1 Kilogram Isi Durian Musang King RM 130! Okay Kan?
Ruby terjumpa peniaga dalam talian tiba di lobi rumah. Rupanya mereka ada bagi tau nak datang sebab majoriti penduduk dah membuat pesanan siap-siap. Ruby pun menyelitlah. Hahahaa. Terus ku tanya harga.
Sambil tokey Durian kupas kulit dan melayan pelanggan. Ruby pun menyelit,
Ruby: Durian ape tu??Tokey Durian: Durian Musang King. Sekilo sekali kulit RM35. Kalau sekilo sebekas food container RM 130.
Masa tu dah tengok Musang King, Ruby terus order Musang King. Lupa nak tanya durian apa lagi ada. Bila giliran durian Ruby dah hampir selesai disediakan. Ada bro tanya durian apa lagi ada?
Tokey Durian: Durian Kampung, Musang King dan D24.
Ehhhhh Ruby suka Durian Kampung. Alamaaaaakkk.
Hahahahaha.
"Takpelah Musang King pun okay".Bisik dalam hati.
Ruby terus online transfer bayaran ke akaun tokey Durian.
Balik rumah dengan hati gembira. La la la la.
Semoga peniaga itu dimurahkan rezeki. Mereka berusaha berniaga ketika cuaca hujan lebat. Durian kupas terus masuk bekas makanan. Segar dan berkualiti. InsyaAllah. Maaf Ruby tiada contact mereka. Lepas selesai terus balik. Nampak tak bergegas balik rumah jika tiada perkara penting. 🤭
Setibanya di rumah... Buka bekas makanan, perghhh semerbak. Kuning cantik. Ambil satu gambar dulu sebelum makan.
Iya ini sahaja gambar yang ada. Lepas ambil gambar terus makan 7 ulas. Kahkahkahkah. Sumpah Sedap!
Berahsia Harga Durian
Kemudian...
Suami menyapa, "beli apa tu? Durian ke? Pengat durian ke? Tempoyak ke?"
Ruby: Saya beli isi durian sekilo ni, tak perlu kupas kulit dah. Senang kan. Tak susah kita nak kupas. Anak pun tak kena duri kulit Durian kalau berlari di dapur. Rumah pun tak bau durian yang kuat. Hahahaha.
Tangan penuh dengan isi durian yang sedang dimakan. Kemudian menerpa soalan.
"Berapa ringgit awak beli?"
Adoiiii dalam hati, matilah aku kalau suami tahu RM 130. Mesti dia marah.
Ruby: Marilah makan, sedap ni.Ruby Buat-buat tak dengar.Suami: Haishhhh isteri ku Oh! isteri ku.
Sebelum gaduh manjahhhhhh, baik diam. Ruby teruskan makan durian. Elak selagi boleh. Hahahahaahahaa
Apa pendapat korang dengan harga Durian Musang King ni? Dua bulan juga Ruby menabung untuk durian ni. Alhamdulillah dapat! 😆😆😆
Tags
Foodie
Boleh tahan mahal kan kalau Musang King ni. Bagi yang teringin boleh la beli tu. Kalau tak teringin sangat. Errr boleh la save duit tu. Sis hari tu suami sis beli durian kat kebun area rumah sis ni....memang tak sampai RM130. 1 Musang King, 1 durian IOI. Tapi tu durian sebijik tu. Sis tengok isi Ruby banyak jugak tu. Isi durian Musang King sis beli tak sebanyak tu tapi isi dia warna kuning terang. Puas la makan.
ردحذفHarga durian memang lain macam sikit kan kak. Tapi nikmat diaaaaa. Sampai ke bulan. Hahaha. Saya rasa rm 130 isi sahaja ni ok. Tapi takottt nak bg tau suami. Hahahaaa.
حذفTakpelah Ruby...kita teringin sangat tu...kalau sis pun pejam mata. At least tak kempunan kita nak merasa. Kumpul duit pun sis sanggup!.
حذفTu dia. Haha. Memang kebaboom ye harganya. Warnanya memang menarik. Nasib la Rawlins tak makan durian - bukan tak suka, Rawlins akan demam lepas makan. Haha
ردحذفadoi.. wrong timing baca ni... but kita craving pula ni... hahahaha best la dapat makan musang king. tomorrow i wanna order this. I'm so so so so craving
ردحذفOk sangat tu ruby harga. MK memang harga dia macam ni. Lagi bebaloi confirm semua elok. Kalau beli yg biji tu harga lebih kurang lepas tu ikut nasib la mangko ke ada berapa ulas je ke...hihi
ردحذفOkay sangat tuuu.. haritu Sis belikan anak durian Musang King di Shah Alam guna Grab dr gerai durian SS2 tu, sebekas RM48.. puashati makan kata anak walau tak banyak.. macam Ruby ni perghh puas tu makan weiii...
ردحذفEhhhhhh. Serius okay je harga tu Ruby. Atie dapat haritu IOI sekilo pun dah RM 25.00, Musang King RM 42.00 dengan kulit. Sekarang ni atie nampak ramai jual dalam bekas. Lebih mudah dan berbaloi pada harga yang Ruby bagitau kat atas ( RM 130.00 ) tu. Hee~
ردحذفPuas hati tgk isi.mcm tu.. tapi iyalah bukan selalu ruby. Sekali sekala setahun.. akk setakat ni x Beli lagi musang king... Amik yg kampung jer
ردحذفWow terliur tgk kuning emas durian ni. Nasib masih berbaki lagi durian D24 dalam peti ais. haha.
ردحذفBagi saya harga musang king ni berbaloi dengan isi dia yang tebal dan biji dia yang kecik. Rasa dia pun sedapkan lemak2 gitu. Pernah beli juga musang king ni dulu, tak boleh beli selalu. haha.
Isi sekilo RM130 rasanya murah sangat. Rezeki Ruby dapat. Memang sedap sangat kan Musang King , sekali rasa dah tak nak dah makan durian jenis lain. Sesekali apa salahnya belanja diri sendiri dan keluarga makan yang sedap. Lagipun durian kan buah bermusim . *meh sini seulas dua...hahaha
ردحذفMurah juga tu rm130 sekilo, sbb aritu puas saya cari online, paling murah pun rm60 untuk 300g. Kalau sekilo mesti dlm rm200.
ردحذف