Minuman Botani LAMEEYS Colla-genic With Pomegranate


Minuman Botani LAMEEYS Colla-genic With Pomegranate. | Assalammualaikum semua! Dah lama tak berkongsi cerita tentang minuman kesihatan berasaskan botani. Kebiasaannya minuman botani mesti dalam botol yang besar dan perlu diamalkan dengan menggunakan sudu. Teknologi perniagaan minuman botani semakin canggih, pada zaman ini lebih mudah untuk mengamalkan minuman sebegini dengan hanya membuka sachet kecil. Pada usia sudah 30-an, Ruby dapati kulit semakin matang iaitu kering, kasar, kedut dan kusam. Kemudian paling stress adalah kemunculan garis halus dan lipatan pada leher semakin kelihatan walaupun berleher jinjang. Ewahhhh. Ruby sentiasa amalkan regimen penjagaan kulit. Tetapi itu tidak mencukupi jika hanya menjaga luaran sahaja. Tambahan sekarang kita digalakkan memakai dua lapisan pelitup muka. Jerawat mula muncul! Adoiiiiii.

Minuman Botani LAMEEYS Colla-genic With Pomegranate.


LAMEEYS telah melancarkan produk pertamanya bertekstur halus dalam bentuk Peptida Kolagen (Collagen Peptides) yang diiktiraf HALAL. Dinamakan sebagai LAMEEYS Colla-genic with Pomegranate, ia diformulasikan dengan peptida kolagen marin yang sinonim atau cenderung menjadi pilihan pengguna sebagai penyelesaian semulajadi kepada masalah kulit dan kecantikan, bermula dari dalam.

"Industri kecantikan kita telah mencapai piawaian yang terbukti hebat dalam menutupi kelemahan luaran wajah bermula dari concealer, bedak asas hingga pembayang mata. Ia membantu wanita untuk kelihatan lebih cantik dan berkeyakinan. Malangnya, menutupinya masih tidak dapat membantu wanita untuk mengatasi masalah kulit sedia ada,” ujar Pengurus Pembangunan Perniagaan LAMEEYS, Raja Marliza Safia. 

"Itulah sebabnya wanita masih tercari-cari produk kecantikan yang boleh membantu mereka kelihatan bersinar dari dalam, tanpa kesan sampingan. Oleh itu, kami telah mencipta LAMEEYS Colla-genic with Pomegranate, untuk membantu wanita tampil yakin dengan kulit mereka sendiri dengan cara yang paling semulajadi."





6,000mg Marine Collagen Peptide


Didatangkan dalam bentuk sachet yang sedia diminum, setiap kotak mengandungi 15 paket yang senang dibawa dan diminum pada bila masa di mana sahaja. Pengguna dapat merasakan kesannya hanya dalam 7 hari dengan mengambil 2 sachet sehari, sebelum sarapan dan sebelum tidur secara konsisten selama 7 hari. Menariknya, setiap titisan 6000mg Peptida Kolagen dengan Jus Delima ini terbentuk daripada hasil elemen berikut:

✅ Teknologi termaju Korea 🇰🇷 – membantu menghidrolisis Kolagen menjadi molekul terkecil.
✅ <1000 Dalton – semakin kecil molekulnya, semakin baik penyerapan kepada badan.
✅ 6,000mg Peptida Kolagen – meningkatkan keberkesanan Kolagen.
✅ Tambahan Peptida Sutera – memelihara kelembapan, melindungi kulit daripada kekeringan.
✅ Ekstrak buah delima – kaya dengan antioksidan untuk mencegah kerosakan oksidatif kulit.
✅ Tanpa bahan pengawet tambahan. Bebas warna tiruan.


Perbezaan Kolagen Dan Peptida Kolagen


Kolagen merupakan blok binaan terpenting bagi kulit manusia. Protein kompleks ini membentuk hampir 80% kulit dan memberikan struktur, keanjalan, perlindungan, selain berfungsi membantu mengekalkan kelembapan dari lapisan kulit yang paling dalam. 

Namun, Kolagen sahaja, dalam bentuk memanjang dengan struktur molekul yang besar menyebabkan kadar serapannya agak perlahan. Sebaliknya, Peptida Kolagen yang terhasil melalui proses hidrolisis pula menghasilkan molekul lebih kecil dan lebih bersedia secara biologi untuk diserap dengan pantas ke dalam aliran darah kerana rantai asid aminonya lebih pendek. Peptida Kolagen mempunyai berat molekul yang jauh lebih rendah (1,000 Daltons). Semakin rendah berat molekul, semakin tinggi daya serapan yang dibenarkan oleh tubuh. 

Apa yang lebih penting ia dicipta untuk menangani lima masalah / isu umum kecantikan:

🌟 Kulit: Membaiki kolagen kulit & serat protein elastin untuk meningkatkan keanjalan, ketegangan dan penghidratan atau kelembapan kulit sehingga 91%.

🌟 Penuaan: Mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan, mencegah tanda penuaan.

🌟 Regangan: Minuman kolagen telah terbukti secara saintifik untuk meningkatkan keanjalan kulit sehingga mengurangkan penampilan stretchmarks akibat bersalin.

🌟 Rambut: Membantu melancarkan pertumbuhan semula sel-sel rambut dan memperbaiki penampilan dan kilauan rambut.

🌟 Kuku: Membantu meningkatkan kualiti kuku dan kesihatan kuku.

Semulajadi, Lembut & Halal.


LAMEEYS percaya bahawa kunci kepada kecantikan adalah dengan memastikan kesihatan tubuh dari dalam. Justeru, LAMEEYS menawarkan pelbagai produk penjagaan kesihatan & kecantikan yang diperakui bersih, selamat dan bebas daripada unsur-unsur yang membahayakan. LAMEEYS memastikan Ianya dicipta berasaskan sumber alami dan semulajadi, menepati maksudnya dalam bahasa Arab iaitu, lembut untuk disentuh. 

LAMEEYS juga percaya bohawa kecantikan dari dalam adalah hak milik setiap Insan, lelaki mahupun perempuan. Untuk itu, produk yang ditawarkan pastinya mampu milik dan mudah dicapai di pelbagai platform pemasaran. 

Produk ini tertakluk kepada Akta Makanan 1983. Maka ia bukan produk kawalan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memerlukan Nombor Notifikasi National Pharmaceutical Regulatory Agency (NRPA). Produk ini tidak memilik unsur bahan-bahan seperti di dalam produk kosmetik dan ubat-ubatan suplimen. LAMEEYS telah menerima Sijil Analisis HALVEC melalui JAKIM Halal Panel Lab. Doakan pandemik COVID-19 nanti cepat-cepat pergi agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dapat melawat kilang LAMEEYS okay? 


2 Sachet, 2 Kali Sehari


Cadangan pengambilan LAMEEYS Colla-genic with Pomegranate ini sangat mudah. Untuk permulaan, 7 hari pertama amalkan 2 sachet  satu hari. 1 sachet sebelum sarapan dan 1 sachet sebelum tidur selama 7 hari berturut-turut.

Pada hari ke lapan, anda boleh amalkan 1 sachet setiap hari iaitu sebelum sarapan pagi. Ketika perut kosong. Mudah kan? 

Pasti anda ingin tahu apa yang berlaku kepada Ruby setelah mengamalkan minuman botani ini. Ia adalah pengalaman yang menyeronokkan ketika Ruby merakam perjalanan perubahan ini. 7 hari sahaja telah menunjukkan perubahan ketara kepada wajah dan gaya hidup. Alhamdulillah. 

Hari Pertama >>


Orang kata, duduk rumah boleh bikin kulit cantik. Tapi, untuk Ruby macam banyak jerawat tumbuh. Jenis yang bulat ada isi tu. Susah nak picit. Sakit giler. Lokasi di pangkal hidung dan tepi mata belah kanan paling kerap. Di dagu juga kerap muncul jerawat. Waktu usia 30-an pula banyak jerawat. Masa remaja dan 20-an tiada pun macam ni. Sedih betul. Perubahan hormon apakah ini. Sob sob sob. Kulit kering di tepi bibir dan hidung. Kalau tengok kat bibir tu, macam air liur basi kan? Sebenarnya bukan air liur basi. Oh ya masa ni juga ketumbit di mata belah kiri. Kahkahkah. Apalah nasib...

Hari Ketiga >>


Jerawat sebelum ni Ruby picit dan dah hilang kesannya. Tapi, ada satu lagi muncul kat mata tu. Eiii geram betoiiii. 

Hari Kelima >>


Selepas geram picit jerawat, kini tinggal ketumbit di mata kiri sahaja. Kulit kemerah-merahan tu memang tidak boleh buat apa-apa kot? Sebab itu spider veins. Zaman dulu suka pakai white head remover yang mask macam gam tu. Sakit giler! Bukan sekadar white head dan black head tercabut. Bulu roma pun sekali dicabutnya. Akibatnya, spider veins muncul. Kuikuikui.

Hari Ketujuh >>


Sedap minum LAMEEYS Colla-genic with Pomegranate ni. Sedut-sedut aje. Rasa masam manis buah delima ni menyegarkan. Masa hari pertama mencuba, terbeliak juga mata ni. Ruby terus suka, sebab kesibukan hari sebagai ibu menguruskan rumahtangga memang amat memerlukan booster. Hehehe. Barulah laju siapkan semua. PdPR anak pun lancar. Ruby jadi guru tau. Hahahaha. Nampak kulit macam ada seri je tewww.. Yayyy! Alhamdulillah.

Hari Kelapan 13 Julai 2021 >>



Jeng jeng jeng. Pakai tudung sarung pun chantique! Rasa kulit lebih sihat dan bermaya. Seri tu muncul! Hahaha. Syukur alhamdulillah! Cuma, ketumbit tu masih ada kesan lagi sedikit. Sabar-sabar. Hehehe. 

Promosi Raya AidilAdha, 2 Kotak RM 158 Sahaja!


Pasti ramai ingin mengetahui harga minuman botani LAMEEYS Colla-genic with Pomegranate ini. Sekotak memiliki 15 sachet dan dijual pada harga asal RM 120, tetapi sekarang sedang berlangsung promosi pengenalan dan dijual pada harga RM 108. Jika anda beli dua kotak, ia menjadi RM 188. Sempena promosi pelancaran LAMEEYS Colla-genic with Pomegranate pada Khamis, 15 Julai 2021 jam 11 pagi secara dalam talian iaitu di Shopee dan Lazada, baucar RM 30 akan diberikan secara automatik dan menjadikan harga untuk dua kotak LAMEEYS Colla-genic with Pomegranate adalah RM 158 sahaja! Inilah peluang keemasan untuk anda mendapatkannya. Sangat menjimatkan!


Untuk anda yang mencari minuman botani, Ruby amat rekemen LAMEEYS Colla-genic with Pomegranate. Semoga bermanfaat untuk sahabat semua. Jangan putus asa untuk cantik luar dan dalam. InsyaAllah boleh, dengan izin Allah s.w.t.

9 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Wow.....pomegranate collagen! This is so good! I love pomegranate. Will check it out. Thank you for sharing your review with me.

    ردحذف
  2. Stretch mark tu hadiah seorang ibu. Payah nak hilang tu. Akak punya pun masih ada lagi. Buah delima memang banyak khasiatnya Ruby. Akak tengok memang ada perbezaan pada tekstur kulit Ruby. Nampak lagi halus.

    ردحذف
  3. Kolagen marine memang sesuai untuk kita sebab struktur yang seakan sama - maka ianya akan mempercepatkan penambahan kolagen. Patut la Ruby makin berseri la nie

    ردحذف
  4. banyak khasiat buah delima ni, makin cantik berseri muka sis. kena rajin amalkan minuman ni untuk dapat kulit yg cantik :)

    ردحذف
  5. must be taste good because contains Pomegranate... and so much benefits for better health ... can't wait to buy and try myself

    ردحذف
  6. Kalau ada promegranate tu memang bagus, tak kira laa suplemen apa.. kesan dia boleh nampak, macam Ruby cepat tu, seminggu dah kecut jerwat bagai kann, sebab pernah dulu makan jenis lain tapi kandungan sama.. khasiat buah delima tu bagus kann..

    ردحذف
  7. Wah nampak beza sangat pada hari ke 8 tu...betul kalau jerawat takde mata ni susah betul nak picit keluar isi nanah dia tu. Geram!

    ردحذف
  8. Bab minum Minuman yg ada kolagen ni mmg kak suka utk kulit, produk Botani LAMEEYS Colla-genic With Pomegranate tgk byk khasiat

    ردحذف
  9. best tengok hasil result positif kak Ruby. Yani baru start consume, tak sabar nak tengok hasil nanti.

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال