Raikan Riang Ria Raya Di Pusat Membeli-Belah Suria KLCC, Alamanda Putrajaya Dan Mesra Mall Kemaman


Raikan Riang Ria Raya Di Pusat Membeli-Belah Suria KLCC, Alamanda Putrajaya Dan Mesra Mall Kemaman. | Assalammualaikum semua! Salam Ramadan! Kita ada lagi separuh perjalanan untuk lengkap berpuasa selama 30 hari. Pastinya pada hari ini kehangatan Syawal sudah dirasai dengan promosi pusat membeli-belah. Promosi yang sering dinantikan adalah diskaun kepada jenama kegemaran dari segi kosmetik, pakaian, kuih raya, permaidani dan hisasan rumah. Ruby pun tidak terkecuali dari menantikan promosj istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Dalam kita berseronok, jangan kita lupakan kepada mereka yang memerlukan. Pada zaman pandemik COVID-19, sedang kita mencari barang keperluan. Ramai yang memerlukan sokongan dan bantuan. Ini tidak tertumpu kepada fakir miskin sahaja, sekarang, petugas barisan hadapan, mereka yang tidak bekerja, ibu bapa, pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi, golongan peniaga kecil-kecilan dan syarikat-syarikat besar. Semoga kita semua terus kuat mengharungi cabaran ini. 

Raikan Riang Ria Raya Di Pusat Membeli-Belah Suria KLCC, Alamanda Putrajaya Dan Mesra Mall Kemaman. 


Kemeriahan Hari Raya sempena bulan Syawal yang bakal menjelma, akan diraikan di tiga pusat membeli-belah di bawah Kumpulan Syarikat Suria KLCC. Kempen sambutan Hari Raya Suria KLCC telah bermula pada 16 April, selepas 3 hari bermulanya bulan Ramadhan dan kemudiannya disusuli sambutan Hari Raya selama sebulan bermula 13 Mei 2021.

Kempen Hari Raya Suria KLCC yang akan berlanjutan hingga 23 Mei ini dijangka dapat mengembalikan suasana perayaan terutama tarikan suasana Rumah Kampung di ‘Centre Court’ yang diinspirasikan dari Rumah Tradisional Melayu negeri Terengganu. Rumah yang dihiasi dengan atap bermotifkan batik di seluruh ‘Centre Court’ pasti mampu membawa pengunjung ke era serba sederhana suatu ketika dahulu. 

Ditambah pula dengan dekorasi sampingan suasana kampung termasuk sangkar ayam, buaian dan pangkin. Di pangkin ini, para pelanggan boleh mencuba permainan tradisional yang disediakan seperti congkak, batu seremban dan lain-lain. Ruang yang dipagari keindahan cahaya pelita ini juga pasti dapat membangkitkan keseronokan menyambut perayaan kali ini, di samping menjadi latar belakang yang menarik untuk sesi fotografi terutama muatnaik di media sosial. 

Beli & Tebus Sampul Peket Raya Eksklusif Suria KLCC


Tema kempen, ‘Joyous Raya’ atau Riang Ria Raya di Suria KLCC tahun ini juga penuh ganjaran kepada pelanggan yang berbelanja RM1,500 dan ke atas dalam maksimum 2 resit di mana-mana kedai terpilih di mana mereka berpeluang menebus sampul raya dan set hadiah eksklusif dari Bokitta sepanjang tempoh kempen.

Photobooth Di Suria KLCC


Untuk menambahkan lagi keriangan dan keabadian kenangan, Suria KLCC juga menawarkan foto polaroid percuma di ‘photobooth’ yang disediakan untuk para pengunjung dan pelanggan. Cetakan percuma dan juga e-salinan terhad akan diberikan terus kepada mereka.

Pemberian Kurma Kepada Pengunjung Suria KLCC


Sepuluh hari menjelang Hari Raya iaitu bermula 3 Mei, kurma akan diletakkan di kaunter Concierge dari jam 5 petang hingga 7 petang untuk diberikan kepada pelanggan yang telah berpuasa sepanjang hari. 100 peket kurma akan diedarkan setiap hari, terhad kepad 1 peket setiap pelanggan.

Filter Suria KLCC Di Aplikasi Instagram


Bermula 6 Mei pula, Suria KLCC akan memperkenalkan ‘filter’ Instagram Hari Raya unik untuk membolehkan pelanggan menggunakannya untuk e-ucapan tersendiri. 

Sumbangan Kepada Petugas Barisan Hadapan


Dalam suasana sambutan Hari Raya, Suria KLCC akan terus memberikan penghargaan kepada anggota barisan hadapan perubatan yang berjuang menangani pandemik Covid-19 tanpa mengenal penat lelah. Pusat membeli belah ini akan menyediakan juadah berbuka puasa, kueh raya dan lain-lain barangan keperluan peribadi berjumlah RM20,000 kepada anggota barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh yang tidak dapat berbuka puasa di rumah kerana tugas. Suria KLCC akan bekerjasama dengan peniaga makanan di dalam pusat membelah mereka untuk menghantar terus pek makanan ke tempat kerja para petugas sebagai sebahagian keceriaan sambutan Aidilfitri.

Pusat Membeli-Belah Alamanda, Putrajaya


Di ‘Centre Court’ Alamanda pula, kempen penebusan sedang berlangsung sehingga 16 May 2021 berlatarbelakangkan dekorasi Hari Raya yang memaparkan keaslian warisan melayu melalui replika Rumah Kampung, negeri Terengganu. 

Beli & Tebus Sampul Peket Raya Eksklusif Alamanda


Selain keindahan dekorasi yang bakal menjadi latarbelakang muat-naik di media sosial, pelanggan yang berbelanja RM500 atau lebih dalam maksimum 2 resit di mana-mana kedai terpilih juga akan menerima skarf eksklusif Noor Arfa Batik dari Terengganu berserta 1 set peket Raya Alamanda, sementara stok masih ada.


Dihiasi dengan elemen senibina dari Terengganu di ‘Centre Court’, ‘North Wing’ dan South ‘Wing’, setiap sudut pusat membeli belah ini juga dihiasi dengan dekorasi Hari Raya yang pastinya menjadi latarbelakang yang menarik untuk peminat fotografi, swafoto atau sebaliknya. 

Sumbangan Bubur Lambuk Kepada Pelanggan Dan Petugas Barisan Hadapan.


Bagi meraikan persiapan awal Hari Raya, Pusat Membeli Belah Alamandanakan mengagihkan bubur lambuk sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan. 1000 bungkusan bubur lambuk akan diedarkan setiap hari pada 24, 25 dan 29 April dan kemudiannya pada 1 dan 2 Mei. Bukan sahaja kepada pelanggan, Alamanda juga menghargai bakti yang dicurahkan petugas barisan hadapan. Oleh itu, Alamanda akan menyumbangkan barangan berupa kudapan dan bubur lambuk bernilai RM15,000 kepada petugas barisan hadapan perubatan di Hospital Putrajaya dan juga kakitangan di Ibu pejabat Polis Putrajaya.

Pusat Membeli-Belah Mesra Mall, Kemaman, Kuala Terengganu


Kanak-kanak di Mesra Mall, Kemaman akan merasakan suasana kehadiran Hari Raya dengan mengambil bahagian dalam pertandingan merekacipta Kad Raya ViKids yang kini sedang berlansung serentak dengan promosi perayaan bermula sekarang sehingga 12 Mei 2021. Hanya dengan berbelanja sebanyak RM50 di mana-mana kedai khusus, ibubapa atau penjaga boleh mendaftarkan anak-anak mereka yang berumur daripada 4 hingga 12 tahun untuk pertandingan kelolaan ViKids, di mana anak-anak menyerahkan hasil seni mereka akan diadili berdasarkan undian para pengunjung dari 20 hingga 30 April 2021. 

30 penyertaan terawal setiap hari akan menerima ganjaran dari ViKids and hasil seni 30 peserta yang Berjaya ke peringkat akhir akan dipaparkan di ‘Centre Court’ supaya pengunjung dapat menilai dan mengundi mereka. Pelanggan yang telah membuat penebusan di kaunter concierge adalah digalakkan untuk memilih 3 hasil tangan yang mereka gemari untuk menentukan para pemenang iaitu 10 hadiah saguhati bernilai RM50 dan 3 pemenang utama yang bakal menerima hadiah bernilai RM250.

