Perbaharui Cukai Jalan Kenderaan Melalui CAKNA.MY. | Assalammualaikum semua! Apa khabar? Ruby doakan anda semua di dalam keadaan yang baik. Stay Safe! Stay Indoor! Pandemik COVID-19 ni kita tak pasti bila akan beransur pulih, hidup perlu diteruskan. Ruby cuba sedaya upaya untuk terus menjaga apa yang kami ada. Kami tidak menambah apa-apa. Risau sangat jika membeli apa-apa akan memberi tekanan kepada kehidupan.
Ruby bersyukur apabila diperkenalkan dengan salah satu servis yang membantu rakyat Malaysia. Cukai jalan, ia adalah mimpi ngeri ya. Jika tidak perbaharui, boleh buat kita tidak lena tidur. Malah, tabung untuk perbaharui cukai jalan dan insuran masuk dalam senarai tabung.
Setakat ini, tabung yang ada adalah tabung pendidikan anak-anak. Tabung simpanan sendiri dan tabung travel semua dah kami gunakan. Alhamdulillah tiada hutang. Kami tidak daftar untuk moratorium. Takut sangat tengok faedah dalam diam tu. Rasa nak menangis. Pinjaman pendidikan Ruby masa di universiti pun masih berbaki RM 8,117.64. Hahahaha.
Perbaharui Cukai Jalan Kenderaan Melalui CAKNA.MY.
cakna
[ca/.na] | چقنا
Definisi : Ambil peduli, Ambil berat
Untuk cukai jalan, Ruby berasa lega sebab wujudnya CAKNA.MY. Boleh lah kita berjimat dengan tunai yang ada untuk kegunaan harian terutamanya menyediakan makanan buat keluarga. Harga barang dapur melonjak naik. Geleng kepala tengok harga sama mahal, tetapi kuantiti sedikit sangat. Kami dah mula mengira berapa biji bawang diperlukan dan keperluan memasak lauk pauk apa mudah di makan oleh semua.
Kami M40, kami kena berjimat. Anda doakan kami terus istiqomah ya. Fuhhh Ruby meluah perasaan pula. Jangan serik tau. Sekali sekali. Hahaha. Ayuh! Jom Ruby ajar bagaimana Ruby perbaharui cukai jalan dengan CAKNA.MY.
1. Taip www.cakna.my
2. Isi maklumat seperti nombor kad pengenalan, nombor kenderaan, poskod, alamat emel dan no telefon.
3. Klik DAPATKAN SEBUTHARGA
4. Paparan di bahagian INFO akan tertera. Anda dapat lihat Maklumat Sebut Harga, Maklumat Kenderaan, dan Caruman. Boleh rujuk gambar di bawah.
5. Selesai di bahagian INFO, anda klik SETERUSNYA.
6. Anda akan dipaparkan maklumat TAMBAH TAKAFUL. Di bahagian ini amat penting ya. Sila baca dan fahamkan. Perlindungan tambahan ini amat bermanfaat kepada anda yang berada di lokasi sering berlaku bencana alam. Di Malaysia, bencana alam kita adalah banjir. Kita perlu ambil tahu kemana lokasi kita akan pergi dengan kenderaan kita.
Jika pulang ke kampung di Pantai Timur wajib ambil perlindungan tambahan. Jika anda menetap di Kota Metropolitan Kuala Lumpur juga wajib ambil perlindungan tambahan. Kita bersiap sedia. Di Kuala Lumpur setiap tahun ada banjir disebabkan hujan berpanjangan. Nampak renyai-renyai je hujan tu. Tapi kalau dah berterusan, mesti banjir.
7. PERLINDUNGN TAMBAHAN selain untuk bencana alam, terdapat juga perlindungan untuk cermin kenderaan, perlindungan jika kunci rosak atau hilang, perlindungan dari kemalangan, perlindungan jika berlaku rusuhan, perlindungan untuk penumpang dan perlindungan jika berlaku kecuaian dari pemandu sendiri. Kebiasaannya kes kemalangan berpunca tidak memakai tali pinggang keledar, mabuk dan memandu ikut perasaan.
Haaaa banyak kan? Semua ini anda boleh pilih berdasarkan keadaan diri anda dan keluarga. Kadang-kadang satu kenderaan dikongsi seisi keluarga. Faham-faham lah apabila ada ramai tangan guna kenderaan kita. Sediakan payung sebelum hujan okay?
8. Apabila sudah memilih PERLINDUNGAN TAMBAHAN, anda pergi ke bahagian CARUMAN dan klik YES untuk Cukai Jalan. Cukai Jalan untuk Ruby RM 120. Kemudian klik SETERUSNYA.
9. Ini adalah paparan terakhir iaitu PEMBAYARAN. Di sini tersedia cara pembayaran mengikut kesesuaian anda. Ruby bekerja swasta juga dipermudahkan untuk permohonan POTONGAN GAJI SYARIKAT SWASTA. 0% faedah tau!
10. Lihat di bahagian CARUMAN, tersenyum tengok di Pembiayaan Bulanan hanya RM 133. 72 selama 12 bulan. Apabila korang darab, ia bersamaan RM 1604.64. Serius tiada faedah dikenakan. 1 sen tu dibundarkan sahaja. Syukur Alhamdulillah!
CAKNA.MY: “Your Needs, Our Concern”
Ruby ingin berkongsi lagi maklumat tentang CAKNA, Sementara anda kekal selamat dengan duduk di rumah. Impak pandemik Covid-19 telah meninggalkan kesan yang amat besar terhadap ekonomi dan kehidupan harian Rakyat Malaysia. CAKNA juga menyeru agar semua agensi kerajaan termasuk sektor swasta untuk berganding bahu menghadapi tempoh yang amat sukar ini.
Peranan CAKNA walaupun sedikit tetapi fokus mereka adalah untuk membantu meringankan bebanan rakyat dari segi perbaharui cukai jalan kenderaan.
Konsep Qard Ul Hassan Bebas Riba'
CAKNA menawarkan Skim Pembaharuan Takaful dan Cukai Jalan (SPTC) melalui aplikasi digital yang dibangunkan oleh CMA Solutions Sdn Bhd dengan sokongan dan kerjasama Coshare Holdings Berhad sebagai sebuah agensi pemotongan gaji yang diiktiraf oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Menawarkan pembiayaan mikro kredit berkonsepkan ‘Qard Ul Hassan’ iaitu pembiayaan patuh syariah tanpa “faedah” dan bebas riba’.
Tutorial Pendaftaran
Mengenai CMA Solutions Sdn Bhd (CAKNA)
Cakna adalah program syarikat yang dikendalikan di bawah pengurusan CMA Solutions Sdn Bhd. CMA Solutions Sdn Bhd ditubuhkan pada bulan Jun, tahun 2013 dan merupakan 100% syarikat bumiputera. CMA Solutions Sdn Bhd menawarkan perundingan dan perkhidmatan pembangunan perisian, reka bentuk web dan teknologi maklumat yang mesra kos, berkualiti tinggi dan premium.
E-covernote Seawal 48 Jam!
Dapatkan senarai harga dan quotation anda dengan cepat dan mudah malah lebih murah di www.cakna.my dengan memilih pelbagai pakej yang ditawarkan. Pakej 0% tanpa faedah dikenakan di atas pembiayaan dan E-covernote akan dipaparkan seawal 48 jam! Jadi, pastikan anda membuat pendaftaran sekarang.
Tags
Automotif
Menarik guna ni ada steP by step senang nak ikut. Buat online senang sikit tak payah nak keluar
BalasPadamAwal Airah komen. Hehehehe. Terkezut akak. Rajinnya duaaaa. Bekenaan renew roadtax n selalu orang skip sebab malas nak beratur lama tambahan pandemik ni. Nak keluar lg lah takmo. Bahaya kan varian COVID-19 yang baru ni. Stay indoor and stay safe tau Airah.
Padamkih kih .. macam tau-tau jer . insurans n roadtax mati bulan 5. insurans dah renew. roadtax belum lagi hahaha. semua pakat pkp pkpd... okay sat lagi boleh try tgk
BalasPadamJika berterusan PKP kita nie, memang Rawlins kena guna CAKNA untuk renew my cukai kenderaan penghujung tahun ni kelak.
BalasPadamBagus la penerangan yang Ruby berikan. Masa zaman pandemik ni adalah lebih baik kalau buat online ajer. Akak selalu gi pejabat pos tak pun direct dengan ejen insurans berdekatan rumah. Cakna ni lagi senang la akak rasa. Lain kali Cakna je lah.
BalasPadamBagus juga sistem aplikasi CAKNA ini, boleh membantu semua untuk revew roadtax dan juga insurans . Tak perlu beratur lama lagi da
BalasPadamsaya punya road tax pun in syaa Allah nak kena renew jugak tak lama lagi. thanks sis ruby kongsikan maklumat pasal ni. Musim-musim PKP ni online je la kan senang...
BalasPadamtak pernah renew roadtax selalu orang tolong buatkan. dah mudah untuk renew bila ada sistem online sekrang :)
BalasPadami have been renewing road tax via online and good to know that can be done with the site. at least know here to browse for when others crashed down
BalasPadamMemudahkan Urusan.. dan membantu mereka yg terjejas ketika musim pandemik. .. menarik skim yg ditawarkan
BalasPadamThanks for the details! We all need this especially kita tengah lock down now. I will renew my road tax at CAKNA.MY
BalasPadamthanks sharing details tentang servis dari cakna.my , Huda baru tau, bagus betul servis yang di tawarkan. boleh lah rekemen pada encik suami nanti
BalasPadamMenarik ni ruby..boleh renew insuran dan road tax online lepas tu boleh buat ansuran juga. 1st time dengar ni. Usaha yang baik untuk bantu yang terkesan juga.
BalasPadamCAKNA ni memang cakna dgn keperluan orang ramai kan? Dapat membantu memudahkan urusan, terutama pada waktu2 sekarang ni.
BalasPadamPaling suka la dengan zaman sekarang sebab semua benda boleh online. Especially musim pandemik ni, online lagi bagus.
BalasPadamBagus betul, dia hadir tepat pada masanya.. memudahkan semua orang yang nak renew cukai jalan, tak payah nak ke kaunter atau risau tak boleh renew.. hal kewangan pun boleh bawa bincang.. alhamdulilah...
BalasPadamdah go through semua CAKNA ni. ada bagus dan kurangnya. dari segi bagus sebab dia lebih dipercayai dan takde hidden charge. kekurangannya sebab kena dua bulan sebelum expired baru boleh guna CAKNA
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadambagus betul inisiatif nih sebab bantu orang untuk bayar sedikit-sedikit setiap bulan
kalau terus bayar lumsum memang pening juga lah sesetengah orang tambah-tambah waktu macam sekarang nih.
Baru teringat, bulan depan roadtax kereta mati.... T-T
BalasPadam