Fanbo Sewangi Harum Sakura, Menggamit Nostalgia

Fanbo Sewangi Harum Sakura, Menggamit Nostalgia | Assalammualaikum semua. Apa khabar? Hari ini Ruby ingin berkongsi tentang produk kosmetik dan penjagaan kulit Fanbo. Pernah dengar nama jenama ini? Mesti pernah kan? Ia adalah jenama bedak nyonya yang menjadi kegemaran datuk nenek moyang kita pada masa dahulu. Senang juga tengok mereka menjaga kecantikan. Sapu bedah nyonya je. Hehee. Lagi satu kenangan bedak nyonya adalah wangi. Haruman bedak nyonya sudah sebati dengan Ruby. Sehinggakan apabila membuka Fanbo Gold Pancaks, terbau -bau kenangan masa kecil. 

Fanbo Sewangi Harum Sakura, Menggamit Nostalgia.

Memilih produk penjagaan kulit dan mekap yang benar-benar sesuai untuk kulit adalah amat penting. Keadaan persekitaran di Malaysia yang panas dan hujan sepanjang tahun merupakan antara cabaran bagi produk Fanbo, dan kini dengan pandemik COVID-19 serta pelbagai tekanan lain, perlu dipastikan bahawa sebarang produk yang digunakan pada kulit kita dapat bertahan, serta dapat membuat kita berasa kekal berkeyakinan sebagaimana semasa mula memakainya.

Dengan warisan Fanbo yang menyerlahkan keyakinan setiap wanita menerusi produknya, supaya mereka dapat tampil dengan versi yang terbaik diri mereka, produk penjagaan kulit yang mempunyai reputasi yang baik serta boleh diharap ini kini dibawakan untuk wanita pada semua peringkat umur. Terkenal kerana kualiti, ketahanan, kesesuaian untuk semua jenis kulit tempatan, dan semestinya nilainya yang berbaloi, Fanbo kini bersedia untuk menawarkan produk-produk berkualiti kepada wanita Malaysia. Seperti yang sudah dinikmati oleh wanita di negara jiran selama berdekad lamanya. 

Jenama Nostalgik ini masih kekal kontemporari dengan adanya penyelidikan dan pembangunan yang berterusan untuk memastikan bahawa rangkaian lengkap produk-produknya mengikuti perkembangan terkini.

Keanggunan dan kelembutan pokok Sakura mengingatkan kita bahawa keindahan ada di mana-mana sahaja di sekeliling kita, yang menyerlah dengan caranya yang tersendiri. Fanbo membawakan falsafah ini menerusi produk penjagaan kulit dan kecantikan jenama tersebut, demi memastikan bahawa kaum wanita mempunyai pilihan yang elegan dan mudah didapati untuk menyerlahkan seri semula jadi mereka menerusi cara yang mencerminkan alam semula jadi.

Formulasi unik Fanbo dihasilkan supaya ia dapat membantu menyihatkan dan melindungi kulit anda. Produk Fanbo membantu melembapkan kulit dan melindunginya daripada anasir luar supaya anda mempunyai kanvas yang bersih untuk menyerlahkan kecantikan menerusi daya cipta anda. Ia juga mesra wuduk, oleh itu anda tidak perlu memperbaharui solekan anda selepas membersihkan muka. Fokus produk tersebut adalah untuk membawakan penyediaan dan asas yang berkualiti supaya anda dapat menyerlahkan gaya semula jadi anda. Formulasi yang tahan lama, ringan dan mudah diserap memastikan keselesaan dan perlindungan berjam-jam lamanya.

Fanbo Precious White Skincare

Rangkaian Precious White, semuanya dengan ekstrak Sakura, melembapkan kulit supaya tampak sihat dan segar. Ringan dan mudah diserap, ia menghilangkan kotoran, benda asing, dan mekap dengan mudah, dengan provitamin dan ekstrak Sakura untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih cerah. Terdapat tiga jenis produk (toner, pembersih muka dan pelembap) yang mudah digunakan untuk disesuaikan dengan jenis kulit dan cara pemakaian anda. Penggunaan ekstrak Sakura membawakan pelbagai manfaat untuk kulit; ia menjadikan kulit lebih cerah secara semula jadi, mengurangkan pengoksidaan, mengecilkan pori-pori wajah, mengurangkan kemerahan kulit, dan antiradang. Ia bukan sahaja lembut dan halus, tetapi juga menyerlahkan kecantikan dan seri semula jadi kulit anda.


Fanbo Precious White Facial Foam adalah buih pencuci muka yang mengandungi ekstrak Sakura untuk penawar radikal bebas, mencerahkan kulit, membantu menghilangkan kulit kusam dan minyak berlebihan dengan AHA & Pro Vitamin B3 untuk melembapkan kulit muka anda!

Fanbo Precious White Facial Foam 100 ml
Harga: RM 21.00

Milk cleanser Fanbo akan membantu bersihkan kekotoran, habuk agar bagi anda sihat dan kesegaran pada kulit. Ia mengandungi essence Sakura, AHA & Pro Vitamin yang mengawal kelembapan dan mencerahkan kulit!

Fanbo Precious White Milk Cleanser 110 ml
Harga: RM 16.00

Toner Fanbo boleh bantu membuang sisa-sisa imputiry, debu dan solekan dengan mudah untuk memberi kesihatan dan kesegaran pada kulit. Ia mengandungi essence sakura, AHA & Pro-vitamin untuk menjaga kelembapan, mencerahkan dan mencerahkan kulit anda!

Fanbo Precious White Face Toner 110 ml
Harga: RM 16.00

Tekstur Fanbo Moisturizer amat ringan dan cepat menyerap semasa anda apply pada kulit. Ia mengandungi Pro-vitamin dan ekstrak Sakura supaya membawa anda kesan kelembapan dan mencerahkan kulit bersinar sepanjang hari.

Fanbo Precious White Moisturizer 40 ml
Harga: RM 17.00

Fanbo Gold Series

Fanbo Gold Pancake Compact Powder: Dikaji dan dihasilkan supaya sesuai dengan semua jenis kulit, bedak kompak ini didatangkan dalam rona kulit tempatan. Tepung jagung menyerap minyak yang berlebihan pada kulit, dan zink oksida melindungi kulit daripada UVA dan UVB – ideal bagi iklim kita yang panas dan sentiasa disinari cahaya matahari.

Fanbo Gold Pancake dicipta untuk semua jenis kulit. Corn starch yang mengandungi dapat bantu menyerap minyak yang berlebihan pada kulit supaya tahan lama.
Selain itu, Zinc Oksida dalam Gold Pancake dapat memberikan kesan lindungan terhadap sinar UVA dan sinar UVB matahari.
Dalam Gold Pancake mengandungi mineral tanah digunakan sebagai bahan aktif penebalan, pelincir, dan pelindung matahari dalam kosmetik.

Fanbo Gold Pancake Compact Powder 22.5g
Harga: RM 12.00

Ko Warna:
1) Kuning Pengantin
2) Natural
3) Sawo Kencana
4) Janur Kuning
5) Kuning Langsat
6) Sawo Matang

Ruby memiliki kod 1, 4 dan 6. Jom kita cuba. 


Pensel Kening Fanbo Gold Eyebrow Untuk membantu anda menyerlahkan kening supaya tampak lebih natural. Produk yang halal dan mesra wuduk ini bukan sahaja mudah digunakan, tetapi juga tahan lama.

Dalam era globalisation ini, kening telah memainkan peranan yang sangat penting dan perlu dititikberatkan. Pensil Kening Fanbo dengan tekstur yang lembut akan bantu anda hasilkan kening yang natural. Produk berlabel halal tentu jadi pilihan ramai wanita di Malaysia.

Tambah pula kosmetik yang mesra wuduk dan boleh di bawa solat sangat memudahkan wanita-wanita di luar sana untuk memakainya di mana-mana sahaja.

Hence, makeup with Fanbo eyebrow pencil to look natural!

Fanbo Gold Eyebrow 1.6g
Harga: RM 15.00

Fanbo Khusus Untuk Kulit Masyarakat Asia

Menurut jurucakap Fanbo, Anastasia Gracia, Pengarah Fanbo Malaysia, “Fanbo berbesar hati untuk mengongsikan rangkaian produknya dengan Malaysia. Kami mengenali jenis-jenis kulit di Malaysia, dan kami berasa gembira kerana dapat membantu semua wanita Malaysia untuk menyerlahkan seri wajah mereka dengan produk-produk yang dihasilkan khusus untuk kulit Asia, serta yang mengambil kira faktor iklim dan gaya hidup tempatan. Seperti juga keanggunan pokok Sakura, ia dibawakan untuk memberikan sokongan dan asas yang lembut supaya semua wanita merasakan diri mereka istimewa".

Produk-produk Fanbo boleh didapati di Malaysia secara eksklusif di gedung dalam talian berikut:


Mengenai Fanbo Cosmetics

Produk Fanbo ditubuhkan pada sekitar tahun 1903. Produk pertamanya adalah Produk Bedak Hoitong yang sampai hari ini masih berada di pasaran. Pada saat itu Fanbo hanya bisa digunakan oleh puteri-puteri Tiongkok dari golongan atasan.

Nama Fanbo yang berasal dari perkataan Fanbao yang filosofi bermaksud bedak berharga, bedak (fen) dan berharga (bao). Produk Fanbo mulai tersedia di Indonesia sejak Tahun 1968 dengan rangkaian produk klasiknya seperti Rose 68 Pancake, Gloria 5 K Pancake,  parfum 67 K, dan Parfum 5 K.

Kosmetik  Fanbo merupakan salah satu produk pertama di Indonesia yang diciptakan untuk mempercantik wanita Indonesia dengan inovasi produm yang berkualiti tinggi dan harga mampu milik. Produk Fanbo juga merupakan produk kegemaran para jurusolek dari awal sehingga ke hari ini.

Facebook | Instagram

13 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Ya rabbi baru kte tau yg bedak hoitong tu jenama fanbo. Dulu2 arwah mak mmg guna bedak ni..sebijik jerawat pun tak de muka mak hehhe..kte igt fanbo ni jenama baru bila baca oooo lamaaaa..tgk bedak tu lg la..mmg sah lama..bagus la kan..jenama yg dipercayai turun temurun ni

    ردحذف
  2. wah ni bedak nenek kite! dulu selalu perasan ada dekat laci dia rasanya memang lejen brand ni! diorang patut kekalkan kotak camtu baru nostalgia wangi pun yaa

    ردحذف
  3. Mesti wangi kan Fanbo nie. And terkejut gak rupanya hoitong tu rupanya jenama Fanbo ye. Terimbau kenangan tengok my mother and aunties pakai nie dulu

    ردحذف
  4. Bestnya bedak dia, ada banyak pilihan warna. Brand lain biasanya ada 2 atau 3 je. Harga pun mampu milik.

    ردحذف
  5. Pernah try brand ni hr tu.. okla.. cuma biasa akk oki yg liquid, tapi ni mcm bedak.. harga dia ikutkan xdela mahal sangat.. mmg worth!

    ردحذف
  6. Fanbo ni lejen...dulu marsha panggil bedak cina. Moyang Marsha dok guna. Sekarang pakaging dia makin modennnn

    ردحذف
  7. Packaging sekarang ni cantik. Baru tahu bedak yang gambar nyonya tu jenama fanbo. Arwah mak marina pon guna ni dulu

    ردحذف
  8. Dulu-dulu waktu sek memang ada oakai produk Fanbo ni, beli kedai jamu mesti ada.. now dah terjual di Malaysia dah senanglah, nanti mesti ada di watson atau guardian kan..
    Geram nengok muka ko Ruby, suci bersih...

    ردحذف
  9. Kita dulu suka pakai bedak tepek cmni... Rupanya org pgl compact powder.. Tp dh lama juga ya fanbo ni... Bau dia pun wangi jee..

    ردحذف
  10. fanbo. macam nama mainan. hehe. cantik packaging dia, nice je especially compact powder tu. senang nak pakai kat luar

    ردحذف
  11. Wahhh dah lama rupanya brand Fanbo ni... baru skrg Nell tahu kewujudan dia... banyak pulak product range dia kan... tertarik dengan product with sakura extract dia.. (Y) so far tak pernah try lagi facial product with Sakura essence.. macam yes jer..

    ردحذف
  12. I also like their Fanbo's Precious White Sakura skincare range, its basic and something that we need everyday to maintain healthy skin.

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال