Beli Baju Raya Di KWC Fashion Wholesale. | Assalammualaikum semua! Salam Ramadan. Dah separuh puasa, mesti mood nak berbelanja sakan untuk persiapan Aidilfitri kan? Tahun ini Ruby memilih untuk membeli barang-barang persiapan Raya Aidilfitri di KWC. Sejak dah berkeluarga, Ruby sentiasa memikirkan keselesaan keluarga apabila membeli-belah. Kami tidak lagi ke Bazaar Larut Malam, kami tidak mahu bersesak dengan orang ramai dan kami nak tempat selamat. Di KWC, Ruby tidak perlu risau bab parking sebab KWC ada 1,500 kotak parking! Kemudian fasiliti lift ada 12. Lepas tu KWC ni ada air cond. Hahaha. Tak basah ketiak membeli-belah. Limit Ruby hanya 3 jam di KWC. Sebab anak-anak dan suami tidak biasa membeli-belah secara borong. Jadi, Ruby harus pantas memikirkan apakah keperluan. Dari rumah lagi sudah sediakan senarai barang yang perlu di beli di KWC. Yang paling wajib adalah baju tidur. Hahahaha.
Beli Baju Raya Di KWC Fashion Wholesale.
Bermula 24 April — 12 Mei 2021, KWC akan dibuka seawal 9 pagi sehingga 8 malam. Ramadan kembali lagi dengan norma baharu, kemenangan Hari Raya akan tetap disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. KWC Fashion Wholesale memeriahkan lagi Aidilfitri tahun ini dengan tema “Mekar Di Aidilfitri' dari 1 April sehingga 31 Mei 2021 dan kembali menjadi tumpuan ramai untuk membeli-belah persiapan raya pada harga yang berpatutan.
Norma baharu Aidilfitri tetap disambut dengan meriah dan pastinya persiapan raya akan menjadi keutamaan orang ramai. KWC kini kembali menjadi tumpuan ramai untuk membeli belah persiapan raya seperti fesyen Muslimah terkini, terdiri daripada pakaian tradisional sehingga moden, pakaian lelaki, kanak-kanak serta barangan perhiasan rumah seperti karpet, langsir, cadar dan balang kuih pada harga yang berpatutan. Pastinya pilihan yang terbaik untuk seisi keluarga berbelanja di bawah satu bumbung.
Kedai Pakaian Kanak-Kanak
Ruby berjaya membeli pakaian casual anak-anak pada harga berikut.
1 helai RM 15
3 helai RM 40
6 helai RM 70
Memang berbaloi-Baloi!
Beli Hijab Secara Borong
Manakala untuk tudung juga Ruby beli secara borong. Kedai ini bertempat di LG bersebelahan kedai pakaian kanak-kanak yang Ruby beli td. Memandangkan butik ini ada tudung cantik-cantik. Beli terus banyak-banyak.
10 Helai Ruby
1 RM 15
10 RM 100
20 RM 160
Selepas selesai membeli hijab, Ruby terus ke KST Display System di Tingkat 5 KWC. Ini adalah kedai kegemaran Ruby untuk organize keperluan dalam rumah. Hijab-hijab Ruby di gantung dengan hanger khas. Ia tidak sama dengan hanger baju dan seluar. Untuk hijab, Ruby lebih suka ada klip di atas. Material hijab Ruby akan terjaga. Paling utama, Ruby tidak akan risau jika benang tercarik kerana hanger yang ada tajam-tajam halus yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Sedar-sedar dah rosak tudung Ruby. Oleh kerana pengalaman itu, Ruby beralih ke hanger klip begini. Hehehe. RM 7.90 untuk 10 unit hanger. Murah kan?
Pakaian Tidur Sekeluarga
Baju tidur sememangnya kegemaran kami sekeluarga. So Ruby dapat beli untuk Adam dan Alif. Kebiasaannya balik kampung Ruby suka siapkan anak-anak dengan persalinan baju tidur dari KWC. Comel je rupa dengan karakter kartun kegemaran mereka.
RM 5
RM 10
Dewasa RM 20
3 Alif
3 Adam
1 Ibu
Pakaian Plus Size Muslimah Untuk Ibu
Pakaian Plusize Korea, ini adalah butik yang Ruby cari. Sebab Ruby sebagai muslimah nak pakaian yang longgar tetapi tidak la nampak meleret saiz besar. Nak just nice aje. So, Ruby borong kat butik CC ni. Dapat diskaun!
Palazo 3 RM 150
Blouse 2 RM 69
Baju Hijau RM 110
Sedondon Di Pagi Raya
Ruby sakan mencari pakaian anak-anak. Sehinggakan terlupa baju raya suami. Hahahaha.
Aktiviti, Belanja & Tebus Di KWC Fashion Wholesale
Pengunjung dapat menikmati hadiah menarik disamping mebeli-belah:
1. Belanja RM200, Tebus Set Pelangi Penyedut Minuman
2. Belanja RM400, Tebus Bakul Kuih/Pengisar Buahan Mini/ Mini Speaker
Peraduan KWC Style RayaKu
Peraduan KWC Style RayaKu OOTD Bergambar di KWC dan rebut peluang memenangi baucar tunai yang lumayan.
Cara-Cara:
1. Tangkap gambar di KWC Fashion Wholesale
2. Muat naik di Facebook & Tag 3 rakan 3. Gunakan hashtag #KWCStyleRayaku #KWCFashionWholesale 4. Pastikan Pos anda ‘Public’
BAUCAR TUNAI UNTUK DIMENANGI:
Hadiah Utama: RM1,000 X 1 pemenang Hadiah Saguhati: RM200 X 10 pemenang
KWC Raya E-Magazine
KWC Raya E-Magazine ‘ Tahun ini, KWC membawakan Raya E-magazine memaparkan stail Raya terkini untuk tatapan umum seiring dengan tema Mekar Di Aidilfitri. Inspirasi Penggayaan Raya boleh didapati di laman sesawang www.kenangacity.com.my
Facebook Live: Promosi Raya Sakan!
Tarikh: 14 -16 April 2021 & 26-28 April 2021
Masa: 11am - 4pm Masa: 12pm - 3pm (26-28 April)
Platform: Facebook KWC Fashion Wholesale
Program CSR Mekar Di Aidilfitri Kolaborasi bersama Red One & Muslim Volunteer Malaysia (MVM)
Sebanyak 500 bungkus bubur lambuk akan diagihkan kepada orang ramai pada 23 April 2021 serta menaja baucar tunai RM350 kepada 10 keluarga asnaf bersamaan 42 orang untuk membeli belah persiapan raya dan juadah berbuka puasa pada 29 April 2021. Pihak KWC juga akan membuat agihan bubur lambuk sebanyak 500 bungkus bersama Red One pada 23 April 2021.
Lokasi & Akses Pengangkutan Awam
KWC Fashion Wholesale terletak di pinggir bandar Kuala Lumpur, terletak di kawasan borong fesyen di Jalan Kenanga, beberapa minit dari Segitiga Emas di bandar dan hanya 8 minit minit dari Hang Tuah dan Pudu LRT.
KWC Fashion Wholesale Pusat Sehenti Borong Muslimah Terbesar Di Kuala Lumpur.
KWC Fashion Wholesale menepati dengan slogan "I Love Fashion Pada Harga Borong", adalah pusat fesyen sehenti yang menawarkan fesyen Muslimah terkini yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Semakin banyak anda membeli, semakin jimat.
🎉Fesyen Muslimah / Muslimin
🎉Pakaian Saiz Besar
🎉Pakaian Lelaki & Wanita
🎉Aksesori Fesyen
🎉Pakaian Kanak-kanak &Mainan
🎉Kasut Lelaki & Perempuan
🎉Bags & Leather Goods
🎉Kosmetik/Barangan Kecantikan/Parfum
🎉Baju Pengantin/Barangan Perkahwinan
🎉Pakaian Ibadah
🎉Kostum & Pakaian Sukan
🎉Hadiah & Lain-Lain
Mengenai KWC Fashion Wholesale
KWC Fashion Wholesale adalah pusat membeli-belah fesyen borong Muslimah terbesar di Malaysia yang menawarkan koleksi terbesar dan komprehensif - fesyen, aksesori, kasut, hadiah dan barangan keperluan yang lain di bawah satu bumbung. KWC Fashion Wholesale dibuka pada 20 Oktober 2011 dan dilancar secara rasmi pada 26 Mei 2012.
Terdapat lebih 800 lot dan 500,000 kaki persegi ruang niaga boleh didapati KWC Fashion Wholesale dan menawarkan pelbagai barangan yang menarik. Walaupun hanya menawarkan perniagaan borong sahaja, KWC Fashion Wholesale juga berfungsi sebagai pusat beli-belah yang lengkap dengan kemudahan seperti perbankan, restoran, dewan acara, perbankan dan perkhidmatan perniagaan yang lain.
KWC Fashion Wholesale adalah pusat membeli-belah yang kontemporari dan hab hiburan dengan pelbagai fesyen Muslimah terkini terbesar dan semua di bawah satu bumbung. KWC Fesyen Wholesale merupakan destinasi yang wajib dikunjungi oleh para usahawan dan peminat fesyen terkini pada harga yang berpatutan sepanjang tahun terutamanya pada bulan Ramadan.
Tags
Fesyen
Bestnya, murah giler pakaian dia 6 helai for RM70 ? raya nanti boleh bergaya sakan hehe
BalasPadammurah yakmattt baju and tudung kat sini. napelah dah pkp ni baru baca. gerammmm je. saya suka beli borong, murahhh
BalasPadamRawlins terbeli baju tidur (3 pasang) dan jubah (2 pasang) kat sini. Apakah tandanya? Hahaha
BalasPadamWahhhh bestnyaaa...nak pergi nak pergi, tapi lps PKP je lah dapat pergi. Dah lama tak menyopping ni...geram pulak tgok Ruby bershopping
BalasPadamYa ampunnn menggooda sungguhlah kat KWC ni. Walaupun tak pernah pergi tapi membuak sudah rasa hati ni nak pergi. Mujur jerlah sekarang ni kena PKP. Nanti dah tenang-tenang sikit memang nak terjah. Banyak barang betul dah mata ni berkenan.
BalasPadamBanyak betul pilihan menarik, paling suka baju muslimah mak mak utk plus size tu. menarik sangat sebab bukan mudah nk jumpa pakaian saiz extra macam tu.
BalasPadamKalau datang sini mesti rambang nata sampai tak tahu nak pilih. Tapi tak pernah lagi ke sini. Hihi
BalasPadamgeramnya tengok alif! hahahaah fotogenik! tapi tu la sayangnya kan akak time ni pkp la pulak. apa lah nasib diorang harap bisnes diorang ok je sebak pulak
BalasPadamMurahnya baju tidur tu. Comel-comel pulak. Tahun ni xde rezeki ke KWC..sedeyyy
BalasPadamAmboi, ceria dan handsome betul model2 cilik dua orang tu! Haha. Berbaloi ya harga barang2 kat KWC ni.
BalasPadammmg syok shopping kat sini.. macam2 ada... akk suka beli baju tido ..banyak betul pilihan baju tido kat sini
BalasPadamYa Allah, murahnya kat KWC Fashion Wholesale ni sis Ruby... pakaian budak-budak 1 helai RM15, 3 helai RM40 dan 6 helai RM70 mana nak dapat ooiii, tudung 10 RM100? Mak aiii, saya pun nak nih... Serious, baru baca dan tengok gambar pun dah rambang mata dah ni... Hehehehe...
BalasPadamDua tahun dah tak berkesempatan untuk shopping raya kat KWC! Sangat best kan kat sini, dulu rajin pergi sebab banyak choice and mur mur deals dia.. jauh lagi murah with quality yang sama!
BalasPadamNanti dah boleh merentas dah habis PKP, nak juga laa singgah KWC ni, geram pulak nengok live ko tunjuk semua tempatnya tu.. macam-macam adoo ekkk..
BalasPadamLove the clothings you chose for your boys, I didn't know about KWC, will check it out after MCO.
BalasPadamKak nina family memang suka shopping kat Kenanga. Murah murah belaka! Beli banyak lagi dapat murah. Fesyen pun up to date. Berbaloi-baloi shopping sini
BalasPadam