45000 Pelitup Muka NEUTROVIS Disumbangkan Kepada Atlit Dan Petugas Sukan Paralimpik Tokyo 2020


45000 Pelitup Muka NEUTROVIS Disumbangkan Kepada Atlit Dan Petugas Sukan Paralimpik Tokyo 2020. | Assalammualaikum semua! Setelah berakhir Sukan Olimpik Tokyo 2020, kini giliran atlit Sukan Paralimpik Tokyo 2020 mengharumkan nama Malaysia. Barisan atlit Paralimpik yang menyertai adalah sangat liar biasa. Mereka adalah harapan kita untuk meneruskan hubungan baik dengan seluruh dunia. Suka menghubungkan kita. Betul? Jadi, jom terus memberi sokongan dan terus berdoa untuk kejayaan para atlit Paralimpik Malaysia. Amin!

45000 Pelitup Muka NEUTROVIS Disumbangkan Kepada Atlit Dan Petugas Sukan Paralimpik Tokyo 2020

Pengagihan 45000 unit pelitup separuh muka NEUTROVIS Oleh Chef De Mission Dato Sri Megat D. Shariman kepada atlit dan deligasi antarabangsa di Suka Paralimpik Tokyo 2020 untuk mempromosikan kepelbagaian dan keharmonian global.  


Di ambang keberangkatan 54 ahli kontinjen misi ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Yang Hormat Dato Sri Megat D. Shahriman bin Dato Zaharudin, Chef de Mission (CDM) dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengumumkan di dalam buletin rasmi mereka pada hari ini, bahawa MPM mewakili kontijen Para Malaysia akan mengagihkan 45000 unit pelitup separuh muka perubatan premium NEUTROVIS kepada komuniti atlit dan tenaga kerja di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 untuk mempromosikan kepelbagaian dan keharmonian global. 

Kerjasama ini turut memacu inisiatif penjanaan dana tanggungjawab sosial korporat (CSR), yang mana keseluruhan dana yang diperolehi dari hasil jualan kemeja-T MPM x NEUTROVIS akan disalurkan kepada Tim Para Malaysia di dalam usaha untuk membangunkan atlit yang berkelayakan dengan kelainan upaya untuk mewakili Malaysia di persada antarabangsa.


Kejohanan berprestij ini yang hanya dianjurkan 4 tahun sekali, selepas ditunda, akhirnya menampakkan kontinjen lengkap yang terdiri dari atlit, yang disokong oleh jurulatih mereka, bersama ahli dari Majlis Sukan Negara (MSN), pasukan perubatan dari Institut Sukan Negara (ISN) dan kakitangan penyelarasan dari MPM telah berangkat dari KLIA petang semalam, 19 Ogos 2021 menaiki penerbangan 10.45 pm Japan Airlines. Chef de Mission juga menegaskan bahawa penguatkuasaan polisi yang ketat bertujuan untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 di Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang mana setiap atlit diperlukan untuk memakai pelitup separuh muka pada setiap masa kecuali sewaktu bertanding dan waktu makan. Kegagalan untuk berbuat demikian atau pelanggaran protokol yang boleh mengakibatkan komplikasi menyebabkan penyertaan mereka dibatalkan.

Mask On, Spread Hope

Berkenaan ini, Chef de Mission dan kontinjen Para Malaysia, dengan kerjasama jenama tempatan, NEUTROVIS dengan rasminya bersepakat untuk mengutamakan komitmen penuh demi Malaysia untuk program CSR, kempen ”Mask On, Spread Hope”. Ini demi membantu dan menyokong komuniti Paralimpik antarabangsa untuk mempromosikan kepelbagaian dan keharmonian global di dalam perkampungan Paralimpik di Tokyo, sambil memberi inspirasi kepada keseluruhan komuniti kurang upaya global. 

Sambil atlit Para kita menuju mencapai kejayaan di dalam bidang sukan masing-masing, objektif mereka adalah untuk menyampaikan mesej harapan dan mengingatkan semua orang untuk terus berjuang melawan pandemik kerana tiada halangan terlalu besar untuk diatasi.

Pandemik COVID-19 telah mencetuskan cabaran kesihatan di seluruh dunia, merangkumi kesemua lapisan masyarakat. Orang kelainan upaya, yang perlu memberi perhatian khusus di dalam pengurusan kehidupan seharian, kini perlu lebih berhati-hati dengan mengambil langkah-langkah pencegahan khusus bagi melindungi diri mereka dari dijangkiti . Ini juga adalah untuk mengelakkan dari penyertaan mereka dibatalkan dan hilang kelayakan untuk bertanding. Atlit-atlit Paralimpik ini memainkan peranan penting menjadi inspirasi kepada komuniti kelainan upaya di dalam dan luar negara.


Yang Hormat Dato’ Sri Megat D. Shahriman bin Dato’ Zaharudin, Chef de Mission (CDM) dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berkata bahawa beliau berasa bangga untuk mengagihkan pelitup separuh muka berkualiti kepada atlit-atlit dari 206 buah negara dari seluruh dunia di Sukan Paralimpik Tokyo 2020. 


Beliau menambah, ”Sebelum ini, kami diberi pelitup separuh muka biasa yang diperoleh dari sumber-sumber tertentu. Kini, dengan ehsan dan penajaan NEUTROVIS, keseluruhan fasiliti sukan akan berlindung dengan pelitup separuh muka premium 4 lapis NEUTROVIS yang mampu menghalang sehingga 98% bakteria dan virus. Kami berbangga untuk mengagihkan pelitup separuh muka perubatan ini yang berkualiti di Tokyo 2020 bagi mempromosikan semangat persahabatan dan keharmonian.

Kami berharap supaya hubungan ini diperkukuhkan di masa hadapan termasuk menjalinkan kerjasama melalui kempen CSR #WeThe15 global dalam masa 10 tahun. Saya menyokong kempen “Mask On, Spread Hope”, saya hebahkan di media sosial dan menggalakkan keseluruhan pertubuhan sukan kebangsaan untuk melakukan perkara yang sama.”



MPM dengan kerjasama NEUTROVIS, telah mengorak langkah untuk menggalakkan atlit Para tempatan dan antarabangsa untuk melindungi diri mereka dan antara satu sama lain sepanjang kejohanan berlangsung sebagai salah satu kempen “Mask On, Spread Hope”. Ini menggalakkan penggunaan pelitup separuh muka yang efektif bagi mengelakkan penularan COVID-19 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Semasa kontinjen Para Malaysia dalam perjalanan ke Tokyo, MPM dan NEUTROVIS mempelawa rakyat Malaysia untuk menunjukkan sokongan kepada kontijen Para Malaysia ke Tokyo 2020 sekaligus menyatakan sokongan kepada komuniti kelainan upaya tempatan dan antarabangsa.


Zayn Puah, Pengarah Urusan Maystar Beauty (pemilik jenama NEUTROVIS) berkata,”Kami berbesar hati untuk diberi peluang menyokong atlit kebangsaan kita. Kami diinspirasi oleh  atlit Para di mana mereka menunjukkan contoh yang terbaik bagi menjiwai semangat juang di ambang kesusahan. Saya percaya golongan OKU patut dijadikan tauladan kepada semua. Golongan normal juga menghadapi cabaran untuk menyara kehidupan di sepanjang pandemik ini, saya hanya boleh membayangkan bagaimana sukarnya bagi mereka yang kelainan upaya namun mereka tidak pernah mengalah. 

Ianya amat memberangsangkan, dan saya percaya rakyat Malaysia harus mengangkat mereka sebagai model contoh semasa kita berjuang menentang COVID-19 setiap hari. Marilah kita sama-sama mengembalikan harapan di dalam kehidupan seharian, keluarga dan sahabat handai untuk terus menuju ke hadapan dan jangan sesekali berputus asa. Bagaimanakah kita mampu melakukan perubahan ketara jika tidak dilakukan bersama?”


Kemeja-T Edisi Terhad MPM / Sukan Paralimpik Tokyo 2020

Chef de Mission juga mengumumkan cenderahati ekslusif kemeja-T edisi terhad MPM / Sukan Paralimpik Tokyo 2020 , yang direka dengan pendekatan minimalistik menampilkan warna yang menarik dan grafik yang ekspresif, melambangkan semangat juang atlit-atlit kelainan upaya untuk menempa kejayaan di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.  

Kemeja-T tersebut juga menjadi medium kepada rakyat untuk bersatu hati menunjukkan sokongan mereka kepada atlit-atlit Para sambil menyebarkan mesej harapan yang mana kita mampu mengatasi pandemik ini bersama dengan mengikuti SOP dan memakai pelitup separuh muka gred perubatan yang efektif. Keseluruhan hasil jualan kemeja-T MPM x NEUTROVIS akan disalurkan kepada pembangunan atlit para kebangsaan sehingga hujung tahun ini diterajui oleh MPM. Kemeja-T tersebut boleh didapati dengan harga RM29 di www.neutrovis.com sehingga 5 September 2021.


PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال