Panadol Melancarkan Kempen Kesedaran Pasca Vaksinasi COVID-19


Panadol Melancarkan Kempen Kesedaran Pasca Vaksinasi Covid-19. | Assalammualaikum semua! Alhamdulillah buat semua yang telah menerim vaksinasi dan juga yang telah lengkap vaksinasi dos kedua. Ruby baru je semalam 15 Ogos 2021 semalam dan memang telah bersedia untuk apa-apa simptom muncul semasa pasca vaksinasi. Demam, sakit kepala, sakit urat dan kesejukan adalah perkara yang sedang Ruby alami. Alhamdulillah, stok Panadol masih banyak. Ruby beli Panadol ActiFast sekotak 100 biji di BIG Pharmacy. Ruby beli banyak dan sedekah dekat jiran tetangga. Di samping itu, untuk kegunaan sendiri diantara Ruby dan suami di rumah. Suami Ruby akan menerima dos kedua vaksin pada 31 Ogos 2021. Merdeka!


Panadol Melancarkan Kempen Kesedaran Pasca Vaksinasi Covid-19.



Panadol, jenama utama GlaxoSmithKline, hari ini mengumumkan kempen penjagaan diri untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesakitan dan demam pasca vaksinasi COVID-19 di seluruh negara. Dalam menyokong usaha kerajaan memerangi keraguan di kalangan rakyat untuk menerima vaksin dan meningkatkan pengambilan vaksin, Kempen Pasca Vaksinasi COVID-19 Panadol ini akan merangkumi perkongsian tip dan maklumat mengenai cara mengendalikan simpton-simptom pasca vaksinasi COVID-19 seperti kesakitan dan demam dengan Panadol.

Pengurus Besar Penjagaan Kesihatan Pengguna GSK Malaysia, Bryan Wong berkata, “Kami menyokong sepenuhnya usaha kerajaan untuk memberi vaksin kepada sekurang kurangnya 80% penduduk dewasa Malaysia menjelang Februari 2022. Kami gembira melihat kadar penerimaan vaksin COVID-19 yang tinggi di Malaysia dan kadar pemberian vaksinasi juga terus meningkat. 

Untuk mencapai imuniti kelompok secepat mungkin, ia adalah penting untuk kami memainkan peranan dalam mendidik orang ramai mengenai kepentingan vaksin COVID-19; serta memberikan panduan yang tepat, sebagaimana yang disyorkan oleh pihak berkuasa kesihatan awam, mengenai penggunaan Panadol sebagai rawatan simptomatik pasca vaksinasi COVID-19.”


Kempen Pasca Vaksinasi COVID-19 Panadol



Kempen Pasca Vaksinasi COVID-19 Panadol akan dilancarkan mengikut fasa mulai Jun 2021, meliputi video pendidikan dan kandungan bermaklumat di pelbagai platform digital dan laman sosial Panadol Malaysia, media, serta di semua premis-premis jualan tempatan seperti Watsons dan 99 Speedmart di seluruh negara.

Sumber-sumber pendidikan mengenai vaksin COVID-19 dan penjagaan pasca vaksinasi untuk para pesakit akan diberikan kepada 2,000 ahli farmasi dan penolong farmasi di seluruh negara. Risalah yang ringkas dan berilustrasi dengan maklumat tepat mengenai COVID-19, termasuk tip-tip mengenai pengurusan simptom pasca vaksinasi COVID-19 seperti mengurangkan kesakitan dan demam dengan Panadol, akan diedarkan di 700 klinik am dan farmasi untuk masyarakat umum.

“Menerusi usaha ini, kami berharap untuk meningkatkan akses pengetahuan kesihatan di kalangan komuniti, agar mereka dapat mencari maklumat yang tepat untuk menglengkapi proses vaksinasi COVID-19 mereka tanpa ragu. Kami turut ingin menasihati semua rakyat Malaysia agar mengikis sebarang keraguan mengenai vaksinasi COVID-19 dan daftarkanlah diri dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Pengambilan vaksin bukan sahaja baik untuk diri mereka dan orang yang tersayang, tetapi juga untuk kesihatan, kesejahteraan sosial dan ekonomi negara,” tambah Wong lagi.

Video untuk Kempen Pasca Vaksinasi COVID-19 Panadol boleh dilihat di:



Mengenai GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Malaysia



GSK Consumer Healthcare adalah salah satu syarikat penjagaan kesihatan terkemuka di dunia, membangunkan dan memasarkan portfolio jenama yang diiktiraf di seluruh dunia dalam beberapa kategori. Jenama terkemuka kategori ini termasuklah Panadol, Sensodyne, parodontax, Polident, Scott’s, Eno dan Voltaren. GSK Consumer Healthcare adalah salah satu daripada tiga perniagaan global GSK bersama Farmasi dan Vaksin, dengan tujuan untuk menggalakkan orang ramai melakukan lebih banyak aktiviti, menjalani kehidupan yang lebih baik dan lama.

GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (3467-X)
Alamat: Lot 89, Jalan Enggang, Ampang/Hulu Kelang Industrial Estate,
68000 Ampang, Selangor, Malaysia.
Talian Perkhidmatan Pengguna: 1800-88-3225
Pejabat: +603-74912020

Mengenai Panadol


Panadol adalah jenama pelega kesakitan global (kecuali Amerika Syarikat), yang boleh didapati di lebih 120 negara. Panadol sering digunakan sebagai pelega kesakitan berasaskan parasetamol untuk sakit kepala, demam, sakit otot dan sakit gigi. Bahan aktif utamanya, iaitu parasetamol, adalah salah satu rawatan asas untuk demam dan sakit kepala dan telah disenaraikan di dalam Senarai Ubat-ubatan Penting Kebangsaan (NEML) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan produk GSK atau laporan, sila hubungi:
1800-88-3225 (Isnin – Jumaat, 9pg - 5ptg)

Ini adalah iklan produk ubat. Sentiasa baca label sebelum penggunaan. Cap dagangan dimiliki oleh atau dilesenkan kepada kumpulan syarikat GSK. PM-MY-PAN-21-00127 KKLIU: 2074/2021 Tarikh Tamat Tempoh: 31 Disember 2023. MAL14055166XRZ

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال