Panik! Profile MySejahtera Bertukar Kepada Kontak Kasual. | Assalammualaikum semua! Tiada yang mustahil pada musim pandemik wabak COVID-19 ni. COVID-19 tidak memilih mangsa. Satu kesilapan Ruby telah lakukan apabila keluar mencari bahan bacaan di kedai buku kegemaran kami. Kemudian Ruby restock barang keperluan di farmasi kegemaran Ruby. Cawangan itu sahaja mempunyai promosi. Lagi pula jarak dengan rumah lebih kurang 10km. Kami pergi dan balik segera. Semua buat dalam kadar segera. Hanya satu hari kami baru keluar, kami kena Kontak Kasual. Menyesal betul.
Panik! Profile MySejahtera Bertukar Kepada Kontak Kasual.
Walaupun Kontak Kasual tidak perlu kuarantin, ada beberapa perkara Ruby rasa kami perlu kuarantin. Salah satunya adalah kami jenis yang sentiasa scan QR MySejahtera walau kemana-mana, buatnya kalau positif COVID-19 camana kan? Anak kat rumah siapa nak jaga. Banyak lah dalam kepala sibuk Ruby fikir.
Jadi, kami memilih untuk duduk di rumah sahaja. Kami tak keluar, masak apa sahaja yang ada di rumah. Stok makanan InsyaAllah mencukupi. Nasib baik minggu lepas dah beli barang dapur untuk seminggu. Jadi, kami akan buat stok bertahan 2 minggu. Yakin boleh!
Sabtu, 31 Julai 2021 Ruby keluar ke destinasi kami. Korang nak tahu ke Ruby pergi mana? Kawan-kawan Ruby siap gelak lagi, ha tulah pergi lagi. Kau dah tahu situ lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV), orang mesti ramai sebab mereka lalu dalam kawasan tu. Cari nahas!
Sob sob soh sedih tau. Tapi, memang salah kami. Kami memang jenis OCD, spray dan sanitasi tak pernah tinggal. Jarak dengan pengunjung lain juga 2 meter. Risau dan paranoid. Tapi kalau dah nak kena, kena juga kan. Keesokan hari iaitu 1 Ogos 2021. Jam 3.30PM muncul notifikasi. Ingatkan notifikasi peringatan vaksinasi. Sekali..... Pengumuman..
Sistem pengesanan kontak automatik kami telah mengenalpasti anda sebagai Kontak Kasual berdasarkan tempat dan masa MySejahtera Check-In anda. Anda diingatkan supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan hanya keluar rumah jika perlu. Anda tidak perlu kuarantin atau membuat ujian pengesahan makmal. Jika anda bergejala, sila rujuk ke fasiliti kesihatan berdekatan untuk pemeriksaan kesihatan.
Lepas baca, terus terfikir. Aku kemana eh? Hahaha. Blur terus. Tekan history. Muncul semua lokasi Check-In.
Seriuslah sekejap je Ruby dekat Suria KLCC dah kena? 12:39 Check-In.
Macam biasa, sebelum balik rumah, mesti tapau Makcik Anne's. 2.30PM kami sampai di rumah. 2 jam tinggalkan anak-anak yang dipantau oleh jiran, mesti kami kena bawa pulang kudapan. Hehe.
Apa Perlu Buat Apabila Anda Kontak Kasual?
Ruby ada mencari bahan bacaan tentang Kontak Kasual. Ruby tanya kawan-kawan, ramai diantara mereka tidak pernah kena Kontak Kasual. Kemudian Ruby bagi tahu Menagement Officer (MO) dan maklum dekat group whatsapp jiran tetangga.
Kami tidak bergejala, tetapi status MySejahtera Kontak Kasual. Jadi kami kuarantin dirumah bersama anak-anak.
Sebab apa Ruby memaklumkan kepada mereka semua? Sebab tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak. Di kawasan rumah Ruby selang beberapa rumah dah ada kes positif COVID-19. Mereka sedang kuarantin gelang pink. Kemudian tiap kali mereka ada temujanji swab test dan perlu kemana-mana, pihak MO perlu standby staff berpakaian PPE dan spray sanitasi. Mereka akan tunggu dr depan rumah, bawa ke dalam lift dan turun bersama. Sampai ke Ambulance atau kenderaan mereka. COVID-19 tidak memilih kan? Semoga kita semua selamat.
Kontak kasual adalah individu yang telah dikenal pasti mempunyai kontak dengan kes positif COVID-19 di tempat dan waktu tertentu berdasarkan MySejahtera Check-in tanpa mereka mengetahuinya.
Sekiranya anda dimaklumkan sebagai kontak kasual, sila amalkan SOP yang ketat setiap masa. Sekiranya mengalami sebarang gejala, sila pergi ke fasiliti kesihatan terdekat untuk penilaian status kesihatan oleh pegawai perubatan.
Jika anda merupakan kontak kasual, anda tidak perlu menjalani kuarantin tetapi harus bertanggungjawab untuk
✅ Sentiasa patuh SOP
✅ Sentiasa pakai pelitup muka
✅ Jaga penjarakan fizikal
✅ Buat penilaian kendiri setiap hari melalui aplikasi MySejahtera
✅ Buat penilaian status kesihatan di fasiliti kesihatan sekiranya bergejala.
10 Hari Jawab Soalan Dalam Aplikasi MySejahtera
Jika anda perasan, paparan antara muka aplikasi MySejahtera Ruby pun dah berubah. Kemaskini status COVID-19 sudah tiada. Kemudian di bahagian Things to do setiap hari akan ada notifikasi untuk kemaskini tugasan menjawab soalan. Accurate siap dengan bilangan hari. Bagus kan Aplikasi MySejahtera ni. Hebat betul. Boleh la teman kami kuarantin, kebiasaannya terima SMS kan? 🤣
Apabila Profile MySejahtera Kontak Kasual, Boleh Terima Vaksinasi Ke?
Persoalan seterusnya adalah, adakah Kontak Kasual ini menjejaskan proses vaksinasi? Sudahlah menunggu tarikh dos kedua pun lama. Kalau kena tunda, lama lagi nak kena cucuk. Huwaaa janganlah. Ruby terus hubungi MYVAC-WTCKL di instagram mereka. Bertanyakan soalan vaksinasi. Sebab tarikh dos kedua Ruby 15 Ogos 2021. Jadi, Ruby tanya aje, tak salah pun kan. Ada soalan, terus tanya. Jangan biarkan apa-apa soalan menggangu minda anda. Kita kena jaga kesihatan mental semasa pandemik COVID-19 ni.
Diharap perkongsian Ruby ni bermanfaat. Jangan Panik okay? Ruby doakan anda semua dipermudahkan urusan. Semua kembali sihat dari pandemik COVID-19. Yakin dengan Allah s.w.t. Terus amalkan SOP ketat okay? Stay Safe!
Tags
Kesihatan