Sahur Dengan Menu Ready To Eat Meals Restoran Grandmama's

Sahur Dengan Menu Ready To Eat Meals Restoran Grandmama's. | Assalammualaikum semua! Salam Ramadan! Ruby nak kongsikan dengan anda cara mudah untuk sahur. Hehehe. Kebiasaannya waktu sahur kita akan makan pada sebelum imsak. Jadi, Ready to eat Meals ada pilihan Ruby sebab senang nak menyediakannya. Sebelum tidur jam 11 malam, Ruby akan keluarkan Ready To Eat Meals Restoran Grandmama's siap-siap dan masak nasi putih. Jadi jam 5 pagi dah boleh panaskan makanan. Satu hari dua lauk pun dah ok untuk kami sekeluarga. Menu paling kami suka adalah Ayam Goreng bahagian peha dan Kari Ayam sama Kentang. Hehehe. 

Sahur Dengan Menu Ready To Eat Meals Restoran Grandmama's.


Ready to eat Meals ni memang sukar nak mencari yang boleh beri 100% kesedapan seperti bonda kita masak. Setelah beberapa menu Ready to eat Meals Ruby cuba, Ruby suka dari Restoran Grandmama's ni. Bahan-bahan yang digunakan segar. Apabila makan rendang, terasa kerisiknya dan kuahnya pekat dan ada lebih. Boleh makan bersama nasi panas. Kemudian ketulan daging dan ayam juga besar. Seperti hidangan normal kita di rumah. Penghuni rumah Ruby, dua (2) dewasa dan (2) kanak-kanak. Jadi, setiap hidangan sudah mencukupi. Alhamdulillah. 

Menu Ready to eat Meals ni sesuai juga untuk anda yang dah kering idea nak sahur apa untuk seisi keluarga kan? Masakan di Restoran Grandmama's sentiasa the best sampai teringat-ingat kesedapannya. Jom lihat tujuh (7) menu yang tersedia di dalam beg. 

✅ Ayam Masak Merah


✅ Kari Ayam Bersama Kentang


✅ Rendang Ayam


✅ Signature Deep Fried Drumstick


✅ Rendang Daging



✅ Ayam Goreng Berempah



✅ Sambal Ikan Bilis


7 menu pada harga RM 88 sahaja! Berbaloi-baloi. Boleh makan untuk 2-3 orang tauuu. Dapatkan di Shopee, Lazada atau beli terus di cawangan Restoran Grandmama's Pavilion KL atau Intermark Mall, KL.


Selamat mencuba!


PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال