Bakhoor Setiap Hari! Harum Satu Rumah.
Bakhoor adalah cara aromaterapi masyarakat di negara Arab dan Timur Tengah. Ia adalah sunnah berwangian cara Nabi Muhammad S.A.W. Pada zaman Rasullullah S.A.W tiada minyak wangi spray dan diffuser macam zaman kita. Jadi, cara Rasulullah berwangian adalah melalui membakar Bakhoor. Dengan kayu asli Gaharu, bau yang dihasilkan amat menyegarkan.
Ia memberi satu perasaan yang unik apabila membakar Bakhoor. Rumah pun wangi dengan cepat. Haruman aroma Bakhoor boleh bertahan di dalam rumah selama 2 hari. Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai jenis haruman Bakhoor? Bahagian ini paling rumit untuk Ruby pilih. Sebab, semuanya best!.
Ruby ada tonton youtube Ustaz Syeikh Mohib Khouli. Seronok tengok dia menerangkan setiap wangian Bakhoor. Sambil membakar Bakhoor, ustaz akan mmberkongsi bauan berasaskan apa. Top notes, heart notes dan base notes. Korang cari Youtube ustaz iaitu channel Ilmu Islam.
Ustaz juga menjual Bakhoor boleh beli dari dia melalui whatsapp. Hehe.
Kisah Ruby Dan Bakhoor
Permulaan Ruby tahu berkenaan Bakhoor adalah dari kedai Arab. Nak masuk kedai Arab pun takut-takut. Terutama kedai perfume tu. Ramai kata mahal, jadi terhenti kat situ lah. Masa tu zaman sekolah. Memang duit takda. Kemudian masa nak cuba hamil anak pertama. Mencari makanan sunnah. Baru lah berani masuk kedai Arab. Tapi tiada wangian. Makanan sahaja yang ada. Hahaha.
Pada tahun 2015 Ruby ke Dubai, pengalaman di sana buat Ruby lebih ingin tahu berkenaan Bakhoor. Ketika itu di segala pelusuk Dubai, bau wangian Arab begitu kuat. Tapi wangian dia berbeza. Tapi sedap. Susah ingin digambarkan. Ruby cuba mencari wangian itu, tetapi menemui jalan buntu. Apa yang Ruby cerita orang tak faham. Semua suruh Ruby pergi kedai Arab yang jual wangian dan tanya.
Cuma, sebab tidak fasih berbahasa Arab, tak jumpa juga lah Bakhoor ni. Hahaha. Pada Disember 2020. Ruby berkesempatan ke Arabian Village di KL Traders Square.
Di Arabian Village baru lah Ruby boleh bertanya tenang Bakhoor sebab mereka fasih berbahasa Melayu. Banyak soalan tau.
Bakhoor ni untuk apa? Selamat ke untuk sistem pernafasan kita? Berapa lama perlu perasap Bakhoor? Apa manfaat Bakhoor? Wangian sunnah yang mana satu? Wangian best seller? Wangian macam di Tanah Suci Makkah yang mana? Wangian Madinah ada? Apa perlu ada untuk mula Bakhoor? Harga?
Apabila semua persoalan terjawab. Okay, next aku nak Bakhoor. Tapi, kena bincang dengan suami. Sebab karang terkejut pula rumah berasap. Hahahaha. Nampak kelakar kan. Tapi memang perlu berbincang sebab kita ni masyarakat Melayu Islam mana ada perasap-perasap begitu. Tengok orang tua bakar kemenyan ketika menguruskan jenazah pu kita dah seram. Sebab umum ketahui bakar kemenyan mesti ada kisah mistik disebaliknya.
Malah ketika jenazah menunggu masa untuk dimandikan, mesti kemenyan dibakar. Seram betul. Meremang bulu roma. Kalau mereka ber-Bakhoor dengan wangian syurga kan bagus. Tenang je kita mengaji di sebalah jenazah. Harap kalau tiada COVID-19, jenazah boleh diuruskan oleh ahli keluarga atau majlis tahlil ke. Semoga waris ku pasang Bakhoor. InsyaAllah.
Persediaan Bakhoor Yang Perlu Anda Tahu.
Sebelum mula Bakhoor. Sila sediakan lima barang ini ya. Semuanya mudah. Cuma, mungkin jadi rumit apabila anda mempunyai tema untuk perhiasan rumah. Maka, Mabkhara perlu warna hitam, coklat, putih, jenis seramik, besi atau kayu? Hehe. Lagi satu pemilihan Bakhoor, aroma mana satu nak cuba ni??? Garu kepala. Hahaha. Sebolehnya pergi ke Arabian Village dan bau semua aroma bakhoor. Cuba hidu satu persatu. Beli 1 tin boleh tahan 1 bulan. InsyaAllah.
1. Mabkhara
Mabkhara adalah bekas untuk membakar. Keunikan mabkhara adalah ia terdiri dari kepelbagaian reka bentuk. Ada yang diperbuat daripada seramik, kayu dan besi. Dilengkapkan dengan ukiran bermotif Islamik, menjadikan ia pilihan untuk mereka yang menginginkan kelainan pada haruman di ruang pilihan.
Saiz juga pelbagai, ada bersaiz kecil mini mudah untuk bawa travel. Ada saiz sederhana dan besar. Ruby punya adalah saiz sederhana sahaja. Ini sudah memadai untuk kawasan 850 kaki persegi. Hehehe.
Terdapat dua jenis mabkhara di pasaran iaitu yang menggunakan arang dan elektrik. Mabkhara jenis arang mengambil masa 20 saat untuk menjadi bara, manakala elektrik pula boleh panas dalam tempoh seminit dan mengeluarkan asap serta bau yang semerbak. Melalui pendapat kedai Arab, mabkhara dikhuatiri tidak selamat kerana tiada pensijilan SIRIM Malaysia. Selain itu risau kerosakan berlaku apabila pengguna leka dan lupa untuk menutup elektrik setelah menggunakannya. Aliran elektrik berlebihan akan membahayakan.
Mabkhara tradisioanal lebih mudah dan selesa digunakan. Anda boleh menyediakan Bakhoor dan membiarkannya reda sendiri tanpa risau sebarang kemalangan. Cuma, jika ada anak-anak kecil atau haiwan peliharaan. Letakkan mabkhara di tempat yang tidak boleh dicapai. Pengalaman Ruby, Ruby Bakhoor semasa anak tidur atau sedang ada kelas PdPR.
2. Sepit
Sepit ini digunakan untuk arang dan bakhoor. Ruby tiada sepit yang bersesuaian. Tetapi, buat sementara waktu, guna penyepit uban extra ni dulu. Hahaha. Penyepit ni tak digunakan pun. Guna untuk sepit arang dan bakhoor lah. Hahaha.
3. Arang
Arang juga ada pelbagai. Ada yang senang dibakar, ada yang lama perlu dibakar. Jenis arang yang dijual di pasaran juga ada pelbagai. Ruby beli sekotak jenis arang macam dalam gambar di bawah.
Permukaan arang di bahagian tengah ada ruang untuk anda letak bakhoor. Mudah kan?
4. Bakhoor / Oudh
Ruby menggunakan Al Haramain Oudh Ma'al Attar. RM 85 untuk 50 gram. Boleh beli di Arabian Village dan Shopee. Di Shopee ada lebih banyak tawaran harga. Boleh cuba beli saiz kecil juga.
Oudh Ma'al Attar Al Haramain telah digunakan berabad-abad lamanya sejak asap wangian pertama melayang di udara, dan selama hampir setengah abad jenama Al Haramain telah menjadikan Bakhoor terus menyala.
Oudh Ma'al Attar adalah salah satu wangian yang membuat anda bersedia sepanjang hari, ia menyegarkan minda, badan dan jiwa. Bau yang dikeluarkan adalah jenis bunga-bungaan floral. Lembut dan mengasyikkan.
Manfaat Oudh Ma'al Attar Al Haramain:
- Digunakan dalam perubatan tradisional.
- Sesuai digunakan ketika majlis khas seperti perkahwinan, majlis ilmu dan penyeri rumah.
- Mewujudkan suasana romantis di bilik tidur. - Aromaterapi untuk menghilangkan stress.
- Digunakan untuk meningkatkan tenaga positif dan membuang negativiti.
- Bakhoor dapat meningkatkan mood dan memotivasi kreativiti.
- Juga digunakan di kedai-kedai komersial pakaian untuk keselesaan pelanggan dan meningkatkan pengalaman membeli mereka.
- Gunakan selepas memasak atau merokok. Ia akan membantu membuang bau busuk dengan cepat.
Selain Oudh Ma'al Attar, Ruby ada juga yang lain. Oudh Al-Majlis dan Oudh Ma Attar Madinah. Teringin nak bau Tanah Suci Makkah dan Madinah. Ruby cuba aroma Oudh yang ni. Terus rasa keinsafan. Doakan giliran Ruby sekeluarga berpeluang menunaikan Haji dan Umrah. InsyaAllah.
5. Pemetik Api
Kalau di Kedai Arab, pemetik api mereka lagi unik. Tapi untuk Ruby, Ruby beli jenis Cooking Torch untuk Crème brûlée tu. Beli dekat Mr DIY je. Jenis pemetik api ni lagi cepat. Harga pun lain. RM 10.90. 😄
Bakhoor Sunnah Rasulullah S.A.W.
Mengharumkan ruangan dengan membakar kemenyan, dupa, mustiki, kayu gaharu yang membawa ketenangan suasana adalah suatu hal yang baik. Karena hal ini ittiba' dengan Rasulullah SAW karena beliau sendiri sangat menyukai wangi-wangian, baik minyak wangi, bunga-bungaan ataupun pembakaran dupa. Hal ini turun-temurun diwariskan oleh beliau kepada sahabat dan tabi'in.
Hingga sekarang banyak sekali penjual minyak wangi dan juga kayu gaharu, serta dupa-dupaan di sekitar Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.
ﻣﺴﺌﻠﺔ ﺝ: ﺍﺧﺮﺍﻕ ﺍﻟﺒﺨﻮﺭ ﻋﻨﺪ ﺫﻛﺮ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﻧﺤﻮﻩ ﻛﻘﺮﺍﺀﺓ ﺍﻟﻘﺮﺃﻥ ﻭﻣﺠﻠﺲ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﻟﻪ ﺍﺻﻞ ﻓﻰ ﺍﻟﺴﻨﺔ ﻣﻦ ﺣﻴﺚ ﺍﻥ ﺍﻟﻨﺒﻰ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﺤﺐ ﺍﻟﺮﻳﺢ ﺍﻟﻄﻴﺐ ﺍﻟﺤﺴﻦ ﻭﻳﺤﺐ ﺍﻟﻄﻴﺐ ﻭﻳﺴﺘﻌﻤﻠﻬﺎ ﻛﺜﻴﺮﺍ
ﺑﻠﻐﺔ ﺍﻟﻄﻼﺏ ﺹ ٥٣ - ٥٤
"Membakar dupa atau kemenyan ketika berzikir kepada Allah dan sebagainya seperti membaca Alqur'an atau di majlis-majlis ilmu, mempunyai dasar dalil dari Al-Hadis yaitu dilihat dari sudut pandang bahwa sesungguhnya Nabi Muhammad SAW menyukai bau wangi dan menyukai minyak wangi dan beliau pun sering memakainya." (Lihat Kitab Bulghat ath-Thullab halaman 53-54).
Daripada Nafi’ RA, dia berkata:
كَانَ ابْنُ عُمَرَ إِذَا اسْتَجْمَرَ اسْتَجْمَرَ بِالْأَلُوَّةِ، غَيْرَ مُطَرَّاةٍ وَبِكَافُورٍ، يَطْرَحُهُ مَعَ الْأَلُوَّةِ ثُمَّ قَالَ هَكَذَا كَانَ يَسْتَجْمِرُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Maksudnya: Ibnu Umar apabila ingin berwangi maka dia akan berwangi dengan kemenyan, tanpa mencampurkan dengan bahan lain, atau berwangi dengan kafur, atau mencampurkan kafur dan kemenyan. Dia berkata: “Beginilah Rasulullah SAW berwangi.”
Hadis riwayat Muslim (2254)
Kesimpulannya boleh digunakan kemenyan sebagai pewangi dalam majlis doa selamat atau majlis tahlil tanpa diikat dengan apa-apa kepercayaan dan khurafat yang bertentangan dengan panduan al-Quran dan al-Sunnah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selawat dan salam kepada nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W, yang sentiasa menerangi hati nurani kita, menjadi cahaya bagi segala perbuatan mulia. Semoga kita semua tergolong dalam umat Nabi Muhammad S.A.W. dan dapat ke syurga bersama baginda.
InsyaAllah.
Bakhoor yang ruby tunjuk ni Bakhoor tradisional. Cantik kan bekas Bakhoor ni. Ada Bakhoor yang moden guna elektrik. Akak tak pernah cuba lagi Bakhoor ni.
BalasPadamMacam menarik, boleh cuba dapatkan Bakhoor ni sebagai pilihan di kediaman. Pasti menceriakan suasana
BalasPadamI don't think I will be using this, but I will recommend my friend who use this! They look cantik also! Thanks for sharing.
BalasPadamEh. Tetiba Rawlins nak beli pemetik api tu pula, walau Ruby dok citer pasal bakhoor. Haha.
BalasPadamKalau bakhoor nie, Kolin adalah ratunya. Hehe
dah lama dok tengok kawan share pasal bakhor ni, memang wangi dia cakap. baca posting ni jadi teringin nak beli pulak.
BalasPadamLawanya Bakhoor Ruby tu. Nak beli asyik terskip sebab banyak mengarut ke lain. Tapi memang best bauan sunnah ni kan..
BalasPadamFirst time saya dengar pasal Bakhoor ni. Teringin nak tau baunya mcm mana. Mesti wangi kn?
BalasPadamFirst time iena dengar mengenai Bakhoor ni. Tak dapat bayangkan haruman dia macam mana.Tahan sampai 2 hari tu macam kuat jugak bau dia tu.
BalasPadamboleh beli ni ..akk suka haruman yg ada mengingatkan mekah dan madinah (tanah arab).. org kata bakhoor sangat baik untuk menyambut tetamu
BalasPadamEntri yang menarik... saya ada belajar benda baru pula hari ni mengenai Bakhoor haha...terima kasih ye.
BalasPadamNell spotted KL Traders Square ye.. :) wahh menarik la Mabkhara kak Ruby ni.. unik design dia... klasik... first time dengar about Bakhoor ni... i wonder how Oudh smell like.. I remember Aaron Aziz ada jual perfume Oudh...
BalasPadamomg specialnya item ni. sy biasanya guna essential oil xpi ni nmpk lg senang x perlukan air. design wood dia lagi lah cantik sgt utk interior rumah
BalasPadamYeah samalah kita , akak pun sekarang suka bakar Bakhoor ni sebelum maghrib. TEnang sungguh rasanya. Lagi2 lepas penat workout , bau dari bakhoor ni boleh mengundang rasa tenang dan aman. Dan ianya bagus untuk mengusir anasir2 yang tak elok. Akak paling suka bau dari Raudah, bau dia buat auto kita teringat Masjid nabawi dan Masjidl Haram di Mekah.
BalasPadamHi akak Ruby...saya baru tahu Bakhoor ini dari ulasan blogmu. Ya, essential oil berasal dari Timur Tenga yang fungsinya buat aromaterapi, menenangkan dan membuat pernafasan lega. Kalau saya di rumah pakai Young Living.
BalasPadamNice post akak.
Best....! KA pun amal jugak. Guna bakhoor Haramain Diamond. Segar dan tenang macam masuk spa Bali.
BalasPadamPertama keli dengan pasal bakhoor ni. Sebab sekarang dok pakai essential oil ja. Boleh try ni!
BalasPadamRamai menginginkan pewangi bilik yang memberi kewangian dan keharuman bak hotel bertaraf 5 bintang untuk bilik mereka.
BalasPadamSudah pasti, bilik yang menjadi tempat privasi dan tempat melepaskan penat lelah mesti sentiasa bersih, selesa, dan wangi.
Bau-bauan di sekeliling sebenarnya boleh juga mempengaruhi mood seseorang.
Kita dapat menyaksikan di pasaran kini semakin banyak pewangi bilik yang mampu menyingkirkan bau yang tidak menyenangkan.
Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut pilihan yang berbaloi untuk dicuba.
pewangi bilik