Himaya Premium Hijab Medical Mask Melancarkan Stop Cyberbullying Women Day Bersama Duta Jenamanya Wany Hasrita, Amira Othman dan Elfira Loy.


Himaya Premium Hijab Medical Mask Melancarkan Stop Cyberbullying Women Day Bersama Duta Jenamanya Wany Hasrita, Amira Othman dan Elfira Loy.
| Assalammualaikum semua! Salam Ramadan! Pada bulan Ramadan begini, sebaiknya kita memanfaatkan diri dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat. Sekalung tahniah kepada Anggun Kirana dan Himaya Premium Hijab Medical Mask kerana melancarkan kempen Stop Cyber Bullying Women Day dan menampilkan duta-dutanya. Semoga kempen ini berjalan lancar. Ruby sentiasa menyokong kempen kesedaran begini, ini kerana, kita manusia biasa yang sering memerlukan teguran dan peringatan. Penampilan selebriti dapat membantu untuk melancarkan lagi kempen, sebab selebriti paling mudah menerima kecaman dan siber buli. Masyarakat dengan mudah mengeluarkan komen tanpa menyedari adakah kebenaran berita tersebut. Ruby sentiasa ambil pendekatan Tidak Pasti, Jangan Kongsi, Jangan Komen Dan Jangan Membawang. Semua ini akan memberi persepsi negatif kepada seseorang dan kita pula yang sibuk nak mengawal kehidupan orang lain. Siapa kita? Lebih baik kita hidup dalam suasana harmoni. Barulah bahagia dunia dan akhirat.

Himaya Premium Hijab Medical Mask Melancarkan Stop Cyberbullying Women Day Bersama Duta Jenamanya Wany Hasrita, Amira Othman dan Elfira Loy.


Menurut hasil tinjauan yang dilakukan oleh sebuah syarikat tinjauan antarabangsa iaitu Ipsos, 20,793 individu berumur antara 16 hingga 84 tahun di 28 buah negara di seluruh dunia menunjukkan terdapat peningkatan bilangan ibu bapa yang mendakwa anak anak mereka pernah menjadi mangsa buli siber

Buli siber adalah kaedah di mana pengganggu dan pembuli menggunakan teknologi moden. Kesan terburuk dari buli siber ialah orang yang dibuli tidak merasa selamat di mana sahaja, bahkan di rumah mereka. 

Tinjauan tersebut menunjukkan semakin ramai ibu bapa di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat yang menyedari pengalaman negative anak anak mereka dengan buli siber dalam talian dan agak mengejutkan. 


Malaysia Di Tangga Keenam Di Asia


Malaysia kini berada di tangga keenam tertinggi di dunia dan kedua di Asia dalam masalah buli siber. Kes buli siber di Malaysia berlaku setiap hari tetapi banyak yang tidak dilaporkan kerana proses birokrasi dan undang undang yang panjang. 

Mungkin juga ramai pembuli tidak tahu bahawa sebarang kandungan berniat jahat di internet dengan tujuan mengganggu, memprovikasi, mengancam atau menyalahguna adalah suatu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ganggguan yang diterima mangsa boleh membawa kepada kemurungan, masalah mental dan lebih teruk lagi sehingga membunuh diri. Malah, buli siber juga menyumbang kepada peningkatan kes bunuh diri di kalangan remaja. 

Menyedari masalah buli siber yang semakin parah, Ketua Pegawai Operasi Anggun Kirana Sdn Bhd dan Pengasas Himaya Premium Hijab Medical Mask iaitu Datuk KK Chua mengadakan kempen Anti Buli Siber. 

Menurut Datuk KK Chua, mangsa buli siber tidak lagi boleh berdiam kiri kerana ia akan memberikan kesan yang mendatangkan kemudaratan sehingga membabitkan gangguan mental. Buli siber kini tidak lagi mengenal mangsa sama ada remaja, pelajar atau orang dewasa . Langkah paling penting adalah memberitahu ibu bapa atau orang yang anda rasa selamat untuk bercakap mengenainya. Masyarakat juga berperanan mendengar masalah mereka, memberi pandangan positif atau melaporkan kejadian tersebut sekiranya mangsa malu atau buntu. Himaya Premium Hijab Medical Mask terpanggil untuk mengadakan kempen ini kerana selebriti juga menjadi mangsa buli siber sehingga menjadi murung dan takut untuk keluar rumah. Bagaimanapun, selebriri Malaysia yang menjadi mangsa buli siber masih terkawal berbanding artis di Korea apabila ramai yang gagal berhadapan dengan situasi itu sehingga membunuh diri. 

7.7.2021 Stop Cyber Bullying Women Day


Produk pelitup muka premium ini menggunakan 'tagline' Berani Itu Jelita. Himaya Premium Hijab Medical Mask serius untuk menangangani masalah buli siber dengan menganjurkan Kempen Stop Cyber Bullying Women Day yang akanaaaaq adakan diadakan pada 7 Julai 2021. Selebriti sering kali menerima kecaman hebat dari netizen, sehingga apa saja mereka muat naik di laman sosial dikritik hebat. 


“Ada selebriti yang terpaksa mendiamkan diri dan tidak aktif dalam laman media sosial buat seketika. Ada yang takut keluar rumah,” katanya. 

Wany Hasrita Ingin Netizen Sentiasa Bertangggungjawab Dengan Setiap Tindakan


Wany Hasrita pernah menjadi mangsa buli sehingga beliau mengambil langkah menyahaktif sementara Instagram. Ia semua berpunca daripada sikap netizen yang membuli di alam maya atas dasar kebebasan. Berselindung di sebalik akaun palsu dan nama yang bukan-bukan. 

Kata Wany Hasrita, tanpa kita sedar, sikap keterlaluan netizen membahayakan individu berkenaan. Mungkin ramai beranggapan ia sekadar tulisan dan jangan diberi perhatian. 

“Itu silap kerana ia lebih kekal dan meresap dalam ingatan. Apa yang diperkatakan akan terngiang-ngiang dalam pemikiran hingga mengganggu proses kehidupan. Serba-serbi jadi tidak keruan. 

“Netizen perlu tanam sikap tanggungjawab sosial dan nilai murni dalam kehidupan. Bukan selebriti e saja menjadi suri teladan kepada generasi akan datang tetapi selagi netizen itu bergelar Manusia, mereka juga dipertanggungjawabkan,” katanya. 

Amira Othman Juga Pernah Melalui Saat Di Buli.


Baru-baru ini, Amira Othman juga menjadi mangsa buli apabila beliau dimasukkan ke hospital selepas otot pahanya didapati terkoyak dan berdarah selepas kali pertama menyertai kelas senam berbasikal indoor tetapi orang menuduhnya mengambil makan pil. 

“Saya enggan melayan tuduhan atau kecaman netizen kerana saya dan keluarga lebih tahu siapa diri saya,” katanya. 

Elfira Loy Sudah Lali Di Buli


Elfira Loy yang sudah 15 tahun bertapak dalam industry tanah air juga sudah lali dengan 'permainan' netizen. 

“Saya mengambil sikap tidak mempedulikan kritikan mereka dan enggan melayan perkara remeh," katanya. 

Erra Fazira Move On Dari Melayan Kecaman Netizen.


Erra Fazira turut melakukan perkara serupa apabila enggan 'tunduk' dengan kecaman netizen. 

“Saya ada kerja yang perlu dilakukan dan netizen hanya tahu mengecam tanpa mengetahui perkara sebenar,” katanya. 


Kata Datuk KK Chua, beliau mahu selebriti dan masyarakat bersama-sama tampil bertindak mengatasi buli siber ini dan jangan takut untuk melaporkan kepada pihak berkuasa. 

Himaya Premium Hijab Medical Mask Menitikberatkan Keselesaan Wanita Berhijab.

Pelitup muka atau mask kini menjadi sebahagian daripada 'alat' wajib kepada masyarakat di dunia akibat penularan pandemik COVID-19. Menyedari kesukaran wanita berhijab di negara ini untuk mendapatkan mask yang sesuai dipakai untuk penampilan mereka, maka lahirlan Himaya Premium Hijab Medical Mask yang sudah berada di pasaran tahun lalu dan kini menjadi pelitup muka terlaris di Malaysia. Himaya Premium Hijab Medical Mask adalah pelitup muka premium perubatan diperbuat dengan tiga lapis fabrik yang memudahkan pernafasan dan selesa. 

Kata Datuk KK Chua, sasaran utama pengguna Himaya Premium Hijab Medical Mask adalah mereka yang berhijab apabila beliau menerima banyak maklum balas daripada golongan ini yang sukar untuk mendapatkan mask yang mudah dipakai ketika berhijab. Penggunaan mask biasa, mereka terpaksa menggunakan 'mask extender' dan agak menyukarkan jika tali pemanjang topeng itu hilang atau keciciran. Bagi mewakili generasi remaja dan wanita yang sudah memiliki cahaya mata, Himaya Premium Hijab Medical Mask menampilkan empat duta iaitu Erra Fazira, Amira Othman, Wany Hasrita dan Elfira Loy. Mereka berempat adalah wanita yang sibuk dengan kerjaya dan Elfira Loy pula sudah memiliki cahaya mata. Mereka memerlukan mask yang mudah dipakai dan selesa.

Koleksi-Koleksi Himaya Premium Hijab Medical Mask


Elfira Loy: Love Latte Dan Soft Olive


Erra Fazira: Blue Lagoon


Wany Hasrita: Apricot Dream Dan Viridian Green


Amira Othman: Retro Slate


Kedai Rasmi Himaya Di Shopee


Himaya Premium Hijab Medical Mask didatangkan dalam enam warna menarik iaitu Love Latte (coklat lembut), Soft Olive (hijau pastel), Apricot Dream, Blue Lagoon, Viridian Green dan Retro Slate. Dijual pada harga RM 34.90 sekotak. Satu kotak mengandungi 50 keping Himaya Premium Hijab Medical Mask pilihan anda. 

la boleh dibeli di semua rangkaian kedai Caring Pharmacy, Alpro, Georgetown, AEON, AA Pharmacy, Straits Pharmacy, Healthlane serta ejen yang berdaftar. Nak lagi mudah, beli sahaja di Shopee. 


Himaya Premium Hijab Medical Mask Bakal Menembusi Pasaran Di Indonesia


Pihak Anggun Kirana juga bercadang untuk mengembangkan perniagaan Himaya Premium Hijab Medical Mask ke Indonesia sebagai negara yang mempunyai populasi penduduk yang tinggi dan ramai wanita berhijab,” katanya. 

Mengenai Himaya Premium Hijab Medical Mask


Himaya berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud perlindungan. Seperti namanya, Himaya adalah jenama yang berdedikasi untuk melindungi anda dan insan tersayang daripada persekitaraan yang tidak sihat dan menjadikan kehidupan lebih selamat.

Direka dengan sofistikasi dan anggun, Himaya adalah peneman setia untuk anda yang ingin kelihatan bergaya dan pada masa yang sama sentiasa dilindungi dan selesa sepanjang masa.

15 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Wahhh... cantiknya mask Himaya. Yang Ruby pakai tu pun cantik, anggun dan simple designnya.

    ردحذف
  2. Cyberbullying is really getting worse and you can even get bullied inside your very own house. So more actions should be carried out and more awareness campaigns need to be done, like this one.

    ردحذف
  3. Is good to know Himaya create awareness on cyber bully and help women on this. By the way the face mask nice.

    ردحذف
  4. Kempen yang bagus nih dari Himaya, akak selalu remind dekat anak2 supaya jangan sesekali jadi pembuli dan jadi mangsa buli. Lebih parah masyarakat sekarang suka buat buli cyber. terlalu banyak masa sangat sibukkan hal orang lain. Selebriti pun manusia biasa juga so tak akan terlepas dari membuat salah silap. Bagi yang kental memang boleh buat tak tahu dan bertahan tapi yang punya mental lemah tu yang jadi depression sudahnya ambik keputusan bunuh diri.

    ردحذف
  5. Kempen macam nih bagus untuk beri kesedaran pada pengguna media sosial untuk tidak lakukan buli di medsos. Boleh beri kesan yang tak baik kepada kesihatan mental.

    ردحذف
  6. Cantiklah mask Himaya premium hijap nih, tahniah untuk majlis pelancaran cyberbullying, bagus adakan kempen macam nih bagi kesedaran pada mereka diluar sana untuk lebih berhati-hati

    ردحذف
  7. Bagus kempen sebegini sebab ramai netizen yang merasakan diri mempunyai 'kuasa' yang besar untuk 'komen' orang lain kan. Diorang tak sedar bahawa diorang sebenarnya membuli orang tersebut.

    ردحذف
  8. Saya setuju sangat kempen sebegini diadakan dengan lebih kerap untuk memdedahkan masyarakat dengan buli siber ni. Sekarang ni ramai sangat yang jadi pembuli siber ni. Kadang geram baca komen masing masing.

    ردحذف
  9. kempen yang sangat bagus dari pihak himaya. sokong sangat2 kempem cyberbully ni

    ردحذف
  10. Siber buli ni bahaya. Boleh bgi tekanan melampau pada org yg kena. Elok la pakai mask cantik2 gini, ambil simbolik tutup mulut utk perkara tak berfaedah. Kempen yg bagus!!

    ردحذف
  11. Betul Ruby, siber buli ni semua datang dari kita.. taknak rasa terkena, jangan update dan komen jika tak betul, nanti orang komen, tak boleh terima pulak..
    Bagus kombinasi duo kempen ni, facemask tu alert kepada kita betapa pentingnya facemask ketika ini..

    ردحذف
  12. mmg penting adakan kempen seperti ini. sekurangnya dapat menyedarkan masyarakat ttg bahayanya buli siber ini. Terutama melibatkan trauma dan depresi yang teruk

    ردحذف
  13. Cantiknya face mask version ni.. :) boleh berOOTD at the same time lindungi dan mematuhi SOP yang ditetapkan.. I like this initiative as well especially to raise awareness on cyberbully..

    ردحذف
  14. Kempen yang bagus..stop cyber bullying..btw cantik cantik Himaya Premium Hijab Medical Mask ni..suka tengok warna2 dia..yang bercorak pun cantik jugak

    ردحذف
  15. bagus Himaya ni. buat alternatif yang org ramai nak pakai masak. design pun cantik! btw nak minta maaf sebab baru komen. gmail tak boleh login baru2 ni sebb malware issue.

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال