Face Mask MILLA 4 Ply Murah Sangat! RM 25 Untuk 50 Keping


Face Mask MILLA 4 Ply Murah Sangat! RM 25 Untuk 50 Keping. | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini di instagram Mila Jirin ada post tentang produk baru dalam perniagaan beliau iaitu Face Mask Milla. Ruby pun klik tengok IG Live tersebut. Ehh cantiknya warna tuuu. Terus terdetik dari hati ye. Hahaha. Tengok Mila Jirin cerita tentang face mask dan promosi pengenalan yang beliau buat. Terus Ruby masuk profail info @Mila_Jirin dan daftar sebagai VIP. 

Face Mask MILLA 4 Ply Murah Sangat! RM 25 Untuk 50 Keping.


Pendaftaran VIP melayakkan Ruby untuk mendapat hadiah. Dengan setiap pembelian Face Mask MILLA, anda akan terima hadiah iaitu fabric face mask, wristband sanitizer dan tambahan 10 lagi face mask. Kesemua hadiah ini akan diberikan secara percuma dan warna diberi secara rawak. Bagus kan?

Setelah mendaftar sebagai VIP, Ruby terima email dan sms. Ada notifikasi tahniah menjadi VIP, kemudian countdown untuk hari jualan. Ruby kalau dah dengar "face mask akan dijual pada 30 Julai 2021". Ruby pun standby lah dekat aplikasi Shopee pada jam 12am. Sebab Mila Jirin sudah memaklumkan bahawa tempat jualan adalah melalui Shopee. Yayy! Mudah! Ruby suka! Tapi bukan 12am gais, 12pm lah. Okay tido dulu. Hahaha.

Ruby membuat pesanan, 4 kotak Face Mask MILLA. Lepas tu kedai Shopee Bizmilla juga memberi RM 5 baucar. Seterusnya FREE SHIPPING!. Keseluruhannya Ruby bayar RM 95 sahaja. Penghantaran melalui J&T dan Ruby terima parcel dalam keadaan baik dan besar! Hahaha. Face Mask MILLA tersedia di dalam dua warna menarik. Light Brown dan Black. Ini adalah warna kegemaran Ruby! Joget joget seronok. 

Light Brown


Black

Headloop Face Mask Pakai Buang


Face Mask MILLA terdapat dalam earloop dan headloop. Ruby beli stok untuk Ruby sahaja sebab ini adalah masa yang tepat untuk menambah stok face mask. Hehehe. Suami pun cakap, beli sayang punya dulu. Abang punya face mask banyak lagi. Headloop untuk hijab kebiasaannya nipis dan tali mudah terputus. Jadi, elok Ruby rebut peluang untuk dapatkan face mask ini. Hehehe. 

Face Mask MILLA adalah jenis non-medical. Tetapi jangan khuatir, ia 4 Ply. Ia dibuat dari bahan premium dengan corak geometri khas. 4 lapisan sekali pakai, face mask ini memberi perlindungan tambahan terhadap asap, bakteria, titisan serta debunga. Tali headloop rata yang berkualiti tinggi. Coak geometri bercetak tersuai dan logo timbul 'MILLA'.
 
  • BFE> Kecekapan Penyaringan Bakteria 98% terhadap virus, bakteria & zarah udara
  • PFE> 96% Kecekapan Penapisan Zarah
  • Tahan Percikan ≥120mmhg (16kpa) yang dapat melindungi daripada biofluida & titisan berbahaya
  • Hypoallergenic yang dibuat dengan bahan premium lembut untuk mengurangkan alergi kulit


Bahan-Bahan
  • Untuk Lapisan Luar Pertama (1) & Kedua (2): Kain bukan tenunan berkualiti tinggi yang menolak cecair untuk tahap perlindungan yang lebih tinggi.
  • Untuk Lapisan Tengah ke-3: Kain cair berkualiti tinggi dengan penyaringan patogen untuk penapisan yang berkesan.
  • Untuk Lapisan Dalam Ke-4 - Material tenunan premium ekstra lembut yang menyerap kelembapan dan membantu mengurangkan kerengsaan kulit akibat penggunaan lama.
Spesifikasi teknikal
  • 4 PLY (4 Lapisan)
  • Kecekapan Penapisan Bakteria (BFE) ≥ 98%
  • Kecekapan Penapisan Zarah (PFE) ≥ 96%
  • Mod Headloop Lekapan
  • Penggunaan Sekali Pakai
Arahan Penjagaan
  • Sebaiknya simpan di tempat yang kering dan berventilasi
  • Simpan dalam suhu bilik, elakkan cahaya matahari secara langsung
  • Jangka hayat 2 tahun
Perhatian
  • Pastikan ia digunakan dalam tempoh sah
  • Jangan gunakan jika pembungkusan plastik dalam rosak
  • Disyorkan untuk diganti setiap 4 jam.
  • Penggunaan sekali sahaja. Tidak boleh dicuci. Tidak boleh digunakan semula. 

7 Warna Fabric Face Mask


Melalui IGTV Mila Jirin, fabric face mask ini belum dijual lagi, tetapi ada stok untuk diberikan sebagai hadiah kepada 5000 pembeli terawal. Kalau Ruby, seorang pembeli VIP membeli 4 kotak Face Mask MILLA, pihak Bizmilla akan beri 4 fabric face mask itu. Anda tahu tak, fabric face mask ini sebenarnya ada 7 warna semuanya? Hehehe. Semua warna cantik-cantik belaka. Nama untuk setiap fabric face mask tidak dimaklumkan lagi. 

Ruby nak kongsikan Fabric Face Mask MILLA yang Ruby telah terima. Ruby nak bagi cadangan nama kepada Fabric Face Mask Milla ni. Light Brown, Champagne, Red Ruby dan Premium Black. Hahaha.

Cantik? Hehe. Terima kasih pasukan Bizmilla beri warna cun melecun ni kepada Ruby. I love you all lah. Lawa gilerrr. Cannot move on. Alhamdulillah!!! 

Hadiah VIP Untuk Pembelian Pada 30 Julai 2021


Ruby dapat 4 set fabric face mask berlainan warna, wristband sanitizer warna hitam dan 4 pek face mask light brown yang terisi 10 keping setiap pek. Hasil membeli 4 kotak semasa 30 Julai 2021. Terima kasih Mila Jirin dan pasukan Bizmilla kerana mengadakan pelbagai promosi. Semoga diperkayakan rezeki dan dipermudahkan urusan. Terima kasih jual Face Mask MILLA dengan kualiti kayangan, harga marhaen. Hehehe. 

6 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. 4 ply mask? Ok. Boleh tinjau2 dah pasni. Nak beli gak sebab it is never too safe to be too safe kan. Berjaga-jaga lebih elok kan.

    ردحذف
  2. Murahnya RM25 je! Akak berminat dengan face cloth tu. Lawanya! Nanti nak usha la nak beli.

    ردحذف
  3. Warghh .. menarik la Ruby. K.Sal baru tahu ni.. satgi ai terjah dan macam nak borong terus sebab berbaloi sangat dah harga tu . Siap ada free gift

    ردحذف
  4. Sis agak lama tak beli facemask jenis gini Ruby, semua beli KF4 atau yang KN95 tu.. yang ada tu pun baki facemask lama.. tapi koleksi Milla ni cantikk.. boleh pakai double sekali dgn yang facemask kain dia tu kann

    ردحذف
  5. Wah Mila pun ada jual facemask. cantik pun cantik! bijak mila ni ada buat kaler hitam so lelaki pun boleh lah pakai kan? boleh try beli lepas ni tq akak share!

    ردحذف
  6. I like their fabric face mask, material nampak quality dan selesa. The wristband sanitizer pun best juga.

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال