Sedap Giler Starbucks Neapolitan Frappuccino® Blended Beverage


Sedap Giler Starbucks Neapolitan Frappuccino® Blended Beverage | Assalammualaikum semua! TikTok berjaya meracun ku! Ruby sebenarnya Coffee Lover. Tapi diatas saranan doktor, Ruby perlu kurangkan kafein. Menjadi salah satu asbab kenapa dah lama tak minum kopi Starbucks. Hahaha. Oleh kerana, TikTok Mahhhh Lynda Rahim cakap minuman dia cuba dekat Starbucks. Berjaya dia meracun Jahhhh! Ruby tengok isi kandungan bebas kopi. Awassss jom kita cuba. 


Sedap Giler Starbucks Neapolitan Frappuccino® Blended Beverage


Ruby dan suami ke Starbucks cawangan Wangsa Walk Mall. Ruby siap dah save nama minuman ni. Sekali terpampang poster Forever Favorites. Wahh senang kerja nak buat pesanan. Masuk Starbucks haruslah ada aplikasi Starbucks MY. Tengok baki dulu, wah ada RM 100++. 

Ruby beli 2 Neapolitan Frappuccino® Blended Beverage. Suami Ruby dia tak kisah minuman apa yang Ruby pesan, dengan nota 'takmo kopi'. Selalunya Ruby pesan Java Chip ajelah. Hahaha. Kali ini, kita beri kejutan sikit. Sebab minuman ni Ruby pun baru nak cuba. Hahaha. So, sama-sama terkejut lah. Hahaha. 



Barista di kaunter tanya nak tambah caramel? Nak tambah chocolate? Nak tambah apa-apa? Ruby pun cakap, adik tambah je apa yang sedap. Akak ok je. Kahkahkah. Akak pun baru nak cuba. Ternyata sedap gilerrrrrr. Hirupan pertama rasa vanilla, kali kedua coklat, ketiga rasa masam manis strawberry. Weeii sedapppp oiii. Macam sembang perfume pula kan? Top notes, heart notes dan base notes. Hahaha. 

Kami minum dalam kereta, bawa pulang ke rumah. Anak-anak pun cuba. Ibu sedapnya air ni. Nak semua boleh? Hahahaha. Anak pun suka. Boleh beli 4 lepas ni. 



Nikmati minuman kegembiraan sepanjang masa Starbucks dengan lapisan sos mocha, sos strawberi dan serbuk kacang vanila sebenar yang digabungkan dengan ais dan susu, selesai dengan whipped cream, sos mocha, dan wafel. Next time tambah chocolate chip plak. Sedap betul. Memang kena selera kami sekeluarga. 


Sedap Giler Starbucks Neapolitan Frappuccino® Blended Beverage



PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال