Guardian Menurunkan Dan Kunci Harga Untuk Lebih 1,500 Barang Keperluan Harian


Guardian Menurunkan Dan Kunci Harga Untuk Lebih 1,500 Barang Keperluan Harian. | Assalammualaikum semua! Bermula hari ini, ramai yang sudah mencari barang keperluan harian di pusat membeli-belah. Persiapan untuk lockdown yang berkuatkuasa dari 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021. Ruby kagum dengan inisiatif Guardian dalam memberi bantuan dari segi penurunan harga dan promosi istimewa kepada pelanggan setianya. Bersyukur sangat-sangat. Tambahan di antara barang keperluan yang Ruby ingin beli adalah mandian Guardian, panadol, kool fever dan syampu rambut. Selain daripada itu adalah vitamin C. Waktu yang tidak terduga ini, kebanyak stok merosot. Itu yang banyak pula kena shopping pada saat akhir. Ruby jarang keluar rumah. Nak berjimat, perlulah plan kumpul senarai keperluan dan baru ke Guardian berdekatan untuk membeli. Di Guardian, kalau malas nak ke cawangan. Ruby akan beli secara online di laman web rasmi www.guardian.com.my. Mudah kan? Hehe.

Guardian Menurunkan Dan Kunci Harga Untuk Lebih 1,500 Barang Keperluan Harian.

Guardian Malaysia hari ini melancarkan inisiatif seluruh negara untuk menurunkan dan mengunci harga 1,500 barangan keperluan kesihatan, kecantikan dan penjagaan peribadi untuk membantu mengurangkan impak cabaran kewangan yang diakibatkan oleh pandemik COVID-19.


Harga-harga barangan ini telah diturunkan dan akan dikekalkan untuk sepanjang tahun ini agar pelanggan tidak perlu berkunjung ke banyak tempat untuk mendapatkan tawaran-tawaran hebat, kata Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Asia Tenggara (Guardian SEA), dan Guardian Health And Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia).

Beliau berkata: “Kami telah mendengar keluhan pelanggan dengan teliti apa yang mereka inginkan, terutamanya berikutan penularan wabak ini dan telah membuat keputusan untuk membantu mereka dengan mengunci harga 1,500 barangan keperluan pada harga yang rendah untuk melindunginya daripada turun naik. 


Inisiatif ‘Harga Rendah DiKunci Untuk Kekal Rendah’ (Low Prices Locked To Stay Low) adalah usaha serantau oleh Guardian SEA yang menggarisbawahi komitment Kumpulan syarikat kami dalam memastikan harga barangan keperluan harian seperti mandian, penjagaan rambut, kebersihan diri, vitamin dan makanan tambahan, kekal berpatutan sepanjang tempoh yang mencabar ini ketika dimana para pelanggan semakin berusaha untuk menambah nilai wang mereka.

“Para pelanggan kami di seluruh negara, termasuk mereka yang gemar membeli secara dalam talian, boleh menikmati harga-harga yang berpatutan dan nilai hebat, setiap hari untuk sepanjang tahun ini. Kami percaya para pelanggan kami akan menghargai bentuk sokongan seperti ini dalam persekitaran yang tidak menentu kini,” tambah beliau.


Lauridsen berkata pemilihan produk harga rendah dikunci adalah berdasarkan kajian Guardian ke atas tabiat membeli dan tingkah laku pengguna. Ia menunjukkan barangan yang sering dibeli seperti mandian Dove, syampu Pantene, Ubat gigi Darlie dan Panadol Actifast.

Produk Jenama Guardian Bantu Pengguna Terus Menjaga Kebersihan Diri

Pelanggan kami juga menunjukkan bahawa kebolehmilikan (affordability) adalah penting, ia adalah fokus inisiatif kami,” jelas beliau.  

Meninjau hasil kajian tersebut dan mengambilkira keprihatinan mendalam terhadap penjagaan kesihatan, sejumlah 35% daripada keseluruhan barangan adalah barangan keperluan kesihatan, yang dipilih dengan teliti agar ia lebih mudah dimiliki. 

Dalam iklim seperti sekarang, Guardian menyaksikan peningkatan permintaan terhadap produk jenama sendiri Guardian kerana harganya yang menarik dan kualiti yang dipercayai. Oleh itu, semua harga produk Jenama Guardian telah diturunkan dan dikunci dalam inisiatif ini. 


Lauridsen berkata: “Pelaburan kami dalam inisiatif ini adalah selari dengan komitmen Guardian untuk mengutamakan pelanggan dalam apa jua keadaan, memahami keperluan mereka sebagai peneraju destinasi farmasi, kesihatan dan kecantikan yang dipercayai di Malaysia.

“Di samping itu, kami kekal komited untuk meningkatkan pengalaman pelanggan walaupun dalam iklim ekonomi yang mencabar - kami telah melabur dalam penambahbaikan stor dan beberapa pembukaan stor baru pada tahun lalu dengan tumpuan untuk menyediakan lebih banyak akses kepada perkhidmatan dan produk-produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti kepada pelanggan, semuanya di satu destinasi.” 


“Inisiatif kami bukan sekadar harga yg hebat. Kami telah bekerja keras dan telah menjadi pakar yang dipercayai dalam kesihatan komuniti, disokong oleh sekumpulan besar ahli farmasi. Guardian kekal sebagai rakan kongsi jangka panjang yang berdedikasi dalam meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan semua pelanggan kami,” tambah Lauridsen.

Kos Penghantaran Percuma Untuk Pembelian Lebih RM 100 

Jika membeli dalam talian di laman web Guardian, anda tidak perlu risau untuk kos penghantaran. Kebiasaannya memang akan berbelanja lebih RM 100, jadi boleh la enjoy FREE DELIVERY. Terima kasih Guardian!


Tentang Guardian Malaysia

Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 53 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 450 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Rangkaian stor-stor ini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 33 juta pelanggan di seluruh Negara.   

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif Harga Rendah DiKunci Untuk Kekal Rendah Guardian, sila layari www.guardian.com.my atau berkunjung ke stor berhampiran. 

9 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Ok. Nak tambah vitamin c dan produk penjagaan diri la since harga dah mengurang. Thanks bagi info, boleh saving bulan nie.

    BalasPadam
  2. Wow.......this is a good deals from Guardian. I hope Berocca is in the list. Thank you for sharing this information, Pn. Ruby. Hope you're good during this MCO.

    BalasPadam
  3. Bgus la buat offer mcm ni... Org skrg mmg cari yg offer ja.. Sebab ya la musim2 mcm ni ada yg bisnes tak brpa ok.. Keja pun kena potong gaji bagai kan

    BalasPadam
  4. Ada nampak juga iklan tentang ni haritu, tapi tak tau pulak banyak betul barang yg turun harga. Nanti nk singgah guardian la.

    BalasPadam
  5. Harga yang di lock mmg murah. Akk siap amik katalog nak buat rujukan nanti senang

    BalasPadam
  6. Lama dah tak pi Guardian. Ada banyak diskaun rupanya. Boleh la pasni try singgah or shopping online. ada benda nak kena beli ni

    BalasPadam
  7. Dia duk kunci harga tu tak menahan tu adoiii.. baru je soping kat Shopee, tapi beli benda yang memang nak guna, ni nanti nak belek lagi, kot laa ada yang nak di tambah.. lagipun dekat je Guardian dengan rumah Sis..

    BalasPadam
  8. Pergh bagus Guardian dngr keluhan org.. Bila dialovk harga terus jadi murah. Memng nak beli vitamin c ni.. Boleh beli banyak.. Selit sekali brg keperluan lain

    BalasPadam
  9. Best la Guardian ada initiative macam ni, boleh meringankan beban kita semua yang terkesan dengan pandemik ni..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال