Shop With IKHLAS Laman E-Dagang Mesra Muslim. | Assalammualaikum semua! Hari ini Ruby ingin berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman Ruby membeli-belah dalam laman web shop.ikhlas.com. Terpesona dengan pelbagai kategori dan produk yang disediakan. Ruby agak segan nak membeli di kedai Arab. Sejadah, Kurma, Madu, Makanan Sunnah dan lain-lain. Sebab pekerja semua lelaki dan mereka selalu ikut. Rasa tidak selesa untuk membelek-belek material dan corak Sejadah. Kemudian kalau nak beli makanan sunnah, Ruby suka tengok dan baca ingredients. Jadi, ambil masa agak lama. Kalau di dalam laman web e-dagang, Ruby boleh ambil sebanyak mana masa yang Ruby ada untuk tengok produk. Betul tak? Kadang-kadang, hari ini tak habis baca, sebab sambung uruskan keluarga. Malam-malam sambung balik baca dan terus checkout. Hehehehe. Jom terus membaca untuk mengetahui tentang shop.ikhlas.com.
Shop With IKHLAS Laman E-Dagang Mesra Muslim.
IKHLAS, cabang perniagaan mesra muslim airasia Digital melancarkan platform e-dagang ‘Shop with IKHLAS’ hari ini bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat oleh para pelanggan mesra muslim.
Datuk Kamarudin Meranun, Pengarah Eksekutif AirAsia Group melancarkan platform e-dagang IKHLAS, Shop with IKHLAS.
Shop with IKHLAS kini boleh dilayari di ikhlas.com yang menawarkan pelbagai produk termasuk sejadah dan telekung, makanan kering, makanan siap dibungkus, daging segar halal, produk kecantikan, makanan tambahan kesihatan, buku, produk seni islam, pakaian, barangan cenderamata IKHLAS dan banyak lagi.
Ikhlas Kamarudin, Ketua IKHLAS berkata, “Kami berbesar hati untuk memperkenalkan platform e-dagang yang memfokuskan pada produk mesra muslim. Apa yang penting, kami bersyukur kerana dapat membantu peniaga tempatan melalui platform ini supaya mereka boleh meneruskan perniagaan pada masa yang sukar ini. Pelancaran ‘Shop with IKHLAS’ ini juga tepat pada masanya untuk menyambut bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi dan kami berharap untuk menjadi platform sehenti yang menawarkan produk dan perkhidmatan mesra muslim pada harga berpatutan bagi komuniti islam di seluruh negara.”
Pengalaman Ruby Membeli-Belah Di Shop With IKHLAS
Laman web Shop With IKHLAS sangat mudah digunakan. Walau Ruby kerap klik beberapa produk, ia lancar sehingga ke proses pembayaran.
Sejadah Eznik Al-Munawwarah Dari The Sajadah KL
Sejadah Eznik diilhamkan dari motif dalaman yang terdapat pada dinding pintu utama As Salam di Masjid Nabawi. Motif corak flora dan juga kombinasi warna putih, biru laut dn merah menaikkan seri sejadah ini agar tampak menawan. Ia ditenun dengan 1.6 juta benang Polypropylene yang halus dan lembut menghasilkan ketebalan 6mm, pastinya menjanjikan keselesaan ketika beribadah.
Dengan memiliki koleksi sejadah Eznik, pastinya mengimbau seribu satu kenangan indah saat keberadaan anda di Tanah Suci. Dapatkan sejadah Eznik Al-Munawwarah di SHOP With IKHLAS.
Sesuai digunakan sendiri atau sebagai hadiah kepada keluarga dan sahabat. Ia juga banyak dijadikan sebagai hantaran disebabkan corak esklusifnya.
Setiap pembelian didatangkan dengan kotak ekslusif dan penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia.
Size: 110cm X 70cm
Ketebalan: 6mm
Made in Madinah, Saudi Arabia
IKHLAS Kurma Nabi Ajwa AA
Bulan Ramadan hampir tiba. Inilah masanya ingin membeli kurma dan makanan sunnah. Ruby perlu sediakan persiapan berpuasa dengan teliti. Sebab tahun ini Adam Solihin bakal berpuasa penuh. InsyaAllah. Dia dah praktis sejak usia 4 tahun. Tapi selang seli hari. Paling sukar apabila mengejut dia bersahur. Harap-harap tahun ni dia bangun sahur. Agar dia bertenaga di sekolah pagi dan petang. InsyaAllah.
Kurma Nabi Ajwa AA
Asal: Medinah, Saudi Arabia
Berat Dan Harga:
500 gram RM 38
1 kilogram RM 75
5 kilogram RM 360
Tekstur: Lembut
Tahap Kemanisan: Manis Secukup Rasa
Warna: Hitam
Nabi Muhammad (SAW) berkata "jika seseorang mengambil tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi, baik sihir mahupun racun tidak akan menyakiti dirimu pada hari itu"
Manfaat Memakan Kurma Ajwa:
Sains memberitahu kita bahawa kurma ini dipenuhi dengan mineral penting dan pelbagai nutrien lain yang membantu badan kita berkembang, menyembuhkan dan terus berfungsi seperti biasa. Nutrien ini terdiri daripada kalium (Potassium) yang penting untuk hidup dan penting untuk jantung. Kurma Ajwa dari Arab Saudi dikatakan kegemaran Nabi. Kurma Ajwa ditanam di bandar Madinah, Kota Rasulullah, kota yang mempunyai kepentingan sejarah dan agama. Ramai yang berminat untuk mengambil kurma ini kerana warisan menjadikannya salah satu jenis kurma yang paling dicari-cari. Ia lebih lembut dan kering dalam tekstur dan diketahui mempunyai pelbagai feadah.
Kurma Ajwa membantu dalam penyembuhan hati dari pelbagai penyakit parasit dan ubat yang baik untuk hepatitis. Ia mengandungi elemen vitamin B2 yang melengahkan proses penuaan. Kurma Ajwa menyediakan imuniti terhadap otak dan mencegah keletihan badan. Kurma Ajwa mudah untuk dihadamkan, merangsang pembuangan air kencing, membersihkan buah pinggang dan baik untuk hati. Kurma Ajwa dianggap sebagai sumber semula jadi nutrien pemakanan. Kurma Ajwa juga menyediakan tubuh dengan peratusan protein yang tinggi, mineral dan pelbagai vitamin seperti Vitamin A, B1, B2 dan BB, yang bahan-bahan ini membantu dalam pembinaan tisu badan dan otot.
Yemeni Honey Sumur No 1 Dari Dubai Market
Sumur Honey atau "Acacia Honey" dari Yaman disebut kerana warnanya coklat. Kebiasaannya madu-madu dari tanah arab adalah dari cuaca panas dan di kawasan pergunungan. Madu mereka lebih likat dan padat dengan khasiat. Tidak seperti madu dari Malaysia yang cair sebab cuaca hujan panas sepanjang tahun.
Madu Sumur dari Lembah Hadramawt dikatakan sebagai madu terbaik dan termahal di dunia. Madu ini mendapat permintaan yang cukup tinggi dari seluruh pelusuk dunia kerana dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Madu Sumur adalah madu mono-floral di mana lebah-lebah madu Sumur hanya menghisap nektar dari bunga Summr (atau samrah). Ia tidak mengambil nektar dari bunga-bunga lain. MasyaAllah hebat kan?
Kelebihan Madu Sumur adalah:
1. Memulihkan sistem pencernaan dan usus.
2. Batuk, selsema dan penyakit berkaitan sistem pernafasan.
3. Merawat anemia.
4. Membantu memulihkan selepas bersalin setelah kehilangan darah.
Petua Penggunaan:
Dianjurkan untuk mengambil satu sudu teh Madu Sumur pada waktu pagi dengan perut kosong sebelum 30 minit makan dan satu sudu teh pada waktu malam sebelum anda tidur. Anda boleh mencampurkan dengan air suam kerana pengambilan ini lebih mudah.
Catatan: Simpan di tempat yang sejuk kering dan jangan terkena cahaya matahari secara langsung atau lebih 40°C.
Diskaun 20% Untuk Anda Berbelanja
Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Ruby ingin berkongsi rezeki dengan pembaca semua. Kolabrasi Ruby.my dan IKHLAS menawarkan diskaun 20% untuk produk di Shop with IKHLAS dari 26 Mac - 30 April 2021.
Gunakan Kod Promosi: 𝗜𝗞𝗛𝗥𝗨𝗕𝟮𝟬
Tempoh: 𝟮𝟲 𝗠𝗮𝗿𝗰𝗵 - 𝟯𝟬 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟭
Untuk setiap pembelian melalui Shop with IKHLAS, sebahagian daripadanya akan didermakan kepada perkhidmatan Sedekah IKHLAS dan akan digunakan untuk membeli barangan keperluan komuniti yang memerlukan di seluruh negara. Selain itu, para pelanggan juga dapat mengumpul BIG Point dari ikhlas.com.
Jenama-Jenama Di IKHLAS
1. 24 Qirats
2. Adraa By Rosyam
3. Aducktive
4. Ayubee
5. Black Flag
6. Dubai Markets
7. Foodmarket
8. GTR MEAT
9. IKHLAS
10. IKHLAS Daging
11. IKHLAS Kurma
12. Kaseh Cookies
13. Mahajati Wood Art
14. MUMTAZFELLA
15. Rinacraft
16. Shanara & Co
17.THE BAKED
18. The Sajadah KL
Mengenai IKHLAS
IKHLAS adalah barisan perniagaan di bawah airasia Digital yang terutama melayani masyarakat Islam dengan memberikan akses yang tiada tandingannya kepada praktik-praktik berasaskan kepercayaan. Ini termasuk kewajipan beragama seperti Umrah, Qurban, Aqiqah, Sadaqah dan pilihan gaya hidup yang patuh Syariah.
Shop with IKHLAS menyediakan penghantaran ke seluruh negara. Para peniaga yang berminat untuk menyertai Shop with IKHLAS boleh menghubungi [email protected].
Ruby harap perkongsian ini, bermanfaar buat anda semua. Semoga kita semua semakin IKHLAS melakukan Amal Ibadat. InsyaAllah.
Tags
Berita
Nampak best je sebab ada jual jugak kurma nabi tu. Cantik pulak sejadah yang Ruby pakai tu. Nak kena check laman e dagang mesra muslim ni lah.
ردحذفDah ushar website dia banyak produk-produk yang best dan terasa muslim friendly gitu. Sejadah yang Ruby guna tu pun cantik sangat, rasa tenang jer tengok. Rasanya kena beli sehelai buat persiapan awal untuk beribadat dibulan Ramadhan. InsyaAllah
ردحذفuniknya nama dia! ikhlas! macam-macam ada rupanya. bolehlah perkenalkan untuk orang ramai especially muslim. semoga sukses!
ردحذفcantik yakmatttt sejadah tu. harga pun ok. banyak gak brand ada kat ikhlas. boleh try shopping sini nanti
ردحذفTertarik dgn madu Yemeni tu. Br tau beza kaler madu tu kenapa. Baru2 ni br rasa kurma segar. Not bad juga. Bolehla bella shopping brg2 arabian night kt sini 👌👌
ردحذفCantik design sejadah tu..ouh da banyak jenama ada dekat ikhlas, sebelum ni tak banyak sangat. iena pun pernah beli dekat sini.proses mudah je
ردحذفHaaaa..info menarik. Nak ke kedai kang asyik kena follow je..kadang geram gak so kita online je. Lama mana pun boleh. Kalau tak nak memilih pun tak tenang. Nanti k.sal usyar lanjut sebab tertarik dengan sejadah tu. Sejuk mata memandang 😍
ردحذفSeronok bila tgk ada mcm2 produk muslim ditawarkan. Nak beli pun midah dan x hassle
ردحذفNell suka packaging dia sangat cantik.. sesuai beli buat as hadiah untuk birthday kawan2 or even as a gift for Raya kan..
ردحذفBetul juga kata Ruby, kalau membelek tu kadang kalau oekerja lelaki, kekok kita di buatnya kan.. lebih selesa kalau ada platform macam ni.. nanti nak survey gak tengok apa yang menarik, tapi tertarik dengan sejadah tu haaaa
ردحذفAlhamdulillah Iklah kita tengok akak bila solat tu hehehehe kita pun ada juga beli barang basah kat iklah kita beli daging tak tahu bila nak masak ni hehehe nampak bagus cepatkan..
ردحذف