Onigiri 7-Eleven Memang Sedap Dari Dulu Lagi | Assalammualaikum semua! Pastinya ramai menggemari Onigiri. Ia adalah makanan yang paling mudah di makan, murah dan mengenyangkan. Ruby suka Onigiri sebab ia adalah cara untuk Ruby meneruskan kehidupan ketika bekerja di pejabat yang banyak dateline dan tidak sempat makan dalam masa yang lama. Kemudian, ia berterusan Ruby makan ketika ingin travel atau ingin lapik perut. Walaupun lapik perut. Onigiri ni mengeyangkan. Setuju?
Onigiri 7-Eleven Memang Sedap Dari Dulu Lagi
7-Eleven Malaysia memperkenalkan perisa Onigiri terbaharu buat anda si pencinta Onigiri! 7-Eleven Malaysia telah melancarkan perisa onigiri baru setelah mendapar sambutan yang luar biasa. Onigiri adalah nasi lembut yang baru dimasak, diisi dengan lauk seperti salmon, wasabi abalone atau isi lain yang dibungkus dengan rumput laut kering (seaweed). Ia boleh dimakan dengan begitu sahaja. Untuk Ruby, dalam 5 gigitan Onigiri baru boleh habis semua.
Penuhi Nihonjin dalam diri anda dengan Chuka Idako Onigiri (RM4.50). Rasa Chuka Idako menampilkan gurita bayi yang dibumbui dengan sos merah tebal dan biji bijan - rasa manis dan kenyal.
Salmon Teriyaki Onigiri (RM4.20), sebaliknya, mengingatkan hidangan nasi sederhana dengan teriyaki salmon yang tidak akan anda terlepas.
Untuk santapan klasik Jepun, cuba Smoked Salmon Cream Cheese Onigiri (RM4.50) yang dijamin memuaskan keinginan anda dengan rasa segar dan sedap.
Tobiko Kani Mayo Onigiri (RM4.20) memberikan umami yang besar dan merupakan cara mudah untuk memuaskan minat makanan Jepun anda.
Ingin mencuba sesuatu yang berbeza? Jom cuba Soy Garlic Chicken Onigiri (RM3.70). Disemai dengan perapan soya, halia, dan bawang putih, kebaikannya yang manis dan masin pasti memuaskan keinginan anda.
Manjakan selera anda dengan Wasabi Abalone Onigiri (RM5.00). Bola beras premium yang mewah ini pasti memenuhi piawaian citarasa tinggi anda dan membuat anda lebih rindu.
Anda juga boleh memilih untuk menikmati Unagi Onigiri (RM5.50) untuk santapan mewah semasa waktu snek atau waktu makan anda. Anda akan berharap anda diperkenalkan dengan permata ini lebih cepat!
Sebagai alternatif, anda boleh melihat variasi yang ada.
Rasa Teriyaki Chicken Onigiri (RM3.70) sangat menarik! Bukan sahaja enak, resipi ayam sihat ini juga sangat sedap.
Tuna Mayo Onigiri (RM3.70), sebaliknya, adalah kegemaran sepanjang masa dari banyak pelanggan. Rasakan rasa yang kaya dan tekstur yang menyenangkan dengan campuran serpihan tuna mayo dan berkualiti tinggi.
Dapatkan Onigiri yang enak ini secara eksklusif di kedai 7-Eleven terpilih anda hari ini. Sama ada untuk makan tengah hari yang digandingkan dengan makanan lain atau hanya gandingkan dengan secawan kopi panas. Ia pasti memberi nikmat. Apa yang penting, Onigiri mengenyangkan!
Onigiri 7-Eleven Terdapat Di 269 Cawangan 7-Eleven Malaysia
Ruby tahu, ramai menggemari Onigiri. Ia adalah makanan yang mudah kita makan tatkala sedang berjimat cermat, waktu ingin berdiet dan ketika travel. Onigiri juga adalah makanan yang segar disediakan. Kebiasaanya tarikh luput Onigiri 7-Eleven sekitar 1-3 hari. Sebab itulah, apabila membeli. Kita terus kena makan. Di dalam 269 cawangan 7-Eleven Malaysia yang terpilih ini, kesemuanya di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang sahaja. Di Pahang, hanya 4 cawangan 7-Eleven Malaysia terdapat Onigiri iaitu Genting Highland, Genting Highland Resort Sky Avenue, Gohtong Jaya dan Berjaya Hills Resort La Flamme Rose.
Cawangan kegemaran Ruby apabila teringin makan Onigiri adalah 7-Eleven Bukit Bintang berhampiran Lot 10, Suria KLCC dan Avenue K yang menjadi laluan Ruby ke pejabat dan meeting. Hehehe.
Cara Makan Onigiri
Ruby ingin berkongsi pengalaman Ruby pada usia 16 tahun dahulu. Ketika masa mula-mula ingin mencuba Onigiri. Memang sangat lucu tau. Apa yang membuatkan ingin mencuba Onigiri ketika itu pada tahun 2000 adalah fenomena drama bersiri Jepun. Mereka sering ke kedai seperti 7-Eleven untuk membeli Onigiri dan makan di pejabat ketika waktu rehat. Pelajar sekolah dan universiti pun bawa bekalan makanan Onigiri ni. Kalau waktu mereka makan, mesti Onigiri digandingkan dengan air kotak.
Ruby pada usia 16 tahun berjalan ke Bukit Bintang bersama kawan-kawan nak tengok-tengok Bukit Bintang ni ada apa. Bayangkan kami dari Suria KLCC ke BB. Berjalan kaki tauuu. Plan asal ke KLCC untuk hanya ke kedai buku Kinokuniya. Kawan-kawan ajak ke BB, Ruby pun ikut. Siap call mak, cakap nak berjalan ke sana. Haha. Ketika zaman sekolah macam ni mana ada wang untuk beriya berjalan. Ruby jumpa 7-Eleven Bukit Bintang dan ternampak susunan Onigiri. Hati berbunga dan terus minta kawan-kawan stop berjalan sebab nak masuk 7-Eleven. Masa tu perisa yang ada Chicken Mayo dan Tuna Mayo. Beli 1 dan kami makan kongsi makan. Nikmat betul pada masa tu. Digandingkan pula dengan minuman sejuk teh o ais botol Lipton. Itulah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kini, Ruby pula mengajar suami dan anak Ruby makan Onigiri.
Onigiri di Malaysia di jamin Halal. Itu yang berani makan pelbagai perisa. Jika travel ke luar negara iaitu negara Jepun dan Korea. Korang kena lihat logo Halal tau. Barulah yakin. Nak makan Onigiri ni mudah aje. Tapi masa zaman sekolah dulu, Ruby buka Onigiri tidak ikut guideline. Haha. Ruby buka plastik tu sampai habis dan kemudian baru balut dengan seaweed. Sepatutnya membuka Onigiri tidak akan membuatkan seaweed tercabut. Jadi, kita boleh menjaga kebersihan jari ketika makan. Tidak memegang secara terus Onigiri. Lapik dengan plastik sedia ada.
Onigiri sememangnya penyelamat apabila lapar dan ingin berjimat. Harga bermula dari RM 3.70 sahaja.
Makanan Lain Juga Tersedia Di 7-Eleven.
Selain Onigiri, bahagian Fresh Food 7-Eleven adalah medan selera mini yang memenuhi pelbagai selera. Dapatkan makanan lazat lain seperti spaghetti, makaroni atau cocoks seperti sosej berkeju. Kemudian makanan tempatan seperti nasi lemak, mee hoon goreng, makanan ringan, hingga minuman seperti kopi cawan, jus buah dan Slurpee sentiasa ada untuk anda!
Muat Turun Aplikasi My7E Sekarang!
Jom muat turun dan daftar sebagai ahli Aplikasi Kesetiaan My7E™ untuk menikmati penjimatan serta tawaran dan ganjaran eksklusif terus di hujung jari anda 24/7.
Dapatkan Minuman Paling Hebat di Bumi secara PERCUMA! ❄️🥤 Hanya mendaftar sebagai ahli My7E dan dapatkan satu untuk setiap pembelian Slurpee melalui 7Rewards! Kumpulkan semua 6 setem untuk menebus Slurpee PERCUMA anda! Jangan lupa untuk sentiasa mengimbas ID ahli anda semasa setiap kali pembayaran.
Cari kedai 7-Eleven dengan mudah melalui aplikasi My7E hari ini! Muat turun sekarang di Google Play Store dan Apple App Store:
Google Play Store:
App Store:
Mengenai 7-Eleven Malaysia
7-Eleven Malaysia Holdings Berhad melalui anak syarikatnya 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. Adalah pemilik dan pengendali kedai 7-Eleven di Malaysia. Diperbadankan pada 4 Jun 1984, 7-Eleven Malaysia telah melakar kejayaan dalam bidang peruncitan dan telah menjadi ikon terkenal selama lebih dari 36 tahun. 7-Eleven Malaysia adalah perintis dan pengendali kedai serbaneka mandiri 24 jam terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 2,400 cawangan di seluruh negara dan melayani lebih daripada 1 juta pelanggan setiap hari. Kedai 7-Eleven terdapat di kawasan komersial yang sibuk hingga ke kawasan perumahan pinggiran bandar yang tenang di seluruh Malaysia, dari stesen minyak dan stesen LRT hingga pusat membeli-belah dan institusi perubatan. 7-Eleven sentiasa ada untuk anda.
Tags
Foodie
saya suka sangat onigiri, kalau masuk hutan mesti beli onigiri, senang nak bawak dan kenyang. baru tau 7eleven ada jual, nanti nak try
ردحذفdulu nak makan onigiri mesti ke kedai jepun..skrg dah x perlu dah..7 eleven pun dah ada.. senang dan sangat praktikal
ردحذفLamanya tak layan Slurpee huhu. Now dah ada pilihan onigiri - malah ada plak kegemaran, Rawlins kena check them out kat 7E la kelak.
ردحذفBetul, rasa fresh pulak. Masa bulan Ramadan haritu, beberapa kali gak beli stock untuk sahur, kenyang pulak tu.
ردحذفOnigiri is my favourite but yet to try it from 7E. Will go get it tomorrow.
ردحذفBest la Onigiri skrg pun ada kat 7-E, senang la macam ni.. boleh dapatkan kat bawah rumah jer ni... good to know :)
ردحذفBenda yang mesti amik kalau ke FM tak tau kenapa, padahal kekadang amik banyak, dah le mahal gak kan hahaha.. ni dah ada kat 7Eleven plak adoiii habislahhh... tapi hrtu masuk, tak perasan pulak...
ردحذفAkak tak pernah rasa lagi onigiri kat 7e. Nampak sedap tu. Dah la puasa arini dan dan teringin...hahaha
ردحذفWah dah ade dekt 7 eleven. Ok dh boleh sennag cari. Kita start makan onigiri maasa ada job dengan munews.. Mula2 dulu.. Sejak tu bari reti makan onigini ni.. Suka ambik tuna.. Sedp.. Ok nnti try kat 7 eleven punya
ردحذفSelalu beli Onigiri kat store lain tak tahu now 7-Eleven pun suda ada. There's 3 7-Eleven at my taman so I must buy and try one day. My kids love to eat Onigiri so sedap
ردحذفone of my favourite! selalu gak beli onigiri ni kat 7e. Nampak je macam kecik tapi kenyang! sedap pula tu.
ردحذفTak pernah makan onigiri. Nampak macam sedap. Teringin plak nak cuba. Bolehlah try nanti
ردحذفNampak sedap bebeno Onigiri Teriyaki Chicken tu... Full of fillings... Tapi kat belah sini takdak la pulak... I is kempunan... Hehehehe... Masa kat KL dulu memang selalu dok beli Onigiri kat 7 Eleven untuk alas perut time memandu...
ردحذفserious, tak pernah terfikir pulak nak beli sushi di 7e. selalu nampak, tapi buat tak tahu je. kalau rubi cakap sedap, kena try la lepas ni. hehe
ردحذف