Beli & Tebus Sampul Peket Raya Eksklusif Mesra Mall


Bagi meraikan kehadiran Hari Raya, Mesra Mall akan dihiasi dengan kehalusan seni rumah warisan Terengganu sebagai menghargai seni pertukangan terbaik di negeri itu. Pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM250 dalam tidak lebih dari 2 resit di mana mana kedai khusus layak menebus skarf premium Noor Arfa Batik yang menawan beserta peket Raya.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim


Sebagai sumbangan kepada masyarakat setempat, pusat membeli belah ini akan menjadi hos majlis berbuka puasa kepada anak-anak yatim di daerah Kemaman pada 2 Mei 2021. Pada majlis itu juga, anak-anak yatim dari sekolah yang telah dikenalpasti akan menerima Baju Raya yang ditaja oleh Mesra Mall, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain penaja.

Sumbangan Bubur Lambuk Sempena Sambutan Nuzul Quran.


Pada 29 April sempena sambutan Nuzul Quran, Mesra Mall akan mengedarkan bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan di Darul Iman Training Centre and Hospital Kemaman.

Menurut Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, “Kumpulan Syarikat Suria KLCC sangat berbesar hati dapat menyambut kegembiraan dan kecerian Syawal yang bakal menjelma melalui pusat pusat membeli belah kami. Dalam keadaan negara yang menuju pemulihan dari pandemik ini, Kumpulan Syarikat Suria KLCC akan sentiasa memainkan peranan sebagai tempat yang selamat untuk membeli belah dan menikmati juadah bersama sama. Kami juga akan berganding bahu dengan barisan hadapan yang tak pernah lelah sambil menyajikan tawaran menarik kepada pelanggan kami.”

12 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Best tu dapat tebus hadiah scarf & envelope raya, boleh lah shopping dekat sana nanti.

    BalasPadam
  2. cantiknya rumah kampung tu..rugi kalau tak bergambar..ni kalau raya bergambar sini mesti cun gambar kan..sambil bergambar..shopping boleh tebus hadiah sekali

    BalasPadam
  3. Lamanya dah tak ke KLCC walaupun sejengkal. Rindu betul nak ke sana tapi inikali kena pegi jugakla sebab berkenan nau nau nak bergambar dengan rumah traditional tu ha. Nanti nak pakai baju raya cantik2 pi sana...dapat gak mengubat rindu sebab takleh rentas .

    BalasPadam
  4. baru pi klcc tapi taktau plak pasal kempen ni. rugi betul lahhh.. takpa kita pi alamanda plak hehe

    BalasPadam
  5. Dah lama sis tak keluar ke shopping mall sejak covid ni. Rindu pulak nak tgok hiasan2 raya kat mall2 ni..harus meriah

    BalasPadam
  6. Kadang-kadang suka pergi mall sebab nak cuci mata tengok dekorasi perayaan je. Memang all these antara mall yg lelawa dekonya.

    BalasPadam
  7. Lamanya tak menjejak kaki ke KLCC. Lawa betul perhiasan dia - memang terasa vibe Raya tu

    BalasPadam
  8. Waa cantiknya deko senibina rumah Trengganu tu, tu kalau nampak memang sakan OOTD gak tu.. time gini mesti ramai kan orang soping.. bolehlah calim rewards tu, dapat Bokitta..

    BalasPadam
  9. Cantiknya deko kat klcc.. suka tgk Rasa dah berbulan tak Turun kat sini. Missing klcc so much

    BalasPadam
  10. yay time to shopping for Raya! Gonna go there to shop and take nice Instgrammable pictures with loved ones soon hehe

    BalasPadam
  11. Wahhh bila mall meriah camni atleast terubat jugak kerinduan nak beraya macam dulu-dulu kan? Sejak last year cam suram je raya

    BalasPadam
  12. Wow sangat , paling suka pergi mall sebab diorang deco ruang legar sangat cantik. Kompom tak lepas peluang nak bergambar. Ni paling dekat boleh pergi pun dekat KLCC dan Alamanda jer. Terasa sudah bahang nak beraya.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال