Samsung Galaxy Tab A7 Lite Kecil Molek Sesuai Untuk Pelajar


Samsung Galaxy Tab A7 Lite Kecil Molek Sesuai Untuk Pelajar. | Assalammualaikum semua! Sebagai ibu, sudah semestinya kita memerhati perkembangan pembelajaran anak. Selesa ke tidak ruang belajar? Meja sesuai? Cukup luas untuk Google Meet, menulis dan menjawab latihan? Kerusi selesa? Persekitaran okay? Mungkin rumah kecil, tetapi sekurang-kurangnya ada ruang untuk fokus belajar. Privasi amat penting untuk kita fokus. Jadi, anak-anak pun begitu. Walaupun baru tahun 1, dari usia muda inilah kita perlu membentuk persekitaran yang buat anak suka belajar. Latih mereka untuk suka belajar semua subjek. InsyaAllah mereka akan lebih bersedia untuk ilmu pada masa akan datang. 

Samsung Galaxy Tab A7 Lite Kecil Molek Sesuai Untuk Pelajar


Anda masih ingat artikel yang Ruby kongsikan? Ruby survey Samsung Galaxy Tab A7 Lite ni. Masuk website Samsung, tengok saiz, tengok storan memori, tengok ketahanan bateri dan tengok warna apa ada. Hehehe. Ruby suka warna Silver tu, sebab dia mix dengan pitih untuk bahagian hadapan. Menarik betul. Harga RM 699 je! Bincang dengan suami kejap la. Dia pun cakap err awat murahhhh Samsung Tab. Betul ke ni?

Hahaha dia pula tak percaya. Maka.... Tadaaaa..

Anak soleh Adam Solihin happy sangat. Ni Tab Adam ke Ibu? Betul ke Adam punya? Hehee. 

Ruby mencari Tab untuk memudahkan dia selesaikan kerja sekolah. Setelah hampir 1 tahun Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Ruby perhatikan ada sesuatu yang perlu Ruby sediakan. Selama hari ini, Adam hanya bergantung kepada laptop suami, telefon pintar Ruby. Bukannya apa, kamo tak nak Adam terlalu terdedah dengan internet. Masuk Whatsapp Group pun dia dah tahu membaca. Jadi privasi kerja ibu dan privasi laptop ayah akan terdedah. 

Nanti dia mula bertanya apa tu? Apa tu? Boss hantar mesej ke Ibu? Jenuh nak menjawab. Sebab ini urusan orang dewasa yang berusaha mencari nafkah untuk keluarga. Oleh kerana itu, Galaxy Tab A7 Lite lah penyelamat kami. 

Pandangan Pertama Galaxy Tab A7 Lite


Adam buka kotak, dia dah gembira sangat. Tab ni sesuai dengan saiz tangan Adam, best lah ibu. 

"Adam promise belajar rajin-rajin tau Ibu."

Sejuk hati mendengar. InsyaAllah anakku. 

Dalam kotak Galaxy Tab A7 Lite, terdapat 

1 x Galaxy Tab A7 Lite (Silver)
1 x Plug 3 Pin
1 x Wayar USB to Type C

Tab A7 Lite dilengkapi dengan paparan 8.7 inci skrin yang lebih kecil. Mempunyai resolusi 1,340 x 800 lebih rendah. Pemproses octa-core dilengkapi dengan 4GB RAM dan storan 64GB. Anda boleh menambahkan storan tambahan sehingga 1 TB microSD. 

Ruby mengecas bateri sehingga 100%, kemudian baru Ruby cek bahagian lain Galaxy Tab A7 Lite. Pasti ramai tertanya-tanya, adakah Galaxy Tab A7 Lite boleh masuk kad sim? 


Galaxy Tab A7 Lite tidak tersedia untuk kad sim dan mobile data. Jadi, anda hanya boleh menyambungkan kepada WiFi atau Hotspot. Melalui bahagian penetapan, anda boleh lihat di bawah bahagian Connections tertera WiFi, Bluetooh dan Flight Mode. Ruby klik bahagian itu dan kita boleh lihat bahawa ia tiada penetapan untuk Mobile Networks. Diharap perkongsian ini jelas dan memudahkan untuk anda memiliki Galaxy Tab A7 Lite. 

Set Galaxy Tab A7 Lite Untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) 


Apabila sudah selesai membelek, Ruby terus mendaftar akaun Gmail Adam Solihin yang diberikan oleh pihak sekolah. Ia adalah alamat email yang diberikan khas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dari email ini, pelajar boleh akses Google Classroom, Google Meet dan IQ Nilam. 


Cuma Ruby tidak boleh daftar akaun gmail Adam yang biasa sebab ia akan konflik dengan akaun yang KPM berikan. Sebab akaun biasa Adam tu dibawah seliaan Google Family Link. Hahaha. Ibu kawal segalanya. Semakin meningkat usia kanak-kanak. Mereka lebih banyak ingin tahu. Ada kalanya Youtube menampilkan iklan tidak bersesuaian dan membawa kepada pautan ke permainan game orang dewass. Jadi, pemantauan kerap amat penting. 


Nanti Ruby kongsikan lagi fungsi menarik dalam Galaxy Tab A7 Lite. Okay? Semoga bermanfaat! 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال