Aplikasi Mindful Muslim Bantu Menenangkan Kemurungan, Kegelisahan Dan Tekanan Ketika Pandemik COVID-19.


Aplikasi Mindful Muslim Bantu Menenangkan Kemurungan, Kegelisahan Dan Tekanan Ketika Pandemik COVID-19. | Assalammualaikum semua. Apa khabar? Ruby doakan kita semua dipermudahkan urusan dan diperkayakan rezeki. Terus kuat bersemangat ya. Hari demi hari, melihat statistik kes positif COVID-19, angka kematian, perjalanan pemberian vaksin kepada rakyat dan keadaan pasukan petugas barisan hadapan. Ia membuatkan Ruby kegelisahan. Apa sedang berlaku di Malaysia? Kenapa boleh jadi begini? Tonton video di sosial media dan keadaan semasa membuatkan kita tidak keruan. Apa akan terjadi pada masa hadapan? Selama 16 bulan kita mengharungi PKP, PKPD, PKPB dan PKPP. Terasa penatnya sekarang. Namun, Ruby harus terus tabah dan patuh SOP demi insan tersayang di dalam rumah ini. Ya Allah, lindungilah kami di Malaysia ni. Kuatkan keimanan kami. 

Aplikasi Mindful Muslim Bantu Menenangkan Kemurungan, Kegelisahan Dan Tekanan Ketika Pandemik COVID-19.


Setiap orang, ada cara untuk membahagiakan diri sendiri dari serabut memikirkan keadaan pandemik COVID-19. Siapa kita nak mempertikaikan apa yang berlaku? Sedangkan benda ni di luar jangkaan manusia. Pandemik ini bukan perkara yang mudah. Kes yang meningkat sekarang, tidak tahu puncanya dari mana dan tiba-tiba seisi keluarga positif. Dari orang dewasa sehinggalah kanak-kanak perlu melakukan "swab test" untuk mengesan penyakit COVID-19. Setiap hari kedengaran bunyi siren ambulans dan polis, sama ada mengiringi jenazah atau membawa pesakit positif COVID-19 ke hospital yang masih ada kekosongan. Allahuakbar! Ruby berasa terkedu dan termenung. 


Mengikut statistik diatas bertarikh 25 Julai 2021, keadaan amat menakutkan. 17,045 jumlah kes baharu!!! Keadaan ini menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan hampir menjadi amat terhad. Malahan kami M40 sudah mula terkesan. 

Jadi, Ruby harus bangkit! Sibukkan diri dengan kerja yang biasa Ruby buat. Ruby kena set minda, harus postifi agar terjaga kesihatan mental. Alhamdulillah Ruby berjaya sibukkan diri. Kemas rumah, memasak, membasuh pakaian, menulis blog, melaksanakan tugasan PdPR anak-anak, buat aktiviti-aktiviti bersama anak dan mengelak dari bertengkar dengan suami. 

Kadang-kadang perasaan sempit datang apabila terperap di dalam rumah terlalu lama. 

Astaghfirullahalazim!
Astaghfirullahalazim!
Astaghfirullahalazim!

Ruby ambil pendekatan pejam mata dan mula istighfar. Berhenti berfikir sekejap. Tarik nafas sedalam-dalamnya. Kemudian Ruby akan berbaring, tidak mahu buat apa-apa. Beri aku 10 minit wahai badan. Jangan knock out. Jangan.. Tiba-tiba, anak datang. Pegang tangan. 

Ibu.. ibu.. ibu.. nak air ke?

Ruby hanya mendiamkan diri.. macam dalam mimpi..

Ibu.. ibu.. tangan kecil si Alif anak nombor dua Ruby letak di antara pipi dan leher..

Ibu.. ibu...

Barulah Ruby tersedar dan perlahan-lahan buka mata..

Keadaan ini kerap sangat berlaku, cuma Ruby tidak sedar. Ruby berasa bersyukur kepada Allah s.w.t kerana tanpa disangka, anak-anak kita yang kita sangka agresif kuat bergaduh lebih memiliki perasaan ambil tahu. 

Ruby tanya kepada Alif, kenapa Alif buat macam tu? Dia cakap..

Ibu tidur masa sun (matahari) ada, kita kan tidur masa sun dah takda. Kenalah kejut ibu.

Hahahaha.

Mindful Muslim Sesuai Untuk Seisi Keluarga.

Setiap malam, pasti Ruby dan suami akan melayan ragam anak-anak yang tidak mahu tidur awal. Sedangkan, mata mereka sudah menunjukkan tanda-tanda mengantuk. Mereka seperti ketakutan ingin tidur di katil masing-masing. Ada sahaja alasan ingin tidur berhimpit 4 orang. Ruby bukannya apa, rehat yang mencukupi sangat penting buat seisi keluarg. Tidak terkecuali untuk kanak-kanak atau orang dewasa. Tambahan pada musim pandemik COVID-19. 

Work from home (WFH) sangat meletihkan, tidak bekerja juga meletihkan, kerja di luar juga meletihkan. Semu perkara meletihkan, jadi waktu tidur adalah waktu kita berehat. 

Ruby pasang aplikasi Mindful Muslim dan pergi kepada pilihan Night Quran. Apabila ayat-ayat suci surah di dalam Al-Quran dibacakan, secara automatik kita akan baca sekali. Tanpa disedari kita akan terlelap. Ruby memang sukar mendapat tidur lena. Nak tidur awal pun susah. Ada juga Ruby tidur selepas Azan Subuh. Ada kala dah terlena, tetapi terjaga setiap satu jam. Suami selalu akan mamai tegur, "belum lagi jam 5 pagi" Apabila Ruby ada masalah tidur begini, secara automatik pasangan kita juga akan terganggu kitaran tidur dia. 

Fungsi Menarik Aplikasi Mindful Muslim


Oleh kerana Ruby terlalu banyak berfikir, jadi Ruby mula menggunakan aplikasi Mindful Muslim dengan lebih mendalam. Sesuai ke fungsi untuk keadaan kesihatan mental macam Ruby? Iya ada! Sleep Diary!

Jika anda mempunyai hobi menulis diari atau "planner". Sleep diary adalah fungsi paling mudah untuk anda gunakan selain mengambil pen dan kertas. Gunakan fungsi di dalam aplikasi ini sebelum tidur. Ini kerana, kita sering sukar tidur apabila ada sesuatu bermain di minda kita. Fikiran terganggu. 

Tambahan apabila kita seorang pelajar, ibu, wanita bekerja, lelaki yang membina karier dan pada zaman pandemik ini banyak perkara yang kita gusarkan tanpa sebab. Walau apa kegusaran atau idea tiba-tiba datang menjelma. Taip sahaja di bahagian Sleep Diary. Mudah kan? Jangan bimbang, ia adalah selamat kerana setiap kali ingin memasuki ke bahagian My Sleep Diary, anda perlu memasukkan kata laluan.



Kenali Aplikasi Mindful Muslim

Mindful Muslim sarat dengan fungsi menarik. Semuanya untuk bantu anda bertenang. Setiap muslims perlu muat turun aplikasi ini. Gunakan sebaiknya. Walaupun ketika sebelum tidur, ia amat bermanfaat. Setelah Ruby guna, Ruby dapat rasakan perbezaan dalam kitaran tidur. Tidur lebih nyenyak. Kami sekeluarga sama-sama mendengar bacaan surah Al-Quran. Pada hari lain, kami mendengar kisah-kisah nabi dan para sahabat. Jika gelisah, dengar kata-kata motivasi dari 61 cerita. Ada juga malam-malam yang kami hanya ingin mendengar bunyi ombak dan burung berkicau sahaja. Rindu suasana di kampung. 

Berikut adalah diantara fungsi aplikasi Mindful Muslim. 

Aplikasi Mindful Muslim Bantu Menenangkan Kemurungan, Kegelisahan Dan Tekanan Ketika Pandemik COVID-19.Aplikasi Mindful Muslim Bantu Menenangkan Kemurungan, Kegelisahan Dan Tekanan Ketika Pandemik COVID-19.Aplikasi Mindful Muslim Bantu Menenangkan Kemurungan, Kegelisahan Dan Tekanan Ketika Pandemik COVID-19.Aplikasi Mindful Muslim Bantu Menenangkan Kemurungan, Kegelisahan Dan Tekanan Ketika Pandemik COVID-19.Aplikasi Mindful Muslim Bantu Menenangkan Kemurungan, Kegelisahan Dan Tekanan Ketika Pandemik COVID-19.Aplikasi Mindful Muslim Bantu Menenangkan Kemurungan, Kegelisahan Dan Tekanan Ketika Pandemik COVID-19.Aplikasi Mindful Muslim Bantu Menenangkan Kemurungan, Kegelisahan Dan Tekanan Ketika Pandemik COVID-19.Aplikasi Mindful Muslim Bantu Menenangkan Kemurungan, Kegelisahan Dan Tekanan Ketika Pandemik COVID-19.Aplikasi Mindful Muslim Bantu Menenangkan Kemurungan, Kegelisahan Dan Tekanan Ketika Pandemik COVID-19.Aplikasi Mindful Muslim Bantu Menenangkan Kemurungan, Kegelisahan Dan Tekanan Ketika Pandemik COVID-19.


Pengasas Mindful Muslim Bersemangat Mahu Bantu Kesihatan Mental Setiap Ummah


Ruby melihat kepada pembinaan aplikasi Mindful Muslim. Ia aplikasi yang sangat bagus. Fokus untuk membantu perbaiki kitaran tidur kita dengan cara Islam. Ia membuatkan kita lebih dekat dengan Allah s.w.t. Apabila kitaran tidur kita bagus, secara automatik kehidupan kita juga lebih hebat.

Tahukah anda, siapa pengasas Aplikasi Mindful Muslim? Beliau adalah Encik Mohd Akhtaar Bin Abdul Ghani atau lebih mesra dengan panggilan Mohd Akhtaar, berusia 33 tahun dan berasal dari Singapura. Sedang melanjutkan pelajaran di Auckland University of Technology di New Zealand dalam bidang Masters of Communication.


Beliau seorang lelaki beragama Islam yang mengambil berat tentang kesihatan mental muslim di seluruh dunia. Malah, beliau ingin menghalang pandangan dan stigma bahawa jika anda mempunyai masalah kesihatan mental, anda adalah muslim yang tidak baik. Kesihatan mental tidak hadir sejak kita lahir atau semasa bayi. Ia terbina ketika kita membesar. Perjalanan kesihatan mental tanpa disedari memberi kesan apabila kita sudah mencapai usia 25 tahun ke atas. Dimana, ketika ini kita sudah mula mempunyai tanggungjawab besar sebagai anak, pelajar, suami, isteri, kesibukan kerjaya dan tekanan kehidupan. 

Jadi, kesihatan mental yang sihat masih boleh dicapai. Caranya? Kembali mengenali diri. Mengenali diri dengan mengamalkan cara hidup yang sihat, sentiasa bersangka baik dengan Allah s.w.t, mengenali kebolehan diri dan tahu apa yang kita mampu lakukan. Berfikiran positif dengan bergaul dengan orang-orang yang positif juga. 

Anugerah Dan Penghargaaan Yang Diterima Oleh Mindful Muslim

Aplikasi Mindful Muslim telah menjuarai pertandingan X Challenge Tech Start-Up yang berlangsung di New Zealand. Aplikasi ini dilancarkan pada bulan Mac 2020, dan telah berkembang dengan kadar 15,000 pengguna baru setiap bulan. Berdasarkan statistik, muat turun tertinggi adalah dari Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom dan United Arab Emirates. Pada masa akan datang, beberapa ciri lain akan di bina. Seperti bahagian kaunseling, terjemahan bahasa ke bahasa kebangsaan setiap negara dan fungsi untuk kisah "bedtime story" kanak-kanak yang berpandukan kisah para nabi dan rasul. InsyaAllah.


The World's First Islamic Mindfulness App | Scoop News: https://www.scoop.co.nz/stories/ED2012/S00011/the-worlds-first-islamic-mindfulness-app.htm


The worlds first Islamic mindfulness app | AUT News: https://news.aut.ac.nz/news/the-worlds-first-islamic-mindfulness-app


'Mindful Muslim' app wins X Challenge Supreme Prize - ummid.com : https://ummid.com/news/2020/december/09.12.2020/mindful-muslim-app-wins-x-challenge-supreme-prize.html


AUT alumni launch first Islamic mindfulness app | ITP Techblog: https://techblog.nz/2417-AUT-alumni-launch-first-Islamic-mindfulness-app


Islamic Mindfulness App Wins $20,000 Prize at AUT's X Challenge - Students Herald NZ : https://www.studentsherald.com/islamic-mindfulness-app-wins-20000-prize-at-auts-x-challenge/


Muat Turun Di Google Play Store Dan Apple Store


Aplikasi Mindful Muslim Bantu Menenangkan Kemurungan, Kegelisahan Dan Tekanan Ketika Pandemik COVID-19.



Semoga perkongsian ini bermanfaat. 


11 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. sedap nama apps ni.." mindful muslim". sekarang mmg banyak orang stress. kita yg masih ada gaji ni pun kadang murung pikir orang yg tak da makannan

    BalasPadam
  2. Ramai orang stress sekarang ni Ruby. Maybe nampak happy luaran tapi dalaman dia je yang tahu. Bagus pula apps ni akak rasa. Macam akak, dah tak ambik tahu pun berapa kes Covid ni. Kalau tengok angka2 tu boleh stress. Jadi akak tak tengok. Bagus mindful muslim ni....nak kena bagi makanan juga untuk 'roh' kita supaya kita dapat jadi seorang yang tenang.

    BalasPadam
  3. Suka betul apps ni siap boleh buat playlist kita kan. Senang xpayah nak pilih-pilih dah bila memerlukan.

    BalasPadam
  4. Rawlins pun lebih tenang sekarang bila memulakan hari dengan bacaan yang menenangkan jiwa. Now nak tidur pun pasang translations, senang nak faham. Hehe

    BalasPadam
  5. Dah download dan guna dah, memang terapi minda betullah... lagi time nak tido bukak dan dengar, lapang dada dan otak..

    BalasPadam
  6. Bagus dan menarik apps nk. Terutama di.musim pandemik skrg ni. Kita perlu terapi untuk minda dan jiwa

    BalasPadam
  7. Bagus ada applikai ni coz during this lockdown ramai dah down and hopefully it can keep them to the right path

    BalasPadam
  8. Wah bagusnya aplikasi ni. Ada banyak fungsi menarik. Sesuai tambah2 untuk musim terkurung sekarang ni. :)

    BalasPadam
  9. Susah macamana pun kita masih ada 1001 cara untuk atasi kan . Akak pun kalau dah pening kepala sangat tak tahu nak buat apa memang capai phone dan cari ayat2 untuk memotivasikan diri sendiri dulu kemudian baru bantu orang lain. Biasa dengar ayat2 penenang zikir2 semua dekat spotify jer ni ada app khas bolehlah cuba.

    BalasPadam
  10. Wah baru tau pasal apps ni. :) banyak benda menarik boleh explore. terimakasih atas perkongsian sis. hee

    BalasPadam
  11. alhamdulillah akhirnya ada apps yang bagus mcmni

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال