke talian hotline KOPETRO Food Sdn. Bhd di 60 17-319 5764, atau membuat pembelian melalui ejen-ejen sah LengQuas. Produk LengQuas juga dijual di 7-Eleven, MyNews, Stesen Minyak Petronas dan pasaraya terpilih berdekatan anda.
Jadi, ayuh kita dapatkan produk LengQuas dan sertai peraduan. Selamat Maju Jaya!
KOPETRO
LengQuas
Tags
Foodie
Bagusnya Produk LengQuas ni. Kalau travel sesuai betul produk ni tak pun buat mereka yang busy pun boleh juga beli kan?. Boleh masuk contest sekali.
ردحذفMenarik hadiah yg ditawarkan. Yg lg best produk ni praktikal esp utk time bersahur atau berbuka
ردحذفMenarik juga produk LengQuas ni.. Ramai juga agent2 dia ye... Now siap boleh menang hadiah lagi..boleh beli stock utk Ramadan nanti
ردحذفMenarik ya produk lengquas ni ibukk.. Ni siap Ada contest pulak.. Boleh join nih
ردحذفSuka gila dengan brand ni, especially daging masak hitam dia tu. Seriosu sedap betul, boleh borong buat stock Ramadhan.
ردحذف