Rancangan TV Realiti Resipi Berani MAGGI Inspirasi Buat Wanita Terus Maju Berusaha

Rancangan TV Realiti Resipi Berani MAGGI Inspirasi Buat Wanita Terus Maju Berusaha. | Assalammualaikum semua! Masih ingat lagi pelancaran Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® (PMWCBM)? Sedar tidak sedar, program itu telah berjaya dilaksanakan walaupun di dalam keadaan pandemik COVID-19. Sebagai sebahagian daripada kempen Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® (PMWCBM), MAGGI® mengumumkan pelancaran siri realiti TV baharunya - Resipi Berani MAGGI®. Tahniah buat semua yang terlibat! Pastinya rancangan ini bakal menjadi rancangan realiti TV yang dinantikan oleh rakyat Malaysia. Semasa pelancaran pada tahun 2020, Ruby sudah teruja dengan penampilan mentor iaitu Selebriti Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly dan Anne Idris. Bayangkan bagaimana keadaan para finalis dapat menggali ilmu dengan lebih dekat dengan mentor program? Mesti best kan? Kita tahu karakter ketiga-tiga finalis adalah unik, jadi ia adalah penyeri kepada program dan rancangan realiti TV yang bakal ditayangkan. Pasti anda tertanya-tanya, bila akan ditayangkan? di saluran mana? Jom ikuti penulisan Ruby sehingga habis. Ok?

Rancangan TV Realiti Resipi Berani MAGGI Inspirasi Buat Wanita Terus Maju Berusaha.

Rancangan TV realiti Resipi Berani MAGGI® bertujuan untuk memaparkan kisah transformasi dan kejayaan wanita yang menyertai Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® pada tahun 2020. MAGGI® melancarkan rancangan TV realiti Resipi Berani MAGGI® sebanyak enam (6) episod, ia adalah sebahagian daripada kempen Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® (PMWCBM). Program ini melengkapkan proses pembelajaran dan pemerkasaan kempen ini, yang telah memberikan peluang peningkatan kemahiran dan kepemimpinan untuk para peserta - juga dikenali sebagai mentee yang mengambil bahagian, sambil memperlihatkan transformasi perjalanan hidup dan kerjaya mereka dalam meneroka kejayaan. Salah satu tujuan utama kempen PMWCBM adalah untuk memberi inspirasi kepada lebih banyak wanita melangkah keluar dari zon selesa mereka untuk mencuba sesuatu yang baru - bak kata pepatah "Tak Kenal, Tak Cinta".

Hampir 1,000 wanita mengambil bahagian dalam Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® yang diadakan dengan kerjasama program Women’s Will anjuran Google pada tahun lepas. Daripada ini, lapan mentee terpilih sebagai finalis dalam siri realiti TV yang dijalankan berdasarkan ketahanan, keberanian dan tekad mereka untuk berjaya dalam perniagaan makanan dari rumah, terutama dalam berhadapan realiti hari ini.





Dalam Rancangan TV realiti Resipi Berani MAGGI® , mentee akan menerima pelbagai cabaran dalam bidang berikut:

1. Kemahiran Perniagaan,
2. Kemahiran Digital dan Memasak
3. Sesi bimbingan maklum balas dengan tiga Mentor MAGGI® :

Ikon Masakan dan Duta Jenama bagi MAGGI® CukupRasa: Datin Paduka Eina Azman
Pengarah, Penerbit, Pelakon dan Pemilik The Dim Sum Place: Sheila Rusly
Ikon Usahawan Muda 2019 dan Pemilik My Mum's Bakery: Anne Idris



Bermula 14 Julai, Satu Episod Setiap Minggu

Tarikh: 14 Julai 2021
Hari: Khamis
Masa: 5.30PM
Rancangan: Mingguan (6 minggu)
Saluran: TV3




Bercakap pada acara pelancaran, Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Pelancaran Rancangan TV realiti Resipi Berani MAGGI® ini adalah sangat bermanfaat dan mengujakan, kerana ini membuktikan kejayaan Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® 2020. Objektif utama program bersiri ini adalah untuk mengetengahkan transformasi dan perjalanan penuh emosi para mentee, yang akan memberi inspirasi kepada wanita lain untuk membuka langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baru seterusnya membawa perubahan positif bagi diri mereka dan juga kepada insan yang mereka sayangi. Kami telah melihat bagaimana para mentee dapat melangkah keluar dari zon selesa mereka, mengatasi cabaran dan merasai peningkatan kemahiran di bawah bimbingan Mentor yang berwibawa. Kami berharap agar dapat terus menyokong lebih banyak wanita melalui Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® pada tahun 2021.”


8 Finalis Rancangan TV Realiti Resipi Berani MAGGI® 




Lapan finalis yang tampil dalam rancangan TV realiti Resipi Berani MAGGI®  ini terdiri daripada pemilik-pemilik perniagaan makanan dari rumah.

1. Aza Syima Abdullah
2. Bibiaminani A. Ghani
3. Haslina Mohd Idris
4. Mazzaton Miza Wahab
5. Nur Azreen Masera Albakri
6. Nur Hidayah Jeffri
7. Roslina Mohd Isa
8. Siti Aishah Abd Razak.


Senarai Hadiah 


PEMENANG UTAMA rancangan TV realiti Resipi Berani MAGGI®  akan menerima modal sebanyak RM8,000, dan program bimbingan peribadi selama 8 minggu dengan ikon usahawan, Anne Idris. 

Pemenang tempat Kedua dan Ketiga masing-masing akan menerima modal RM5,000. 

Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® 


Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar, Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® yang dianjurkan dengan kerjasama program Google’s Women’s Will akan diadakan pada 27 hingga 29 Julai 2021 dan 12 hingga 14 Oktober 2021. Peserta terpilih juga berpeluang untuk menghadiri Masterclass: Cara Menjayakan Perniagaan Makanan yang eksklusif serta serba baharu. 



Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan TV realiti Resipi Berani MAGGI®  dan pendaftaran bengkel, sila log masuk capaian https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-cukup-rasa/

Tentang Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®


Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® merupakan sebuah program nasional anjuran MAGGI® dengan kerjasama Women Will oleh Google Malaysia, sebuah program Grow with Google. Sejak dimulakan pada 2020, program ini menyokong pembinaan keyakinan diri dan kesedaran, memperbaiki kemahiran perniagaan serta kemahiran digital selain meningkatkan kemahiran memasak melalui Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI®. Ia adalah sebahagian daripada kempen Tak Kenal Tak Cinta oleh MAGGI® CukupRasa yang meraikan para wanita yang mengambil langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baharu. Berdasarkan kepada kisah kehidupan sebenar, video kempen (youtube.com/watch?v=WpUuTiAzEZs) menampilkan tiga wanita Malaysia yang menginspirasikan yang telah mengatasi situasi mencabar dengan membina keberanian untuk mencuba sesuatu yang berbeza, dan akhirnya membawa perubahan positif dalam kehidupan mereka. Program ini diterajui oleh 3 mentor yang terdiri daripada Aktres, Usahawan, Penggemar Makanan dan Duta Jenama bagi MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman; Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly; dan Ikon Usahawan Muda Tahun 2019 dan Pemilik My Mum’s Bakery, Anne Idris.


Tentang MAGGI®


MAGGI® adalah satu jenama global yang telah menjadi nama terkemuka di Malaysia. Misi terasnya adalah untuk mewujudkan detik-detik sajian enak yang merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Melalui rangkaian produk dan makanannya yang luas, MAGGI® membantu para ibu untuk menyediakan sajian yang enak dan seimbang bagi keluarga mereka setiap hari. Jenama ini juga komited dalam memenuhi segenap keperluan penyedia makanan, menyediakan produk dan idea baharu yang terus kekal menggembirakan dan memberi inspirasi kepada keluarga di Malaysia tentang kebaikan buatan sendiri di rumah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati www.maggi.my atau laman Facebook kami di http://www.facebook.com/MaggiMalaysia

Tentang Nestlé Malaysia


Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Dengan ibu pejabat yang terletak di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 buah negara di seluruh dunia dan kesemua pekerja kami seramai 291,000 orang komited dalam membantu mencapai tujuan Nestlé untuk merungkai kuasa makanan demi meningkatkan kualiti kehidupan bagi semua, pada hari ini dan untuk generasi akan datang. Matlamat kami didorong oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Sejak tahun 1912, Nestlé dipercayai oleh para pengguna kami menerusi jenama-jenama dan produk kami yang berkualiti. Kami komited dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat di mana saja kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan integriti Halal. 

Ini selaras dengan janji kami dalam memberikan “GOOD FOOD, GOOD LIFE” kepada semua. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami telah membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan sihat selama lebih satu abad, sila layari www.nestle.com.my atau laman Facebook kami di http://www.facebook.com/Nestle.Malaysia.

16 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Bestnya Rancangan TV realiti Resipi Berani MAGGI® ni. Eiza suka tengok program macam ni. Suka melihat suasana dan ragam peserta. Hope Eiza tak lupa tarikh program tu nanti.

    BalasPadam
  2. Yeay! Sheila Rusly ada! Rindu sangat dengan Ketuk-Ketuk Ramadan, Rawlins rajin layan IGS dia memasak. Nie dia jadi juri pula. Mesti havoc!

    BalasPadam
  3. Waaa Maggi dah ada rancangan realiti tv. Nak tengok untuk idea-idea masak kat rumah. Btw baru tau Sis Sheila Rusli masih duta maggi.

    BalasPadam
  4. Wow......what a fun reality TV show to watch. Must be inspiring eh. Good effort by Maggi. Thank you for sharing this story with me.

    BalasPadam
  5. Best betul realiti show ni ye. Eina Azman ni memang kekadang akak gi kat IG dia tengok dia masak. Sama la macam Sheila Rusly ni.

    BalasPadam
  6. nampak menarik juga reality show ni, mesti sedap masak guna produk maggi ni :)

    BalasPadam
  7. Wah, tak sabar la nak tengok rancangan ni disiarkan. Semoga memberi inspirasi kpd wanita2 lain untuk memulakan perniagaan sendiri.

    BalasPadam
  8. Prog macam ni bagus.. dapat.membantu lbh ramai wanita di luar sana utk lbh maju ke hadapan

    BalasPadam
  9. memang banyak input, saya pun ada join bengkel online maggi ni. banyak yang dipelajari

    BalasPadam
  10. Such a good effort by Maggi to produce a TV show for women!

    BalasPadam
  11. Wah menarik ni Rancangan TV realiti Resipi Berani MAGGI®. MInggu depan start 14 hb boleh tengok ni sebab work from home kan..work depan tv lalalalala

    BalasPadam
  12. The Din sum Place tu Sheila Rusly punya ker ? baru tahu lepas baca nih. Tapi baguslah ada program macam ni untung2 ada yang boleh jadi macam Che Nom , Sugu Pavitra dan lain-lain youtuber masakan. Yang penting terus belajar dan buat apa yang kita suka. Syabas Maggi !

    BalasPadam
  13. Tak sabar nak tengokk.. suka betul gandingan 3 juri tu haaa. lagi-lagi Sheila Rusly tu.. nanti boleh ler tiru resepi Maggi ni hehehe

    BalasPadam
  14. sejak-sejak umur lewat 20 an ni dah makin suka pula tengok cooking show. hahah faktor umur ke ni? macam khai memang suka pakai produk maggi sebab berkualiti and sedap

    BalasPadam
  15. Best juga kan initiative from Maggie ni.. Boleh develop and spread awareness business 8 finalis ni.. We boleh dpt idea recipe juga at the same time kan!

    BalasPadam
  16. Sis memang tak sabar nak watch this reality series, mesti best and banyak cabaran yang harus dilalui oleh setiap contestant.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال