Sertai Peraduan Malaysia Di Hatiku Dan Menangi Galaxy A32 | Assalammualaikum semua! Bersempena bulan kemerdekaan ini, Ruby ingin kongsikan dengan anda satu peraduan yang best untuk anda join. Seiring dengan viral penggunaan aplikasi TikTok, Ruby bersetuju apabila peraduan Malaysia Di Hatiku dilaksanakan melalui video TikTok. Mesti lebih meriah dan kreatif. Jadi, buat anda yang ingin menyertai, jom siap sedia.
Sertai Peraduan Malaysia Di Hatiku Dan Menangi Galaxy A32
Samsung Menyeru Untuk Perpaduan dan Pandangan Positif Dengan Kempen Malaysia Di Hatiku. Samsung Malaysia Electronics dengan kerjasama Universal Music Malaysia melancarkan lagu dan kempen media social untuk menyatupadukan negara pada masa yang mencabar
Dengan dorongan untuk meningkatan perpaduan pada masa mencabar, Samsung Malaysia Electronics mengumumkan pelancaran Malaysia Di Hatiku, sebuah kempen bertema Hari Merdeka dan Hari Malaysia dengan kerjasama Universal Music Malaysia.
Kempen ini akan menampilkan lagu terbaru Malaysia Di Hatiku dan akan menyeru rakyat Malaysia untuk berkongsi hasrat dan keinginan mereka untuk negara yang lebih berpadu. Hari Merdeka dan Hari Malaysia merupakan hari-hari yang penting yang melambangkan pembangunan negara.
Disebabkan ini, kempen Malaysia Di Hatiku ingin mengembalikan semangat muhibah rakyat Malaysia, terutamanyanya dengan cabaran semasa yang dilalui oleh semua.
“Sudah lebih setahun rakyat Malaysia dan sedunia telah menghadapi cabaran. Namun begitu, masih ada peluang untuk kita mengembalikan semangat muhibah dan ‘Malaysia Boleh’. Kami ingin memupuk semangat cinta akan negara dan menyeru rakyat memupuk semula tekad untuk menjayakan negara ini semula, kata Elaine Soh, Ketua Pegawai Pemasaran Korporat Samsung Malaysia Electronics.
Muat Naik Video Di Media Sosial TikTok
Kempen Malaysia Di Hatiku akan disasarkan kepada seluruh rakyat Malaysia, tidak mengira generasi, kaum atau agama, sama ada penduduk di bandar atau di kampung, melalui lagu dan kempen yang akan berjalan di atas platform media sosial TikTok.
Menyatukan Rakyat Malaysia Melalui Muzik
Universal Music Malaysia dan Samsung hari ini, telah mengumunkan pelancaran lagu Malaysia Di Hatiku, menampilkan bakat artis tempatan hip-hop Yonny Boii, Tabby daripada ahli kumpulan pop wanita Dolla, dan artist muzik rap Kmy Kmo dan Luca Sikta.
Malaysia Di Hatiku boleh digambarkan sebagai lagu cinta akan negara. Selama kita hidup, kita akan sentiasa mencintai negara kita. Disebabkan ini, kita akan tetap taat kepada negara kita, walau susah dan senang mana sekalipun.
“Satu ciri manusia adalah kebolehan untuk bersatu, berkomunikasi dan berkait antara satu sama lain melalui muzik. Dengan apa yang telah dilalui pada tahun ini, sekarang adalah masanya untuk memupuk sikap positif antara satu sama lain. Kami rasa berbesar hati untuk menjalin kolaborasi bersama Samsung untuk menyokong selebriti tempatan dan memberikan inspirasi kepada rakyat,” kata Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia.
Lagu Malaysia Di Hatiku kini dimainkan di kesemua pelantar penstriman digital. Jom tonton video muzik rasmi Malaysia Di Hatiku.
#MalaysiaDiHatiku
Menyeru rakyat Malaysia untuk berkongsi rasa cinta akan negara. Bermula dari 20 Ogos sehingga 2 September 2021, Samsung juga melancarkan kempen #MalaysiaDiHatiku di atas platform media social TikTok. Untuk menyertai, perserta hanya perlu merakamkan diri mereka berduet dengan artis Yonnyboii atau Tabby. Atau jika mereka ingin duet yang lebih mencabar, perserta boleh cuba pertempuran rap dengan duo rapper Kmy Kmo dan Luca Sickta. Setelah selesai, perserta boleh muat naik video tersebut ke TikTok dengan memasukkan #MalaysiadiHatiku.
Menang Samsung Galaxy A32
Tiga (3) video yang paling kreatif akan berpeluang untuk memenangi sebanyak satu unit Samsung Galaxy A32 bagi setiap pemenang. Pemenang akan diumumkan pada hari terakhir kempen, iaitu pada Hari Malaysia, bertarikh 16 September 2021.
All the best buat semua peserta!
Adakah miming boleh? Kalau saya 'sumbangkan' suara, takut yang lain tak nak masuk bertanding pula hahaha.
ردحذفAstaga, tak sedar dah Ogos dah
Waaa ada Tiktok tu boleh suruh Kid dan Min juga Miera join sekali hahahaha.. engko share kat diaorang Ruby.. kalau Sis ko join kang, takut terus buat piring hitam hahahahaha...
ردحذفHadiah nya tu memang menarik... tapi task nya tu boleh tahan, hehe... will share this to my friends yg interested la! Thanks for sharing ruby!
ردحذفWah menarik ni ade contest... nak suruh adek jlin lah dia rajin buat video tiktok. iena tak kreatif nk buat tiktok hehe
ردحذفHadiahnya best tapi nak join nya memang tak mampu. Pengsan orang lain tengok mak ber rapping nanti. Hahaha.. all the best semua yang join nanti.
ردحذفBestnyaaa!!!! Good luck to those contestant! I can sing but I don't have music huhuhu.... If not I am going to join already.
ردحذفWow ...so attractive this contest as can win a new Samsung phone, wishing all participants the best to win. cheers, siennylovesdrawing
ردحذف