Terjebak Shopping Di Shopee LIVE! Gara-Gara Zoey Rahman Berkongsi Manfaat Produk MIKASERIES!

Terjebak Shopping Di Shopee LIVE! Gara-Gara Zoey Rahman Berkongsi Manfaat Produk MIKASERIES! | Assalammualaikum semua! Sepanjang Ruby suka berbelanja dengan Shopee. Ruby tidak pernah lagi membeli melalui Shopee LIVE bersama Shopee Celebrity Squad. Membeli dengan kedai-kedai di Shopee semasa Shopee LIVE lagi lah tiada. Belum faham macam mana nak membeli. Risau video LIVE hilang lah, dah claim baucar tapi tak tahu guna dan senarai produk yang dijual juga tidak tahu dimana. Hahahahaha. Newbies sangat kan?

Terjebak Shopping Di Shopee LIVE! Gara-Gara Zoey Rahman Berkongsi Manfaat Produk MIKASERIES!


Malam tadi, seperti biasa. Sebelum tidur, kita cuci mata dulu. Masuk aplikasi Shopee. Hahaha. Tengok barang keperluan untuk Ruby dan anak-anak. Baru-baru ni Ruby beli buku rekod Nilam di Shopee. Terus beli 30 naskah. Lepas ni sistem IQNilam nak down atau tidak memaparkan garis masa pun takpa. Sekurang-kurangnya, anak Ruby dah ada rekod melalui buku Nilam. Sediakan payung sebelum hujan. Gitewww. 

Jadi, malam tadi ternampak Shopee LIVE. Dalam banyak-banyak video, ternampak Zoey Rahman. Pertama sekali, Ruby pelik kenapa malam minggu ada Shopee LIVE melibatkan selebriti pada jam 11.30pm. Memang selalu ke? Kenapa Ruby baru tahu! Hahahahaha. Kemudian tertanya-tanya apa yang Zoey Rahman jual. Persoalan banyak sangat. Maka, klik aje la jom tengok. 


Bila dah klik, seronok pula tengok Shopee LIVE Zoey Rahman bercerita tentang MIKASERIES. Tidak terlalu hard sell, dia rajin melayan penonton. Pandai melawak dan dia tunaikan semua permintaan peminat dia. Tapi dalam versi Patuh Syariah dan Patuh SOP. Sebab penonton nakal-nakal mengusik Zoey Rahman. Minta ucapan selamat malam lah. Rata-rata penonton panggil Zoey Rahman sebagai "Daddy". Hahaha. Dalam dia melayan tu, dia tahu ada batasannya. Santai-santai sembang.

Ruby tak habis-habis gelak. Sampai satu masa, Zoey cakap kita ada baucar RM 10 ni. Dapat berjimat. Cepat claim ok. Keluar je baucar, terus Ruby sambar. Tapi nak beli apa? Produk MIKASERIES ni terlalu baru untuk Ruby. Sambil Zoey Rahman menjadi DJ Suria Cinta, Ruby pun baru tahu ada list produk kat bahagian bawah Shopee LIVE. Korang nampak bag no 15 tu. Korang klik dan tengok senarai produk yang ada. 

Sepanjang LIVE ni, korang boleh tanya apa sahaja soalan. Zoey Rahman juga bersedia dengan produk MIKASERIES disebelahnya untuk demo mudah kepada persoalan penonton. Gambar di atas Ruby screenshot balik masa jam 4 pagi sebab nak tunjuk kat korang senarai 15 produk MIKASERIES. Serius ini kali pertama beli produk jenama MIKASERIES. Oleh kerana Ruby memang mencari lip treatment. Ruby tertarik dengan MIKASERIES Lip Care Kit, Lip Repairing Treatment. Sedang elok Ruby sedang baca-baca tentang produk, ada penonton tanya tentang Lip Care Kit ni. 

MIKASERIES Lip Care Kit, Lip Repairing Treatment.


Zoey Rahman pun menerangkan sambil LIVE ada testimoni pengguna di Shopee LIVE beri feedback yang positif. Cuma, jadi lawak sebab bungkusan kotak Lip Care Kit ni ada dua warna. Satu warna hijau, satu warna merah camtu. Jadi, kebiasaannya pembeli akan ke arah warna merah kan. Zoey Rahman pun berkata, jangan bimbang, warna hijau ni tidak akan membuatkan bibir anda jadi hijau. Hahaha. 

Sebagai manusia, tidak kisah lelaki atau wanita. Bahagian bibir memang penting. Ruby suka perhatikan keadaan bibir seseorang. Kalau terlihat seseorang memiliki bibir yang kering, secara automatik Ruby akan berasa sakit. Kalau melihat bibir yang sihat, Ruby rasa happy. Manakala melihat bibir kehitaman. Ruby secara automatik pergi tengok bibir Ruby sendiri. Hahaha. Paranoid betul. 

Di dalam MIKASERIES Lip Care Kit terdapat dua produk. Satu ialah Lip Polish/Scrub, satu lagi adalah Lip Balm. Hadir dengan dua jenis iaitu Butterscotch kotak berwarna merah dan Bubble Gum kotak berwarna hijau. 

MIKASERIES Lip Care Kit - MIKAPOLISH


Kebiasaannya, Ruby hanya mengamalkan scrub. Tapi scrub di pasaran macam kasar betul. Ada juga Ruby beli lip scrub yang berbentul lip stick. Macam tonyoh-tonyoh bibir gitu. Lama kelamaan, tekstur lip stick tu pun dah jadi keras. Hahaha. Sebaiknya kalau lip scrub lebih baik dalam bekas bulat seperti MIKAPOLISH. Lebih tahan lama. 

MIKASERIES Lip Care Kit - MIKALIPZ

MIKALIPZ by MIKASERIES adalah balsem penghidratan dan penghalusan yang sangatbaik dan memperbaiki rawatan dengan campuran minyak super kuat yang berkhasiat. Formula dibuat dengan Argan Oil, Avocado Oil dan Sweet Almond Oil, memberi kelembapan yang menenangkan. Dengan antioksidan, termasuk Cera Alba (lilin lebah), rawatan bibir MIKASERIES memberi perlindungan sepanjang tahun untuk bibir. Bibir kelihatan lebih lembut, lebih halus, lembap dan kekal terhidrat sehingga 12 jam selepas pemakaian. Kami bahkan telah menambah minyak pudina untuk kesemutan yang menyegarkan. Diformulasikan dengan 100% bahan semula jadi.
✅ Menanggalkan sel kulit mati di bibir
✅ Melembap dan melindungi bibir dari menjadi kering.
✅ Menyihatkan bibir, membuat bibir nampak kemerahan.
✅ Mengurangkan masalah bibir kering dan merekah.
✅ Menjadikan bibir lebih segar dan lembut.
✅ SPF 30.

Bahan-bahan natural dalam MIKALIPZ

✅ Argan Oil
✅ Sweet Almond Oil
✅ Avocado Oil
✅ Vaseline
✅ Beewax
✅ Mint Oil

Cara Penggunaan

1. Wajib pakai waktu malam, sebelum tidur.
2. Boleh pakai waktu siang, atau pada bila-bila masa kalau nak bibir lebih lembab.


Ruby Beli Menggunakan Baucar RM 10 Shopee LIVE MIKASERIES.


Pertama kali mencuba membeli dari Shopee LIVE. Dalam ShopeePay Wallet memang Ruby sudah sediakan wang. Jadi proses akan menjadi lebih mudah. Pertama sekali, claim baucar RM 10 apabila Zoey Rahman bagi. Laju betul Ruby klik claim. Hahaha. Kemudian pilih produk yang Ruby nak. Masa beli tu, dah teruja dengan harga dari RM 80 turun ke RM 65 dan tolak baucar RM 10. Menjadikan harga RM 55. Kemudian ada lagi RM 5 Shop Voucher. Wowww meriah betul diskaun. RM 50 jer?

Bila dah checkout. Sekali nampak gambar dan promosi, BUY ANY 2 RM 100. Weyyyyyyy! Hahahahaha. Terus Ruby cancel order dengan alasan nak tambah barang. Beli 2 box MIKASERIES Lip Care Kit Butterscotch dan Bubble Gum. Masa bayar tu, jeng jeng jeng.

Harga promosi RM 100, tolak baucar RM 10 Shopee LIVE dan tolak RM 5 Shop Voucher. RM 85 sahaja! Hahaha. Seronok betul, banyak penjimatan. 

Okay dah selesai shopping malam ni. Boleh rileks menanti parcel tiba di rumah. Korang nak penjimatan meriah macam ni. Join Shopee LIVE. Dapat baucar secara terus lagi syok rupanya. Boleh lah sekarang follow kedai kegemaran. Buat pengetahuan semua, Shopee LIVE eksklusif bersama Zoey Rahman di MIKASERIES Mall akan berlangsung lagi pada 24 dan 25 Julai 2021 jam 11.30 malam. Boleh masuk di url ni https://shopee.com.my/mikaseries?smtt=0.0.9


Harap perkongsian ini bermanfaat. Hehee. 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال