Jom Sertai Kempen #RexonaMoveForGood


Jom Sertai Kempen #RexonaMoveForGood

Jom Sertai Kempen #RexonaMoveForGood. | Assalammualaikum semua! Ruby ingin kongsikan dengan anda kempen terkini. Kali ini, ia dari Rexona dan caranya amat mudah sekali. Anda hanya perlu muat naik video senaman. Satu video yang anda muat naik akan memberi sumbangan RM 10 kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan yang terpilih. Jadi, mudah sangat kan? Setiap hari kita senaman di rumah, boleh lah rekod dan hantar penyertaan. Pelbagai cara boleh bersedekah kan? Terima kasih Rexona!

Jom Sertai Kempen #RexonaMoveForGood

Rexona memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk membantu komuniti orang kurang upaya tempatan melalui kuasa pergerakan dengan kempen #RexonaMoveForGood. Rexona berjanji untuk memberi sumbangan sehingga RM50,000 kepada 3 NGO tempatan dengan harapan dapat menyatukan komuniti dan memperkasakan perubahan sosial yang positif.

Rexona melancarkan kempen #RexonaMoveForGood bermula dari 1 Ogos hingga 31 Ogos untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia bagi membantu komuniti orang kurang upaya tempatan melalui kuasa pergerakan. Melalui kempen ini, Rexona berharap dapat mengubah kehidupan komuniti ini dengan menggalakkan rakyat Malaysia supaya lebih banyak bergerak sambil kekal selamat di rumah. Dengan harapan yang tinggi untuk mencapai hasil yang membanggakan, sumbangan sehingga RM50,000 telah dijanjikan bagi tujuan itu, di mana Rexona akan menyumbang RM10 untuk setiap senaman atau video tarian yang dimuat naik ke Facebook dan Instagram dengan hashtag #RexonaMoveForGood.


Pergerakan menyatukan orang, menyatukan komuniti dan merangsang perubahan sosial yang positif supaya setiap orang dapat merasakan manfaat fizikal, mental dan sosial yang berkaitan. Walau bagaimanapun, bagi komuniti orang kurang upaya, kesan transformasi ini masih tidak dapat dicapai. Sehubungan itu, Rexona telah bekerjasama dengan tiga NGO tempatan: Persatuan Orang Cacat Malaysia, Badan Latihan & Hidup Berdikari Malaysia dan Special Olympics Selangor. Ketiga-tiga NGO ini, walaupun masing-masing mempunyai peranan berbeza namun semuanya mempunyai nilai dan kepercayaan yang sama seperti yang dilakukan oleh Rexona, iaitu memperbaiki kehidupan mereka yang sukar disebabkan ketidakupayaan untuk bergerak bebas dan memberi keyakinan dengan menggunakan pergerakan untuk mencapai hasil yang positif, tanpa mengira apa jua kekurangan mereka. 


Oleh kerana kehidupan komuniti orang kurang upaya tempatan semakin sukar disebabkan oleh pandemik ini, kesulitan dan halangan yang dihadapi oleh komuniti ini semakin jelas kelihatan. Sementara inisiatif #KitaJagaKita dan #BenderaPutih digerakkan untuk membantu rakyat Malaysia setiap hari memerangi kesan COVID-19, kempen #RexonaMoveForGood Rexona secara khusus bertujuan untuk membantu komuniti orang kurang upaya tempatan untuk terus bergerak walaupun mempunyai keterbatasan fizikal. Sesuai dengan aspirasi Rexona sebagai penyokong pergerakan, kempen ini akan memastikan anggota komuniti ini dibekalkan dengan pelbagai keperluan untuk membantu pergerakan seharian seperti kerusi roda khas, prostetik khusus dan peralatan sukan khas.



Jom Sertai Kempen #RexonaMoveForGood

“Rexona benar-benar percaya bahawa pergerakan mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan dan memecahkan halangan secara positif. Kami membayangkan Malaysia menjadi sebuah negara di mana setiap orang mempunyai kelebihan untuk bergerak tanpa halangan. Namun malangnya, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih kurang mendapat peluang untuk menikmati kelebihan yang dimiliki oleh orang lain. Oleh itu, Rexona telah bekerjasama dengan ketiga-tiga NGO ini untuk memperkasa kehidupan komuniti orang kurang upaya tempatan dengan keyakinan dan peluang untuk bergerak,” kata Lenny Chuah, Pengarah Pemasaran, Penjagaan Kecantikan dan Peribadi, MYSG di Unilever.


“Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan, kami memahami bahawa rakyat Malaysia tidak biasa dengan keadaan pergerakan mereka dikawal. Walaupun ini hanyalah satu fasa bagi kita, tetapi bagi komuniti orang kurang upaya ia adalah perjuangan seumur hidup dan sekarang menjadi semakin sukar buat mereka. Kempen #RexonaMoveForGood adalah janji Rexona untuk menyokong mereka kerana sekarang lebih dari sebelumnya, komuniti ini memerlukan bantuan  dan kami percaya setiap rakyat Malaysia mempunyai kuasa untuk memperkaya kehidupan mereka yang memerlukan. Oleh itu, mari kita bergerak dan jadikan setiap pergerakan kita bermakna,” tambah Lenny.


Untuk menjanjikan sokongan anda kepada komuniti orang kurang upaya tempatan, siarkan video senaman atau tarian di Instagram atau Facebook dengan hashtag #RexonaMoveForGood dan Rexona akan menyumbang RM10 untuk setiap video yang dimuat naik. Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai kempen #RexonaMoveForGood, ikuti Rexona di Facebook dan Instagram.


Mengenai Rexona


Rexona menawarkan perlindungan maksimum yang boleh anda percayai, sepanjang hari. Antiperspirant dan deodoran kami dibangunkan untuk memenuhi permintaan berbeza untuk lelaki dan wanita, yang bertindak balas terhadap tubuh anda agar anda merasa yakin dan segar sehingga 48 jam.


Teknologi Motionsense™ kami diilhamkan oleh pergerakan anda; rangkaian perlindungan kesegaran diformulasikan untuk mengelakkan bau badan dan peluh ketika anda sangat memerlukannya. Jadi sementara anda kekal selamat di rumah semasa bersenam, membersih atau merakam video TikTok anda, anda boleh merasa yakin kerana ia tidak akan membuat anda kecewa.



PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال