S'lasih Padang & Asian Cuisine Menyajikan 100 Juadah Berbuka Puasa Sepanjang Bulan Ramadan Ini.

S'lasih Padang & Asian Cuisine Menyajikan 100 Juadah Berbuka Puasa Sepanjang Bulan Ramadan Ini. | Assalammualaikum semua! Lagi beberapa hari kita akan memasuki bulan Ramadan dan berpuasa selama 30 hari. Rindunya suasana di bulan Ramadan kan. Sahur masakan ibu, berbuka puasa Bufet Ramadan, Bazaar Ramadan, Solat Taraweh dan Solat Berjemaah. Ruby rindu sangat-sangat dan Alhamdulillah, InsyaAllah tahun ini kita semua berkesempatan meraikan Ramadan. Hari ini, Ruby ingin berkongsi dengan anda semua Bufet Ramadan yang Ruby sudah cuba semua masakannya. MasyaAllah semuanya sedap! Ruby boleh rasa setiap hidangan itu di sediakan dengan penuh kasih sayang. Santan cukup, rempah cukup, pedas cukup, sedap pun cukup dan paling penting pemilihan menu mereka, nampak 100 tu banyak. Sikit demi sedikit Ruby ambil makanan untuk rasa semua. Ternyata Marvelous! Masakan Padang dan Tradisional Melayu tidak jauh bezanya. Harmoni apabila digabungkan bersama. 

S'lasih Padang & Asian Cuisine Menyajikan 100 Juadah Berbuka Puasa Sepanjang Bulan Ramadan Ini.


Mempamerkan pelbagai masakan Asia termasuk Nasi Padang yang terkenal di restorannya di Bufet Ramadan pada tahun ini. Sekiranya anda menginginkan makanan Asia yang terkenal termasuk Nasi Padang untuk berbuka puasa, anda mungkin akan mendapat lebih banyak daripada apa yang anda inginkan. Ini kerana, Bufet Ramadan di Restoran S'lasih Padang & Asian Cuisine akan mempamerkan makanan enak di kedua-dua cawangan iaitu di Bangsar Shopping Centre dan Sunway Putra Mall.

Dengan hampir 100 hidangan setiap hari, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa hidangan bufet mempunyai sesuatu untuk semua orang, mulai dari hidangan istimewa restoran seperti Nasi Goreng Kambing Panas, Nasi Lemak Ayam Rendang Terjungkit dan banyak lagi pilihan untuk anda pilih. Hidangan bersesuaian untuk selera kanak-kanak yang baru mula belajar berpuasa sehingga orang dewasa yang mengidam pelbagai menu tradisi. 


Pembukaan rasmi restoran S'lasih Padang & Asian Cuisine di Bangsar Shopping Centre telah dirasmikan oleh YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati Datuk Mohd Din dan dihadiri oleh 70 orang tetamu yang lain. Cawangan ini boleh menempatkan 70 hingga ke 80 orang dalam satu masa. Jangan khuatir, restoran ini patuh SOP. Sebagai tetamu, anda wajib memakai pelitup muka, imbas kod QR MySejahtera, sanitasi tangan dan amalkan penjarakan fizikal 1 meter. Ruang di dalam restoran sudah tersedia penjarakan di antara para tetamu. meja dan kerusi selesa. InsyaAllah anda akan berbuka puasa dengan gembira sekali. 

Tengku Haji Daud Shah bin Tengku Adnan, pemilik Restoran S'lasih, mengatakan bahawa

"Ketibaan Ramadan pasti akan menceriakan pelanggannya dengan pelbagai jenis juadah. Kami merancang untuk membuka lebih banyak cawangan di Lembah Klang di masa akan datang dan akan terus memperluas menu kami untuk merangkumi lebih banyak hidangan dari seluruh Asia. Selain dari hidangan istimewa, anda juga akan terpesona dengan Roti Canai Sarang Burung dan Rendang Daging yang direbus selama lapan jam dalam santan dan dimasak perlahan hingga kering. Masakan terkenal lain termasuk Ayam Gulai, Ayam Goreng Rempah, dan Dendeng Balado Cabe Merah Kering yang sebenarnya merupakan daging sapi goreng yang diperap dalam air kelapa dengan bawang putih, bawang merah dan minyak kelapa."

Juadah Di S'lasih Padang & Asian Cuisine Bangsar Shopping Centre.


Diantara menu yang akan ditampilkan semasa Bufet Ramadan yang bakal berlangsung pada 13 April hingga 3 Mei 2021 yang Ruby berkesempatan nikmati adalah seperti dalam gambar di bawah. Semua gambar di ambil menggunakan Samsung Galaxy S21+. Ruby tidak edit atau masukkan watermark sebab taknak kualiti drop. Selamat jilat skrin ya. Hehehe. 

Raya Vibes


Ketupat Palas, Rendang Ayam, Daging Masak Hitam, Serunding.


Aneka Kerabu & Sambal


Ulam-Ulaman


Hidangan Panggang-Memanggang


Satay & Cucur



Masakan Tradisi



Buah-Buahan Tempatan, Kuih-Muih Tradisional, Biskut Raya, Ais Batu Campur, Minuman Sejuk & Panas.


Harga Istimewa Buffet Ramadan S'lasih Padang & Asian Cuisine.


Bufet Ramadan akan bermula pada 13 April hingga 3 Mei 2021 (5.30 petang - 9.00 malam setiap hari) di kedua-dua cawangan restoran.  Tempahan boleh dibuat melalui WhatsApp di +6 014 511 4769.  Pesanan juga boleh didapati melalui Foodpanda dan Grabfood.


Hidangan Bufet Ramadan di S'lasih Padang & Asian Cuisine Bangsar Shopping Centre berharga RM89.00 untuk seorang dewasa dan RM40.00 untuk seorang kanak-kanak.  

Manakala, harga untuk hidangan Bufet Ramadan di cawangan S'lasih Sunway Putra Mall adalah pada RM30.00 untuk seorang dewasa dan RM10.00 bagi seorang kanak-kanak. Di Sunway Putra Mall hanya 50 hidangan disediakan dan kapasiti ruang terhad. Tersedia untuk makan di restoran atau takeaway.

Mengenai S'lasih Padang & Asian Cuisine

Restoran S'lasih ditubuhkan pada Mac 2018 selepas bertemu francais utama restoran sebelum ini pada 2017 di Indonesia. Kemudian konsep "Padang" iaitu berasal dari nama Nasi Padang masih dikekalkan sebagai teras asas restoran ini. Diasaskan oleh Yang Mulia Tengku Haji Daud Shah Tengku Adnan dan isteri beliau iaitu Puan Ziah Zakaria. 

Penjenamaan semula nama restoran kepada nama S'lasih adalah hasil idea dari keluarga YM Tengku Haji Daud Shah yang menyebut tentang salah satu herba iaitu Selasih. Sebutan lembut dan ia seperti mengalu-alukan kehadiran tetamu. Buat masa ini, S'lasih Padang & Asian Cuisine mempunyai dua cawangan iaitu di Bangsar Shopping Centre dan Sunway Putra Mall. Menyediakan hidangan sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan beroperasi mengikut waktu operasi pusat membeli-belah 10 pagi hingga 10 malam. 

Diantara menu menjadi tarikan istimewa adalah Masakan Padang, Masakan Barat, Masakan Asian dan macam-macam lagi. Di Restoran S'lasih Padang & Asian Cuisine cawangan Bangsar Shopping Centre juga mempunyai fasiliti untuk melaksanakan acara seperti majlis tertutup, majlis korporat, majlis pelancaran acara atau apa sahaja majlis yang anda ingin laksanakan. 

S'lasih Padang & Asian Cuisine 
Bangsar Shopping Centre
Lot T3, 3rd Floor,
Jalan Maarof,
59000 Bangsar,
Kuala Lumpur.

S'lasih Padang & Asian Cuisine 
Sunway Putra Mall
Level 4- 43C,
Kuala Lumpur.

Hubungi:
+60320115444
+60145114769 (Whatsapp)

13 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. fuhhhhh mau bergaduh dengan perut sebab tak tau nak makan mana satu sebab ada 100 menu dihidangkan. Harga pun murah. Terliur la tengok kerabu daging dia aduhhh

    BalasPadam
  2. Mengundang betul la post Ruby ni. Kebelakangan ni sis nak makan masakan padang pulak. Sis suka kalau dapat sambal ijo dia tu. Perghhh. Kalau ada ayam pop pun sis suka. But.....banyaknya hidangan dia....

    BalasPadam
  3. Sis sekarang kalau pergi memana buffet, kalau ada palas je, mesti nak makan, cecah dengan rendang .. dapnyaa kan kannnn...

    BalasPadam
  4. Memang sedap2 masakan kat sini. Kualiti memang pihak restoran sgt jaga. Nanti nak bw family berbuka kat sinila

    BalasPadam
  5. Ya ampunnn... Kejamnya gambar. Semua nampak sedap terutama lemang tuuu. Banyak nya menu, teruja nak rasa semua! So far berbaloi-baloi dengan harga dan 100 menu.

    BalasPadam
  6. Oh Sunway Putra pun ada cawangan! Boleh plan dengan kawan2 for iftar kat situ la nanti.. 🤤🤤 So excited this year!

    BalasPadam
  7. Perghh kat sini bermacam macam aneka buka puasa buffet yg boleh kita cuba... Kalau kita tgok ni pun rasa tak tahu nak makan yg mana satu hahah..

    BalasPadam
  8. bulan puasa ni kalau sekali sekala belanja diri dengan makan buffet pun seronok juga. boleh makan sepuas hati. lauk banyak. kuih pun banyak

    BalasPadam
  9. Waaa... Sedapnya nampak semua makanan tu, terutama kerabu dan serunding. Memang rasa nak jilat skrin lah!

    BalasPadam
  10. Mesti lembut gila kan daging yang direbus lapan jam dan dibuat rendang tu kan. Rawlins tak pernah lagi rasa nasi padang.

    BalasPadam
  11. wow cenggini memang perut mendayung dayung banyak gila pilihan makanan yang boleh makan kat sini.. lama gila tak pergi buffet food review ni... kalau ada... lokasi jauh dan waktu bekerja pula... tengok harga not bad ni.. nak bawa husband and kids enjoy buffet ramadan.. ah rindu ! serunding dia buat orang lapooooo

    BalasPadam
  12. omgggg. almost cannot wait for ramadan to start after reading this blog post! all the dishes served here are amazing!

    BalasPadam
  13. Wah semua makanan kat S'lasih Padang & Asian Cuisine memang sedap, sis pun nak try.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال