Inisiatif Murni Kumpulan Syarikat Suria KLCC Menyantuni Petugas Barisan Hadapan.
Dalam kita lakukan self-lockdown, self-quarantin dan menjaga SOP, kita juga telah membantu menyelamatkan diri dan keluarga. Kita hanya perlu teruskan lagi. Ruby nak kita semua terus banyak-banyak bersabar. Jom sementara kita duduk santaibdi rumah, Ruby ingin berkongsi berita yang bermanfaat dan ia adalah amal kebajikajan yang wajib diteruskan jika berkemampuan. Ia adalah sedekah dan derma. Tiga pusat membeli-belah milik Kumpulan Syarikat Suria KLCC menyumbang barangan makanan dan penjagaan diri kepada pasukan petugas barisan hadapan kerajaan dan anggota polis di Lembah Klang di samping memberikan keceriaan kepada anak-anak yatim di Kemaman.
Sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Kumpulan Syarikat Suria KLCC telah menyumbangkan barangan bernilai RM35,000 kepada pasukan petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Putrajaya yang diharapkan dapat memberikan keceriaan kepada mereka. Sumbangan barangan makanan dan penjagaan diri ini merupakan tanda penghargaan atas dedikasi dan kerja keras pasukan ini yang sedaya-upaya mengekang wabak Covid-19.
Ketika bulan Ramadhan pada Pada 5 Mei 2021 yang lalu, Suria KLCC telah menyumbangkan barangan makanan benilai RM20,000 kepada lebih 3,500 pasukan petugas barisan hadapan perubatan di Hospital Sungai Buloh untuk mempermudahkan mereka berbuka puasa dengan juadah yang telah dipesan khas oleh Suria KLCC dari salah sebuah restoran yang beroperasi di pusat membeli-belah itu, iaitu Serai, beserta kueh raya. Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr. Kuldip Kaur oleh Pengurus Komunikasi Korporat Suria KLCC, Sherina Khairi.
Pada 3 Mei pula, pusat membeli belah Alamanda Putrajaya telah mengagihkan barangan makanan bernilai RM15,000 beserta bubur lambuk kepada pasukan barisan hadapan perubatan di Hospital Putrajaya dan pasukan polis daerah Putrajaya. Ianya telah diserahkan oleh Pengurus Besar pusat membeli belah Alamanda Putrajaya, Ameer Thajudeen kepada Timbalan Pengarah Pentadbiran Hospital Sungai Buloh, Puan Nur Hazwani Binti Rabuan yang menerima bagi pihak Hospital Putrajaya dan ACP Hj. Mohd Fadzil Bin Ali, OCPD Putrajaya.
Di Pantai Timur pula, Mesra Mall meneruskan tradisi menceriakan masyarakat tempatan dengan menyumbangkan duit raya kepada 25 anak yatim dari Sekolah Kebangsaan Kemasek bernilai RM250 pada 2 Mei 2021. Ketika majlis itu juga, anak-anak yatim ini juga menerima barangan makanan sumbangan peniaga-peniaga di pusat membeli belah ini seperti Siti Khadijah, Big Apple Donuts & Coffee, Al-Ikhsan, Nasi Kandar Hameed, Muslym Shop, Yong Tau Foo dan Rasa Sayang. Pengurus Besar Mesra Mall, Baldev Singh telah menyampaikan duit raya dan barangan makanan tersebut kepada Pengetua Sekolah Kebangsaan Kemasek, Encik Mokhtar Bin Mohamad Desa di perkarangan Mesra Mall. Sebelum itu, pada 29 April, Mesra Mall juga telah menyerahkan bubur lambuk kepada pekerja barisan hadapan pegawai keselamatan dan pasukan Bomba di dalam Daerah Kemaman sempena sambutan Nuzul Quran.
Ketua Pegawai eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, “Ketika negara berusaha menangani pandemik ini, Suria KLCC berbesar hati untuk sama-sama memainkan peranan menjadikan pusat membeli belah kami selamat untuk membeli belah dan menjamu selera. Sebagai pemilik pusat membeli belah yang bertanggungjawab, kami sentiasa buat yang terbaik bagi memastikan kebersihan diutamakan untuk pelanggan kami pada setiap masa untuk terus berganding bahu dengan pasukan barisan hadapan dalam membanteras pandemic ini.”
Mengenai Suria KLCC Sdn Bhd
Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Inve5stors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia. Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia.
Untuk info lanjut mengenai pusat membeli belah, sila layari:
Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
Mesra Mall - www.mesramall.com.my / www.facebook.com/MyMesraMall
Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
Mesra Mall - www.mesramall.com.my / www.facebook.com/MyMesraMall
Tags
Berita
Terima Kasih atas inisiatif murni dan usaha Kumpulan Syarikat Suria KLCC yang menyantuni para frontliner kita. Sokongan padu amat diperlukan terutamanya kata-kata semangat. Tanpa sedar ada yang rasa terbeban bukan dari segi tenaga tapi psychology. Sedih gak bila dengar luahan geng yang keja kat hospital. Apakan daya ... khidmat bakti amat diperlukan demi rakyat
ردحذفWah bagusnya inisiatif dari kumpulan syarikat Suria KLCC ni! Sangat besar sumbangan yang diberikan oleh mereka tu, pastinya sedikit sebanyak telah membantu meringankan beban para frontliners kita.Tahniah kepada mereka! ❤️
ردحذفsuch a good initiative from a big corporation. moga manfaat untuk penerima dan baik dijadikan contoh
ردحذفthanks for sharing here about this great initiative by KLCC to appreciate our frontliners. Thanks so much to all frontliners for your hardwork. cheers, siennylovesdrawing
ردحذفBaguslah kumpulan syarikat Suria KLCC ni.. Wow! baru tahu actually all three malls ni under group yang sama.. should be boleh agak yang Mesra Mall tue since bersebelahan dengan PETRONAS jer.. :P
ردحذفTime keadaan macam ni bila ada yang membantu memang sangat di hargai kann.. tak kisahlah dr mana pun sumbernya, yang penting dapat meringankan beban mereka.. Tahniah buat semua syarikat SuriaKLCC..
ردحذفooh alamanda dengan suria klcc ni satu company ke akak? baru tahu? no wonder lah dorang macam ada persamaan. dua-dua cater mall premium ini dengan baik. teruskan niat2 murni dan dicontohi oleh badan-badan ngo lain
ردحذفthat's a great initiative by the group! Hope more people will benefits under this campaign. I also support it when it comes to charity campaign yay!
ردحذفYesh! its good to know that during this challenging times Suria KLCC is helping out.
ردحذف